Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Anak yatim Al-Munirah harap infak dan wakaf
Wednesday, January 31, 2007
Utusan Malaysia, 31 Januari 2007

Oleh: W.RAHIMAH DRAMAN

ANAK Yatim Al-Munirah dibimbing guru tuisyen sukarelawan selepas waktu sekolah.

MASYARAKAT sering menuding jari dan menyalahkan anak-anak serta ibu bapa apabila berlaku masalah sosial dan moral di kalangan remaja.

Namun jarang yang benar-benar ikhlas dan mahu bertanggungjawab menangani secara berterusan melalui program penempatan, bimbingan, didikan atau pembelaan bagi jangka panjang seperti tuntutan agama.

Sebaliknya pelbagai gelaran dilabel serta bermacam hukum dan undang-undang dilemparkan kepada anak-anak serta remaja bermasalah ini.

Sebenarnya gejala remaja dan anak-anak terbiar sama ada dari segi kasih sayang mahupun pendidikan agama dan akademik ini ada di mana-mana malah di sekeliling kita dan bilangannya sentiasa bertambah.

Kebanyakan mereka adalah remaja yang tidak ada tempat mengadu sama ada disebabkan kematian ibu bapa, bercerai, miskin atau terlalu sibuk dengan kerjaya.

Disebabkan bimbang dengan situasi dan sedar dengan tanggungjawab terhadap ummah, timbul idea beberapa usahawan Muslim dan mereka yang prihatin sekitar Klang mengumpul dan membantu kanak-kanak malang ini.

Idea tersebut mendorong golongan ini bersepakat merealisasikan peranan masing-masing dengan menubuhkan Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah (PKAYMAM).

“Idea ini timbul sekitar awal tahun 2000. Setelah beberapa kali berbincang, merancang serta mengatur strategi akhirnya wujudlah PKAYMAM.

“Ia didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) secara sah pada tahun 2001,” kata pengerusinya, Mohd. Termizi Ismail ketika ditemui di Kompleks PKAYMAM, Kampung Johan Setia, Klang, Selangor baru-baru ini.

Menurutnya, sejurus idea itu dicetuskan banyak pihak memberi sokongan dan galakan, malah mereka terus menyalurkan sumbangan.

“Sebab itulah apabila pendaftaran PKAYMAM diluluskan, kami terus mendapatkan tapak untuk memulakan projek penyediaan kompleks bagi menempatkan anak-anak yatim dan miskin yang terbiar ini,” jelasnya.

Mohd Termizi berkata, bekas gudang kilang perabut seluas 0.48 hektar yang dibeli hasil wang wakaf dan sumbangan orang ramai menjadi tapak Kompleks PKAYMAM sekarang adalah projek perintis pertubuhan tersebut.

Katanya, rancangan jangka panjang PKAYMAM dalam membantu menangani masalah anak-anak yatim dan miskin terbiar adalah terlalu besar.

“Cadangnya, bukan setakat anak-anak yatim dan miskin yang akan kami bela, tetapi juga memulih dan mengembalikan akidah dan nilai Islam para remaja yang telah rosak akhlak serta moral mereka.” jelasnya.

Fasa pertama projek perintis melibatkan pembelian tanah diikuti fasa kedua membina sebuah bangunan di kompleks PKAYMM yang sudah pun beroperasi pada Januari 2006 lalu.

“Kompleks ini hanya ada satu bangunan sekarang dan kami sedang mengorak ke fasa ketiga untuk membina sebuah bangunan lagi untuk menempatkan surau, perpustakaan, dewan serbaguna dan pejabat pentadbiran bagi memberi keselesaan kepada penghuni,” jelasnya.

Untuk fasa pertama dan kedua telah menelan belanja hampir RM1.2 juta dan projek fasa ketiga pula memerlukan dana tidak kurang RM800,000.

“Setakat ini hanya separuh daripada kos yang diperlukan berjaya dikumpul manakala sebahagian lagi sedang diusahakan melalui pelbagai kempen termasuk edaran risalah infak dan wakaf kepada orang ramai dan syarikat-syarikat korporat,” katanya.

Apabila siapnya bangunan baru untuk fasa ketiga itu siap, kata Mohd. Termizi, KPAYMAM mampu menampung 120 kanak-kanak berbanding 40 yang sedia ada sekarang.

Kini KPAYMAM dihuni oleh 33 kanak-kanak termasuk 10 penghuni pengambilan baru awal Januari lalu. Mereka adalah anak-anak yatim dan piatu serta miskin dari sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Perak dan Kelantan.

Walaupun penyertaan dibuka kepada semua anak yatim dan miskin dari seluruh negara, KPAYMAM mempunyai sistem tapisan pemilihan yang ketat.

Pengurus PKAYMAM, Abd. Rahim Yahya memberitahu, sebelum peserta diterima, anggota panel pemilihan dilantik akan menemui ibu bapa atau ahli waris anak-anak terlibat untuk membuat kaji selidik.

“Hanya permohonan anak-anak yatim dan miskin yang benar-benar bermasalah dan terbiar akan ditempatkan di sini,” tambahnya.

FAKTA KOMPLEKS AL-MUNIRAH:
*Diwujud dan dikendalikan oleh Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah (PKAYMAM) iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Klang.

*Projek pembinaan kompleks bermula 2001.

*Mula beroperasi hujung tahun 2005.

*Luas kawasan 0.48 hektar berharga RM450,000.

*Dibangunkan mengguna wang wakaf dan sumbangan orang ramai.

*Ada sebuah bangunan bernilai lebih RM630,000.

*Kompleks itu mengandungi tiga blok:

a) Blok pertama meliputi pejabat, stor dan dua bilik asrama lelaki serta bilik solat dan bilik air.

b) Blok kedua adalah ruang makan, rehat dan dapur serta rumah warden di tingkat atas.

c) Blok ketiga mengandungi dua bilik asrama perempuan, bilik tuisyen serta komputer dan bilik air.

*Pengambilan peserta pertama Januari 2006 hanya 23 orang.

*Bilangan kakitangan tujuh orang termasuk seorang pengurus.

*Jumlah anak yatim dan miskin sehingga Januari 2007 ialah 33 orang, di mana 20 orang adalah perempuan.

*Hanya menerima kanak-kanak berumur tujuh hingga 17 tahun.

*Hanya anak-anak yatim piatu, yatim dan miskin yang melepasi temuduga panel pengambilan PKAYMAM diterima masuk.

*Mengalu-alukan infak, wakaf dan sumbangan wang ringgit, barangan, peralatan pelajar dan pendidikan serta makanan dari orang ramai.

*Mengalu-alukan syarikat, individu dan agensi kerajaan serta swasta untuk menempah, mengadakan atau menganjur aktiviti bersama anak yatim di Kompleks PKAYMAM.

*Kompleks PKAYMAM boleh dihubungi di Lot 15772 Jalan Johan Setia Off Jalan Langar, 41200 Klang, Selangor atau telefon melalui talian 03-33247758 dan faks 03-33240906 atau hubungi 013-3213775 (Ahmad Dasuki) dan 017-3179588 (Ahmad Arun).

