Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Menguasai bahasa Arab bererti menguasai matematik
Thursday, January 11, 2007
Utusan Malaysia, 11 Januari 2007

Pameran Kegemilangan Tamadun Islam: Sains Islam Mendahului Zaman kini berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama seminggu bermula 8 Januari hingga 14 Januari 2007. Kemudian, pameran itu akan disambung di Pusat Sains Negara (PSN), Kuala Lumpur pada 23 Januari hingga 31 Mac 2007.

Antara objektif pameran ialah meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan sains, matematik dan teknologi di kalangan masyarakat Malaysia. Pelbagai kategori bahan-bahan sejarah yang berunsur inovasi zaman dahulu dipamerkan. Antara bidang yang dipamerkan ialah sains, astronomi, teknologi dan rekacipta, seni arkitek, perubatan dan matematik.

Kebanyakan inovasi tersebut direka oleh saintis yang memahami al-Quran dan boleh mengaplikasi ilmu al-Quran dalam hasil reka cipta mereka. Sesuatu yang tidak dapat dinafikan bahawa ilmu bahasa Arab yang mereka peroleh dijadikan sebagai kunci meneroka ilmu al-Quran yang mengandungi pelbagai panduan dalam menjalani kesejahteraan dalam mengharungi berbagai cabaran.

Dalam hal ini, seorang Yahudi pernah mengemukakan satu soalan matematik kepada salah seorang ilmuwan Islam. Soalan itu dikemukakan dengan tujuan untuk menguji sejauh mana pengetahuan seorang sahabat yang bergantung kepada ilmu wahyu. Soalan tersebut ialah :

“Apakah angka bulat terkecil yang boleh membahagi angka 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 tanpa meninggalkan sebarang baki?”

Ilmuwan Islam tersebut dengan hanya satu langkah mudah menjawab soalan tersebut dengan betul sedangkan pakar-pakar matematik di zaman itu menggunakan tujuh langkah untuk menyelesaikannya. Pendekatan yang digunakan adalah pendekatan secara fitrah. Jawapan yang dikemukakan bukan sahaja boleh membahagi angka 1 hingga 9, malah boleh juga membahagi angka 10.

Dalam hal ini, marilah kita membuat kajian terperinci bagaimana seorang ilmuwan Islam yang menggunakan al-Quran sebagai rujukan utama dalam meneroka ilmu matematik. Perbandingan seseorang ilmuan yang boleh merujuk al-Quran dengan seseorang yang tidak boleh merujuk al-Quran adalah umpama langit dengan bumi. Terlalu jauh perbezaan antara keduanya.

Pertama, perhatikan rahsia angka tujuh. Dalam Bahasa Inggeris angka tujuh ialah seven dan minggu ialah week. Apakah persamaan antara seven dan week? Tiada persamaan langsung. Begitu juga antara perkataan tujuh dan minggu. Memang tiada perkaitan antara keduanya.

Dalam bahasa Arab, angka tujuh ialah sab-‘a-tun yang berasal daripada gabungan (sin-ba-ain) dan minggu us-bu-‘un yang berasal daripada gabungan (sin ba-ain). Persamaan antara keduanya cukup jelas iaiatu keduanya berasal daripada gabungan huruf yang sama iaitu (sin-ba-ain). Perkaitan yang jelas ini memudahkan kita mempelajari matematik iaitu dalam seminggu ada tujuh hari kerana gabungan (sin-ba-ain) membawa makna 7 dan minggu.

Kedua, perhatikan rahsia angka tiga puluh. Dalam tahun masihi, bilangan hari dalam sebulan ialah sama ada 28, 29, 30 atau 31. Bagi tahun hijrah pula bilangan hari dalam sebulan ialah sama ada 29 atau 30. Secara puratanya bilangan hari dalam sebulan ialah 30 hari.

Tahun Masihi dikira berasaskan peredaran matahari, manakala Tahun Hijrah pula dikira berasaskan peredaran bulan. Perkataan matahari disebut sebanyak 33 kali dalam al-Quran berbanding perkataan bulan disebut 27 kali dalam al-Quran. Jika dijumlahkan keduanya disebut sebanyak 60 kali. Purata bagi keduanya ialah 30 kali.

Asas

Ketiga, perhatikan pula rahsia angka dua belas. Dalam al-Quran perkataan shahrun yang bererti bulan disebut sebanyak 12 kali. Antaranya ialah ayat yang sering dibaca ketika bulan Ramadan iaitu dalam surah al-Qadr yang bermaksud: “Lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan”

Seterusnya perhatikan pula rahsia angka 2520 yang boleh membahagi angka 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 tanpa meninggalkan sebarang baki. Kalau angka 2520 dikaitkan dengan hari, bererti 2,520 hari. Ini bermakna hari yang ke 2,520 barulah kita boleh membahagi semua angka 1 hingga 10. Jumlah 2,520 hari adalah bersamaan dengan tujuh tahun. Jarak masa tujuh tahun memang jarak masa yang sering dijadikan asas dalam berbagai bidang sama ada ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya.

Dalam sektor ekonomi umpamanya, kebiasaan keadaan ekonomi sesebuah negara terdapat tujuh tahun naik dan tujuh tahun yang merudum. Hal ini berlaku sejak sekian lama iaitu semenjak Nabi Yusuf hinggalah sekarang. Jika kita renungkan sejarah negara kita pun, senario tujuh tahun naik dan tujuh tahun merudum ini telah berlaku sejak kita menyambut kemerdekaan lagi.

Sebagai contohnya, tujuh tahun maju bermula pada 1957 hinggalah penubuhan Malaysia pada 1963. Bermula 1964 hingga 1971 pula dianggap sebagai merudum dengan peristiwa keluarnya Singapura pada 1965, konfrantasi bersama Indonesia pada 1967, rusuhan kaum pada 1969 dan banjir besar 1971.

Begitu juga keadaannya pada tahun 1990 hingga 1997 bolehlah dianggap sebagai tujuh tahun gemilang ekonomi Malaysia. Bagaimanapun tahun 1997 hingga 2004 bolehlah dianggap tahun merudum dengan peristiwa ancaman jerebu, krisis politik pada 1998, peristiwa 11 September 2001 dan malapetaka tsunami pada akhir 2004.

Bagaimanapun diharapkan tahun 2005 hingga 2012 adalah tahun gemilang bagi Malaysia. Sebab itu tahun 2007 yang berada dalam tempoh tujuh tahun gemilang dijadikan tahun Melawat Malaysia. Seterusnya dijangka tahun 2012 hingga 2019 adalah tahun merudum semula. Tahun 2020 hingga 2027 pula adalah tahun kemajuan. Jadi Malaysia meletakkan sasaran 2020 sebagai negara maju adalah satu perancangan yang sangat sesuai dengan izin Allah.

Dalam sektor pendidikan umpamanya, hubungan antara ibu bapa dengan anak adalah mengikut skala umur 7 tahun. Ibu bapa hendaklah bermain dengan anaknya ketika 7 tahun pertama. Ibu bapa sepatutnya bertindak sebagai pembimbing anaknya ketika 7 tahun kedua iaitu (umur 8 tahun hingga 14 tahun). Seterusnya, ibu bapa disarankan bertindak sebagai kawan ketika 7 tahun ketiga (umur 15 hingga 21 tahun).

Sehubungan itu, belajar bahasa Arab adalah langkah pertama untuk menguasai Bahasa Arab. Jika mampu menguasai Bahasa Arab seseorang boleh memahami al-Quran dan al-hadis yang merupakan panduan hidup dengan mudah. Seterusnya ini memudahkan untuk meneroka pelbagai ilmu yang terkandung dalam al-Quran. Antaranya ialah matematik. Ini bermakna, jika anda menguasai Bahasa Arab bererti anda menguasai matematik.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 9:36 AM   0 comments
Saintis Islam inspirasi Barat
Wednesday, January 10, 2007
Berita Harian, 10 Januari 2007



Matematik dan astronomi


Nama Al-Khwarizmi cukup harum sebagai ahli matematik Islam yang mencipta Algebra. Tanpanya mungkin dunia tidak tahu menggunakan angka kosong.

Nama penuhnya Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmi dan berasal dari Bahgdad, Iraq. Sumbangannya dalam dunia matematik terserlah dalam kajiannya menerusi Hisab al-jabr w’al-muqabala. Dari situ lahirnya perkataan algebra dan ia juga antara buku terawal menerangkan mengenai algebra. Konsep algebra diterima dalam dunia matematik Eropah.

