Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Haram beri upah bahagian korban
Saturday, December 30, 2006
Berita Harian, 30 Disember 2006

SUDAH menjadi amalan segelintir masyarakat Islam tempatan kita hari ini memberi upah kepada penyembelih daripada bahagian korban seperti daging, kulit, tanduk dan sebagainya. Sebenarnya mengikut ajaran Islam amalan itu suatu larangan. Ada hadis sahih Rasulullah menjelaskan perkara ini.

Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan daripada Saidina Ali bin Abi Talib ra yang bermaksud: "Rasulullah menyuruhku menyembelih unta (sebagai korban). Kemudian baginda menyuruhku menyedekahkan daging, kulit dan apa yang ada di atas belakang unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Sambil itu, baginda mengingatkan supaya tidak menyedekahkan walau sedikitpun daripada daging korban kepada penyembelih (termasuk juga pelapah). Kemudian Saidina Ali bin Abi Talib ra berkata: "Kami tetap memberi upah kepada penyembelih (termasuk pelapah), tetapi upah itu daripada harta kami sendiri (bukan bahagian korban)".

Berdasarkan hadis di atas, jelas amalan memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah sebagai upah itu adalah dilarang. Larangan ini juga termasuk memberi apa-apa bahagian daripada binatang korban yang boleh dimanfaatkan, seperti kulit, tanduk dan sebagainya.

Maka jelas bahawa bentuk upah yang dilarang itu adalah jika ia diambil daripada bahagian korban. Tidak bermakna penyembelih atau pelapah tidak akan mendapat apa-apa ganjaran daripada hasil kerja mereka. Tidak dilarang jika kita memberi upah kepada penyembelih dengan menggunakan wang kita sendiri dengan syarat upah itu tidak diambil daripada bahagian korban.

Lagipun dalam hadis di atas Saidina Ali menjelaskan bahawa mereka tetap memberi upah kepada penyembelih dengan menggunakan harta mereka sendiri.

Berhubung perkara ini, Imam al-Nawawi menjelaskan "Hadis ini melarang kita daripada memberi upah kepada penyembelih daripada bahagian korban. Hal ini kerana jika diberi kepada penyembelih sebagai upah kerjanya, maka sama ertinya dengan menjual sebahagian darinya (korban)."

Maksudnya, perbuatan memberi upah kepada penyembelih atau pelapah daripada bahagian korban bererti kita menjual daging korban sebagai tukaran terhadap khidmat penyembelihan atau pelapahan.

Imam al-Nawawi di dalam kitab al-Majmu' menjelaskan pendirian Mazhab al-Shafie di dalam perkara ini, iaitu: "Imam al-Shafie dan golongan yang sealiran dengannya bersepakat menyatakan bahawa tidak sedikitpun hasil sembelihan ketika haji, umrah dan korban boleh dijual. Tidak kira sama ada ia korban sunat atau korban nazar. Bahagian yang larang dijual ini termasuklah daging, kulit, bulu, tanduk, lemak dan sebagainya. Dilarang juga menjadikan kulit atau selain sebagai upah untuk penyembelih".

Imam Taqiyuddin al-Shafie di dalam kitab Kifayat al-Akhyar pula menyatakan, "Bahagian daripada korban tidak boleh dijadikan upah untuk penyembelih walaupun korban itu adalah korban sunat".

Larangan menjadikan bahagian korban sebagai upah kepada penyembelih atau pelapah ini adalah semata-mata untuk mengelak daripada tersasar daripada maksud asal yang dikehendaki oleh korban.

Seandainya bahagian korban tetap digunakan sebagai upah penyembelih atau pelapah maka ia bertukar menjadi suatu bentuk jual beli. Maksudnya kita membeli tenaga penyembelih dan pelapah dengan bayaran daging korban.

Amalan sebegini adalah diharamkan sama sekali. Mustafa al-Bugha di dalam kitab al-Tahzib fi Adillah Matan al-Ghayah al-Taqrib menegaskan "Amalan menjual daging korban adalah haram".

Jika amalan ini masih diteruskan juga bermakna kita merosakkan pahala korban, malah ibadah korban itu terbatal. Mustafa al-Khin di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji menjelaskan "Tidak dibenarkan sesiapapun yang melakukan korban menjual atau memberi bahagian korban kepada penyembelih sebagai upah sembelihan, kerana ia mengurangkan pahala korban dan merosakkannya".

Bagaimanapun, sekiranya bahagian korban yang diberikan kepada penyembelih atau pelapah bukan atas dasar upah, maka ia dibenarkan. Untuk menentukan perkara ini paling tidak perlu lihat kepada dua keadaan berikut;

Pertama, diandaikan sememangnya bahagian korban itu akan diberikan kepada penyembelih atau pelapah walaupun mereka tidak melakukan penyembelihan atau pelapahan itu. Pemberian ini tidak dianggap upah, tetapi hanyalah sebagai hadiah.

Kedua, diandaikan jika penyembelih atau pelapah tidak melakukan penyembelihan atau pelapahan itu, maka mereka tidak akan diberikan bahagian korban berkenaan. Pemberian dalam keadaan ini dianggap upah dan merosakkan korban.

Berdasarkan keterangan di atas dapatlah dirumuskan bahawa jika kita tetap mahu memberi bahagian korban kepada penyembelih atau pelapah, maka hendaklah dipastikan pemberian itu bukan atas dasar kerja yang dilakukannya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 8:45 AM   0 comments
Ibnu Hubal ahli perubatan dan penyair
Friday, December 29, 2006
Utusan Malaysia, 29 Disember 2006

IBNU Hubal adalah seorang tabib ternama yang dilahirkan di Baghdad sekitar tahun 515H/1118M. Nama lengkapnya ialah Muhadhdhib ad-Din Abu al-Hasan Ali bin Ahmad Ibnu Hubal. Beliau pertama kali mempelajari tatabahasa Arab (nahu Sharaf) dan ilmu fikah di Nizamiyyah. Namun kemudiannya, minat beliau beralih kepada ilmu perubatan.

Hasilnya, Ibnu Hubal muncul sebagai seorang doktor yang berjaya di Syahi Arman di Khilat dan menjadi kaya. Selepas itu, beliau bekerja dengan Badruddin Lu’lu’ di Mardin dan terakhir di Mawsil.

Pada usia 75 tahun, beliau ditimpa musibah hingga menyebabkan matanya buta. Lantaran penyakit yang dialaminya, Ibnu Hubal meninggal dunia pada 610H/1213M.

Sepanjang hayatnya beliau menghasilkan pelbagai karya berkaitan dengan bidang perubatan. Antara karyanya yang paling utama adalah Al-Mukhtarat fi ath-Thibh (edisi Haydarabad, empat jilid 1362-1364H/ 1943-1944). Dua bahagian yang dikutip dari buku tersebut diterbitkan sebagai sebuah buku, Traitesur le Calcul dans les Reins dans la Vessie yang disusun oleh De Koning.

Selain menjadi seorang doktor yang berjaya, Ibnu Hubal juga

terkenal sebagai penyair. Ketika meninggal dunia, beliau meninggalkan seorang anak iaitu Syamsuddin Abu al-Abbas Ahmad yang kemudiannya mewarisi kemahiran ayahnya

dalam bidang perubatan. Dengan ilmu perubatan yang diperolehi, Syamsuddin berkhidmat di Istana Kaykawus Saljuki hingga ke akhir hayat.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 7:50 AM   0 comments
Fikir masak-masak sebelum mengahwini saudara baru
Thursday, December 28, 2006
Utusan Malaysia, 28 Disember 2006

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK

Walaupun sudah memeluk agama Islam, ikatan kekeluargaan Salmah Abdullah (dua dari kanan) masih erat apabila beliau turut menyambut hari jadi ibu saudaranya di Genting Highlands, Pahang.

SALMAH Abdullah, 68, reda dengan penentuan ilahi apabila mengenang nasib yang menimpa dirinya dengan pelbagai cabaran dan dugaan hidup yang terpaksa di tempuhi sepanjang bergelar seorang muslim.

Hatinya terbuka untuk memeluk Agama Islam setelah mendapat nur dengan bantuan jejaka yang kini suaminya yang terpaut akan kecantikan Salmah pada alam remaja.

Niat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan semasa berusia 18 tahun pada mulanya mendapat tentangan ahli keluarga terutama ibu dan bapa yang ketika itu berlainan agama. Namun, kecintaan terhadap agama Allah mengubah dirinya menjadi seorang muslim sejati.

“Pada ketika itu, hati saya berbelah bagi untuk memilih keluarga atau suami, namun saya berdoa kepada tuhan yang esa untuk membukakan hati saya untuk menerima agama ini atau sebaliknya. “Hari demi hari saya memikirkan perkara ini, namun jawapan bersalah masih membelenggu diri ini sekiranya tindakan yang ambil menyebabkan dirinya disisihkan oleh keluarga dan saudara mara,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini. Namun Allah masih memberinya peluang dan hidayah apabila keluarga mertua sebelah suami bertandang ke rumah keluarga dengan niat dan hajat untuk menjadikan saya sebagai menantu. “Akhirnya ibu-bapa dan keluarga saya menerima niat tersebut dengan harapan demi kebahagiaan saya di dunia dan akhirat,” jelasnya.

Tahun 1957 yang juga tahun kemerdekaan negara merupakan detik tahun keramat kepada Salmah yang mengahwini suami tercinta selepas setahun memeluk Islam.

Kata Salmah, detik-detik indah perkahwinan itu diabadikan sebagai kenangan yang sukar digambarkan kerana perkahwinan tersebut mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak keluarga.

Kini hampir 50 tahun setelah memeluk agama Islam kehidupan saya terus berubah di samping mendapat hidayah dan bimbingan untuk mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.

“Kehidupan saya bertambah bahagia setelah dikurniakan dengan enam orang anak yang merupakan pengikat kasih sayang. Saya bimbing dan memberi tunjuk ajar kepada mereka.

“Kehidupan saya dirahmati oleh Allah s.w.t kerana memberi saya rezeki yang melimpah ruah demi menyara saya dan anak-anak tercinta,” tambahnya yang menetap di Selayang Baru, Kuala Lumpur.

Namun kebahagiaan itu tidak kekal lama. Setelah 38 tahun mendirikan rumah tangga pasangan ini akhirnya berpisah.

“Hati ini luluh dan pasrah kerana suami yang merupakan tempat bergantung selama ini membuat keputusan berkahwin dengan wanita lain disebabkan masalah peribadi,” katanya.

Pada waktu itu, beliau mula tertekan dan keadaan semakin terumbang-ambing dan hatinya mula berkata-kata dan merasakan tiada guna lagi untuk hidup di dunia ini.

“Pada waktu itu, saya mula membawa diri bersama-sama dengan rakan-rakan agama lama saya iaitu buddha, dari situ saya mula takut dan gusar kerana merasakan bahawa keinginan untuk kembali kepada agama asal mula tergambar di fikiran saya.

“Namun alhamdulillah, saya mengucap panjang dan memohon kepada Allah supaya terus memberi kekuatan kepada diri saya. Hati saya mula tidak tenteram dan perasaan ketika itu mula berbelah bahagi dan akhirnya, saya membuat keputusan untuk berjumpa seorang ustaz bagi mendapatkan pandangan dan nasihat apakah tindakan yang perlu dilakukan demi kebaikan diri saya dan anak-anak,” jelasnya.