*Sumbangan atas nama Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah boleh disalurkan terus ke akaun;

i) Bank Islam (12-010-01-005674-2)

ii) Bank Muamalat (12040001994715)

iii) Maybank (562647201075).

*Orang awam yang menyumbang ke tabung PKAYMAM dikecualikan cukai pendapatan.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 7:58 AM   1 comments
Gigi palsu diharuskan walaupun ditanam emas
Sunday, January 21, 2007
Berita Minggu, 21 Januari 2007

Hukum menanam gigi, gigi palsu sehingga ke akhir hayat. Bolehkah daging korban diagihkan kepada musafir, penduduk tetap yang sudah bermastautin sehingga menjadi ahli kariah? Adakah lebih afdal jika yang berkorban mensedekahkan daging korban mereka?

Ali

Kuala Lumpur

Diriwayatkan seorang sahabat kehilangan batang hidungnya ketika peperangan pada zaman Rasulullah SAW dan menggantikannya dengan hidung palsu diperbuat daripada besi. Malangnya beliau tidak selesa dengan hidung barunya kerana selalu mengeluarkan bau tidak menyenangkan. Beliau memohon perkenan Rasulullah untuk menggunakan emas sebagai ganti hidung besinya. Rasulullah memberi kebenaran berbuat demikian.

Ia salah satu dalil diharuskan menanam gigi palsu bahkan dengan emas sekalipun kerana ia dapat menolong orang kehilangan gigi dalam menjalankan aktiviti harian mulutnya. Jika menanam gigi palsu tidak dibenarkan ia akan membawa kepada kesulitan dan kesusahan bagi manusia yang kehilangan gigi sedangkan Islam datang untuk mengangkat kesulitan atau kesusahan manusia.

Penanaman gigi palsu sama ada sementara mahupun kekal boleh dilakukan demi kemaslahatan penanam. Apabila meninggal dunia, jika gigi palsu itu sementara maka ia perlu dicabut sebelum memandikan mayatnya. Tapi jika gigi palsu kekal, tidak perlu dicabut kerana akan menyusahkan si mati.



Sementara itu, mengenai pengagihan daging korban, ada disyariatkan dalam al-Quran bermaksud: “Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari tertentu, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang korban itu dan berilah makan kepada orang susah, fakir miskin.” (Surah al-Hajj: 28)

Berdasarkan ayat ini, ada ulama berpendapat daging korban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu untuk dimakan, disedekah dan dihadiahkan. Berikutan itu, daging korban boleh diberikan kepada sesiapa saja yang berhak menerimanya sama ada sebagai jamuan, sedekah atau hadiah tidak kira siapa orangnya.

Kini daging korban diagih melintasi negara dengan projek korban antarabangsa bukan lagi satu kariah. Korban adalah syiar Islam sejagat. Ia lambang perpaduan umat yang sesama mereka wujud satu jalinan perhubungan persaudaraan dalam pengagihan daging korban itu. Bagi orang melakukan korban, ada hikmahnya dan penerima korban juga ada hikmahnya.

Lebih afdal jika semua daging korban disedekahkan kerana ia lebih dekat kepada takwa dan boleh membersihkan hati dan jiwa daripada sifat tamak dan kikir.

Dengan mensedekahkan semua daging korban, orang yang melakukan ibadat itu merelakan sebahagian hartanya diberikan kepada orang berhak menerimanya. Kerelaan hati itu adalah pengajaran berharga dalam membersihkan hati dan jiwa. Wallahuallam.


Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 9:22 AM   0 comments
Ann Wan Seng puas menyumbang untuk masyarakat
Thursday, January 18, 2007
Utusan Malaysia, 18 Januari 2007

Oleh: ZUARIDA MOHYIN

ANN Wan Seng menunjukkan tiga buku terlaris tulisannya di pejabatnya di Bangunan Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

ACAP kali penulis bertemu dengan beliau dalam beberapa majlis, pelawaan untuk diwawancara terutamanya berkaitan kisah pengislamannya sering mendapat isyarat ‘lampu merah’. Pun begitu, panggilan yang dibuat Sabtu lalu mendapat respons yang tidak disangka kerana keizinannya umpama pucuk dicita ulam mendatang.

Gerangan yang dimaksudkan ialah Penolong Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan, Ann Wan Seng, 39 tahun.

Anak kelahiran Klang, Selangor ini juga adalah Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Putra, Ahli Jawatankuasa Perkim Bahagian Wilayah Persekutuan dan Penasihat Asrama Baitul Ummah, asrama kanak-kanak yatim, fakir miskin dan mualaf di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur.

Melihat kepada jawatan yang disandangnya, terbukti jadual hariannya begitu ketat. Biarpun begitu, Ann masih mampu memperuntukkan waktu dalam bidang penulisan buku. Sehingga kini sebanyak 30 buku tulisannya diterbitkan di bawah pelbagai syarikat penerbitan.

Kesungguhannya meluangkan masa begitu dihargai lebih-lebih lagi, terpaksa berkejar dari satu majlis di Shah Alam untuk memenuhi janji temu kami yang dirancang di Tingkat 4, Bangunan Perkim, Jalan Ipoh, Selasa lalu.

Sempena sambutan Maal Hijrah yang akan disambut Sabtu ini, umum seringkali mengaitkannya dengan penghijrahan akidah yang dilalui mereka yang bergelar saudara baru.

Menurut Ann, hijrah merupakan suatu sejarah besar umat Islam yang sarat pengajaran dan hikmah untuk direnungi dan dihayati. Sewajarnya peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. tidak dilihat dalam satu skop sahaja iaitu peristiwa perpindahan Baginda Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Kota Madinah.

“Sebenarnya, hijrah itu bukan sekadar dilihat dari segi akidah tetapi sepatutnya mencakupi pelbagai aspek dalam kehidupan seperti sikap, cara hidup, pergaulan, percakapan dan banyak lagi.

“Ini menunjukkan bahawa betapa Islam menggalakkan umatnya untuk melakukan perubahan. Islam itu adalah agama yang dinamik, bukan jumud dan kaku. Malah Islam menuntut kita agar selalu membuat perubahan. Contohnya dari perlakuan buruk kepada baik dan sebagainya,” kata beliau.

Berbesar hati berkongsi dua peristiwa bermakna setiap kali tiba hijrah cerita Ann, detik paling bermakna ialah penghijrahan akidah yang dilalui pada akhir 1996. Jika sebelum ini beragama Buddha tetapi hidayah Allah menjadikan beliau seorang Muslim.

Perubahan ini, turut disusuli dari segi lain seperti sikap. Sebelum ini sedikit kasar dan keras terutamanya kepada ibu bapa tetapi penghijrahan akidah itu sekali gus membawa kepada perubahan yang lebih menyeluruh menuju peribadi Muslim sebenar.

Di samping itu, akui Ann, penghijrahannya turut mengimbau perpindahan beliau ke rumah baru pada tahun yang sama. Baginya biarpun nampak biasa tetapi perpindahan itu bukan sahaja memberi azam baru malah ia satu alamat yang cukup baik iaitu ia bersih, tersusun dan kebetulan memiliki kejiranan majoriti berbangsa Cina. Ia secara tidak langsung, memerlukan seorang yang mengakui Islam perlu menjaga hak-hak mereka sebagai jiran.