Selain sumbangan dalam matematik, dia juga memberi banyak sumbangan dalam dunia astronomi.

Seorang lagi yang banyak memberi sumbangan dalam dunia matematik dan astronomi adalah Abu Jafar al-Khazin.

Dalam dunia astronomi, inovasinya yang terkenal adalah al Khazin adalah Zij al-Safa’ih, alat menyukat ketinggian bintang. Ia disifatkan sebagai hasil kerjanya yang terbaik. Prototaipnya pernah dibuat tetapi musnah sewaktu Jerman terbabit dalam Perang Dunia Kedua.

Ibn Asy Syatir juga memberi sumbangan kepada kajian astronomi dengan melahirkan Rubu' Mujayyab. Rubu’ Mujayyab disifatkan sebagai peralatan yang mengandungi grid trigonometri sejagat.

Rubu' Mujayyab ialah peralatan berbentuk sukuan yang digunakan untuk menghitung trigonometri dan mengukur sudut. Alat ini sebahagian daripada astrolab. Ia mempunyai bulatan ekliptik matahari dan beberapa garisan yang berkaitan dengan pengiraan waktu solat dan arah kiblat serta digunakan juga untuk mengukur ketinggian matahari atau cakerawala lain.

Perubatan

Kemajuan dunia perubatan Islam dapat dilihat menerusi kerja penyelidikan dan penemuan Ibnu Sina, Al Razzi dan Husayn Ishak Al-Ibadi yang menterjemahkan tulisan Hippocrates dan lain-lain kerja tulisan Greek.

Razzi (860-940) dilaporkan menulis lebih 200 buku mengenai perubatan. satu daripadanya merangkumi etika perubatan dan Hawi, 25 naskhah ensaiklopedia amalan perubatan.

Ibnu Sina (980-1037) terkenal pada usia 18 tahun dan menulis 16 buku. Satu darinya Canoun, ensaiklopedia mengenai penyakit yang ada pada zamannya. Ia diterjemahkan dalam banyak bahasa.

Asas penyelidikan dan penulisan itu terbahagi kemudiannya kepada beberapa cabang sains perubatan seperti zoologi, perubatan veterinar, farmasi dan kimia. Malah perkataan kimia berasal daripada perkataan Arab al-kemia atau alchemy seperti yang dikenali selepas itu.

Sekolah perubatan terpenting waktu itu adalah di Judishapur, Iran yang selepas 738 menjadi sebahagian daripada dunia Islam. Ia menjadi pusat kepada pembelajaran perubatan dan model hospital berkenaan dibina ketika zaman Abbasiyah (749-1258)

Pelayaran dan navigasi

Ibnu Batuta nama yang cukup harum dalam dunia ketamadunan Islam. Pengembaraan bermula pada usia 20 tahun membawa kepada pelayaran sejauh 120,000 kilometer dan mengambil masa 29 tahun. Ibnu Batuta singgah di 44 negara meliputi dua benua Afrika dan Asia.

Setiap kali mengunjungi sesebuah negara atau negeri, Ibnu Batuta akan membuat catatan terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulama serta kezaliman yang disaksikan,

Beliau turut mencatatkan pengalamannya menempuh pelbagai cabaran seperti diserang penjahat, hampir lemas bersama kapal karam dan nyaris dihukum penggal oleh pemerintah yang zalim.

Malangnya, pencapaian Ibnu Batuta yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip catatan itu dirampas dan disembunyikan Kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di benua Afrika.

Manuskrip catatan beliau dipercayai disimpan di Bibliotheque Nationale, Paris menyebabkan bangsa Arab sendiri tidak dapat menghargai pencapaiannya sebagai seorang pelayar Islam yang agung.

Hakikatnya Ibnu Batuta adalah perintis pengembaraan dunia yang berjaya menguasai benua Afrika dan Asia serta pengarang yang menghasilkan karya penting dalam dunia Islam.

Seorang lagi ilmuan Islam yang menyumbang dalam dunia teknologi adalah Ibnu Firnas, mencipta kapal terbang. Cubaan untuk terbang menggunakan sepasang sayap dibuat daripada bulu dan rangka kayu tidak berhasil, tetapi idea Abbas Qasim Ibnu Firnas menjadi titik permulaan kepada industri penerbangan hingga hari ini.

Dia diiktiraf sebagai orang pertama dalam sejarah membuat percubaan terbang. Beliau juga dianggap pencetus teknologi penerbangan hingga terhasilnya kapal terbang dan luncur udara (paragliding) yang membolehkan manusia terbang di angkasa.

Dunia teknologi dan inovasi

Ibnu Ismail Ibnu Al Razzaz Al Jazari (1206 SM) adalah jurutera mekanikal Islam terpenting pada zaman pertengahan. Dia juga dikenali sebagai perintis pengurusan air dan sistem hidrolik.

Dia dikenali sebagai Al Jazari sempena nama kawasan ia dilahirkan Al Jazira, nama tradisi Arab untuk kawasan utara Mesopotamia (dalam dunia moden hari ini ia terletak antara Syria dan Iraq, lebih tepat antara Tigris dan Euphrates).

Ia berkhidmat untuk Dinasti Turki di Diyarbakir sebagai ketua jurutera, jawatan yang sebelum itu dipegang bapanya.

Dia mencipta aci engkol (crankshaft) dan beberapa jam mekanikal berasaskan air dan berat. Dia menulis mengenai 60 inovasinya dalam buku yang dinamakan "Al-Jami Bain Al-Ilm Wal-Amal Al-Nafi Fi Sinat'at Al-Hiyal".

Al-Jazari menggambarkan 50 alat mekanikal dalam enam kategori termasuk jam air (satu daripada jam ciptaannya berjaya dibina semula oleh Muzium Sains London pada 1976), kunci kombinasi, alat membasuh tangan, mesin menaikkan paras air, pam dua fungsi untuk sistem pengairan, alat penimbang statik dan pelbagai lagi. Ciptaannya juga diiktiraf sebagai robot manusia pertama dalam sejarah.

INFO
Pameran Sains Islam Mendahului Zaman

  • Diadakan di Dewan 1, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 8 hingga 14 Januari
  • Pameran bergerak ke Pusat Sains Negara (PSN) dari 23 Januari hingga 31 Mac
  • Diadakan setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di KLCC dan dari jam 9 pagi hingga 6 petang di PSN.
  • Anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Institut Sejarah Sains Arab-Islam, Universiti Johannn Wolfgang Goethe, Frankfurt, Jerman.
  • 148 artifak dalam bidang astronomi Islam, geografi dan navigasi, penemuan dan reka cipta perubatan, matematik, seni dan arkitek serta teknologi dan reka cipta; akan dipamerkan.
  • Antara artifak adalah replika kincir angin dan air, pengisar bijiran, alat mengambil darah, peta dunia dan glob.
  • Pameran ini akan diadakan selama tiga bulan bermula di KLCC dari 8 Januari - 14 Januari 2007
  • Dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
  • Selepas KLCC akan dibawa ke Pusat Sains Negara dari 23 Januari - 31 Mac 2007
  • Masuk percuma
  • Labels:


    Baca Lagi...
    posted by Weblog Master @ 9:15 AM   0 comments
    Sains, Islam bukan asing
    Utusan Malaysia, 10 Januari 2007

    Oleh FAUZI JAAFAR (WARTAWAN UTUSAN)

    Dr. Fuat Suzgin.

    APABILA memperkatakan tentang sejarah sains Islam, kita tidak lari daripada menyebut nama tokoh ini - Profesor Dr. Fuat Sezgin.

    Walaupun namanya agak asing, tetapi bagi sarjana yang mengkaji sejarah sains Islam, beliau begitu terkemuka kerana memiliki lebih kurang 800 bahan pameran berkaitan sejarah sains Islam.

    Kesemua bahan pameran itu ditempatkan di Institut Sejarah Sains Arab-Islam, Universiti Johann Wolfgang, Goethe, Frankfurt, Jerman dan beliau adalah pengarah institut itu.

    Beliau juga merupakan pengasas institut tersebut yang ditubuhkan pada tahun 1982.