Benarlah Allah itu maha adil dan penyayang kepada umatnya. Setelah berbincang dengan sedalam-dalamnya, ustaz mencadangkan agar beliau mengerjakan umrah bagi mendapat ketenangan di samping melakukan amal ibadat yang dituntut oleh Allah s.w.t.

“Pandangan ustaz itu saya terima dan pada tahun itu juga, saya mengerjakan umrah. Apabila sampai di sana, hati saya benar-benar mendapat ketenangan dan seolah tuhan memberi hidayah kepada saya untuk terus melakukan amal ibadat dan mengikut ajarannya.

“Saya teruja melihat masyarakat di sana kerana sifat mereka yang sentiasa membimbing di antara satu sama lain. Di Mekah, alhamdulillah saya turut dimurahkan rezeki di samping diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadat,” katanya gembira.

Di Tanah Suci, Salmah mendapat satu petunjuk lagi apabila mendapat kenalan daripada pelbagai bangsa dan negeri yang berpusu-pusu untuk mengajarnya membaca al-Quran.

Katanya, kadang-kadang timbul perasaan malu dalam diri, namun apabila melihat mereka yang bersungguh-sungguh mengajarnya, beliau mula memahami bahawa Allah s.w.t sentiasa memberi pertolongan kepada umatnya yang dalam kesusahan.

Beliau juga sentiasa bermohon kepada Allah s.w.t untuk terus membimbingnya dan anak-anak ke jalan yang benar.

“Kini setelah kembali ke tanah air, saya memperbanyakkan amalan dengan mengikuti program-program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Selayang Baru dan surau yang berdekatan,” katanya.

Wanita yang berusia lebih setengah abad ini berpegang dengan prinsip setiap manusia perlu mengelak daripada sifat tamak, haloba dan kedekut serta jangan menghina sesama manusia.

Dalam menghabiskan sisa-sisa kehidupannya yang semakin senja, Salmah mengingatkan kepada setiap Muslim yang ingin mendirikan rumah tangga dengan bangsa asing yang berlainan agama, agar memikirkannya dengan masak.

Katanya, ini bagi mengelakkan berulangnya peristiwa yang menimpa dirinya yang hampir kembali semula ke agama asal apabila berlaku perceraian.

“Pegangan agama dan pedoman yang tidak kuat di dada merupakan penyebab kepada masalah yang berlaku pada hari ini.

“Keadaan akan bertambah sulit apabila, mereka tiada tempat mengadu dan tidak dipedulikan oleh masyarakat. Mereka menjadi mangsa kepada keadaan secara langsung merosakkan imej Islam itu sendiri dari persepsi pandangan agama lain,” katanya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 8:20 AM   0 comments
Keputusan PMR selepas 10 pagi hari ini
Utusan Malaysia, 28 Disember 2006

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2006 boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah selepas pukul 10 pagi esok.

Bagi calon yang terlibat dengan banjir pula, Kementerian Pelajaran menyediakan talian khas untuk mereka mendapatkan keputusan pada hari esok dan Jumaat.

Calon boleh menghubungi Lembaga Peperiksaan Malaysia di talian 03-88893520, 03-88893809, 03-88893551, 03-88843030, 03-88893601, 03-88843085 dan 03-88893582.

Mereka juga boleh menghubungi talian 07-2332263 bagi calon dari Johor, Melaka (06-2323789), Pahang (09-5715700) dan Negeri Sembilan (06-7653161).

Calon perlu bersedia dengan nama penuh, nama sekolah, angka giliran dan nombor kad pengenalan ketika membuat panggilan melalui talian berkenaan.

Panggilan melalui talian itu boleh dilakukan mulai 10 pagi hingga 7 malam esok manakala pada Jumaat pula, panggilan boleh dilakukan mulai pukul 7 pagi hingga 7 malam.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 7:57 AM   0 comments
Mahkamah Syariah perlu bidang kuasa lebih luas
Tuesday, December 26, 2006
Utusan Malaysia, 26 disember 2006

Zainul Rijal Abu Bakar.

Mahkamah Syariah adalah institusi keadilan bagi orang Islam. Walaupun mempunyai bidang kuasa yang terhad tetapi ia adalah institusi keadilan tertinggi bagi menyelesaikan sebarang pertikaian membabitkan soal agama.

Bagaimanapun, Mahkamah Syariah kini sering diuji dengan kes-kes yang mencabar melibatkan isu perundangan negara berbanding kes kekeluargaan semata-mata.

Bagi mengulas persoalan ini, wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, SYEFRY MONIZ menemu bual Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainul Rijal Abu Bakar.

UTUSAN MALAYSIA: Apakah kedudukan Mahkamah Syariah dalam Perlembagaan negara?

ZAINUL RIJAL: Sistem kehakiman negara kita terbahagi kepada dua iaitu perkara-perkara di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah ini diberi pengiktirafan oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai manifestasi keistimewaan Islam sebagai agama bagi Persekutuan mengikut Artikel 3(1) Perlembagaan.

Mahkamah Syariah bertindak dalam kes-kes yang di beri bidang kuasa kepadanya. Begitu juga Mahkamah Sivil. Memang sepatutnya, kedua-dua mahkamah ini saling lengkap-melengkapi dan bukan bertelingkah antara satu sama lain.

Tugas Mahkamah Syariah meliputi undang-undang kekeluargaan orang Islam, penentuan agama serta perkara-perkara berkaitan jenayah yang diperuntukkan.

Laporan Suruhanjaya Reid mengesyorkan agama diletakkan di dalam bidang kuasa negeri. Oleh hal yang demikian, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan undang-undang syariah adalah di bawah bidang kuasa negeri-negeri. Akibatnya, setiap negeri mempunyai undang-undang syariah sendiri dari segi kehakiman, pendakwaan dan penguatkuasaan.

Tidakkah ini menyebabkan berlakunya ketidakseragaman dalam pelaksanaan undang-undang syariah?

ZAINUL RIJAL: Inilah yang menimbulkan sedikit sebanyak kegelisahan dalam kalangan orang Islam. Namun demikian, usaha penyeragaman sudah menunjukkan perkembangan. Terutama dengan penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan enam negeri kini menggunakan skim guna sama.

JKSM melalui Ketua Pengarahnya, Datuk Syeikh Ghazali Abd. Rahman membuat pelbagai kaedah dan cara bagi melaksanakan penyeragaman di peringkat Mahkamah Syariah. Usaha sebegini mendapat sokongan padu peguam-peguam syarie.

Selain itu, sembilan negeri sudah pun mempunyai undang-undang syariah yang seragam. Cuma aspek pentadbiran dan penguatkuasaan masih terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Penyeragaman undang-undang syariah ini adalah suatu perkara yang telah lama diperkatakan, namun hasilnya masih belum dikecapi kerana ia melibatkan pelbagai pihak. Selagi bidang kuasa ini diletakkan di bawah bidang kuasa negeri selagi itulah akan berlaku perbezaan undang-undang antara negeri.

Sebenarnya Perlembagaan Persekutuan sendiri ada memperuntukkan kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang yang seragam. Perkara 7 6(1)(b) memperuntukkan Parlimen boleh membuat undang-undang berhubung dengan senarai negeri bagi tujuan penyeragaman undang-undang bagi dua atau lebih negeri. Parlimen juga menggunakan peruntukan ini umpamanya dalam menggubal Kanun Tanah Negara dan Akta Kerajaan Tempatan. Dalam kedua-dua hal perkara tadi bidang kuasanya diberikan kepada negeri tetapi bagi tujuan penyeragaman Parlimen menggubal undang-undang tersebut.

Kenapakah pendekatan yang sama tidak boleh dilakukan kepada perkara-perkara agama yang juga terletak di dalam Senarai Negeri?

Difahamkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bakal mewujudkan garis panduan seragam (SOP) dalam penguatkuasaan dan pendakwaan syariah tahun depan. Adakah ini salah satu inisiatif mewujudkan penyeragaman undang-undang syariah?

ZAINUL RIJAL: Bagi pihak PGSM, kita mengalu-alukan langkah ini. Setakat ini di Selangor dan Wilayah Persekutuan sudah ada SOP tetapi dari segi penguatkuasaan ia masih berbeza. Namun kedua-dua SOP ini perlu dimantapkan lagi kerana terdapat banyak kelemahan dari sudut pelaksanaannya.

Langkah Jakim ini dapat memperkemaskan lagi semua penguatkuasaan agama di negara kita. Apabila dilaksanakan kelak, ia mampu mengelak daripada berlakunya soal salah tangkap dalam kes-kes khalwat dan sebagainya.

Di dalam menggarap SOP yang lebih komprehensif ini, pandangan dari pelbagai pihak seperti Hakim Syarie, penguatkuasa agama, pendakwa dan peguam syarie perlu diambil kira.

Kita memang sudah lama menunggu kewujudan SOP seperti ini. Dengannya, insya-Allah tidak timbul lagi kegelisahan umat Islam kerana perbezaan pelaksanaan undang-undang syariah yang terdapat di negeri-negeri.

Kebelakangan ini terdapat kecenderungan seolah-olah tidak menghormati Mahkamah Syariah. Ia apabila ada pihak yang tidak muncul walaupun disapina oleh mahkamah. Mengapa ini berlaku?

ZAINUL RIJAL: Hal ini barangkali disebabkan tafsiran dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengehadkan bidang kuasa Mahkamah Syariah iaitu orang bukan Islam tidak terikat dengan undang-undang syariah.

Mahkamah Syariah tugasnya adalah mencari keadilan mengikut hukum syarak dan membuat keputusan yang betul berdasarkan bukti-bukti yang sahih. Ini pula memerlukan kerjasama pihak-pihak yang terlibat.

Dalam kes perebutan mayat A. Rayappan di Shah Alam awal Disember lalu misalnya, ahli keluarga bukan Islam Rayappan disapina ke Mahkamah Syariah untuk memberi keterangan dan menunjukkan bukti si mati bukan Islam di saat kematiannya. Ini bagi membantu mahkamah membuat keputusan yang betul tetapi keluarganya enggan hadir.

Perbuatan sebegini jelas tidak menghormati institusi Mahkamah Syariah. Jika tidak mahu bekerjasama bagaimana kita mahu mencapai keadilan?

Mahkamah Syariah wujud kerana peruntukan Perlembagaan sendiri. Oleh hal yang demikian setiap rakyat Malaysia mestilah menghormati Mahkamah Syariah walaupun Mahkamah Syariah tidak berupaya memaksa mereka hadir.

Masalah kita ialah tanggapan orang bukan Islam terhadap Mahkamah Syariah dan juga undang-undang kita yang tidak memperuntukkan mereka yang bukan Islam boleh disapina di Mahkamah Syariah.

Dalam kes Rayyappan ini apa yang menjadi persoalan ialah kenapakah Mahkamah Syariah di sebelah pagi menolak permohonan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik permohonannya tetapi di sebelah petang hakim yang sama memberi keputusan yang berlainan. Kenapa perkara sebegini boleh berlaku? Adakah mahkamah syariah tidak bebas membuat penghakiman?

Mungkin sudah sampai waktunya hakim-hakim Mahkamah Syariah dilantik sebagaimana rakan mereka di dalam Mahkamah Sivil. Buat masa ini hakim Mahkamah Syariah adalah seorang penjawat awam sebagaimana penjawat awam yang lain. Mereka tertakluk kepada arahan dan garis panduan penjawat awam.