Katanya, oleh itu, hijrah seharusnya menjadi satu titik perubahan untuk berusaha menjadi seorang Muslim yang baik dan memperbaiki diri dari semasa ke semasa.

“Apa yang paling penting bukan dari segi sambutannya tetapi pengertian dan kefahaman terhadap peristiwa hijrah itulah yang lebih utama. Sayang nya apa yang berlaku sekarang, ramai yang sekadar menganggap ia sebagai sambutan.

“Natijahnya tidaklah ada perubahan malah umat Islam hari ini semakin dicengkam dengan permasalahan yang membabitkan ramai orang Islam seperti peningkatan kes-kes keruntuhan moral, hakisan akidah dan sebagainya. Ini semua berpunca kerana tiadanya penghayatan sebenar di sebalik peristiwa hijrah,” ujar Ann.

Jika ada penghayatan maka segala yang dipandukan dalam Islam akan dilaksanakan dalam kehidupan seharian umat Islam.

Lantaran itu, menjadi tanggungjawab dan kewajipan kepada semua umat Islam memulihkan kembali syiar Islam. Kesemua usaha ini pasti berjaya jika ia bermula dari dalam diri individu Islam itu sendiri untuk memperbaiki diri.

Hal ini dapat disamakan dengan bagaimana Baginda Rasulullah s.a.w. berdakwah demi membangunkan insaniah di kalangan orang Arab Mekah yang mengambil masa 13 tahun. Penyelesaian kepada masalah di atas terjawab sekiranya pembangunan insan dikembalikan kegemilangannya.

“Selain itu, orang Islam juga umpama tubuh manusia, bangunan atau bersaudara. Apabila disebut bersaudara ini bermakna lebih rapat daripada kawan, lebih akrab daripada sahabat dan lebih dekat daripada jiran. Hal ini bukan sahaja ditekankan soal pemulihan akhlak atau akidah tetapi turut melibatkan pembanterasan kemiskinan dalam kalangan umat Islam.

“Ini berbalik semula kepada pembuktian di sebalik peristiwa hijrah iaitu nilai pengorbanan. Ia mengajar kita supaya suka melakukan pengorbanan tidak kira dari aspek masa, tenaga dan wang ringgit sekali gus mendidik hati setiap Muslim,” tambahnya.

Apa yang amat dikesali Ann, masyarakat kita agak liat melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan, kebajikan dan dakwah Islamiah dengan alasan paling popular iaitu sibuk bekerja dan ketiadaan masa.

Katanya, masyarakat lebih cenderung kepada aktiviti berbentuk hiburan. Ini tidak dinafikan kerana manusia memang mudah tertarik kepada segala bentuk hiburan. Kini, orang Islam perlu celik mata dan hati kerana banyak kerja yang belum selesai yang berkaitan dengan dakwah Islamiah.

“Inilah yang menyebabkan pihak kami turut berhadapan dengan masalah untuk mencetuskan kesedaran kepada masyarakat. Salah satunya berpunca daripada masalah komunikasi.

“Oleh itu salah satu cara yang dilakukan ialah dengan mengadakan pelbagai bentuk program di mana semua pihak tidak kira pangkat turun padang menjayakannya. Malah turut diharapkan ialah penglibatan daripada ahli berdaftar sebagai sukarelawan, supaya kerjasama mereka akan menentukan kejayaan perlaksanaan penganjuran aktiviti,” kata Ann.

Kata beliau, di Perkim terdapat beberapa program yang dirancang. Antaranya Program Ziarah Dakwah di Pulau Ketam, Ahad lalu. Ia adalah program berkala dari semasa ke semasa. Alhamdulillah, semenjak diadakan ada perubahan sikap umat Islam dan bukan Islam terhadap agama Islam.

Sementara itu, pada Februari ini program yang serupa turut dirancang di Pulau Carey, Selangor. Ini mengkhusus kepada golongan Orang Asli yang menjadi penduduk majoriti di sana selain Melayu, Cina dan India.

Kejayaan program-program ini juga adalah hasil sokongan dan kerjasama institusi agama dan pertubuhan bukan kerajaan lain. Perkim lebih berperanan sebagai orang tengah atau jambatan untuk merapatkan jurang perbezaan.

Akui anak bongsu daripada empat adik-beradik ini lagi, di samping suka melibatkan diri dengan pelbagai program kemasyarakatan, beliau turut aktif dalam dunia penulisan bahan ilmiah. Beberapa buku terlaris beliau ialah Rahsia Bisnes Orang Cina, Rahsia Bisnes Orang Jepun, Rahsia Bisnes Orang Korea, Rahsia Black Metal dan Rahsia Arqam.

Menjawab kepuasan yang diperoleh dalam semua kerja-kerja yang dilakukan, Ann yang sedang melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Pusat Pengajian Komuniti di Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata, ia dirasai apabila dapat memberi sumbangan kepada anggota masyarakat.

Ini kerana setiap manusia tidak dapat lari daripada kehidupan bermasyarakat. Sekurang-kurangnya, apa yang dilakukan secara ikhlas ini menjadi aset akhirat sewaktu bertemu Ilahi kelak.

Berkongsi kisah pengislaman, kata Ann, sebab utama mengkaji tentang Islam ialah apabila tidak mendapat jawapan atau penjelasan tepat tentang sesuatu kemusykilan berkaitan Islam apabila diutarakan kepada teman-teman.

Beliau mula tertarik kepada Islam sewaktu di zaman persekolahan dan semasa menuntut di universiti di mana beliau mula bergaul dengan orang Islam.

“Saya terpikat dengan Islam ini terutamanya penekanannya kepada konsep persaudaraan Islam dan institusi zakat. Ini kerana bidang sosiologi yang saya pelajari tidak ada tolok bandingannya dengan Islam.

“Jadi apabila saya tidak dapat penjelasan sebagaimana yang diharapkan, saya mula mencari menerusi bahan bacaan, perbincangan dengan ulama dan menerusi kajian, Gerakan Islam di Malaysia di peringkat sarjana. Saya juga pernah melalui pengalaman kerohanian dan saya pernah berniat sekiranya saya menjumpai duit saya yang hilang, saya akan membeli sebuah al-Quran.

“Entah macam mana, duit tersebut ditemui jadi sebagai memenuhi hasrat itu, saya pun membeli senaskhah terjemahan al-Quran dan menerusinya saya mendalami Islam dan akhirnya membawa kepada agama Allah,” akui Ann.

Harapan bekas tenaga pengajar di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya ini, agar tidak berlaku pengasingan atau penyisihan kepada golongan saudara baru terutamanya di kalangan umat Islam itu sendiri.

Sebaik-baiknya, umat Islam dapat menjadikan saudara baru sebahagian daripada mereka dan lebih digalakkan jika golongan ini diberikan sokongan dari segi fizikal dan bukan fizikal.

Bagi mereka yang ingin menyalurkan bantuan kepada kanak-kanak di asrama Baitul Ummah bolehlah menghubungi talian 03-4024 3304.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 7:09 AM   0 comments
Profesor AS akui solat berjemaah tersirat aspek sains fizik
Saturday, January 13, 2007
Berita Harian, 12 Januari 2007


SEORANG profesor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. BErdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.

Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.

Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh.

Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam.

Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan.

Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.

Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.

Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan dalam fikiran profesor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat.

Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Selepas kajian lanjut dilakukan , didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak.

Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).

Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.



Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 8:56 AM   0 comments
Ternakan berkeliaran haram dimakan, jual
Berita Harian, 12 Januari 2007


DALAM masyarakat kita amat mementingkan apakah jenis haiwan halal dimakan. Malangnya, banyak individu dalam masyarakat kita yang tidak begitu sensitif atau tidak mengambil berat soal bagaimana haiwan itu diternak sehingga dagingnya boleh dimakan.

Diperhatikan, banyak haiwan ternakan seperti kerbau, lembu, kambing, ayam dan itik diternak tanpa pengawasan sepatutnya. Lembu dan kerbau dibiarkan bebas tanpa ditambat atau diletakkan di dalam kandang.

Haiwan ternakan itu merayau masuk ke kawasan kebun merosakkan hasil tanaman milik orang lain. Banyak kerugian terpaksa ditanggung pemilik kebun. Penternak ambil mudah asalkan haiwan ternakannya dapat makan dan terus membesar serta membiak.

Selain itu, haiwan ternakan yang dibiarkan bebas akan mengeluarkan najis di merata tempat yang menyebabkan rasa tidak senang hati penduduk. Halaman rumah, jalan raya dan tempat orang ramai berkumpul banyak dicemari najis binatang ternakan yang dibiarkan bebas merayau.

Pemiliknya sekadar buat tidak kisah dan tidak rasa bersalah dengan keadaan itu. Malah, jika ditegur, pemilik ternakan dengan selamba saja menjawab memang sudah sifat ternakan membuang najis merata-rata.

Sebab itu banyak kes bergaduh sesama jiran berpunca masalah berkaitan haiwan ternakan dibiarkan merayau bebas. Ada pergaduhan yang membawa kepada penggunaan senjata hingga membabitkan kehilangan nyawa.

Satu lagi kejadian buruk yang sering berlaku ialah banyak kes kemalangan jalan raya berpunca terlanggar ternakan yang dibiarkan berkeliaran. Kemalangan itu mendatangkan banyak kerugian kepada pemilik kenderaan. Malah, banyak kes kemalangan kenderaan dengan haiwan ternakan menyebabkan kematian pemandu dan penumpang.

Ironisnya, penternak sedemikian tidak pula rasa bersalah dengan kejadian itu. Ternakan masih lagi dibiarkan merayau bebas yang kemungkinan akan berlaku lagi kemalangan jalan raya membabitkan haiwan ternakannya.

Sikap tidak bertanggungjawab pemilik haiwan ternakan itu bertentangan dengan tuntutan syariat. Sikap jahil ini bukan saja dilakukan penternak yang sememangnya jahil soal agama, bahkan di kalangan mereka yang berstatus guru agama.

Mengikut hukum fikah, cara menternak haiwan secara dibiarkan bebas merayau menyebabkan gangguan kepada orang ramai dan mendatangkan bahaya adalah haram. Maka hasil daging atau jualan ternakan itu juga adalah haram.

Rezeki daripada hasil haram akan menumbuhkan tubuh, darah dan daging yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Setiap suapan makanan yang tidak halal diisi ke perut akan memberi kesan kepada nilai dan kualiti hidup seseorang.

Kita sepatutnya mengambil ikhtibar kisah Imam Shafie. Pada suatu hari, Imam Shafie mengadu kepada ibunya mengapakah fikiran dan daya hafalan pada hari agak lembap. Ditanyakan kepada ibunya adakah makanan atau minuman yang dimakan pada hari itu dari sumber haram atau tidak bersih.

Lantas ibunya teringat bahawa susu kambing yang diminum oleh Imam Shafie sebelum pergi belajar 'tercemar' disebabkan sehari sebelum itu kambing yang diperah susunya itu terlepas dan meraya-rayau meragut rumput di tanah milik orang lain.

Itu kes terlepas dan tidak sengaja. Masa ternakan itu terlepas hanya sehari dan hanya makan rumput milih orang lain, bukannya makan hasil tanaman orang lain. Tetapi, lihatlah kesan yang mencemarkan hati Imam Shafie.

Fikirkan pula mengenai kedudukan ternakan yang dibiarkan lepas dari kecil sampai besar. Merayau merata tempat dan meragut hasil tanaman orang. Semua orang mencemuh dan merungut. Terlalu banyak kemudaratan yang terpaksa ditanggung oleh orang lain akibatnya.

Ajaran Islam amat mementingkan agar setiap penganutnya hanya memakan atau menggunakan sumber yang diperoleh secara halal.

Firman Allah bermaksud: “Oleh itu makanlah (wahai orang-orang yang beriman) semua yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.” (Surah al-Baqarah, ayat 172).

Banyak penternak yang melakukan perbuatan salah itu sejak berpuluh-puluh tahun. Hasil daripada menjual ternakan yang diternak secara bebas itulah digunakan untuk menyara keluarga. Malah, hasil kerja itulah juga digunakan untuk menunaikan fardu haji.

Penternak yang melakukan perbuatan salah di sisi agama itu harus disedarkan mengenai kesilapan yang dilakukan agar mereka berubah tidak lagi meneruskan cara penternakan yang tidak mengikut lunas syarak.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 8:55 AM   0 comments
Menguasai bahasa Arab bererti menguasai matematik
Thursday, January 11, 2007
Utusan Malaysia, 11 Januari 2007

Pameran Kegemilangan Tamadun Islam: Sains Islam Mendahului Zaman kini berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama seminggu bermula 8 Januari hingga 14 Januari 2007. Kemudian, pameran itu akan disambung di Pusat Sains Negara (PSN), Kuala Lumpur pada 23 Januari hingga 31 Mac 2007.

Antara objektif pameran ialah meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan sains, matematik dan teknologi di kalangan masyarakat Malaysia. Pelbagai kategori bahan-bahan sejarah yang berunsur inovasi zaman dahulu dipamerkan. Antara bidang yang dipamerkan ialah sains, astronomi, teknologi dan rekacipta, seni arkitek, perubatan dan matematik.

Kebanyakan inovasi tersebut direka oleh saintis yang memahami al-Quran dan boleh mengaplikasi ilmu al-Quran dalam hasil reka cipta mereka. Sesuatu yang tidak dapat dinafikan bahawa ilmu bahasa Arab yang mereka peroleh dijadikan sebagai kunci meneroka ilmu al-Quran yang mengandungi pelbagai panduan dalam menjalani kesejahteraan dalam mengharungi berbagai cabaran.

Dalam hal ini, seorang Yahudi pernah mengemukakan satu soalan matematik kepada salah seorang ilmuwan Islam. Soalan itu dikemukakan dengan tujuan untuk menguji sejauh mana pengetahuan seorang sahabat yang bergantung kepada ilmu wahyu. Soalan tersebut ialah :

“Apakah angka bulat terkecil yang boleh membahagi angka 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 tanpa meninggalkan sebarang baki?”