    Salah satu matlamat penubuhan institut itu ialah untuk menyebarkan pengetahuan tentang kedudukan yang sewajarnya diperoleh oleh kebudayaan ArabIslam dalam sejarah sejagat ilmuwan sains dalam bidang penyelidikan dan pengajaran.

    Dr. Fuat, 83, dilahirkan pada 24 Oktober 1924 di Istanbul, Turki. Beliau merupakan seorang doktor falsafah lulusan Universiti Istanbul, Turki dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Bahasa dan Kesusasteraan Parsi, Islamologi serta Matematik.

    Beliau memegang jawatan sebagai seorang profesor di Fakulti Falsafah, Universiti Istanbul dari tahun 1961- 1963.

    Antara karya yang dihasilkan beliau ialah buku Buhdri Nin Kay Naklan Hakkinda Arastirmalar yang bermaksud ‘Sumber-sumber Al-Bukhari’ diterbitkan pada 1956 di Istanbul, naskhah Sejarah Sains Arab yang telah diterbitkan sebanyak 13 jilid dari tahun 1967 hingga 1995 serta penerbitan sebanyak lima jilid Sains dan Teknologi Dalam Islam.

    Antara anugerah yang pernah diperoleh beliau ialah pemenang tempat pertama Hadiah King Faisal untuk pengajian Islam pada 1978, Pingat Goethe (1979), Anugerah Kelas Pertama Persekutuan Perkhidmatan Palang dari Persekutuan Republik Jerman (1982) serta Anugerah Palang Utama Perkhidmatan Kehormat Order of Merit, Persekutuan Republik Jerman (2001).

    Usaha beliau dalam mengembalikan kegemilangan ilmuwan dan saintis Islam tidak mudah untuk dipertikaikan lagi.

    Ini kerana Dr. Fuat mengabdikan diri selama 30 tahun dalam mengkaji dan menghasilkan replika serta model bagi menunjukkan hasil ciptaan ilmuwan sains Islam silam.

    Usaha beliau itu juga berbaloi kerana Malaysia sebagai Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menubuhkan Kursi Profesor Dr. Fuat Sezgin bagi membolehkan ilmu dan kajian profesor itu dikongsi bersama dengan sarjana tempatan.

    Penubuhan kursi itu diumumkan pada majlis Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada Profesor Dr. Fuat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) kelmarin.

    Dr. Fuat dalam syarahannya selepas menerima ijazah tersebut berkata, ketika zaman pengembangan agama Islam iaitu di bawah pentadbiran Nabi Muhammad s.a.w., umat Islam telah mula mementingkan ilmu pengetahuan.

    Sebagai contoh katanya, tawanan perang bukan Islam yang cerdik diminta mengajar kanak-kanak Islam dengan ilmu pengetahuan sebelum dibebaskan.

    Dengan pendekatan seperti itu, kanak-kanak Islam yang dididik dari awal telah mula menunjukkan minat kepada ilmu pengetahuan dan mula berkembang untuk muncul sebagai seorang pakar dalam bidang sains, matematik, perubatan, psikologi dan lain-lain, tambah beliau.

    Kemunculan ilmuwan Islam ini telah menunjukkan satu transisi ke arah kegemilangan tamadun Islam yang dikagumi dan dicemburui oleh tamadun-tamadun lain.

    Ketika itu, tamadun Islam amat dihormati dan disanjungi oleh beberapa tamadun lain terutamanya Eropah yang ketika itu berada dalam zaman kegelapan.

    Apabila tamadun Islam berkembang sehingga ke Cardoba, orang Eropah mengambil kesempatan untuk menimba dan menuntut ilmu daripada saintis-saintis Islam ini.

    Dr. Fuat menambah, sarjana Islam ketika itu telah membangunkan ilmu sains dan menghasilkan cabang-cabang dalam ilmu sains serta memperkukuhkan asas ilmu tersebut.

    Dan kemudiannya, ilmu sains tersebut berkembang di zaman era Eropah dan terdapat usaha untuk memperkembangkannya lagi ke Barat.

    ‘‘Pada abad ke-10 era Eropah, ketika ilmu sains berkembang dengan pesat, saintis mula mencari jalan untuk menyebarkannya. Laluan awal untuk proses penyebaran bermula dari Sepanyol ke Perancis, kemudiannya ke England, Eropah Tengah dan Itali.

    ‘‘Bagi laluan kedua, dari Sicily ke Itali dan laluan ketiga melalui Byzantium,” kata Dr. Fuat.

    Beliau memberitahu, penerimaan dan penyesuaian sains Islam ketika itu berjalan dengan baik tetapi penyebarannya tidak melalui ketiga-tiga laluan tersebut.

    Bagaimanapun katanya, setelah berlakunya zaman kegelapan dalam tamadun Islam dan tidak munculnya generasi baru ahli sains Islam, beberapa penyelewengan fakta telah berlaku.

    ‘‘Nama penulis-penulis Arab sering kali digugurkan semasa terjemahan dilakukan, beberapa hasil kerja mereka dianggap sebagai karya penulis terkemuka Greek,” kata beliau.

    Beliau memberitahu, apabila sains Islam menuju era kemalapan dan kemerosotan kreativiti pada abad ke-10, orang Eropah mengambil kesempatan untuk menguasai ilmu tersebut dan menyebarkannya.

    Lebih kurang 200 tahun kemudian, beberapa orang Barat merancang tanggapan baru apabila mengaitkan kemajuan sains Eropah secara langsung mempunyai kaitan dengan Greek, sekali gus melupakan sama sekali kreativiti sains Islam pada abad kelapan, jelas beliau.

    Sebagai seorang yang pakar, beliau turut menasihatkan orang Islam supaya tidak mengasingkan diri dengan penciptaan sains yang kini dikuasai oleh dunia Barat.

    ‘‘Orang Islam tidak perlu berasa asing dan semestinya kembali belajar serta menyesuaikan diri dengan budaya sains Barat sehinggalah benar-benar berada pada landasan untuk menyumbang kembali pencapaian ilmuwan sains Islam seperti zaman kegemilangan tamadun Islam,” katanya.

    Labels:


    Baca Lagi...
    posted by Weblog Master @ 8:39 AM   0 comments
    Ibnu Hubal ahli perubatan dan penyair
    Friday, December 29, 2006
    Utusan Malaysia, 29 Disember 2006

    IBNU Hubal adalah seorang tabib ternama yang dilahirkan di Baghdad sekitar tahun 515H/1118M. Nama lengkapnya ialah Muhadhdhib ad-Din Abu al-Hasan Ali bin Ahmad Ibnu Hubal. Beliau pertama kali mempelajari tatabahasa Arab (nahu Sharaf) dan ilmu fikah di Nizamiyyah. Namun kemudiannya, minat beliau beralih kepada ilmu perubatan.

    Hasilnya, Ibnu Hubal muncul sebagai seorang doktor yang berjaya di Syahi Arman di Khilat dan menjadi kaya. Selepas itu, beliau bekerja dengan Badruddin Lu’lu’ di Mardin dan terakhir di Mawsil.

    Pada usia 75 tahun, beliau ditimpa musibah hingga menyebabkan matanya buta. Lantaran penyakit yang dialaminya, Ibnu Hubal meninggal dunia pada 610H/1213M.

    Sepanjang hayatnya beliau menghasilkan pelbagai karya berkaitan dengan bidang perubatan. Antara karyanya yang paling utama adalah Al-Mukhtarat fi ath-Thibh (edisi Haydarabad, empat jilid 1362-1364H/ 1943-1944). Dua bahagian yang dikutip dari buku tersebut diterbitkan sebagai sebuah buku, Traitesur le Calcul dans les Reins dans la Vessie yang disusun oleh De Koning.

    Selain menjadi seorang doktor yang berjaya, Ibnu Hubal juga

    terkenal sebagai penyair. Ketika meninggal dunia, beliau meninggalkan seorang anak iaitu Syamsuddin Abu al-Abbas Ahmad yang kemudiannya mewarisi kemahiran ayahnya

    dalam bidang perubatan. Dengan ilmu perubatan yang diperolehi, Syamsuddin berkhidmat di Istana Kaykawus Saljuki hingga ke akhir hayat.