Hakim Mahkamah Sivil dilantik oleh suruhanjaya yang mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Dengan cara ini hakim Mahkamah Syariah akan lebih bebas dalam pengadilan mereka di samping menaikkan lagi martabat mereka sama seperti hakim Mahkamah Sivil. Hal yang demikian akan memperbetulkan persepsi masyarakat bahawa bahawa Mahkamah Syariah bukanlah mahkamah kelas kedua.

Ia juga memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada Mahkamah Syariah. Jika kedudukan ini sama maka sudah tentu keadaan enggan hadir ke Mahkamah Syariah tidak akan berlaku.

Keadaan ini berlaku mungkin kerana persepsi orang bukan Islam bahawa setiap kes perebutan mayat, kita mahu menguruskannya sebagai jenazah orang Islam sahaja. Benarkah?

ZAINUL RIJAL: Kenyataan itu ada kebenarannya tetapi kes Nyonya Tahir sudah membuktikan bahawa Mahkamah Syariah bersikap adil dan tidak memihak kepada individu Islam sahaja. Tidak timbul prejudis terhadap mahkamah malah anak-anak Nyonya Tahir berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Syariah Seremban yang mengesahkan Nyonya Tahir beragama Buddha ketika kematiannya.

Kita mahu menjelaskan bahawa adalah berdosa bagi orang Islam mengkebumikan mayat orang bukan Islam mengikut cara Islam. Islam hanya membenarkan umatnya menguruskan jenazah orang Islam di mana ia adalah tanggungjawab fardu kifayah bagi mereka yang hidup untuk melaksanakannya.

Fardu kifayah ini jika tidak dilaksanakan misalnya mandi, kafan, solat dan kebumikan mayat orang Islam seluruh umat Islam di kawasan berkenaan akan menanggung dosanya. Ini yang perlu diperjelaskan kepada orang bukan Islam. Kita bukan suka-suka mahu mengambil mayat orang bukan Islam untuk kita kebumikan sebagai orang Islam. Tetapi jika pada saat kematiannya individu itu Islam, maka adalah tanggungjawab kita menguruskan jenazah mereka.

Ada pihak yang beranggapan keadilan di Mahkamah Syariah hanya kepada orang Islam sahaja? Benarkah tanggapan ini?

ZAINUL RIJAL: Hal sedemikian adalah tidak benar. Pada zaman pemerintahan Khalifah Ali, berlaku pertikaian tentang baju besi baginda yang dicuri oleh seorang Yahudi. Bagaimanapun, dalam kes ini tidak ada saksi yang melihatnya selain anak Saidina Ali.

Apabila kes ini dibicarakan di hadapan Hakim Syuraikh dan Saidina Ali gagal membuktikan baju besi itu haknya mahkamah menolak kenyataan saksi iaitu anaknya. Sebabnya, ada kemungkinan anak khalifah akan memihak kepada bapanya. Dengan itu, baju besi tersebut diserahkan kepada Yahudi terbabit . Lelaki Yahudi itu kagum dengan kebebasan Hakim Syuraikh membuat keputusan yang tidak memihak kepada Khalifah sedangkan dia sendiri tahu dialah yang mencuri baju besi itu . Dia kemudiannya memeluk Islam kerana keindahan neraca keadilan yang ditunjukkan oleh Islam.

Allah turut memberi amaran kepada sesiapa yang cuba menyogok hakim menyebelahi mereka dalam sesuatu perbicaraan dengan cara yang salah. Ini ditegaskan dalam firman-Nya, Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Al-Baqarah: 188)

Apa yang perlu digiatkan kini ialah usaha memberi pendidikan dan kesedaran termasuk kepada orang bukan Islam tentang keadilan yang terkandung dalam Islam sebagai cara hidup ini. Bidang kuasa yang lebih luas juga perlu diberi kepada Mahkamah Syariah bagi memberikan kredibiliti kepada Mahkamah Syariah. Ia penting kerana persepsi masyarakat sekarang ini Mahkamah Syariah adalah mahkamah keluarga sahaja. Dalam bidang kuasa yang terlalu terhad itupun, ia masih diganggu.

Baru-baru ini, timbul gesaan yang mahu mengharamkan tangkapan kes-kes khalwat kerana didakwa ia memalu serta mencemarkan Islam. Apakah pandangan saudara mengenainya?

ZAINUL RIJAL: Mengikut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah, setiap serbuan penguatkuasa agama dibuat berdasarkan aduan atau syak yang munasabah ada jenayah syariah dilakukan. Bukannya serbuan secara membuta-tuli atau mengintip secara sembrono.

Bila menerima aduan, penguatkuasa agama akan menyiasat. Aduan pula perlulah dibuat dalam bentuk tulisan dengan menggunakan borang-borang tertentu. Bagaimana siasatan dibuat ini termasuklah serbuan dan penggeledahan. Pokoknya, bukan sengaja ketuk pintu hotel atau rumah orang. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah ini memperincikan dengan jelas prosedur-prosedur tertentu malah dalam beberapa hal ia lebih lengkap lagi dengan apa yang ada dalam Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Sivil.

Jika ada kesilapan dalam melaksanakan tugas, itu adalah kesilapan manusia. Tindakan perlu diambil kepada pihak yang melakukan kesilapan. Berilah latihan yang bersepadu kepada Pegawai Penguatkuasa Agama. Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Pihak berkuasa agama juga perlu jujur mengaku jika berlaku kesilapan oleh kakitangannya.

Apa yang kita bimbang, menghentikan tangkapan khalwat ini seolah-olah menggalakkan umat Islam melakukan maksiat kerana tidak ada tindakan pencegahan yang tegas. Inilah juga apa yang diperjuangkan oleh golongan Islam liberal.

Dalam usaha menegak yang makruf dan mencegah yang mungkar kita perlu berpegang kepada hadis Rasulullah s.a.w yang antara lain maksudnya, Apabila kamu melihat kemungkaran hendaklah kamu menegahnya dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu dengan kata-kata dan jika tidak mampu dengan hati. Itulah selemah-lemah iman. (Riwayat Bukhari)

Persoalannya, kita ada kuasa di tangan kita mengapa kita mahu memilih kaedah mereka yang selemah-lemah iman.

Ada juga pandangan yang mengatakan hadis tersebut hanya terpakai kepada orang yang melihat kemungkaran dengan mata kepalanya sendiri sahaja. Tafsiran ini adalah tafsiran yang sempit kerana di zaman Rasulullah juga kesaksian seorang sahabat yang mengesyaki terdapat seorang yang akan melakukan pembunuhan sedang menyorok di sebalik sebatang pokok diterima oleh Rasulullah. Sahabat ini tidak melihat dengan mata kepalanya sendiri.

Memanglah benar terdapat banyak perkara yang lebih besar lagi yang perlu diberi penumpuan oleh penguatkuasa agama, tetapi hal yang demikian tidaklah memberi lesen kepada penguatkuasa agama menghentikan penguatkuasaan tangkapan khalwat. Penguatkuasa agama perlu melakukan semua perkara dalam bidangkuasanya. Pihak kerajaan perlu menyokong dengan melantik lebih ramai pegawai tetap dan terlatih dalam melaksanakan tanggungjawab ini.

Kita juga tidak boleh mengatakan setelah begitu banyak tangkapan dibuat khalwat masih berleluasa. Oleh itu tangkapan khalwat ini tidak berkesan dan mesti diberhentikan. Hal ini sebenarnya tidak boleh dijadikan hujah kerana jika kita membuat analogi kepada masalah dadah, kerajaan telah melakukan ribuan tangkapan dan membelanjakan jutaan ringgit memerangi dadah serta mengadakan pusat pemulihan dadah tetapi masih tidak berjaya lagi.

Adakah kita menghentikan tindakan ini? Jika kita menghentikan tindakan maka masyarakat tentulah menjadi kucar kacir. Apa yang perlu dilakukan ialah melipatgandakan usaha dan mencari kaedah yang lebih sesuai untuk menangani masalah ini bukan menghentikannya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 11:53 AM   0 comments
Program Motivasi al-Quran melahirkan generasi al-kitab
Utusan Malaysia, 26 disember 2006

Oleh ZUNAIDAH ZAINON

MOHD. Nasir Rustam dan isteri, Asni Mansor mengadakan Program Motivasi al-Quran ala Madrasah bagi mengelakkan para pelajar terjerumus dengan budaya lepak dan tidak berfaedah.

CUTI sekolah bakal berakhir kira-kira seminggu lagi. Ketika ini, ibu bapa sibuk membeli belah bagi persiapan terakhir persekolahan anak-anak.

Malah tidak dinafikan, keseronokan sepanjang musim cuti masih lagi terasa pada minggu-minggu awal menjejakkan kaki ke sekolah.

Bagi sesetengah pelajar, musim cuti sekolah dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan kemahiran diri dengan mengikuti kelas muzik, piano, lukisan dan sebagainya. Tidak kurang juga, ada ibu bapa yang mengambil kesempatan menghantar anak-anak mereka mengikuti kem cuti sekolah atau program berbentuk keagamaan.

Pengisian pelbagai aktiviti dan program sepanjang cuti sekolah dapat mengelakkan anak-anak terjebak dengan masalah sosial yang semakin meruncing saban hari. Kesibukan ibu bapa dan anak-anak ditinggalkan di rumah tanpa pemantauan boleh mendorong penglibatan mereka dengan aktiviti tidak bermoral.

Menyedari hakikat itu, pasangan suami isteri yang gigih mengusahakan Pusat Pengajian Islam Tahsin al-Quran Training Centre, Mohd. Nasir Rustam al-hafiz, 33, dan Asni Mansor al-hafizah, 30, mengambil kesempatan mengadakan Program Motivasi al-Quran ala Madrasah.

Program yang memasuki tahun ketiga itu menerima sambutan menggalakkan daripada ibu bapa. Rata-rata ibu bapa meminta agar disediakan tempat penginapan sepanjang program. Program ini diadakan pada 27 November hingga 22 Disember 2006 di Sekolah Agama KAFA Integrasi Taman Jasmin, Kajang, Selangor.

Tahun ini seramai 35 peserta terlibat dan kebanyakannya dari sekitar Selangor.

Menurut Mohd. Nasir, penekanan program ini bukan sahaja kepada bacaan dan hafazan al-Quran tetapi penerapan nilai-nilai positif agar mereka memiliki motivasi diri yang tinggi dan berkeyakinan melalui kelas-kelas penampilan diri yang diadakan.

“Ada sesetengah peserta sebelum mengikuti kelas ini adalah seorang yang pemalu dan pendiam. Tetapi kami cuba mencungkil bakat mereka melalui kelas membaca puisi, renang dan kompang supaya mereka lebih berani ke hadapan.

“Kelas renang diadakan seminggu sekali dan diasingkan antara lelaki dan perempuan,” ujar beliau yang merupakan bekas pengetua sebuah sekolah tahfiz.

Tambah Asni, program yang diadakan secara tidak langsung dapat membantu golongan ibu bapa yang bekerja menguruskan aktiviti anak-anak mereka sepanjang cuti persekolahan. Pendedahan sedemikian dapat mengembalikan budaya penghayatan al-Quran dalam kalangan generasi muda dengan harapan dapat meneruskan pembacaan al-Quran di rumah.

Asni yang juga bekas penuntut Darul Quran berpendapat, pendidikan agama harus bergerak seiring dengan akademik bagi melahirkan insan yang bertakwa dan berakhlak. Bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa lebih mementingkan akademik anak-anak berbanding didikan agama.