Ilmuwan Islam tersebut dengan hanya satu langkah mudah menjawab soalan tersebut dengan betul sedangkan pakar-pakar matematik di zaman itu menggunakan tujuh langkah untuk menyelesaikannya. Pendekatan yang digunakan adalah pendekatan secara fitrah. Jawapan yang dikemukakan bukan sahaja boleh membahagi angka 1 hingga 9, malah boleh juga membahagi angka 10.

Dalam hal ini, marilah kita membuat kajian terperinci bagaimana seorang ilmuwan Islam yang menggunakan al-Quran sebagai rujukan utama dalam meneroka ilmu matematik. Perbandingan seseorang ilmuan yang boleh merujuk al-Quran dengan seseorang yang tidak boleh merujuk al-Quran adalah umpama langit dengan bumi. Terlalu jauh perbezaan antara keduanya.

Pertama, perhatikan rahsia angka tujuh. Dalam Bahasa Inggeris angka tujuh ialah seven dan minggu ialah week. Apakah persamaan antara seven dan week? Tiada persamaan langsung. Begitu juga antara perkataan tujuh dan minggu. Memang tiada perkaitan antara keduanya.

Dalam bahasa Arab, angka tujuh ialah sab-‘a-tun yang berasal daripada gabungan (sin-ba-ain) dan minggu us-bu-‘un yang berasal daripada gabungan (sin ba-ain). Persamaan antara keduanya cukup jelas iaiatu keduanya berasal daripada gabungan huruf yang sama iaitu (sin-ba-ain). Perkaitan yang jelas ini memudahkan kita mempelajari matematik iaitu dalam seminggu ada tujuh hari kerana gabungan (sin-ba-ain) membawa makna 7 dan minggu.

Kedua, perhatikan rahsia angka tiga puluh. Dalam tahun masihi, bilangan hari dalam sebulan ialah sama ada 28, 29, 30 atau 31. Bagi tahun hijrah pula bilangan hari dalam sebulan ialah sama ada 29 atau 30. Secara puratanya bilangan hari dalam sebulan ialah 30 hari.

Tahun Masihi dikira berasaskan peredaran matahari, manakala Tahun Hijrah pula dikira berasaskan peredaran bulan. Perkataan matahari disebut sebanyak 33 kali dalam al-Quran berbanding perkataan bulan disebut 27 kali dalam al-Quran. Jika dijumlahkan keduanya disebut sebanyak 60 kali. Purata bagi keduanya ialah 30 kali.

Asas

Ketiga, perhatikan pula rahsia angka dua belas. Dalam al-Quran perkataan shahrun yang bererti bulan disebut sebanyak 12 kali. Antaranya ialah ayat yang sering dibaca ketika bulan Ramadan iaitu dalam surah al-Qadr yang bermaksud: “Lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan”

Seterusnya perhatikan pula rahsia angka 2520 yang boleh membahagi angka 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 tanpa meninggalkan sebarang baki. Kalau angka 2520 dikaitkan dengan hari, bererti 2,520 hari. Ini bermakna hari yang ke 2,520 barulah kita boleh membahagi semua angka 1 hingga 10. Jumlah 2,520 hari adalah bersamaan dengan tujuh tahun. Jarak masa tujuh tahun memang jarak masa yang sering dijadikan asas dalam berbagai bidang sama ada ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya.

Dalam sektor ekonomi umpamanya, kebiasaan keadaan ekonomi sesebuah negara terdapat tujuh tahun naik dan tujuh tahun yang merudum. Hal ini berlaku sejak sekian lama iaitu semenjak Nabi Yusuf hinggalah sekarang. Jika kita renungkan sejarah negara kita pun, senario tujuh tahun naik dan tujuh tahun merudum ini telah berlaku sejak kita menyambut kemerdekaan lagi.

Sebagai contohnya, tujuh tahun maju bermula pada 1957 hinggalah penubuhan Malaysia pada 1963. Bermula 1964 hingga 1971 pula dianggap sebagai merudum dengan peristiwa keluarnya Singapura pada 1965, konfrantasi bersama Indonesia pada 1967, rusuhan kaum pada 1969 dan banjir besar 1971.

Begitu juga keadaannya pada tahun 1990 hingga 1997 bolehlah dianggap sebagai tujuh tahun gemilang ekonomi Malaysia. Bagaimanapun tahun 1997 hingga 2004 bolehlah dianggap tahun merudum dengan peristiwa ancaman jerebu, krisis politik pada 1998, peristiwa 11 September 2001 dan malapetaka tsunami pada akhir 2004.

Bagaimanapun diharapkan tahun 2005 hingga 2012 adalah tahun gemilang bagi Malaysia. Sebab itu tahun 2007 yang berada dalam tempoh tujuh tahun gemilang dijadikan tahun Melawat Malaysia. Seterusnya dijangka tahun 2012 hingga 2019 adalah tahun merudum semula. Tahun 2020 hingga 2027 pula adalah tahun kemajuan. Jadi Malaysia meletakkan sasaran 2020 sebagai negara maju adalah satu perancangan yang sangat sesuai dengan izin Allah.

Dalam sektor pendidikan umpamanya, hubungan antara ibu bapa dengan anak adalah mengikut skala umur 7 tahun. Ibu bapa hendaklah bermain dengan anaknya ketika 7 tahun pertama. Ibu bapa sepatutnya bertindak sebagai pembimbing anaknya ketika 7 tahun kedua iaitu (umur 8 tahun hingga 14 tahun). Seterusnya, ibu bapa disarankan bertindak sebagai kawan ketika 7 tahun ketiga (umur 15 hingga 21 tahun).

Sehubungan itu, belajar bahasa Arab adalah langkah pertama untuk menguasai Bahasa Arab. Jika mampu menguasai Bahasa Arab seseorang boleh memahami al-Quran dan al-hadis yang merupakan panduan hidup dengan mudah. Seterusnya ini memudahkan untuk meneroka pelbagai ilmu yang terkandung dalam al-Quran. Antaranya ialah matematik. Ini bermakna, jika anda menguasai Bahasa Arab bererti anda menguasai matematik.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 9:36 AM   0 comments
Mustafa Wong ‘wakafkan’ diri untuk agama Islam
Utusan Malaysia, 11 Januari 2007

Oleh ZUARIDA MOHYIN

Muhammad Mustafa Wong Abdullah.

BERDAKWAH, ramai melihat bidang atau pekerjaan ini dilakukan dengan penyampaian ceramah secara formal atau informal sama ada di institusi agama atau premis seperti rumah, pejabat dan sebagainya.

Di samping, kebiasaannya kerja-kerja ini dilakukan oleh mereka yang bergelar ustaz dan ustazah.

Hakikatnya, anak kelahiran Bachok, Kelantan, Muhammad Mustafa Wong Abdullah, 45, melihat hal ini dari sudut yang berbeza dan lebih global sekali gus berusaha membawa istilah ikram ke dalam kehidupan agar menjadi budaya umat Islam di negara ini.

“Ikram yang bermaksud menghormati dan memuliakan orang lain adalah istilah bahasa Arab. Istilah ini tidak ada dalam kamus orang bukan Islam.

“Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya ikram ini dimulakan oleh orang Islam sendiri, barulah imej Islam yang sebenar muncul. Di samping, orang Islam hari ini perlu ada penglibatan dalam apa juga aktiviti ke arah agama walaupun ia adalah sesuatu yang mudah,” katanya kepada Mega, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian kerana merasakan orang Islam tidak memadai dengan mengikuti ceramah agama semata-mata. Ditambah, persekitaran kini yang sangat mencabar dan terlalu mengejar duniawi sehingga alpa dengan tanggungjawab mereka sebagai khalifah di muka bumi ini.

“Pengalaman dua kali mengikuti ibu berkunjung ke rumah jiran bangsa Melayu di mana kami dihidangkan sekadar teh kosong dan biskut.

“Sungguhpun perbuatan jiran itu nampak mudah tetapi ia menusuk hati dan saya ingat sehingga kini, biarpun ia berlaku semasa saya berusia antara tujuh hingga lapan tahun dahulu,” kata Muhammad Mustafa.

Beliau lebih selesa menggelarkan dirinya pekerja agama bebas yang menyasarkan kumpulan bukan Islam dan orang Islam yang ‘jauh’ dalam kerja-kerja dakwahnya.

Akui anak keenam daripada sembilan adik-beradik ini lagi, simpati dengan nasib orang bukan Islam yang akan kekal diazab di neraka memberi semangat kepadanya membuat kerja-kerja yang masih baru kepada masyarakat Islam negara ini.

Kata beliau, sebagaimana mengambil berat soal kehidupan duniawi maka alam kerohanian juga perlu menjadi keutamaan.

Seseorang pesakit yang menderita penyakit yang membawa maut akan tamat penderitaannya selepas dia meninggal. Namun seseorang yang tidak mengenali Penciptanya akan sentiasa menerima azab.

Secara luarannya, antara seorang bukan Islam dengan Islam, tidak ada bezanya. Mereka makan, minum, berkeluarga dan sebagainya.

“Tetapi kenyataannya, kedua-dua kumpulan insan ini jauh perbezaan umpama langit dengan bumi iaitu satu kekal dalam api neraka dan satu lagi merasai hidup di syurga. Yang membezakannya ialah iman di dada.

“Lantaran itu, konsep dakwah mestilah dilihat secara menyeluruh dan menjadi tanggungjawab setiap manusia mengetahui kelebihan memperoleh iman sebelum ajal tiba,” jelasnya.

Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab Muslim menjelaskan perbezaan antara iman yang teguh dengan iman yang lemah serta mencapai kehebatan di dunia setara dalam bidang kerohanian.

Kemanusiaan

“Selain itu, menerangkan kepada manusia tentang kehidupan selepas kematian, mempraktikkan ‘amar maaruf nahi mungkar’, memiliki jiwa kemanusiaan kepada semua makhluk di dunia ini dan mencari jalan paling berhikmah mengajak umat Islam yang ‘jauh’ supaya kembali kepada Din Islam,” katanya yang berusaha mengubah persepsi mengatakan agama adalah isu sensitif.

Sungguhpun diakui terdapat banyak pertubuhan bukan kerajaan yang menjalankan dakwah Islamiah kepada sasaran tertentu, namun kata Muhammad Mustafa kebanyakan daripadanya lebih menumpukan kepada umat Islam.

Lantaran itu, apa yang lebih menjadi fokusnya ialah mendekati orang awam sama ada yang berminat kepada Islam atau tidak dan umat Islam yang ‘jauh’ malah sehingga sanggup melalui pelbagai kaedah dan jalan.

Apa yang pasti, adalah menjadi tanggungjawab Muslim menunjukkan gambaran sebenar tentang Islam kepada golongan ini.

Berkongsi kisah awal yang membawa kepada penghijrahan akidah, cerita Muhammad Mustafa semasa zaman persekolahan menengah rendah, beliau suda mula dan sentiasa memikirkan tentang kejadian alam, manusia dan makhluk di muka bumi ini apatah lagi, dengan kisah yang diajarkan oleh ustaz di sekolah.

“Pantai Irama, Bachok menjadi saksi kepada semua itu.

“Apa tidaknya, memandangkan rumah saya tidak sampai 50 meter dari pantai maka boleh dikatakan banyak masa saya dihabiskan di tepi pantai ini,” katanya.

Namun yang menjadi titik-tolaknya ialah selepas memperoleh keputusan baik dalam LCE (sekarang Penilaian Menengah Rendah). Ini kerana beliau berniat sekiranya lulus dengan baik, akan mengabdikan diri untuk agama Islam.

“Malah acap kali mendengarkan takbir raya, semacam ada satu perasaan syahdu dan menusuk kalbu serta saya suka dengan pembersihan diri seperti berwuduk. Menyedari pada masa itu dari segi undang-undang, saya masih belum layak bertukar agama, tetapi saya telah mewakafkan diri kepada agama Allah itu,” tambahnya.

Menurut Muhammad Mustafa, semasa menuntut di tingkatan enam di Kolej Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, meskipun kepercayaannya kepada Islam tidak berbelah bahagi tetapi beliau pernah mendekati agama Kristian secara serius.

“Namun ia sekadar penuhi keinginan dalaman agar menambah keyakinan kepada Islam,” katanya yang berdakwah ke seluruh dunia dengan memulakan ekspedisi di Eropah memandangkan abangnya menetap di Sweden.

Jemaah tabligh

Sambung Muhammad Mustafa, selepas tamat peperiksaan HSC (kini STPM) beliau berangkat ke Frankfurt, Jerman dan dua minggu selepas itu barulah menjumpai masjid bangsa Turki dan di situlah beliau membuat mengucap syahadah iaitu pada 20 Mei 1982 dan menggunakan nama Ali Osman.

“Bermula dari situlah saya mengenali jemaah tabligh dari Kuwait dan bermulalah diari bergelar ahli tabligh. Selepas mengikuti jemaah dari Kuwait saya menyertai pula jemaah tabligh dari India sebelum pulang sekejap ke tanah air sebelum ke New Delhi, Calcutta melalui Pulau Pinang dan Bangkok,” katanya lagi.

Namun, hasratnya tidak kesampaian kerana dinasihatkan agar tidak belajar sepenuh masa sebaliknya belajar sambil bertabligh. Sebelum pulang ke Malaysia, beliau sempat ke Bangladesh, Pakistan selain India.

“Kebetulan pada masa saya balik ke tanah air, ada perhimpunan seluruh dunia bagi tabligh di Terengganu. Saya sekali lagi mengucap syahadah di Jabatan Agama Islam Kota Bharu dan menggunakan nama sekarang atas pemberian seorang teman dalam tabligh yang bermimpi nama tersebut,” jelasnya.

Beliau juga pernah menjadi guru sementara di sebuah sekolah swasta di Kota Bharu selama tiga bulan sebelum sekali lagi berhasrat meneruskan cita-cita berdakwah bermula di Eropah.

Alhamdulillah, dengan bantuan ibu, Muhammad Mustafa berjaya ke Eropah dari Bangkok, Thailand setahun kemudian.

“Oleh kerana masih terikat dengan jemaah tabligh, saya tidak berani keluar daripada jemaah untuk meneruskan hasrat awal iaitu berdakwah sendirian.

“Selama lebih kurang dua tahun setengah di Eropah saya berdakwah ke Sweden, Norway, Jerman, Austria, Czechoslovakia, Hungary, Belgium, England,” kata bapa kepada empat anak berusia antara 15 hingga 21 tahun ini.