    Labels:


    Baca Lagi...
    posted by Weblog Master @ 7:50 AM   0 comments
    Khayrallah Effendi - cendekiawan Turki yang dramatis
    Saturday, December 23, 2006
    Utusan Malaysia, 23 Disember 2006

    KHAYRALLAH Effendi, masyhur sebagai pentadbir dan ahli sejarah serta seorang doktor kenamaan yang turut mempunyai pengetahuan luas dalam bidang pertanian dan fizikal. Beliau berasal dari sebuah keluarga doktor dan dilahirkan di Istanbul pada 1235H/1819- 1820M.

    Pada mulanya, beliau ingin mengikut jejak langkah ayahnya, Abdul Hak Mollah tetapi berubah menjadi mullah di Izmir pada tahun 1256H/1840-1841M. Kemudian, kedudukannya diangkat menjadi kadi di Mekah.

    Beliau mendalami bidang perubatan di Mektab-i-Tibbiyye dan lulus pada 1260H/1844M. Pada bulan Rejab 1265H/1849M, Khayrallah dilantik sebagai salah seorang anggota Dewan Pendidikan. Dipercayai, beliau juga menduduki jabatan wakil Presiden Acedemy of Arts and Science pada 1268H/1852M.

    Khayrallah kembali ke dunia pendidikan pada 1854M dan dilantik sebagai Menteri Sekolah-sekolah Umum. Tiga tahun kemudian, beliau ditarik ke Kementerian Pendidikan dan diberi tanggungjawab sebagai wakil Setiausaha Agung. Tidak lama kemudian, beliau memangku jawatan sebagai Timbalan Menteri.

    Pada 21 Mei 1859M, beliau dilantik menjadi pentadbir pada Mektab-i-Tibbiyye iaitu sekolah perubatan di mana beliau menamatkan pengajiannya.

    Selama tiga tahun menjalankan tugas sebagai pengetua, beliau kemudiannya memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian VI Kota Madya Istanbul pada bulan Rejab 1278H/1865M. Pada bulan Safar 1281H/1864M, beliau dilantik sebagai anggota Majlis-i Walayy-i Ahkam-i Adliyye.

    Sekembalinya ke Istanbul, beliau ke Tehran sebagai Menteri Uthmaniah Istana Parsi. Dicatatkan, beliau meninggal dunia di Tehran pada bulan Syawal 1282H/1865M.

    Melalui aktiviti tulisannya, Khayrallah banyak memberi sumbangan kepada modenisasi Turki. Beliau mengusahakan penulisan sebuah sejarah umum mengenai Uthmaniah yang diterbitkan di Istanbul pada 1271-1281H dengan tajuk Dewlwt-i Aliyye-i Othmaniyye Tarik sebanyak satu jilid.

    Karya tersebut membahaskan mengenai sejarah kerajaan Uthmaniah pada 1026H/1617M. Penulisannya kemudian diteruskan oleh Ali Syewki yang mengungkapkan sejarah kerajaan tersebut hingga tahun 1058H/1648M dan diterbitkan di Istanbul pada 1289M.

    Di samping tugas Khayrallah dalam bidang pendidikan dan pentadbiran, beliau turut terkenal sebagai dramatis penggubah sandiwara Uthmaniah yang pertama. Ini berpandukan kepada karyanya berjudul, Hikayet-i Ibrahim Pasha be Ibrahim-i Gulsheni yang ditulisnya pada tahun 1260H/1844M.

    Antara karya Khayrallah yang lain ialah Malakat-i Tibbiyye, kumpulan naskhah-naskhah perubatan yang diterbitkan di Istanbul pada 1258H. Kemudian, Beyt-i Dekhan-i, sebuah naskhah yang membahas masalah pertanian yang diterbitkan di Istanbul pada 1264H. Perjalanannya ke Eropah pada 1864M untuk berubat juga diterangkan dalam bentuk cerita yang boleh ditemui di Perpustakaan Fakulti Bahasa, Sejarah dan Geografi Ankara, Turki.

    Labels:


    Baca Lagi...
    posted by Weblog Master @ 9:16 AM   0 comments
    Ustaz Khayruddin Bapa arkitek Turki
    Friday, November 24, 2006
    Utuusan Malaysia, 24 november 2006

    USTAZ Khayruddin adalah seorang arkitek ternama yang dianggap sebagai Bapa Arkitek Turki. Tidak banyak yang diketahui mengenai riwayat hidupnya termasuk saat kelahiran dan wafatnya.

    Kisahnya diceritakan dalam buku, Diktat al-Jawami oleh Ayvansarayi Huseyn Efendi yang ditulis pada1193H/ 1779M. Dipercayai arkitek yang membina Masjid Khayr Ad-Din Mi’mar yang terletak berhadapan Makam Sinon Pasha di Diwan Yolu adalah arkitek Sultan Bayezid. Menurut tulisan pada batu, masjid itu musnah dalam kebakaran pada 1316H/1898M, kemudian dibangunkan oleh Sultan Abdul Hamid II. Tayyer Zade Ahmed Ata’ Enderuni dalam Ata’ Tarikh (Istanbul 1291M) mengingatkan karya Ustaz Khayruddin iaitu bangunan-bangunan yang ada di Edirne, Amarsya dan Istanbul selama pemerintahan Bayezid II.

    Bangunan-bangunan tempat pendidikan dan kompleks tempat kuliah keagamaan lainnya di Amasya Sultan Bayezid yang didirikan Sultan Ahmed, Gabenor Amesya merupakan karya arkiteknya yang pertama iaitu pada tahun 891H/1486M.

    Kompleks pendidikan keagamaan kedua yang lebih luas dari Bayezid turut dibangunkan oleh Ustaz Khayruddin di Edirne antara tahun 889H/1484M dan 893H/1488M. Ia dilengkapi kemudahan seperti masjid, hospital, dapur umum dan tempat mandi. Ia adalah satu yayasan sosial keagamaan terbesar pada abad ke-9 sehingga 15M.

    Sebagai seorang arkitek, beliau pernah dilanda kontroversi terutama pembabitannya dalam pembinaan Masjid Sultan Bayezid di Istanbul. Dalam buku, Neta’ij al-Wuku’at, Mustafa Nuri Pasha menyatakan Kemal ad-Din sebagai arkitek masjid tersebut.

    Sementara itu, Rifki Melul Meric menamakan Ya’kub bin Sultan Syah sebagai arkiteknya dengan berdasarkan catatan dalam manuskrip di Perpustakaan Belediye Istanbul. Keterangan ini dapat dilihat dalam tulisan Ilahiyat Fakultesi, Yilik Arastirmala Dergisi (Ankara 1958M).

    Dalam catatan tersebut, peranan Ya’kub tidak ditemui melainkan Ustaz Khayruddin yang tercatat sebagai ketua arkitek. Daripada sumber-sumber yang diperolehi juga menunjukkan bahawa Ustaz Khayruddin hidup selepas kematian Ya’kub. Bangunan tersebut didirikan oleh sultan sebagai satu wakaf untuk menyediakan pendapatan bagi masjid di Istanbul, Turki.

    Labels:


    Baca Lagi...
    posted by Weblog Master @ 6:10 AM   0 comments
    Seni bina Islam utamakan ciri simbolik sungai di syurga
    Friday, November 10, 2006
    Berita Harian, 10 november 2006

    TAHUKAH anda teknologi dan seni bina Taj Mahal tidak tercipta begitu saja, malah ia adalah hasil pencapaian seni yang tinggi daripada beberapa monumen Mughal terdahulu seperti makam Itimadud-daula di Agra, India.


    Jika ingin melihat keindahan seni bina Mughal, anda perlu menyusuri bahagian timur Sungai Yamuna, Agra di mana terdapat taman, istana, kota dan makam.

    Meninjau sejarah seni bina Islam, air menjadi ciri utama seni landskap dan seni bina yang menjadi simbolik pada sungai di syurga yang dijanjikan kepada orang beriman seperti dinyatakan dalam al-Quran.

    Tidak hairanlah jika kebanyakan monumen taman Mughal memanfaatkan air dan cuaca untuk kesan estetika selain air dihargai pemerintah Mughal dalam pelbagai aspek termasuk agama dan simbolisme syurga.

    Seni bina Mughal menjadi fokus siri Ilmuwan Islam terbitan TV3 kali ini yang membawa penonton mengembara dari Delhi ke Agra dalam perjalanan sejauh 200 kilometer dan mengambil masa lima jam.

    Taj Mahal di Agra diiktiraf Unesco sebagai warisan dunia tetapi kota Agra menghadapi ancaman pencemaran alam.