“Kita perlu menjadikan al-Quran sebagai cara hidup. Isi hati-hati mereka dengan ayat-ayat suci al-Quran sebelum melangkah lebih jauh lagi.

“Anak-anak kecil yang dididik dengan nilai-nilai agama lebih mudah menerima pendidikan akademik kerana hati mereka yang sudah dibersihkan,” katanya yang aktif mengadakan kelas mengaji al-Quran untuk dewasa, remaja dan kanak-kanak termasuklah saudara baru.

Bagi Mohd. Nasir, tenaga pengajar muda yang disediakan sepanjang program ini dapat meningkatkan motivasi diri mereka untuk menguasai bacaan dan hafazan al-Quran. Untuk mengelakkan remaja terlibat dengan gejala tidak sihat, beliau turut merancang untuk mengadakan kelas penghayatan al-Quran secara sambilan.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 11:47 AM   0 comments
Khayrallah Effendi - cendekiawan Turki yang dramatis
Saturday, December 23, 2006
Utusan Malaysia, 23 Disember 2006

KHAYRALLAH Effendi, masyhur sebagai pentadbir dan ahli sejarah serta seorang doktor kenamaan yang turut mempunyai pengetahuan luas dalam bidang pertanian dan fizikal. Beliau berasal dari sebuah keluarga doktor dan dilahirkan di Istanbul pada 1235H/1819- 1820M.

Pada mulanya, beliau ingin mengikut jejak langkah ayahnya, Abdul Hak Mollah tetapi berubah menjadi mullah di Izmir pada tahun 1256H/1840-1841M. Kemudian, kedudukannya diangkat menjadi kadi di Mekah.

Beliau mendalami bidang perubatan di Mektab-i-Tibbiyye dan lulus pada 1260H/1844M. Pada bulan Rejab 1265H/1849M, Khayrallah dilantik sebagai salah seorang anggota Dewan Pendidikan. Dipercayai, beliau juga menduduki jabatan wakil Presiden Acedemy of Arts and Science pada 1268H/1852M.

Khayrallah kembali ke dunia pendidikan pada 1854M dan dilantik sebagai Menteri Sekolah-sekolah Umum. Tiga tahun kemudian, beliau ditarik ke Kementerian Pendidikan dan diberi tanggungjawab sebagai wakil Setiausaha Agung. Tidak lama kemudian, beliau memangku jawatan sebagai Timbalan Menteri.

Pada 21 Mei 1859M, beliau dilantik menjadi pentadbir pada Mektab-i-Tibbiyye iaitu sekolah perubatan di mana beliau menamatkan pengajiannya.

Selama tiga tahun menjalankan tugas sebagai pengetua, beliau kemudiannya memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian VI Kota Madya Istanbul pada bulan Rejab 1278H/1865M. Pada bulan Safar 1281H/1864M, beliau dilantik sebagai anggota Majlis-i Walayy-i Ahkam-i Adliyye.

Sekembalinya ke Istanbul, beliau ke Tehran sebagai Menteri Uthmaniah Istana Parsi. Dicatatkan, beliau meninggal dunia di Tehran pada bulan Syawal 1282H/1865M.

Melalui aktiviti tulisannya, Khayrallah banyak memberi sumbangan kepada modenisasi Turki. Beliau mengusahakan penulisan sebuah sejarah umum mengenai Uthmaniah yang diterbitkan di Istanbul pada 1271-1281H dengan tajuk Dewlwt-i Aliyye-i Othmaniyye Tarik sebanyak satu jilid.

Karya tersebut membahaskan mengenai sejarah kerajaan Uthmaniah pada 1026H/1617M. Penulisannya kemudian diteruskan oleh Ali Syewki yang mengungkapkan sejarah kerajaan tersebut hingga tahun 1058H/1648M dan diterbitkan di Istanbul pada 1289M.

Di samping tugas Khayrallah dalam bidang pendidikan dan pentadbiran, beliau turut terkenal sebagai dramatis penggubah sandiwara Uthmaniah yang pertama. Ini berpandukan kepada karyanya berjudul, Hikayet-i Ibrahim Pasha be Ibrahim-i Gulsheni yang ditulisnya pada tahun 1260H/1844M.

Antara karya Khayrallah yang lain ialah Malakat-i Tibbiyye, kumpulan naskhah-naskhah perubatan yang diterbitkan di Istanbul pada 1258H. Kemudian, Beyt-i Dekhan-i, sebuah naskhah yang membahas masalah pertanian yang diterbitkan di Istanbul pada 1264H. Perjalanannya ke Eropah pada 1864M untuk berubat juga diterangkan dalam bentuk cerita yang boleh ditemui di Perpustakaan Fakulti Bahasa, Sejarah dan Geografi Ankara, Turki.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 9:16 AM   0 comments
Agama urusan ulama
Friday, December 22, 2006

Oleh: DR. ASMADI MOHAMED NAIM

PERSOALAN peranan ulama kerap diperkatakan kebelakangan ini kerana kedudukannya yang tinggi di mata masyarakat. Namun, kebelakangan ini ada ungkapan yang mempersoalkan perkara tersebut. Perkara ini juga perlu dilihat daripada hidayah al-Quran dan sunah supaya masyarakat dapat melihat kebenaran sebenar pada perkara ini.

Ungkapan seperti: ‘Perubatan moden adalah untuk semua masyarakat’ sudah diterima umum. Namun sekiranya datang si A berkata: ‘‘Walaupun saya belajar bertani, namun disebabkan perubatan untuk semua, maka saya juga layak menjadi doktor dan boleh mengubat penyakit saudara walaupun saya tidak belajar perubatan. Demikian juga ungkapan ‘Kejuruteraan moden untuk semua’. Namun datang pula si B mengatakan: ‘‘Walaupun saya belajar kedoktoran, saya juga layak menjadi jurutera dan mahu mempraktikkan bidang kejuruteraan.’’

Masyarakat yang mendengar kata-kata tersebut, pasti beranggapan bahawa sesiapa yang berubat dengan si A akan menerima bahaya. Begitu juga dengan halnya si B, masyarakat akan berpandangan bahawa walaupun dia pandai dari sudut perubatan, namun bangunan yang dibinanya belum tentu kukuh dan membahayakan masyarakat umum.

Kalau demikian kedudukannya, Islam agama untuk semua adalah ungkapan yang sememangnya diterima. Namun adalah tidak betul mengatakan urusan agama, mentafsirkan al-Quran, menghukum kesahihan hadis dan mengeluarkan hukum boleh diberi sebebas-bebasnya untuk masyarakat awam.

Sekiranya seseorang mengamalkan perubatan tanpa ilmunya yang sah, pasti membahayakan masyarakat dan boleh membawa kematian. Demikian juga urusan agama, sekiranya ditafsirkan dan dihuraikan oleh bukan ahlinya, pasti membawa kepada penyelewengan yang membawa kehidupan sebelum mati dan sesudah mati. Kebiasaannya, mana-mana ajaran sesat datangnya daripada pengaruh seseorang kepada masyarakat awam.

Benarlah Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Nahl, 43 yang bermaksud: ‘‘Maka hendaklah kamu bertanya kepada orang-orang yang mengetahui sekiranya kamu tidak mengetahui.’’

Sabda Rasulullah s.a.w: ‘‘Sekiranya diserahkan urusan kepada orang yang tidak mengetahui tunggulah saat binasa.’’

Hadis tersebut dengan jelas menghuraikan kebinasaan sekiranya diserahkan urusan kepada bukan ahlinya, lebih-lebih lagi dalam urusan agama.

Berkata Imam al-Shafie Rahimahullah (nasir al-sunnah) dalam kitabnya al-Risalah (Hal: 510) yang bermaksud: “Tidaklah berijtihad (qiyas) kecuali sesiapa yang mempunyai kemampuan iaitu ilmu mengenai kitabullah sama ada perkara fardunya, kesusasteraannya (balaghahnya), nasikhnya, mansukhnya, ‘amnya, khasnya dan panduannya. Dia (mujtahid) berdalilkan pada perkara-perkara yang boleh ditakwilkan dengan sunah Rasulullah s.a.w. Sekiranya tidak ada, maka dengan ijmak al-muslimin. Sekiranya tiada ijmak, maka dengan qiyas.”

Kemudian Imam Syafie berkata lagi: “Tidaklah boleh untuk sesiapa pun berijtihad sehingga ia menjadi alim dengan sunah-sunah, perkataan-perkataan salaf, persepakatan masyarakat dan perbezaan pandangan di kalangan mereka dan mahir bahasa Arab.”

Imam Shafie berkata lagi: “Tidaklah boleh untuknya berijtihad (qiyas) sehingga dia merupakan seorang yang berakal sehingga boleh membezakan antara yang musytabih, tidak gopoh untuk memperkatakan sesuatu sehingga ia memastikannya.”

Tambah Imam besar itu lagi: “Dia (mujtahid) tidak menolak untuk mendengar pandangan orang yang menyanggahnya kerana kemungkinan melalui mendengar tersebut dapat mengelakkan lupa dan menambah keyakinannya pada perkara yang ia yakin kebenaran.”

Imam Shafie berkata lagi dalam kitabnya al-Risalah (Hal. 511): “Manakala sesiapa yang sempurna akalnya, namun bukan seorang yang berilmu (sebagaimana diperkatakan tadi), tidak halal baginya berijtihad, kerana sesungguhnya dia tidak mengetahui apa yang diijtihadkannya, sebagaimana tidak dibolehkan seorang ahli fiqh memperkatakan mengenai harga dirham walhal dia tidak mempunyai pengalaman di pasar.”

Dengan itu benarlah kata-kata Rasulullah iaitu ulama adalah pewaris para nabi. Merekalah yang menyambung tugas-tugas masyarakat.

Kesimpulannya, urusan agama ini adalah urusan ulama. Ulama sahajalah yang dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Kebanyakan ajaran sesat dilahirkan apabila dibiarkan orang-orang awam mentafsirkan agama sewenangwenangnya. Demikian juga aliran sesat- menyesat secara taksub pada perkara khilafiyah dalam ibadah diikuti oleh masyarakat awam yang lemah asas agama.

Pada masa yang sama, masyarakat harus mengenali siapakah ulama yang sebenar. Sistem pelajaran moden, yang memisahkan ilmu-ilmu syariah kepada al-Quran, al-sunah, syariah, dakwah dan bahasa Arab telah melahirkan cerdik pandai Islam yang hanya pakar dalam sesuatu bidang ilmu. Seseorang mungkin dikatakan pandai hadis, tetapi tidak mempunyai kefaqihan atau tidak mahir dalam pembacaan nas-nas ulama. Demikian juga sebaliknya. Demikian juga pandai bahasa Arab sahaja tidak memboleh seseorang itu pandai mentafsir al-Quran. Kalau Bahasa Arab sahaja membolehkan seseorang mentafsirkan al-Quran, nescaya semua orang-orang Arab sudah menjadi ulama.

Sekiranya, lulusan agama universiti moden ini mengakui kelemahan masing-masing, akan lahir saling bergandingan untuk menegakkan kebenaran. Namun sekiranya graduan tersebut tidak menyedarinya, dan tidak mahu menghadapinya, akan lahir golongan yang disebut oleh ramai profesor-profesor syariah kepada anak-anak muridnya iaitu: “Kamu memasuki universiti dalam keadaan tawaduk, namun kamu keluar dalam keadaan takbur.”

Oleh itu, masyarakat perlu menghormati peranan ulama kita sama ada dulu mahupun sekarang. Kita mengharapkan institusi ulama terus dihormati kerana peranan besar mereka di kalangan masyarakat.