Akhirnya, Muhammad Mustafa yang ‘mewakafkan’ dirinya kepada agama Islam memberanikan diri meneruskan cita-cita berdakwah kepada bukan Islam bermula pada awal 1990-an dan menggelarkan dirinya pekerja agama.

Kesungguhannya membawa kejayaan kepada beberapa projek kelolaannya antaranya pengedaran poskad kepada pelancong asing di Masjid Negara, Kuala Lumpur dan projek mendekati remaja lepak dengan kerjasama Perpustakaan Kuala Lumpur di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Beliau sekali lagi menyeru terutamanya kepada umat Islam supaya menghayati kaedah ikram lebih-lebih lagi kepada umat akhir zaman.

Prinsipnya, keyakinan yang cukup kuat menyebabkan dia masih bertahan sehingga kini walau apa juga cabaran melanda.

Muhammad Mustafa boleh dihubungi di talian 012-6241 418 untuk sebarang pertanyaan berkaitan saham akhirat.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 9:26 AM   0 comments
Saintis Islam inspirasi Barat
Wednesday, January 10, 2007
Berita Harian, 10 Januari 2007



Matematik dan astronomi


Nama Al-Khwarizmi cukup harum sebagai ahli matematik Islam yang mencipta Algebra. Tanpanya mungkin dunia tidak tahu menggunakan angka kosong.

Nama penuhnya Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmi dan berasal dari Bahgdad, Iraq. Sumbangannya dalam dunia matematik terserlah dalam kajiannya menerusi Hisab al-jabr w’al-muqabala. Dari situ lahirnya perkataan algebra dan ia juga antara buku terawal menerangkan mengenai algebra. Konsep algebra diterima dalam dunia matematik Eropah.

Selain sumbangan dalam matematik, dia juga memberi banyak sumbangan dalam dunia astronomi.

Seorang lagi yang banyak memberi sumbangan dalam dunia matematik dan astronomi adalah Abu Jafar al-Khazin.

Dalam dunia astronomi, inovasinya yang terkenal adalah al Khazin adalah Zij al-Safa’ih, alat menyukat ketinggian bintang. Ia disifatkan sebagai hasil kerjanya yang terbaik. Prototaipnya pernah dibuat tetapi musnah sewaktu Jerman terbabit dalam Perang Dunia Kedua.

Ibn Asy Syatir juga memberi sumbangan kepada kajian astronomi dengan melahirkan Rubu' Mujayyab. Rubu’ Mujayyab disifatkan sebagai peralatan yang mengandungi grid trigonometri sejagat.

Rubu' Mujayyab ialah peralatan berbentuk sukuan yang digunakan untuk menghitung trigonometri dan mengukur sudut. Alat ini sebahagian daripada astrolab. Ia mempunyai bulatan ekliptik matahari dan beberapa garisan yang berkaitan dengan pengiraan waktu solat dan arah kiblat serta digunakan juga untuk mengukur ketinggian matahari atau cakerawala lain.

Perubatan

Kemajuan dunia perubatan Islam dapat dilihat menerusi kerja penyelidikan dan penemuan Ibnu Sina, Al Razzi dan Husayn Ishak Al-Ibadi yang menterjemahkan tulisan Hippocrates dan lain-lain kerja tulisan Greek.

Razzi (860-940) dilaporkan menulis lebih 200 buku mengenai perubatan. satu daripadanya merangkumi etika perubatan dan Hawi, 25 naskhah ensaiklopedia amalan perubatan.

Ibnu Sina (980-1037) terkenal pada usia 18 tahun dan menulis 16 buku. Satu darinya Canoun, ensaiklopedia mengenai penyakit yang ada pada zamannya. Ia diterjemahkan dalam banyak bahasa.

Asas penyelidikan dan penulisan itu terbahagi kemudiannya kepada beberapa cabang sains perubatan seperti zoologi, perubatan veterinar, farmasi dan kimia. Malah perkataan kimia berasal daripada perkataan Arab al-kemia atau alchemy seperti yang dikenali selepas itu.

Sekolah perubatan terpenting waktu itu adalah di Judishapur, Iran yang selepas 738 menjadi sebahagian daripada dunia Islam. Ia menjadi pusat kepada pembelajaran perubatan dan model hospital berkenaan dibina ketika zaman Abbasiyah (749-1258)

Pelayaran dan navigasi

Ibnu Batuta nama yang cukup harum dalam dunia ketamadunan Islam. Pengembaraan bermula pada usia 20 tahun membawa kepada pelayaran sejauh 120,000 kilometer dan mengambil masa 29 tahun. Ibnu Batuta singgah di 44 negara meliputi dua benua Afrika dan Asia.

Setiap kali mengunjungi sesebuah negara atau negeri, Ibnu Batuta akan membuat catatan terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulama serta kezaliman yang disaksikan,

Beliau turut mencatatkan pengalamannya menempuh pelbagai cabaran seperti diserang penjahat, hampir lemas bersama kapal karam dan nyaris dihukum penggal oleh pemerintah yang zalim.

Malangnya, pencapaian Ibnu Batuta yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip catatan itu dirampas dan disembunyikan Kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di benua Afrika.

Manuskrip catatan beliau dipercayai disimpan di Bibliotheque Nationale, Paris menyebabkan bangsa Arab sendiri tidak dapat menghargai pencapaiannya sebagai seorang pelayar Islam yang agung.

Hakikatnya Ibnu Batuta adalah perintis pengembaraan dunia yang berjaya menguasai benua Afrika dan Asia serta pengarang yang menghasilkan karya penting dalam dunia Islam.

Seorang lagi ilmuan Islam yang menyumbang dalam dunia teknologi adalah Ibnu Firnas, mencipta kapal terbang. Cubaan untuk terbang menggunakan sepasang sayap dibuat daripada bulu dan rangka kayu tidak berhasil, tetapi idea Abbas Qasim Ibnu Firnas menjadi titik permulaan kepada industri penerbangan hingga hari ini.

Dia diiktiraf sebagai orang pertama dalam sejarah membuat percubaan terbang. Beliau juga dianggap pencetus teknologi penerbangan hingga terhasilnya kapal terbang dan luncur udara (paragliding) yang membolehkan manusia terbang di angkasa.

Dunia teknologi dan inovasi

Ibnu Ismail Ibnu Al Razzaz Al Jazari (1206 SM) adalah jurutera mekanikal Islam terpenting pada zaman pertengahan. Dia juga dikenali sebagai perintis pengurusan air dan sistem hidrolik.

Dia dikenali sebagai Al Jazari sempena nama kawasan ia dilahirkan Al Jazira, nama tradisi Arab untuk kawasan utara Mesopotamia (dalam dunia moden hari ini ia terletak antara Syria dan Iraq, lebih tepat antara Tigris dan Euphrates).

Ia berkhidmat untuk Dinasti Turki di Diyarbakir sebagai ketua jurutera, jawatan yang sebelum itu dipegang bapanya.

Dia mencipta aci engkol (crankshaft) dan beberapa jam mekanikal berasaskan air dan berat. Dia menulis mengenai 60 inovasinya dalam buku yang dinamakan "Al-Jami Bain Al-Ilm Wal-Amal Al-Nafi Fi Sinat'at Al-Hiyal".