    Sebagai usaha mengelak pencemaran, hanya kenderaan mesra alam seperti kereta berkuasa elektrik dibenarkan untuk mengangkut pelancong sekitar Taj Mahal yang memukau pandangan.

    Pengukir kraf tangan Mughal mendapat ilham daripada alam, menggunakan motif bunga, mengelak imej manusia dan haiwan kerana ia bertentangan ajaran Islam.

    Seni pietra dura menterjemah bentuk semula jadi kepada corak dekoratif yang melengkapi seni bina Mughal. Di Agra teknik itu dikenali sebagai pachikari.

    Ada dakwaan mengatakan Shah Jahan, pembina Taj Mahal, mengarahkan supaya jari pekerja kraf tangan Mughal dipotong supaya mereka tidak berupaya lagi mencipta pachikari atau pietra dura setanding yang terdapat di Taj Mahal.

    Perkembangan taman Mughal bermula daripada Maharaja Babur dengan pembinaan istana taman di pinggir sungai dan mencapai kemuncak dengan taman Taj Mahal Shah Jahan.

    Babur tidak selesa dengan iklim dan tanah Agra yang kontang hingga menghasilkan ciri taman Mughal di lokasi dramatik, penggunaan air yang bijak, gabungan kepakaran seni bina dan landskap.

    Dalam seni landskap Mughal, taman adalah komposisi ruang yang seimbang antara tumbuhan dan bangunan, tekstur dan warna, cahaya dan bayang, semuanya di reka untuk mempermaikan deria.

    Menerusi pembinaan Taj Mahal yang turut dihiasi ayat al-Quran, dapat disimpulkan kitab suci itu menjadi rujukan serta pencetus idea untuk mereka yang membina taman Moghul.

    Tanpa merujuk al-Quran, pasti pembina taman itu tidak berupaya membentuk taman yang mesra alam dan menghormati keindahan alam sekitar terutama potensi sungai sebagai punca bekalan air, sekali gus mencabar kepakaran botani dan kejuruteraan hidrologi.

    Al-Quran menganjur manusia memahami alam sekitar kerana adanya alam ini adalah dalil aqli kewujudan Allah.

    Oleh itu, ilmuwan Islam perlu mendalami pelbagai bidang ilmu sebagai cara untuk menginsafi keagungan Allah.

    Jurutera Mughal pada kurun ke-17 berjaya membentuk taman dan bangunan mesra alam yang berdiri teguh dan permai di atas konsep keindahan alam dan bukannya pencemaran serta kemusnahan.

    Labels:


    Baca Lagi...
    posted by Weblog Master @ 9:28 AM   0 comments
    Ibnu Abi Ushaybi’ah pakar sejarah kedoktoran
    Friday, November 03, 2006
    Utusan Malaysia, 3 november 2006

    IBNU Abi Ushaybi’ah adalah seorang ahli kedoktoran Muslim Arah dan ahli bibliografi serta merupakan seorang ahli sejarah kedoktoran pertama yang menulis sejarah kedoktoran Arab.

    Nama lengkapnya Muwaffakuddin Abu al-Abbas Ahmad bin al-Kassim bin Khalifah bin Yunus al-Khazraj. Beliau berasal dari sebuah keluarga doktor. Ayahnya sendiri adalah doktor mata dan lahir di Damaskus setelah tahun 590H/1994M.

    Pada mulanya beliau belajar di bawah bimbingan orang gum pada waktu itu, terutama Ibnu al-Baythar, yang memberinya pelajaran botani. Manakala kedoktoran dipelajarinya bersama sekali gus di bawah bimbingan, ayahnya (meninggal pada 649H/1251m) dan ar-Rahbi (meninggal 631H/1233M). Ilmu yang ia peroleh kemudian dipraktikkan di Rumah Sakit Nuri Damaskus dan Rumah Sakit Nasiri di Mesir.

    Kemudian pada 634H/1236M beliau bekerja pada pemerintahan Izzuddin Ayhak al-Mu’azzami di Sarkhad. Versi lain menyebutkan bahawa pada tahun 1236M, ia diutus oleh doktor Saladin ke Mesir dan dilantik memimpin sebuah rumah sakit (Nasiri). Setahun kemudian ia menarik diri dari jabatan tersebut dan memenuhi panggilan tugas daripada Kesultanan Damaskus di Salkhad. Di sanalah ia meninggal dunia pada 668H/1270M.

    Karangan-karangannya di bidang kedoktoran banyak ditulis dan kini sebahagian besar telah dinyatakan hilang. Namun secara sepintas disebutkan dalam bukunya, Uyun... dan dalam tulisan beberapa geografi.

    Antara lain yang dapat disebutkan adalah:

    1. Isal -at al-Munajjimin.

    2. At-Tajaril-wa al-Fawil’id.

    3. Hikayat al-Atibua’ Fi ilajat al-Adwa.

    4. Ma’alim al-Umam.

    GAYA POPULAR

    Selain karya-karya tersebut di atas, dia juga banyak menulis syair-syair. Namun, karyanya yang paling masyhur ialah Uyun al-Anba’ fi Tabakat al-Atibba (Lives of the Phycians). Ia menghimpunkan karya-karya tidak kurang 380 biografi ahli ilmu kedoktoran yang tidak terkira nilainya kepada sejarah sains Arab.

    Karangannya ini sekali gus menunjukkan betapa Ibnu Ahli Ushaybi’ah rajin menyalin secara harfiah dan meringkaskannya. Kemudian diperjelaskan dan diperkuat dengan bahan-bahan tambahan yang ada.

    Biografi itu disusun pernegara dan pergenerasi serta dengan susunan berukuran kecil (berbentuk naskah kecil dan disempurnakan pada 540H/1242 M. Ia juga ditambah dengan bahan-bahan baru yang diambil daripada karya Ibnu al-Qifti, Tarikh al-hukama. Semua ini dikumpulkan menjadi satu dalam sebuah jilid besar pada 667H/1268M.

    Gaya sastera daripada Uyun... yang mengandungi beberapa rencana gaya popular dikaji oleh A. Muller, seorang penulis yang juga menyiapkan teks edisi yang didasarkan pada kedua bentuk susunan tersebut di atas. Ia kemudian dicetak di Mesir pada 1299H/1882M.

    Di samping itu, Najamuddin bin Fahd pula pernah menyusun buku mini secara alfabet. Uyun... merupakan karya yang diterbitkan kemudian dalam beberapa edisi komersial dan dicetak ulang Dar al-Fikr Beirut pada 1955-1956M.

    Beberapa orientalis beranggapan buku ini diakui sebagai buku teks yang penting sejak pertengahan abad ke-19M. Sebuah terjemahan Perancis buku ini diterbitkan oleh Sanguinetti (1854-1856 M), sedangkan terjemahan bahasa Jerman diusahakan oleh Hamed Waly.

    Pada 1958, M do Algiers, H. Jahier dan Abdel Kader Noureddin bersama-sama mengedit, menterjemahkan dan memberinya tambahan bab anotasi tentang para ahli kedoktoran Barat Muslim.

    Labels:


    Baca Lagi...
    posted by Weblog Master @ 8:27 AM   0 comments
    Ilmuwan: Muslim di China pakar dalam aspek preskripsi ubat
    Friday, October 13, 2006
    Berita Harian, 13 oktober 2006

    AJARAN Islam dikatakan mula berkembang di China sejak abad ketujuh dan perkembangan Islam di sana memberi sumbangan kepada peradaban Cina dari segi sains, teknologi, ketenteraan dan kesusasteraan.

    Peranan Cina Muslim merangsang pembangunan dan perkembangan peradaban Cina sehingga menyebabkan Islam tersebar luas di negara itu sekitar 613 atau 614 masihi.

    Bagaimanapun, hubungan perdagangan dan kebudayaan di antara China, Arab dan Parsi terjalin lebih awal daripada itu apabila pedagang beragama Islam membawa dagangan mereka ke tenggara wilayah China melalui laut dengan merentasi Lautan Hindi, Selat Melaka dan Laut China Selatan sebelum berlabuh di Guangzhou.

    Siri Ilmuwan Islam di TV3 malam ini yang mengimbau sumbangan Cina Muslim dalam bidang sains dan teknologi membawa penonton menziarahi masyarakat Cina Muslim di Guangzhou dan Quanzhou, China.