- DR. ASMADI MOHAMED NAIM ialah Pensyarah Kanan, Universiti Utara Malaysia.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 9:23 AM   0 comments
Anak yatim dipelawa ke Markas Tarbiyah Darul Hijrah Islamiyah
Thursday, December 21, 2006
Harakahdaily, 20 Disember 2006

Harakahdaily
Wed | Dec 20, 06 | 08:38:07 AM

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Hrkh) - Markas Tarbiyah Darul Hijrah Islamiyah (MTDHI), Pahang mempelawa anak-anak yatim di seluruh negara melanjutkan pengajian persekolahan mereka bagi tahun 2007 yang mana pendaftarannya dibuka mulai sekarang.

Menurut tenaga pengajarnya, Ustazah Hafizah Alwi, MTDHI menyediakan tempat atau rumah kepada anak-anak yatim di samping pengajian dan pelajarannya dibiayai sepenuhnya oleh pihak MTDHI.

"Setakat ini terdapat lapan anak yatim belajar di sini dan kami mempelawa serta bersedia menerima lebih ramai lagi anak-anak yatim yang berminat belajar di sini," katanya.

Di samping itu katanya, MTDHI turut menerima pelajar lepasan sekolah rendah, lepasan PMR, SPM dan STAM yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.

"Di sini pelajar menduduki peperiksaan PMR,SMA, SPM dan STAM. Dan dalam masa yang sama kami boleh membantu pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti di Universiti Al-Azhar, Mesir atau Global University di Lubnan," katanya dan menambah bahawa MTDHI menyediakan Kelas Tahfiz al-Quran dan kursus bahasa Arab jangka pendek untuk pelajar yang ingin melanjutkan peljaran ke luar negara.

Sebelum ini, katanya MTDHI turut mengadakan Program Eksplorasi Ilmiah (EIM) kepada para pelajar dalam dan luar negeri Pahang pada 10 Disember hingga 15 Disember yang lalu untuk memberi penekanan ilmu antaranya seperti pengajian fardu ain, hafazan al-Quran, motivasi pelajar, munajat dan sebagainya.

Bagi sesiapa yang berminat memasuki sesi persekolahan di MTDHI, bolehlah menghubungi Ustazah Hafizah di talian 09-2996115 atau 016-6429815/019-9180573. (Pendaftaran dibuka sekarang)

Dalam masa yang sama MTDHI turut memerlukan guru agama, guru akademik dan guru tahfiz untuk mengajar di sini dan bagi sesiapa yang berminat untuk mengisi jawatan tersebut boleh menghubungi di talian yang sama seperti yang tertera. - lanh

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 8:54 AM   0 comments
Kasih saudara baru 14 pasangan pengantin diraikan
Utusan Malaysia, 21 Disember 2006

Oleh: W. RAHIMAD DRAMAN

MERIAH...Pasangan pengantin saudara baru yang diraikan diDewan Orang Ramai Taman Gemilang, Dengkil, Selangor, baru-baru ini.

Jodoh bagi pasangan hidup itu tidak mengenal jarak, tempat, rupa, bangsa dan keturunan. Jika sudah tersurat itu jodoh pasangan hidupnya, akan termeterailah janji melalui ijab dan kabul.

Itulah yang berlaku kepada 14 pasangan pelbagai bangsa dan keturunan sekitar Dengkil, Daerah Sepang Selangor baru-baru ini, apabila mereka dikembalikan kepada agama fitrah, Islam untuk disatu dan diikat sebagai suami isteri melalui ijab dan kabul.

Kesemua 14 pasangan dari pelbagai kepercayaan dan agama sebelum ini, dihimpunkan pada majlis persandingan besar-besaran yang meriah dalam program Mutiara Kasih Saudara Baru Daerah Sepang di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Dengkil, Ahad lepas.

Ia adalah usahasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Daerah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Daerah Sepang serta Jawatankuasa Penduduk Taman Gemilang dan Ahli Parlimen Sepang.

Program dua hari itu turut disertakan dengan kursus dan bimbingan berumahtangga serta tanggungjawab sebagai suami dan isteri menurut tuntutan Islam untuk pasangan terlibat.

Meskipun hidup dan membesar bukan sebagai Muslim, namun dengan kehendak Allah s.w.t., hidayah agama suci itu mengetuk pintu hati mereka untuk kembali kepada agama fitrah itu dalam memulakan penghidupan baru sebagai suami isteri.

“Pengaruh dan dorongan kawan-kawanlah yang membawa saya untuk mendekati Islam, belajar dan akhirnya melafazkan syahadah,” cerita Muhammad Nazri Abdullah, 20, yang melafaz syahadah tiga bulan lalu.

Berketurunan Orang Asli dari suku Temuan dari Kampung Orang Asli Jenderam Hilir, Dengkil, jodohnya adalah dengan masyarakat serumpun tetapi dari suku yang berbeza.

Bekerja sebagai penghias taman di salah sebuah agensi landskap di Dengkil, beliau memilih Siti Rosmaria Abdullah dari suku Mahberi di Kampung Bumbung, Pulau Carey di Banting sebagai teman hidupnya.

Lebih menarik, Siti Rosmaria, 20, turut tertarik dengan Islam dan mengikut jejak Muhammad Nazri meskipun ahli keluarga masing-masing belum mendapat hidayah untuk menjadi Muslim.

Mereka adalah pasangan tunggal yang dinikahkan pada majlis persandingan beramai-ramai dalam program Mutiara Kasih Saudara Baru yang julung kali diadakan di daerah tersebut.

Sementara itu, 13 pasangan lain diijab dan kabul dalam tempoh antara dua bulan hingga dua tahun lalu.

“Sebenarnya program ini adalah untuk mengalu-alukan mereka sebagai saudara seagama di samping meraikan dan berkongsi kegembiraan bersejarah mereka secara bersama,” kata Ahli Parlimen Sepang, Datuk Ir. Mohd Zain Mohammed.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya turut merasmikan program serta merenjiskan bunga rampai pada pasangan di majlis persandingan beramai-

ramai itu.

Bagi pasangan yang disatukan lebih lapan bulan lalu, Mohd Assamarkandi Lee Abdullah, 26, dan Norliza Ada, 24, majlis tersebut akan menjadi sejarah manis untuk mereka.

“Saya amat terharu kerana tidak menyangka akan diraikan dengan majlis yang meriah sebegini,” katanya yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

Anak tunggal yang menjadi yatim piatu sejak lebih 10 tahun lalu ini sedang menuntut di tahun dua Institut Dakwah Islam Perkim di Pangkalan Chepa, Kelantan.

Dilahirkan dalam keluarga yang menganut kristian 26 tahun lalu, Mohd. Assamarkandi mendapat hidayah setelah melalui pelbagai ranjau kehidupan selepas kematian ibu bapanya sejak lebih lima tahun lalu.

“Saya merantau ke Kelantan untuk mendalami ilmu Islam dan ditakdirkan pula bertemu rakan yang sealiran semasa belajar di sana,” cerita bakal pendakwah kini mengikuti diploma pengajian Dakwah dan al-Quran di Institut Dakwah Islam Perkim itu.

Bercita-cita melanjutkan pengajian ke Mesir, Mohd. Assamarkandi berkata, perkahwinannya menguatkan lagi azam dan semangat membantu meningkatkan lagi syiar Islam khususnya kepada saudara baru.

Isterinya, Norliza yang dinikahi pada 9 Mac lalu membesar dengan kepercayaan masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Tampoi, Dengkil sebelum mendapat nur Islam.

Lain pula dengan kisah pasangan Sulaiman Veeran Amir Abdullah, 21 dan isterinya, Umi Kalsum Othman, 18.

Walaupun mereka dari kaum yang sama iaitu India, tetapi masing-masing mempunyai latar belakang kepercayaan agama berbeza.

Sulaiman dilahir dan dibesarkan dalam keluarga beragama hindu, manakala Umi Kalsum adalah dari keluarga India Muslim.

Tetapi beliau kembali kepada Islam hampir lima tahun lalu setelah mula mengenali dan menyelami agama suci itu ketika di bangku sekolah lagi.

Lebih bermakna bagi Sulaiman yang berasal dari Dengkil, apabila ibu bapanya turut mendapat hidayah menjadi Muslim selepas dua bulan dia melafazkan syahadah.

“Kini saya rasa lebih sempurna apabila mendapat pula seorang isteri dari keluarga yang beramal dengan Islam,” kata penuntut tahun tiga pengajian diploma dakwah dan al-Quran Institut Dakwah Islam Perkim di Kelantan itu.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 8:12 AM   0 comments
Kebenaran Islam pikat Maryam Jameelah
Utusan Malaysia, 21 Disember 2006

Susunan: ZUARIDA MOHYIN

“ISLAM menjawab dan menjelaskan segala-galanya. Dalam Islam saya temui kebenaran, kebaikan dan kecantikan yang bukan sahaja membawa dan memandu seseorang itu tentang kehidupan di dunia malah kehidupan selepas kematian.

“Malah jika ada yang bertanyakan bagaimana saya mengetahuinya? Saya hanya mampu menjawab, pengalaman peribadi cukup menyakinkan saya. Pegangan teguh saya kepada akidah Islam datang secara tenang tetapi penuh keyakinan.

“Pengislaman saya adalah begitu formaliti, langsung tidak melibatkan perubahan radikal dalaman.” Begitulah jawapan Maryam Jameelah atau sebelum ini Margaret (Peggy) Marcus, seorang Yahudi Amerika yang memeluk Islam pada 1961 tentang impak agama Islam terhadap kehidupannya.

Menurut Maryam lagi, minatnya terhadap Islam bermula seawal usianya 10 tahun sewaktu mengikuti reformasi Yahudi Sunday School.

Pada waktu itu, beliau tertarik dengan sejarah hubungan di antara bangsa Yahudi dengan bangsa Arab. Menerusi buku teks Yahudi, dia difahamkan bahawa Nabi Ibrahim ialah ayahanda kepada semua bangsa Arab dan juga bangsa Yahudi.

Beliau terbaca beberapa abad kemudian semasa Zaman Pertengahan Eropah, penindasan Kristian menyebabkan orang Yahudi teruk terseksa dan kehadiran mereka diterima umat Islam di Sepanyol.

Kebaikan hati yang ditunjukkan ini bakal merangsang budaya Ibrani (Hebrew) terus cemerlang tanpa langsung mengesyaki sifat semulajadi Zionis.

“Saya terlalu naif dan percaya bahawa bangsa Yahudi akan kembali ke Palestin untuk memperteguhkan hubungan persaudaraan dengan saudara sesama Arab.

“Tarikan kuat dengan pembelajaran sejarah bangsa Yahudi membuatkan saya tidak gembira di Sunday School,” katanya.

“Kakak saya sangat benci ke Sunday School sehingga setiap pagi ibu terpaksa bangunkannya dari katil dan dia tidak akan berganjak selepas dibebel dengan kata-kata pedas dan air mata. Akhirnya ibu, terima hakikat penolakan kakak.

Sementara itu, pada sambutan perayaan keagamaan Yahudi, kami (kakak dan saya) bukannya ke Synagogue atau melaksanakan puasa pada Tum Kipper tetapi kami dibawa keluar dari sekolah untuk pergi berkelah dan berpesta di restoran terbaik.