    Episod kali ini turut mengetengahkan kehebatan bidang perubatan terutama dalam aspek preskripsi ubat di sana yang tidak dapat dinafikan banyak dipengaruhi ilmu perubatan Arab dan Parsi.

    Ketika Dinasti Tang dan Song, pedagang Islam membawa masuk banyak ubat dan rempah ke China untuk pengamal perubatan Cina Muslim yang membuka kedai ubat atau farmasi.

    Dinasti Yuan pula memperlihatkan bagaimana teori perubatan Islam terus berkembang.

    Antara karya perubatan Cina Muslim yang penting ialah ‘Hui Hui Yao Feng’ atau ‘Preskripsi Hui Hui’ yang kini disimpan di Perpustakaan Beijing.

    Karya perubatan itu dihasilkan sekumpulan ahli perubatan Cina Muslim Dinasti Yuan dan dilengkapi pada awal Dinasti Ming.

    Ia ditulis dalam bahasa Cina dan mengandungi istilah Arab dan Parsi menjelas pelbagai nama ubat-ubatan, tokoh perubatan dan preskripsi penyakit.

    Hui Hui Yao Feng adalah ensiklopedia perubatan mengenai pembedahan, ofthalmologi, ortopedik, ilmu mengenai sakit puan, pediatrik, terapi makanan, kecederaan tulang, rawatan kulit dan psikologi.

    Ensiklopedia itu turut membincangkan rawatan akupunktur, farmaseutikal, terapi dalaman dan luaran.

    Preskripsi Hui Hui mengemukakan enam faktor utama punca penyakit iaitu iklim, perasaan, pemakanan, kehidupan seharian, kecederaan dan keracunan.

    Berdasarkan isi kandungannya, terbukti perubatan Cina dan Arab saling mempengaruhi kerana daripada 232 jenis ubat Arab yang disebut dalam Preskripsi Hui Hui, 171 daripadanya turut disebut dalam buku Qanun Fit Tib karya Ibn Sina.

    Ternyata Ibn Sina yang dikenali sebagai Avicenna di Barat berjaya mengembangkan ilmu yang terkandung dalam kitab yang mengandungi 20 jilid itu sehingga ke China.

    Labels:


    Baca Lagi...
    posted by Weblog Master @ 3:15 PM   0 comments
    Ibn Haitham Bapa Optik Moden
    Friday, October 06, 2006
    Berita Harian, 6 oktober 2006


    IBN Haitham yang diberi gelaran Bapa Optik Moden mempunyai rahsia tersendiri mendahului dunia Barat dalam meneroka penemuan mengenai optik dan cahaya.

    Beliau mendapat inspirasi mendalami kajian mengenai cahaya berdasarkan pemahamannya terhadap ayat al-Quran yang banyak menyebut mengenai perkara itu seperti surah an-Nur. Hakikatnya, tokoh sains yang turut dikagumi Barat itu, adalah tokoh agama yang tidak memisahkan antara sains dengan ilmu ketuhanan.

    Walaupun al-Quran bukan kitab sains, namun ia menyimpan banyak rahsia sains yang akhirnya membawa manusia kepada perasaan kagum dengan kebesaran Allah.

    Ibn Haitham berjaya memberi penjelasan mengenai teori pembiasan cahaya di mana cahaya yang bergerak lurus akan terbias apabila melalui halangan di atmosfera sebagaimana manusia melihat objek terpesong daripada kedudukan sebenar di dalam air kerana cahaya dari objek yang sampai ke mata telah dibiaskan oleh air.

    Beliau mencetuskan revolusi ilmu optik melalui huraian anatomi mata seawal kurun ke 11 Masihi, malah perkataan kornea yang diasaskannya masih diguna pakai hingga hari ini.

    Ibn Haitham turut menjelaskan konsep melihat yang sebenar dan kaitan penglihatan dengan otak manusia, teori yang membawa kepada pemahaman pergerakan cahaya.

    Selain kejayaan menghasilkan teori itu, beliau turut melalui pengalaman getir serta mencabar dalam usahanya mendalami ilmu pengetahuan sehingga terpaksa berlagak seperti orang tidak siuman.

    Kisah bermula apabila beliau berazam untuk mengawal aliran Sungai Nil dengan merumus formula yang dapat memastikan sungai itu sentiasa mengalir pada tahap menggembirakan penduduk Mesir.

    Maka, tercetuslah idea untuk membina empangan di Sungai Nil sehingga menawan pemerintah Mesir ketika itu Khalifah al-Hakim yang menjemput Ibn Haitham ke negaranya.

    Al-Hakim terkenal sebagai pemerintah yang amat mencintai ilmu dan menggalakkan ilmuwan dari segenap wilayah Islam berhijrah ke Mesir.

    Khalifah al-Hakim memiliki sikap tegas dan mempunyai keazaman tinggi hingga tidak akan bertolak ansur terhadap orang yang gagal memenuhi impiannya.

    Apabila menyedari usahanya untuk membina empangan Sungai Nil tidak dapat dilaksanakan, Ibn Haitham cuba memberitahu Khalifah al-Hakim perkara itu tetapi malangnya dijatuhkan hukuman maut.

    Bagaimana beliau mengatasi masalah yang dihadapi semuanya bakal terjawab dalam episod kelima siri Ilmuwan Islam yang disiarkan TV3 jam 7.30 malam ini.

    Episod kali ini turut mengupas bagaimana Sungai Nil menjadi punca rezeki kepada penduduk Mesir sejak zaman Firaun hingga hari ini.

    Labels:


    Baca Lagi...
    posted by Weblog Master @ 3:28 PM   0 comments
    Ibn Haitham pakar ilmu fizik optik
    Friday, September 29, 2006
    Berita Harian, 29 september 2006

    ILMUWAN Islam, Ibn Haitham memberi sumbangan besar dalam bidang optik sehingga dinobatkan ‘Bapa Ilmu Optik Moden’ oleh dunia Islam.

    Beliau memberi sumbangan besar dalam membetulkan konsep penglihatan yang dibuat sarjana Yanani. Kitabnya Al-Manazir pula dijadikan rujukan sarjana barat untuk memajukan ilmu fizik optik.

    Dalam siri Ilmuwan Islam di TV3, malam ini, penonton akan dibawa menjelajah ke bumi Mesir dalam usaha mengupas fakta mengenai Ibn Haitham atau nama sebenarnya, Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri al-Misri.

    Di dunia Barat beliau dikenali dengan beberapa nama seperti Alhazen, Avennathan dan Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen.

    Keintelektualan Ibn Haitham terbukti ketika beliau masih menjadi pelajar dengan kecenderungan terhadap pelbagai bidang ilmu.

    Beliau tidak jemu menimba ilmu pengetahuan, baik agama mahupun umum seperti ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan, falsafah dan mantik sehingga terkenal sebagai tokoh cendekiawan pada zamannya.

    Kemasyhurannya menyebabkan pemerintah Bani Fatimiyah di Mesir ketika itu, Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin Amirillah mengundangnya ke Mesir untuk memanfaatkan keluasan ilmu yang dimiliki Ibn Haitham.

    Beliau diharapkan mampu mengatur banjir Sungai Nil yang kerap kali melanda negeri itu setiap tahun, tetapi sayangnya tidak dapat mewujudkan rancangan takungan raksasa dibuatnya kerana kurang peralatan canggih pada masa itu.

    Untuk melindungi dirinya daripada kemurkaan pemerintah, beliau kemudian meninggalkan pekerjaan itu dengan berpura-pura hilang ingatan sehingga Sultan Al-Hakim mangkat pada 1021, Ibn Haitham kembali normal dan aktif dalam kegiatan ilmu.

    Beliau kemudian berlindung dan mengabdikan diri di Universiti al-Azhar untuk menyambung usaha ilmiahnya dalam bidang saintifik, selain menterjemahkan buku matematik dan falak dari bahasa Latin ke bahasa Arab.

    Sebelum itu Ibn Haitham ke Andalusia (Sepanyol), kiblat ilmu pengetahuan Eropah pada masa itu di mana beliau mempelajari optik sehingga terkenal dalam bidang optik.

    Ibn Haitham berjaya meletakkan optik pada batu asas yang kukuh melalui eksperimen teliti menggunakan kaedah matematik dan fizik moden.

    Beliau mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang, imej dan banyak lagi fenomena optik yang penting membolehkan beliau menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan manusia melihat menerusi pancaran cahaya yang keluar dari matanya.

    Tetapi menurut Ibn Haitham, bukan mata yang memberi cahaya, sebaliknya benda yang dilihat itu yang memantulkan cahaya ke mata manusia.

    Pada tahun terakhir hidupnya, beliau kembali ke Kaherah, Mesir sebagai ahli matematik hingga akhir hayatnya. Ibnu Haitham meninggal dunia di Kaherah pada 1039 ketika usianya 74 tahun.

    Dua pakar tempatan, Prof Fizik Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Mohd Yusof Othman dan Pakar Matematik Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail turut menyumbang fakta mengenai Ibn Haitham dalam episod kali ini.

    Pakar Tamadun Islam Universiti Kaherah, Prof Dr Musthapa Labib dan pakar Sejarah Sains Universiti Iskandariah, Mesir, Prof Dr Maher Abdul Kader membekalkan maklumat bagaimana Ibn Haitham melakukan kajiannya menghasilkan teori Konsep Penglihatan Manusia.

    Labels:


    Baca Lagi...
    posted by Weblog Master @ 8:29 AM   0 comments
    Ad-Damiri – ahli zoologi terkenal
    Friday, September 22, 2006
    Utusan Malaysia, 22 september 2006

    AD-Damiri, menurut sebuah catatan tulisan tangannya yang dikutip oleh as-Sakhawi mempunyai nama lengkap Muhammad bin Musa bin Isa Kamal ad-Din ad-Damiri. Beliau dilahirkan di Kaherah sekitar awal tahun 742H/1341M dan meninggal pada 808H/ 1405M.

    Beliau berasal dari sebelah utara kota Damira berhampiran dengan Samanud. Setelah bekerja sebagai tukang jahit di tempat kelahirannya, Ad-Damiri memutuskan untuk menjadi sarjana ahli mazhab Syafie terkenal yang pernah menjadi guru dan pembimbing utama selama beberapa tahun. Bahkan, beliau juga sempat menuntut ilmu di bawah asuhan Jamal ad-Din al-Asnawi dan Ibnu al-Akil.

    Di samping terkenal sebagai ahli zoologi, beliau juga mendalami bidang hukum, ilmu hadis, tafsir al-Quran dan linguistik Arab.

    Setelah mendapat kepercayaan untuk mengajar dan pada masa yang sama berdakwah, Ad-Damiri lalu mengabdikan dirinya pada beberapa tempat pendidikan dan ibadat seperti al-Azhar atau Jami’ az-Zahir dan Madrasah Ibnu al-Bakari.

    Beliau menunaikan ibadah haji sebanyak enam kali antara tahun 762-799H/1361H-1397M. Selama di Mekah dan Madinah, beliau mendalami ilmu dengan para sarjana di sana dan menyampaikan kuliah dengan memberikan fatwanya. Setelah mengerjakan haji buat kali keenam, beliau mengambil keputusan menetap di Kaherah hingga ke akhir hayat.

    Kemasyhurannya sebagai penulis terletak pada karyanya bertajuk Hayat al-Hayawan al-Kubra iaitu sebuah ensiklopedia mengenai dunia haiwan yang terbaik pada masa itu. Ensiklopedia tersebut kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh A.S.G Jayakarta sebanyak dua jilid (London 1906-1908). Melalui karya ini, beliau menjadi terkenal di Barat dan Timur.

    Buku tersebut ditulis sebagai satu pernyataan kata pengantar untuk menjelaskan kekeliruan tentang dunia haiwan. Terlebih lagi, beliau tidak hanya membataskan diri pada aspek zoologi tetapi mengetengahkan semua hal yang bersangkut dengan haiwan.

    Karyanya paling menonjol adalah penelitian terhadap sejarah para khalifah yang memenuhi sepertiga bahagian daripada keseluruhan isi buku. Naskhah tersebut disusun mengikut abjad sesuai dengan huruf-huruf pertama daripada nama-nama haiwan yang bersangkutan. Isi kandungan buku tersebut termasuklah aspek filologi nama-nama haiwan, deskripsi haiwan dan sifatnya, sebutan haiwan dalam hadis serta peribahasa dan cerita rakyat.

    Selain itu, ia juga berkait dengan pengubatan dan sifat-sifat haiwan serta hubungannya dengan mimpi-mimpi tentang haiwan dan takwilnya.

    Selain buku Hayat al-Hayawan al-Kuhra, karya lain ad-Damiri ialah sebuah komentar tentang Sunan Ibnu Majah bertajuk Ad-Dibaj yang mengandungi lima jilid kesemuanya. Bagaimanapun, salinannya tidak sempat dihabiskan kerana beliau meninggal dunia.

    Labels:


    Baca Lagi...
    posted by Weblog Master @ 7:52 AM   0 comments
    Abu Fida’ sultan yang pakar geografi dan sejarah
    Friday, September 15, 2006
    Utusan Malaysia, 15 september 2006

    ISMAIL Ibnu Ali Imaduddin Abu al-Fida’ atau nama lengkapnya, Ismail bin al-Afdal Ali bin al-Muzaffar Mahmud bin al-Mansur Muhammad bin Taki ad-Din Umar bin Syahansyah bin Ayyub al-Malik al-Mu’ayyad Imaduddin Abu al-Fida’ adalah ahli geografi dan sejarah.

    Beliau turut dikenali sebagai seorang pengiran Suriah Putra Malikul Afdal iaitu saudara daripada pengiran Hammah yang kembali ke Damsyik setelah pemergiannya ke Mongol. Abu Fida’ dilahirkan di Damsyik pada November 1273M sebagai cucu keluarga Ayyub, ayah Saladin (Sultan Shalahuddin al-Ayyubi).

    Semasa berusia 12 tahun, beliau mengikuti rombongan ayahnya serta saudara sepupunya al-Muzaffar Mahmud II, pengiran Hammah dalam satu penyerbuan terhadap benteng St. John serta mengambil bahagian dalam kempen perlawanan terhadap Perang Salib di Tripoli, Arce dan Qalat ar-Rum. Kemudiannya, pada 698H/1298M, beliau menjadi salah seorang pegawai Sultan Mamluk, Malik an-Nasir Muhammad bin Kala’un. Pada Oktober 1310, beliau menduduki jabatan sebagai Gabenor di Hammah.

    Setelah menjalankan tugas sebagai gabenor selama dua tahun, Abu Fida’ dilantik menjadi sultan dengan gelaran Malik ash-Shalih. Pada 719H/1319M, beliau menunaikan haji ke Mekah dengan disertai Sultan Muhammad. Semasa perjalanan ke Kaherah, beliau dinobatkan lencana kesultanan dan dianugerahi gelaran al-Malik Mu’anyyad. Dalam melaksanakan tugas-tugasnya, beliau tetap meluangkan masa menghasilkan karya-karyanya. Abu Fida’ meninggal dunia pada 26 Oktober 1331 di Hammah.

    Atas sokongan Tankis iaitu Gabenor Damsyik, anaknya, al-Fadh Muhammad diangkat sebagai penggantinya. Beberapa huraian biografi Arab melengkapi contoh-contoh hasil karya puitis Abu Fida’ termasuklah gubahan daripada karya juristik al-Mawardi, al-Hawi.

    Karangannya yang berkait dengan soal keagamaan dan subjek-subjek perpustakaan hampir kesemuanya hilang. Bagaimanapun, terdapat dua hasil karya besar yang pernah dihasilkan oleh Abu Fida’ iaitu :

    1. Nukhtasar Tarikh al-Basar yang merupakan sebuah buku sejarah universal mencakupi zaman pra-Islam dan sejarah Islam tahun 729H/1329M. Buku ini merupakan salah satu sumber utama pada Orientalis pada abad ke-18M melalui edisi-edisi yang dihasilkan oleh J.Gagnier dan J.J Reiske J.G Chr. Adler. Teks lengkapnya diterbitkan pertama kali di Istanbul dalam dua jilid.

    2. Takwim al-Buldan pula ialah sebuah deskripsi geografi yang lengkap dengan sejumlah data dalam bentuk gambar rajah dan matematik. Kesemua data diperoleh daripada terjemahan bahasa Arab dan hasil analisis karya Ptolemaios pada abad ke-10M oleh al-Biruni dan Ibnu Said al-Maghribi melalui Kitab al-Atwal.