Apabila kami berjaya membuktikan kepada ibu bapa betapa teruknya keadaan kami di Sunday School, mereka menyertai pula sebuah organisasi agnostik dan kemanusiaan yang dikenali Ethical Cultural Movement,” cerita Maryam yang menghadiri kelas baru itu sehingga tamat pengajian iaitu pada usia 15 tahun.

Katanya lagi, apabila semakin dewasa dan matang, beliau tidak boleh menerima dan memperoleh kepuasan menerusi fahaman ateis.

Lalu Maryam mula mencari pembaharuan kepada identiti diri. Dalam tempoh itu, beliau pernah menyertai kumpulan bahai di New York yang dikenali The caravan of East and West diketuai lelaki Parsi bernama Mirza Ahmed Sohrab.

Beliau tertarik dengan Bahai kerana ia berasaskan Islam dan ceramahnya tentang Tuhan Yang Satu. Pun begitu, apabila beliau mengetahui kegagalannya untuk mengaplikasikan idea tersebut, Maryam meninggalkannya setelah setahun penyertaan.

Pada usia 18 tahun, Maryam menyertai pergerakan pemuda Zionis yang dikenali sebagai Mizrachi Hatzair tetapi apabila mengetahui kebenaran di sebalik Zionis, sekali lagi dia dikecewakan.

Semasa usianya mencecah 20 tahun, Maryam belajar di Universiti New York dan salah satu subjek elektif yang diambilnya ialah Judaism in Islam.

Malangnya profesor yang juga Ketua Jabatan Pengajian Hebrew, Rabbi Abraham Issac Katsh memesongkan para pelajarnya dengan mengatakan Islam berasal daripada agama Yahudi.

Tambah memburukkan, profesornya menyalahgunakan al-Quran demi membuktikan kepada pelajarnya bahawa agama Yahudi adalah agama teragung. Apabila semua tembelang yang dibawa oleh agama Yahudi terbongkar, Maryam tidak sanggup lagi mengakui dan menerima agama Yahudi.

Semenjak itu, beliau mula membuat perbandingan agama Yahudi dengan agama Islam.

Dalam kajiannya terhadap Old Testament dan kitab Taurat serta perbandingan dengan al-Quran dan hadis. Apa yang Maryam temui, agama Yahudi telah rosak sedikit dan akhirnya beliau mengucap syahadah.

Sebenarnya, keinginan bergelar Muslim wujud sejak tahun 1954 namun keluarganya dapat menghalang menerusi perbincangan terbuka.

Beliau ditakutkan dengan mengatakan bahawa Islam akan menyukarkan kehidupannya kerana ia tidak seperti agama Yahudi dan Kristian.

“Saya diberitahu bahawa Islam akan merenggangkan hubungan kami sekeluarga dan menyisihkan saya daripada masyarakat.

Pada masa itu, keimanan saya tidak begitu teguh untuk menghadapi tekanan sehebat itu. Situasi ini menyebabkan saya jatuh sakit.

“Dua tahun (1957-1959) saya berehat di rumah dan mendapat rawatan tetapi keadaan saya semakin teruk.

“Melihat keadaan kemurungan itu, ibu bapa menghantar saya ke hospital awam. Saya bersumpah sekiranya saya sembuh dan dibenarkan keluar, saya akan memeluk Islam.

“Apabila saya dibenarkan pulang, saya menyiasat mana-mana peluang untuk bertemu dengan orang Islam di Bandar Raya New York. Saya banyak menghabiskan masa di Perpustakaan Awam New York membaca bahan-bahan berkaitan Islam,” jelasnya yang banyak menghasilkan buku-buku berkaitan agama Islam selepas memeluk Islam.

Alhamdulillah, beliau berpeluang bertemu dengan beberapa lelaki dan perempuan Islam pada ketika itu.

Malah Maryam mula menulis rencana kepada majalah beraliran Islam dan berutus dengan ketua-ketua Islam seluruh dunia.

“Saya pernah berutus dengan Allahyarham Sheikh Abrahimi, ketua ulama di Algeria, Dr. Muhammad El-Bahay di Al-Azhar, Dr. Mahmud F. Hoballah dan Pengarah Pusat Islam di Washington D.C., Dr. Hameedullah di Paris, Dr. Said Ramadan, Pengarah Pusat Islam Geneva dan Maulana Sayyid Abul Ala Maudoodi,” katanya lagi.

Menurut Maryam, sangkaan pertamanya bila membaca al-Quran, Islam adalah satu-satunya agama kebenaran, benar-benar jujur, ikhlas, tidak membenarkan kompromi murahan atau hipokrasi.

Maulana Maudoodi pernah menulis kepada Maryam dalam suratnya yang pertama pada Januari 1961 berbunyi: “Semasa saya menilai esei anda, saya dapat rasakan seperti saya membaca idea saya sendiri.

“Saya berharap perasaan anda tidak akan berubah sekiranya anda berpeluang mempelajari bahasa Urdu dan pelajari buku-buku saya.

“Walaupun kita tidak pernah berkenalan, namun kesepakatan pemikiran dan simpati yang wujud adalah hasil daripada sumber yang sama iaitu Islam,” katanya.

Menjawab soalan tentang sikap dan reaksi ahli keluarga dan teman-teman selepas bergelar Muslim, kata Maryam, keluarga, saudara mara dan kawan-kawan menanggap beliau seorang yang fanatik kerana percakapan dan pemikirannya adalah tentang agama Allah sahaja.

Bagi mereka soal agama adalah sesuatu yang peribadi. Namun selepas membaca al-Quran, saya mengetahui bahawa Islam bukanlah sekadar hobi tetapi ia adalah soal kehidupan.

* Sumber: The Islamic Bulletin, San Francisco, California, Amerika Syarikat.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 8:08 AM   0 comments
Manhaj fatwa sejauh mana peranan ulama?
Tuesday, December 19, 2006
Utusan Malaysia, 19 Disember 2006

Oleh: WAN RAHIMAN DRAMAN


SEBAHAGIAN daripada tokoh ulama yang pembentang kertas kerja pada seminar Manhaj Pengeluaran Fatwa Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

CABARAN hidup era kini semakin hebat. Perkembangan ilmu yang mencetuskan kemajuan sains dan teknologi dengan pelbagai penemuan baru telah dan akan terus melingkari kehidupan ummah.

Mahu atau tidak, lambat atau cepat ia tetap akan mempengaruhi dan menguasai hidup manusia, termasuk umat Islam.

Tetapi ada ketikanya perkembangan dan kemajuan melalui pelbagai penemuan baru dari ilmu itu agak meragukan malah mungkin bercanggah dengan agama, adat, budaya mahupun keselamatan ummah itu sendiri.

Walaupun al-Quran yang diiringkan dengan al-sunah sebagai penjelasan sudah termaktub sebagai sumber rujukan yang relevan sepanjang zaman, namun umat Islam tetap mendambakan fatwa semasa bagi menjelaskan batasan dan hukum hakam dalam agama ekoran kemajuan ilmu.

Jadi para ulama dan cerdik pandai Islam harus bertanggungjawab untuk memainkan peranan ini melalui ijmak, ijtihad dan fatwa bagi menangani kemaslahatan ummah semasa.

Seperti kata ahli Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (ECRF), Prof. Dr. Ahmad Ali al-Imam, tanggungjawab terhadap setiap kemaslahatan ummah kini terpikul sepenuhnya di bahu para ulama.

Untuk itu tegas beliau, ulama dan cendekiawan Islam mesti peka terhadap setiap isu dan perkembangan semasa yang terhasil dari kemajuan ilmu serta pencapaian sains dan teknologi.

Para ulama kata Ahmad, tidak boleh terlalu jumud dan fanatik dengan satu-satu fahaman yang dianutinya sahaja.

“Islam adalah agama terbuka untuk semua manusia dan setiap pernyataan hukum serta fatwanya mestilah yang relevan dengan tuntutan semasa ummah.

“Dalam masa yang sama, al-Quran dan al-sunah mestilah dikembalikan sebagai sumber rujukan paling utama dalam setiap ijtihad dan fatwa berkaitan,” tegasnya yang juga Penasihat al-Ta’sil al-Shar’i dan Pengerusi Majma’ Fiqh Islami Sudan.

Untuk itu tambah beliau, para ulama dan cendekiawan Islam mesti mahir dan tahu dalam semua disiplin ilmu, bukan hanya terikat kepada sesuatu bidang ilmu sahaja.

Ahmad berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Seminar Manhaj Pengeluaran Fatwa Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Seminar dua hari itu adalah anjuran bersama Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Seramai 200 peserta terdiri daripada mufti-mufti, pegawai-pegawai Jabatan Mufti, Ahli Majlis Fatwa, wakil-wakil jabatan agama dan Kehakiman Syari’e serta ahli akademik dari institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara turut serta. Sebanyak 18 kertas kerja dibentangkan oleh ulama dan cendekiawan Islam tempatan dan asing.

Menurut Ahmad, metodologi penting pada ulama dan majlis fatwa dalam memutus dan mengeluarkan sesuatu fatwa untuk kemaslahatan ummah mestilah mereka yang benar-benar faham dengan isu-isu semasa yang penting dan berkait terus dengan kehidupan manusia sejagat, khususnya umat Islam.

Kata beliau, Allah memilih Rasulullah s.a.w. sebagai rasul-Nya adalah untuk menjelaskan mengenai agama Islam.

Usaha itu tegasnya, diteruskan oleh para sahabat dan ta’bie sehingga kepada alim ulama semasa dengan menjadikan al-Quran, al-sunah, ijmak dan qias sebagai sumber rujukan mutlak.

Bagaimanapun pada zaman kini katanya, mengetahui dan mahir bahasa Arab untuk arif serta memahami al-Quran dan nas dengan ilmunya sahaja tidak memadai.

“Sebaliknya para ulama dan mufti mesti faham, mengikuti serta mahir dengan isu-isu semasa yang penting dan melibat terus soal batasan hukum hakam Islam,” tegas beliau lagi.

Ini kerana kata Ahmad, mengeluarkan fatwa bukan hanya untuk kebaikan dan kepentingan umat Islam semata-mata tetapi ia melibatkan kemanusiaan keseluruhannya.

Oleh itu tambahnya, adalah penting peranan usrah bagi ulama dan cendekiawan Islam di seluruh dunia sama ada dari negara Islam mahupun Eropah untuk berdiskusi.

Ulama juga kata Ahmad yang turut membentangkan kertas kerja bertajuk, Manhaj Fatwa Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, perlu tawaduk dan menjawab perkara-perkara yang difahami sahaja.

Sebabnya, tugas ulama adalah untuk memudahkan bukan menyukarkan ummah serta berani mempertahankan syariat Islam walaupun tidak popular.

Mengenai mufti dan ulama Majlis Fatwa Kebangsaan, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata, sehingga Oktober 2006, lebih 200 fatwa dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK).

Uniknya di Malaysia kata beliau, ada dua badan fatwa berautoriti dengan manhaj yang tersendiri dalam menimbang, memutus dan mengeluarkan fatwa.

Selain MJFK, Malaysia ada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam Malaysia (JFK).

Bezanya jelas Mustafa, fatwa oleh JFK atas arahan Majlis Raja-Raja manakala fatwa MJFK bergantung pada persetujuan bersama ahli-ahlinya bagi menangani masalah semasa ummah mengikut negeri-negeri.

“Sebab itu daripada 25 orang mufti yang terdapat di dunia sekarang, 14 daripadanya adalah di Malaysia,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Manhaj Fatwa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan’ pada seminar tersebut.

Dalam hubungan ini, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman ketika berucap merasmikan seminar dua hari itu menegaskan pentingnya para ulama melebarkan keilmuan masing-masing dalam pelbagai disiplin.

Malah katanya, para ulama dan mufti dituntut untuk lebih peka dan arif dengan isu semasa agar sesuatu fatwa dapat diputuskan supaya mertabat dan imej Islam terus berkembang dan terpelihara.

Apa kata ulama

Dr. K.H Ma’aruf Amin, Timbalan Ketua Majlis Ulama Indonesia:

“Memberi fatwa bukanlah perkara mudah yang dapat dilakukan oleh semua orang. Ia merupakan kerja paling sulit, mempunyai risiko besar dan sangat berat yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t. Sebab itu prasyaratnya sungguh ketat lagi berat untuk setiap pengeluar fatwa.”

Dr. Uthman El-Muhammadi, Fellow Amat Utama Akademik ISTAC, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM):

“Institusi memberi fatwa adalah institusi paling pokok pewaris kenabian bagi memberi panduan kepada umat dalam menerangkan hukum Allah s.w.t.. Untuk itu peribadi mufti dan penguasaan ilmu-ilmunya mestilah yang tertinggi.”

Datuk Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan:

“Tugas kefatwaan adalah tanggungjawab besar dan penting dalam Islam, kerana mufti menurut Imam Syafie adalah mengambil tempat Rasulullah s.a.w. dalam menjelaskan hukum Allah s.w.t.”

Dr. Saadeldin MansourGasmelsid, UIAM:

“Islam untuk semua. Fatwa, hukum dan ijtihad berteraskan al-Quran dan sunah tinggalan para imam terdahulu sesuai untuk keperluan ummah dengan masalah di zaman itu.”

Prof. Dr. Muhammad Uthman Syubair dari Universiti Qatar:

“Setiap fatwa mestilah tidak terkeluar dari ketetapan al-Quran dan al-sunah yang harus disesuaikan dengan permasalahan manusia sezaman.”

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 7:12 AM   0 comments
Syeikh Wan Ali Al-Fathani penyebar Thariqat Sammaniyah
Monday, December 18, 2006
Utusan Malaysia, 18 Disember 2006

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

SYEIKH Uthman Jalaludin Penanti (kiri) dan penulis sedang membicarakan sanad ilmu Islam dan salasilah ulama Alam Melayu.

DARI minggu ke minggu nampaknya para peminat rencana riwayat ulama dalam Bahagian Agama, Utusan Malaysia terus bertambah.

Saya belum mengetahui berapa jumlah pembaca sebenarnya. Yang pasti, ruangan ini diikuti oleh pelbagai golongan. Baru-baru ini, saya mendapat emel daripada seorang pelajar yang mengaku berumur 14 tahun, namanya Luqman bin Ahmad Rangkuti.

Saya ucapkan terima kasih atas perhatian anakanda, insya-Allah emelnya akan saya ayan pada waktu yang lain.

Pada malam hari, tarikh 27 November 2006, seorang ulama dari Mekah, berasal dari Seberang Perai, datang ke tempat saya. Beliau ialah Tuan Guru Haji Saleh bin Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti. Tujuan utama beliau menemui saya adalah berhasrat untuk menyelesaikan salasilah keluarga ulama yang ada hubungan dengan beliau sendiri. Sangat ramai keluarga tersebut yang menjadi ulama dan tokoh dalam pelbagai bidang.

Tuan Guru Haji Saleh bin Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti adalah saudara tiga pupu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi. Pada siang harinya ulama yang dikasihi tersebut secara kekeluargaan berhasil bertemu Yang Amat Berhormat itu. Ulama yang saya anggap termasuk salah seorang guru saya itu, nampaknya berjuang dengan penuh kesungguhan kerana pada malam berikutnya sebelum pulang ke Mekah beliau datang sekali lagi ke tempat saya (malam hari tarikh 28 November 2006).

Dalam pertemuan dua kali itu menjelaskan sejarah ulama yang dibicarakan dalam artikel ini, Syeikh Wan Ali bin Syeikh Wan Ishaq al-Fathani adalah moyang kepada Tuan Guru Haji Saleh.

Sebelum memasuki riwayat Syeikh Wan Ali al-Fathani di sini saya dahulukan segelintir hubungan kekeluargaan dan keturunan ulama yang diriwayatkan ini. Sebagaimana telah diketahui bahawa adik-beradik Syeikh Wan Ali al-Fathani ialah Syeikh Wan Hasan bin Ishaq al-Fathani yang menjalankan aktivitinya di Besut, Terengganu. Menurut Tuan Guru Haji Saleh Penanti, bahawa anak perempuan Syeikh Wan Ali al-Fathani bernama Hajah Wan Fathimah berkahwin dengan Syeikh Muhammad Kabir.

Perkahwinan itu memperoleh anak, Hajah Wan Shafiyah dan Haji Wan Ali. Hajah Wan Shafiyah berkahwin dengan Haji Muhammad Saleh bin Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya’ bin Abdul Ghafur al-Kalantani. Perkahwinan tersebut memperoleh tujuh orang anak iaitu; Sarah, Maryam, Fathmah, Salmah, Halimah, Abdullah, dan Asmah (Tuan Guru Haji Saleh Penanti tidak menyebut nama). Sarah herkahwin dengan Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti, di antara anaknya ialah; Tuan Guru Haji Saleh Penanti (yang didengar ceritanya pada tarikh tersebut di atas).

Perlu saya catat dan peringatkan bahawa dalam keluarga ini terlalu banyak nama yang hampir serupa. Oleh itu sesiapa yang akan memetik tulisan ini di belakang hari perlu berhati-hati dan jika perlu menyebutkan nama mereka secara lengkap. Bahawa Sarah binti Haji Muhammad Saleh bin Syeikh Jalaluddin yang berkahwin dengan Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti tersebut di atas adalah lain daripada Sara binti Haji Muhammad Thahir bin Kamaluddin al-Fathani. Sara binti Haji Muhammad Thahir al-Fathani adalah isteri Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya' al-Kalantani. Sara ini adalah nenek kepada Sarah. Sara pula adalah adik-beradik dengan Haji Ibrahim bin Haji Muhammad Thahir bin Kamaluddin al-Fathani. Haji Ibrahim atau Pak Him ini adalah ayah kepada Mufti Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang, tahun 1959 - 1961) dan Haji Thahir (Kadi Pulau Pinang di Balik Pulau). Catatan pada perenggan ini adalah merupakan penjelasan artikel yang pernah dimuat dalam Bahagian Agama, Utusan Malaysia, Isnin, 13 September 2004, dengan tujuan jangan terjadi kekeliruan kerana beberapa nama dalam keluarga yang serupa atau hampir serupa.

Syeikh Muhammad Yusya' bin Abdul Ghafur, ayah pada Syeikh Jalaluddin, adalah adik-beradik dengan Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Ghafur. Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Ghafur adalah orang yang sama dengan Syeikh Wan Abdur Rahman al-Kalantani, yang ketika mudanya tinggal di Lorong Tok Semian Kelantan. Beliau juga digelar dengan Tok Semian. Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Ghafur berkahwin dengan Hajah Wan Zainab binti Wan Abdul Qadir, anak perempuannya bernama Hajah Wan Kaltsum, menjadi isteri Tuan Tabal al-Kalantani. Hajah Wan Kaltsum adalah kakak Syeikh Wan Ali Kutan, dapat disemak dalam artikel tarikh 27 September 2004. Tuan Tabal al-Kalantani pula mempunyai ramai adik-beradik, oleh itu juga ada hubungan kekeluargaan dengan para ulama Seberang Perai yang diriwayatkan ini dan termasuk juga dengan Syeikh Abdullah Abdus Shamad al-Filfulani. Mengenai ini akan dibicarakan pada kesempatan yang lain.

Syeikh Wan Ali al-Fathani, yang tersebut pada judul, adalah bersabit kekeluargaan yang dekat dengan Syeikh Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani, beliau termasuk pewaris ulama itu. Daripada dua buah naskhah peninggalan Syeikh Abdur Rahman Pauh Bok terdapat catatan, iaitu yang pertama manuskrip berjudul Al-Wasail fi Ma'rifah al-Awail karya Syeikh Jalaluddin as-Sayuthi. Di bahagian kulit muka terdapat catatan dalam bahasa Arab yang terjemahannya, "Kitab wakaf ini bagi Syeikh Abdullah ibnu al-Marhum Abdur Rahman Pauh Bok di Mekah al-Musyarrafah, Nazir Syeikh Ali bin al-Marhum Ishaq al-Fathani".

Tercatat pula tahun 1270 H (kira-kira bersamaan tahun 1855 M). Yang kedua, manuskrip berjudul Risalah fi Furu' an-Naqliyah karya Al-Allamah Maulana asy-Syeikh Ibrahim Barbari ar-Rumi al-Hanafi. Terdapat juga nama Syeikh Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani tertulis, "Wan Ali bin Ishaq al-Fathani." Menurut riwayat Tuan Guru Haji Saleh Penanti surat rumah milik Wan Ali al-Fathani di Mekah ada dalam simpanan beliau. Selain mempunyai hubungan dengan Syeikh Abdur Rahman Pauh Bok, Syeikh Wan Ali al-Fathani ada hubungan dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani baik hubungan kekeluargaan mahupun hubungan keilmuan.

Pendidikan

Syeikh Wan Ali al-Fathani mendapat pendidikan asas di Pondok Pauh Bok, Patani. Barangkali dalam masa yang sama beliau memondok di pondok yang tersebut itu bersama-sama dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Atau sekurang-kurangnya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah sebagai ketua tela'ahnya dalam sistem pengajian pondok (tutor menurut istilah akademik sekarang). Daripada catatan Syeikh Wan Ali al-Fathani sendiri ditemui bahawa gurunya adalah Syeikh Ibrahim Barbari ar-Rumi al-Hanafi.

Kemungkinan ulama yang tersebut adalah sahabat gurunya Syeikh Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani yang tersebut. Daripada sebuah manuskrip karyanya dan sama dengan yang tersebut dalam Kaifiyat Khatam Quran bahawa Syeikh Wan Ali al-Fathani menerima bai'ah daripada Syeikh Muhammad Shalih bin Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani al-Jawi. Penerimaan bai'ah dilakukan di Mekah.

Di Mekah pada zaman itu terdapat dua orang Syeikh Mursyid Thariqat Sammaniyah yang berasal dari Patani, iaitu selain Syeikh Muhammad Shalih bin Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani ialah Syeikh Abdur Rahman @ Tok Semian al-Kalantani bin Abdul Ghafur al-Fathani. Murid Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Ghafur al-Fathani bernama Syeikh Ibrahim bin Haji Muhammad Usnin al-Fathani yang berasal dari Raman. Syeikh Wan Ali al-Fathani dan Syeikh Ibrahim al-Fathani kedua-duanya adalah bersahabat dan menerima tawajjuh Thariqat Sammaniyah pada 1243 H/1828 M di Jabal Suaidan dekat Syu'ib Ali. Syeikh Muhammad Shalih bin

Abdur Rahman Pauh Bok menerima thariqat itu daripada Syeikh Abul Hasan. Syeikh Abul Hasan menerima daripada Maulana Syeikh Hasib, dia menerima daripada bapanya dan daripada Syeikh Muhammad bin Abdul Karim as-Samman.