    Takwim al-Buldan banyak dikutip oleh al-Kalkasyandi dalam beberapa ringkasan yang dibuat termasuk salah satu karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Turki oleh Muhammad bin Ali Sipahizade (meninggal pada 997H/1589M).

    Beberapa bahagian buku ini disunting dan diterjemahkan oleh para sarjana Eropah pada abad ke-17M misalnya John Greaves di London (1650M) dan J.B Koehler-Leipzig (1766M).

    Karya Abu Fida’ secara keseluruhannya disunting oleh J.T Remaud dan MacGuckin de Slane yang diterbitkan di Paris pada 1840M dan diterjemahkan ke bahasa Perancis oleh J.T Reinaud (Paris 1848M) serta Stanislas Guyard (Paris 1883M).

    Terjemahan jilid I berisi sebuah kajian klasik yang berjudul Introduction General a la Geographis des Orintaux.

    Dengan menghasilkan karya-karya tersebut, George Sarton menggelar Abu Fida’ sebagai The Greatest Geographer of His Age. Dalam setiap karyanya, Abu Fida’ banyak memberi penjelasan tentang astronomi dan telah menemui alat yang disebut `migyas’ yang digunakan untuk mengukur luas beberapa tempat yang berbeza-beza.

    Pada 1329M, dua tahun sebelum meninggal dunia, Abu Fida’ berjaya menghasilkan sebuah lagi karyanya bertajuk An Abridgement of the History of the Human Race.

    Labels:


    Baca Lagi...
    posted by Weblog Master @ 4:58 AM   0 comments
    Ibnu Sa’ati doktor dan pakar membuat kunci
    Friday, September 01, 2006

    Utusan Malaysia, 1 September 2006

    AYAH Ibnu Sa’ati ialah penduduk asli Khurasan tetapi menetap di Damsyik. Ibnu Sa’ati atau nama penuhnya Fakhruddin Ridwan bin Muhammad bin Ali bin Rustam al-Khurasani dilahirkan di Damsyik. Ayahnya amat terkenal sebagai pakar membuat kunci.

    Hasil karyanya yang terkenal berupa kunci dan gembok besar yang dipasang pada pintu masuk masjid besar di Damsyik. Barang ini dipesan oleh Zangid al-Malik al-Adil Nur ad-Din Mahmud (meninggal dunia pada Syawal 569H/Mei 1174M). Selain pakar membuat kunci, ayahnya merupakan ahli astronomi.

    Berbeza dengan ilmu yang dimiliki ayahnya, Ibnu Sa’ati mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan. Beliau merupakan ahli perpustakaan, logik, dan disiplin ilmu falsafah. Bagaimanapun, beliau turut mewarisi kepakaran ayahnya membuat kunci.

    Ibnu Sa’ati pertama kali menjadi seorang menteri kepada al-Malik al-Fa’iz bin al-Malik al-Adil Muhammad bin Ayyub (anak saudara Shalahuddin al-Ayyubi). Kemudian beliau menjadi menteri dan doktor peribadi kepada saudara al-Fa’iz iaitu al-Malik al-Muazzam bin al-Malik al-Adil (meninggal dunia pada 624H/1227M).

    Ibnu Sa’ati meninggal dunia sekitar tahun 627H/1230M di Damsyik. Karyanya mengenai perubatan sukar untuk ditemui berbanding dengan buku mengenai pembuatan kunci iaitu Risalah fi ‘Amal as-Sa’at wa Isti’maliha. Buku ini pernah diterjemahkan oleh E. Wiedemann dan Frietz Hauser ke bahasa Jerman pada 1915.

    Labels:


    Baca Lagi...
    posted by Weblog Master @ 5:55 PM   0 comments
    Said al-Maghribi penyair dan ahli sejarah
    Friday, August 18, 2006
    Utusan Malaysia, 18 ogos 2006

    IBNU Said al-Maghribi atau nama penuhnya, Abu al-Hasan Ali bin Muda bin Muhammad bin Abdul Malik bin Said al-Maghribi adalah seorang ahli geografi, sejarah dan ontologi. Namanya masyhur sebagai penyair Andalusia.

    Beliau dilahirkan pada 610H/1231M berhampiran Granada dan berasal daripada sebuah keluarga keturunan Ammar bin Yassir. Keluarga tersebut semasa zaman Tawa’if membentuk keluarga diraja di Kal’a Banu Yahsuh.

    Semasa muda, beliau banyak menetap di Seville. Pada 639H/1241M, Said al-Maghribi meninggalkan Sepanyol untuk melaksanakan ibadat haji bersama-sama ayahnya. Bagaimanapun, sewaktu dalam perjalanan, ayahnya meninggal dunia.

    Di Kaherah, beliau menerima sambutan hangat daripada penduduk kota tersebut. Bukunya, Kitab al-Mughrih fi Hula al-Maghrib menaikkan namanya hingga dikenali ramai. Karya ini ternyata memendam sejarah yang cukup berkesan dan berliku-liku.

    Pada 648H/1249M, Said al-Maghribi meninggalkan Mesir dan mengembara melalui Iraq dan Syria dengan tujuan mendapat lebih banyak maklumat dan pandangan ilmiah dalam menyelesaikan sebuah buku, Kitab al-Musyrik fi Hula al-Masyrik. Buku tersebut pada mulanya disusun oleh ayahnya. Tetapi, karya ini tidak pernah lengkap. Beberapa jilid antaranya dalam bentuk manuskrip dijumpai di Kaherah.

    Sebagai ahli geografi, Said al-Maghribi banyak melakukan perjalanan-perjalanan yang jauh dan kemudiannya mengabadikan segala pengalamannya dalam buku. Setelah melalui Iraq dan Syria, untuk kedua kalinya beliau menunaikan fardu haji ke Mekah.

    Hasil pengembaraan tersebut, beliau menulis buku bertajuk An-Nafha al-Miskiyyah fi ar-Rihla al-Makkiyyah. Ketika tiba di Tunisia pada 652H/1254M, Said al-Maghribi berkhidmat dengan Amir Muntasir. Pada 666H/1267M, beliau memulakan perjalanan menuju ke arah Timur hingga ke Iran.

    Pada tahun-tahun menjelang akhir hayatnya, beliau kembali ke Tunisia sekitar 675H/1276M dan meninggal dunia 10 tahun kemudian.

    Sepanjang tempoh pengembaraan yang cukup panjang itu, beliau turut menulis puisi yang berkaitan dengan pemikirannya dan nostalgia terhadap kampung halamannya di Andalusia. Namun, karya yang meningkatkan kemasyhuran namanya adalah sebuah ontologi berjudul Maghrib.

    Antara karya terakhirnya yang masih ada dan dicetak ialah :

    - Riwayat al-Mubarrizin wa Ghayat al-Mumayyizin. Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol oleh E.Garcia Gomez (Madrid, 1942) dan A.J. Arberry pula menterjemahkannya ke bahasa Inggeris (Cambridge, 1953).

    - Unwan al-Murkisat wa al-Mutribat (edisi Kaherah, 1286M). Ini merupakan sebahagian daripada karya utamanya yang telah disunting dan diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis oleh A.Mahdad (Algiers, 1949).

    - Al-Ghusun al-Yani’a fi Mahasin Syu’ara’ al-Mi’a as-Sabi’a yang disunting oleh Ibrahim Ibyari (Kaherah, 1955).

    - Mukhtasar Jughrafiyah, disunting dan diterjemahkan sebahagiannya ke bahasa Sepanyol oleh J.Vernet pada 1953. Ia juga diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis oleh G.Potiran.

    Kebanyakan karyanya mencakupi riwayat hidup para sarjana pada zamannya. Ia menyingkap tentang keluarga, perjalanannya ke Mekah, tentang geografi dan sebagainya. Pengalamannya digunakan oleh cendekiawan seterusnya iaitu al-Makkari atau al-Fida’ dan sebagainya.

    Labels:


    Baca Lagi...
    posted by Weblog Master @ 10:40 PM   0 comments
    About Me

    Name: Weblog Master
    Home: Selangor, Malaysia
    About Me:
    See my complete profile
    Kunjungan

    website analyzer

    Pengunjung Dari Negara Online
    Previous Post
    Archives
    Links
    Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com