Penulisan

Karya Syeikh Wan Ali al-Fathani tidak banyak dijumpai, yang dapat dipastikan hanya sebuah saja, iaitu merupakan majmuk, yang di dalamnya terkumpul pelbagai doa dan ajaran Thariqat Sammaniyah, Thariqat Syathariyah dan Thariqat Khalwatiyah. Dipercayai berasal daripada karya Syeikh Wan Ali al-Fathani itulah akhirnya terdapat pelbagai versi yang dinamakan Kaifiyat Khatam Quran. Yang pernah dicetak dan tersebar secara meluas di seluruh dunia Melayu. Kitab kecil itu tidak terdapat nama pengarangnya secara pasti tetapi dalam percakapan masyarakat dan beberapa penulis silam dunia Melayu memastikan Kaifiyat Khatam Quran itu adalah karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Beberapa manuskrip Kaifiyat Khatam Quran telah diketemukan. Walaupun kandungannya sama tetapi judul dan nama pengarang berbeza-beza. Ada judul diberikan dengan Silsilah Ratib dan Kaifiyat nama pengarangnya disebut Ibrahim bin Muhammad Usnin al-Fathani, yang diselesaikan pada 1243 H/1827 M.

Manuskrip karya Ibrahim bin Haji Muhammad Usnin al-Fathani itu dari segi ilmu filologi dirasakan perlu dibandingkan dengan karya Syeikh Wan Ali bin Ishaq al-Fathani terutama sekali pada mukadimah dan Silsilah Thariqat Sammaniyah. Ibrahim bin Haji Muhammad Usnin al-Fathani, menulis, "Sanya telah hamba, Ibrahim ibnu Haji Muhammad Usnin Fathani Raman daerah Kampung Cabak, mengambil talqin zikir daripada Syeikh Abdur Rahman ibnu Abdul Ghafur pada sanah 1243 pada Jabal Suaidan hampir Syu'ib Ali wa Maulid an-Nabi daripada Syeikhnya Ibrahim ibnu Abdur Rasyid al-Maduri (Madura, pen:) ...".

Syeikh Wan Ali al-Fathani juga menulis, "Maka inilah silsilah dan kaifiyatnya bagi Wali Allah yang terlebih takut akan Allah Taala, Quthub ar-Rabbani dan Arif Yang Shamadani iaitu Syeikh kita Maulana asy-Syeikh Muhammad anak Syeikh Abdul Karim as-Samman. Saya telah mengambil talkin zikir, faqir ilallah Taala, Ali bin Ishaq al-Jawi al-Fathani, daripada Syeikhnya Muhammad Shalih bin Abdur Rahman al-Jawi al-Fathani, Pauh Bok ...".

Jika kita banding salasilah, sebelum bertemu pada Syeikh Muhammad bin Abdul Karim as-Samman juga terdapat perbezaan. Pada karya Ibrahim bin Haji Muhammad Usnin al-Fathani sambungannya bahawa Ibrahim bin Abdur Rasyid al-Maduri, dia menerima bai'ah daripada Syeikh Muhammad. Syeikh Muhammad menerima daripada Syeikh Utsman. Syeikh Utsman menerima daripada Syeikhnya dan mertuanya, Syeikh Muhammad bin Abdul Karim as-Samman.

Ada pun pada naskhah Syeikh Wan Ali al-Fathani, sambungan salasilah bahawa Syeikh Muhammad Shalih bin Syeikh Abdur Rahman Pauh Bok menerima bai'ah daripada Syeikh Abul Hasan. Syeikh Abul Hasan menerima daripada Maulana Syeikh Hasib. Maulana Syeikh Hasib menerima daripada bapanya tanpa menyebut nama, sesudah itu baru penerimaan bai’ah daripada Syeikh Muhammad bin Abdul Karim as-Sammani.

Naskhah karya Syeikh Wan Ali al-Fathani setelah membicarakan salasilah yang bersambung kepada Nabi Muhammad s.a.w., Malaikat Jibril Alaihis Salam, lalu mengemukakan kaedah berzikir menurut Thariqat Sammaniyah-Khalwatiyah.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 7:44 AM   1 comments
Pengkaji mohon sumbangan bina dua wakaf
Utusan Malaysia, 18 Disember 2006

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK

PERSATUAN Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara (Pengkaji) dan Khazanah Fathaniyah telah menganjurkan majlis silaturahim serta meraikan dua kakitangannya yang mendirikan rumahtangga.

Mereka ialah Azrul Basarudin dan Kamarulzaman Mohd Umar dengan pasangan masing-masing Maisah Anwarul Anam dan Rohaya Abdul Rahman.

Majlis seumpama itu turut diadakan dengan hasrat untuk menjalinkan keakraban dan ikatan ukhuwah sesama ahli dan masyarakat yang bersama-sama membantu dan menyokong usaha dalam memperkembangkan ilmu sejarah keislaman secara profesional. Ia merangkumi dalam dan luar negara yang mengiktiraf Pengkaji sebagai badan yang dilantik untuk menjadi sebuah pusat penyelidikan dan penyebaran khazanah klasik moden dunia Melayu alaf baru kini.

Pengerusinya, Abdul Rahman Mohamed berkata, majlis itu dilaksanakan demi memperkenalkan fungsi dan peranan Pengkaji yang merupakan tempat rujukan dan maklumat bahan-bahan berkaitan tokoh-tokoh Islam kepada pengkaji atau penyelidik dari universiti, organisasi, guru-guru, ulamak dan orang ramai.

Katanya lagi, sejak 1990 sehingga kini, lebih 1,000 pengunjung yang terdiri daripada kalangan mahasiswa dan pensyarah dari pelbagai institusi pengajian tinggi untuk tugasan sarjana dan doktor falsafah mereka.

Di samping itu, Pengkaji turut diiktiraf sebagai pencetus sejarah kepada ideologi Islam baru Malaysia yang berperanan dalam mendokumentasikan segala bahan-bahan sejarah karya ulama silam Asia Tenggara dengan menerbitkan semula hasil itu kerana ia merupakan sumber pengetahuan dan ilmiah bagi generasi akan datang.

Turut hadir hari itu, Penaung Pengkaji, Wan Mohd. Shaghir Abdullah.

Pengkaji bersama Khazanah Fathaniyah sebuah syarikat yang dilantik dalam menyebarkan dakwah melalui penerbitan bahan-bahan khazanah ulama Alam Melayu melalui terbitannya seperti buku-buku dan risalah.

Bahan-bahan terbitan tersebut boleh diperoleh di pusat jualannya di No. 33 Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur atau menghubungi di talian 03-6189 7231

Pengkaji turut memohon sumbangan orang ramai mengenai pembelian dua buah rumah teres di Taman Melewar untuk dijadikan wakaf. Kedua-dua unit rumah itu dinamakan Dewan Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani dan Dewan Syeikh Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani.

Kedua-dua wakaf tersebut berfungsi dalam memperkembangkan pelbagai kitab pengarangan para ulama dunia Melayu yang dibimbing sendiri oleh penaung Pengkaji, Wan Mohd. Shaghir Abdullah serta dijadikan sebagai tempat pengumpulan, penyimpanan dan mendokumentasikan segala manuskrip, kitab, buku dan segala bahan yang bersangkut paut dengan dunia Islam global.

Program rangka panjang kedua-dua dewan itu akan digunakan untuk pendidikan bagi peringkat kanak-kanak, pelajar, mahasiswa dan golongan intelek.

Sumbangan wakaf boleh dibuat secara tunai atau cek atas nama Bendahari Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia atau melalui Bank Muamalat di No. akaun 1406-000-2431-712

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 7:38 AM   0 comments
Mayat Ammar diselimuti pakaian berdarah
Berita Harian, 18 Disember 2006

(Bahagian akhir)



BERITA ketewasan Ammar bin Yasir segera tersebar dan ramalan Rasulullah SAW yang didengar semua sahabatnya ketika mereka sedang membina masjid di Madinah di masa yang jauh sebelumnya, berpindah dari mulut ke mulut: “Aduhai Ibnu Summyyah, ia dibunuh golongan penderhaka!”

Maka sekarang tahulah orang siapa kiranya golongan penderhaka itu, iaitu golongan yang membunuh Ammar, yang tidak lain dari pihak Mu’awiyah. Dengan kenyataan ini semangat dan kepercayaan pengikut Ali kian bertambah. Sementara di pihak Mu`awiyah, keraguan mulai menyusup ke dalam hati mereka, bahkan sebahagian bersedia hendak memisahkan diri dan bergabung ke pihak Ali.

Mengenai Mu’awiyah, demi mendengar peristiwa terjadi ia segera keluar mendapatkan orang banyak dan menyatakan kepada mereka bahawa ramalan itu benar adanya dan Rasulullah benar-benar meramalkan bahawa Ammar akan dibunuh golongan pemberontak. Tetapi siapakah yang membunuhnya itu?

Kepada orang sekeliling diserukannya: “Yang membunuh Ammar ialah orang yang keluar bersama dari rumahnya dan membawanya pergi berperang.”

Maka tertipu dengan ta’wil yang dicari-cari ini orang yang memendam maksud tertentu dalam hatinya, sementara pertempuran kembali berkobar sampai saat yang telah ditentukan.

Adapun Ammar, ia dipangku Imam Ali ke tempat beliau solat bersama kaum Muslimin, lalu dimakamkan dengan pakaiannya. Benar, dengan pakaian berlumuran darahnya yang bersih suci. Kerana tidak satu pun dari sutera atau baldu dunia yang layak untuk menjadi kain kafan bagi orang syahid mulia, seorang suci utama dari tingkatan Ammar.

Kaum Muslimin pun berdiri kehairanan di kuburnya. Sejak beberapa saat yang lalu Ammar berdendang di depan mereka di atas arena perjuangan, hatinya penuh dengan kegembiraan, tak ubah bagai seorang perantau yang merindukan kampung halaman tiba-tiba dibawa pulang, dan lompat dari mulutnya seruan:

“Hari ini aku akan berjumpa dengan para kekasih tercinta. Dengan Muhammad SAW dan sekelian sahabatnya.”

Apakah ia mengetahui hari yang mereka janjikan akan bertemu dan waktu yang sangat ia tunggu-tunggu? Sahabat saling jumpa-menjumpai dan bertanya: “Apakah anda masih ingat waktu petang hari itu di Madinah, ketika kita sedang duduk-duduk bersama Rasulullah SAW, dan tiba-tiba wajahnya berseri-seri lalu sabdanya:

“Syurga merindukan Ammar.” “Benar,” ujar yang lain dan waktu itu juga disebutnya nama lain yang lain, di antaranya Ali, Salman dan Bilal.

Oleh itu, maka syurga benar-benar merindukan Ammar. Jika demikian, sudah lama syurga merinduinya, sedang kerinduannya tertangguh, menunggu Ammar menyelesaikan kewajipan dan memenuhi tanggungjawabnya. Dan tugas itu dilaksanakannya dan dipenuhkan dengan hati gembira.

Sekarang, tidakkah sudah selayaknya ia memenuhi panggilan rindu yang datang mengimbau dari syurga? Memang, datanglah saatnya ia mengabulkan panggilan itu, kerana tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan pula. Demikianlah dilemparkan tombak dan selepas itu ia pergi berlalu.

Ketika tanah pusaranya di datar para sahabat di atas jasadnya, maka rohnya yang mulia bersemayam lena di tempat bahagia, di sana dalam syurga yang kekal abadi, yang lama rindu menanti.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 5:30 AM   0 comments
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com