Al-Jazari menggambarkan 50 alat mekanikal dalam enam kategori termasuk jam air (satu daripada jam ciptaannya berjaya dibina semula oleh Muzium Sains London pada 1976), kunci kombinasi, alat membasuh tangan, mesin menaikkan paras air, pam dua fungsi untuk sistem pengairan, alat penimbang statik dan pelbagai lagi. Ciptaannya juga diiktiraf sebagai robot manusia pertama dalam sejarah.

INFO
Pameran Sains Islam Mendahului Zaman

  • Diadakan di Dewan 1, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 8 hingga 14 Januari
  • Pameran bergerak ke Pusat Sains Negara (PSN) dari 23 Januari hingga 31 Mac
  • Diadakan setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di KLCC dan dari jam 9 pagi hingga 6 petang di PSN.
  • Anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Institut Sejarah Sains Arab-Islam, Universiti Johannn Wolfgang Goethe, Frankfurt, Jerman.
  • 148 artifak dalam bidang astronomi Islam, geografi dan navigasi, penemuan dan reka cipta perubatan, matematik, seni dan arkitek serta teknologi dan reka cipta; akan dipamerkan.
  • Antara artifak adalah replika kincir angin dan air, pengisar bijiran, alat mengambil darah, peta dunia dan glob.
  • Pameran ini akan diadakan selama tiga bulan bermula di KLCC dari 8 Januari - 14 Januari 2007
  • Dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
  • Selepas KLCC akan dibawa ke Pusat Sains Negara dari 23 Januari - 31 Mac 2007
  • Masuk percuma
  • Labels:


    Baca Lagi...
    posted by Weblog Master @ 9:15 AM   0 comments
    Sains, Islam bukan asing
    Utusan Malaysia, 10 Januari 2007

    Oleh FAUZI JAAFAR (WARTAWAN UTUSAN)

    Dr. Fuat Suzgin.

    APABILA memperkatakan tentang sejarah sains Islam, kita tidak lari daripada menyebut nama tokoh ini - Profesor Dr. Fuat Sezgin.

    Walaupun namanya agak asing, tetapi bagi sarjana yang mengkaji sejarah sains Islam, beliau begitu terkemuka kerana memiliki lebih kurang 800 bahan pameran berkaitan sejarah sains Islam.

    Kesemua bahan pameran itu ditempatkan di Institut Sejarah Sains Arab-Islam, Universiti Johann Wolfgang, Goethe, Frankfurt, Jerman dan beliau adalah pengarah institut itu.

    Beliau juga merupakan pengasas institut tersebut yang ditubuhkan pada tahun 1982.

    Salah satu matlamat penubuhan institut itu ialah untuk menyebarkan pengetahuan tentang kedudukan yang sewajarnya diperoleh oleh kebudayaan ArabIslam dalam sejarah sejagat ilmuwan sains dalam bidang penyelidikan dan pengajaran.

    Dr. Fuat, 83, dilahirkan pada 24 Oktober 1924 di Istanbul, Turki. Beliau merupakan seorang doktor falsafah lulusan Universiti Istanbul, Turki dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Bahasa dan Kesusasteraan Parsi, Islamologi serta Matematik.

    Beliau memegang jawatan sebagai seorang profesor di Fakulti Falsafah, Universiti Istanbul dari tahun 1961- 1963.

    Antara karya yang dihasilkan beliau ialah buku Buhdri Nin Kay Naklan Hakkinda Arastirmalar yang bermaksud ‘Sumber-sumber Al-Bukhari’ diterbitkan pada 1956 di Istanbul, naskhah Sejarah Sains Arab yang telah diterbitkan sebanyak 13 jilid dari tahun 1967 hingga 1995 serta penerbitan sebanyak lima jilid Sains dan Teknologi Dalam Islam.

    Antara anugerah yang pernah diperoleh beliau ialah pemenang tempat pertama Hadiah King Faisal untuk pengajian Islam pada 1978, Pingat Goethe (1979), Anugerah Kelas Pertama Persekutuan Perkhidmatan Palang dari Persekutuan Republik Jerman (1982) serta Anugerah Palang Utama Perkhidmatan Kehormat Order of Merit, Persekutuan Republik Jerman (2001).

    Usaha beliau dalam mengembalikan kegemilangan ilmuwan dan saintis Islam tidak mudah untuk dipertikaikan lagi.

    Ini kerana Dr. Fuat mengabdikan diri selama 30 tahun dalam mengkaji dan menghasilkan replika serta model bagi menunjukkan hasil ciptaan ilmuwan sains Islam silam.

    Usaha beliau itu juga berbaloi kerana Malaysia sebagai Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menubuhkan Kursi Profesor Dr. Fuat Sezgin bagi membolehkan ilmu dan kajian profesor itu dikongsi bersama dengan sarjana tempatan.

    Penubuhan kursi itu diumumkan pada majlis Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada Profesor Dr. Fuat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) kelmarin.

    Dr. Fuat dalam syarahannya selepas menerima ijazah tersebut berkata, ketika zaman pengembangan agama Islam iaitu di bawah pentadbiran Nabi Muhammad s.a.w., umat Islam telah mula mementingkan ilmu pengetahuan.

    Sebagai contoh katanya, tawanan perang bukan Islam yang cerdik diminta mengajar kanak-kanak Islam dengan ilmu pengetahuan sebelum dibebaskan.

    Dengan pendekatan seperti itu, kanak-kanak Islam yang dididik dari awal telah mula menunjukkan minat kepada ilmu pengetahuan dan mula berkembang untuk muncul sebagai seorang pakar dalam bidang sains, matematik, perubatan, psikologi dan lain-lain, tambah beliau.

    Kemunculan ilmuwan Islam ini telah menunjukkan satu transisi ke arah kegemilangan tamadun Islam yang dikagumi dan dicemburui oleh tamadun-tamadun lain.

    Ketika itu, tamadun Islam amat dihormati dan disanjungi oleh beberapa tamadun lain terutamanya Eropah yang ketika itu berada dalam zaman kegelapan.

    Apabila tamadun Islam berkembang sehingga ke Cardoba, orang Eropah mengambil kesempatan untuk menimba dan menuntut ilmu daripada saintis-saintis Islam ini.

    Dr. Fuat menambah, sarjana Islam ketika itu telah membangunkan ilmu sains dan menghasilkan cabang-cabang dalam ilmu sains serta memperkukuhkan asas ilmu tersebut.

    Dan kemudiannya, ilmu sains tersebut berkembang di zaman era Eropah dan terdapat usaha untuk memperkembangkannya lagi ke Barat.

    ‘‘Pada abad ke-10 era Eropah, ketika ilmu sains berkembang dengan pesat, saintis mula mencari jalan untuk menyebarkannya. Laluan awal untuk proses penyebaran bermula dari Sepanyol ke Perancis, kemudiannya ke England, Eropah Tengah dan Itali.

    ‘‘Bagi laluan kedua, dari Sicily ke Itali dan laluan ketiga melalui Byzantium,” kata Dr. Fuat.

    Beliau memberitahu, penerimaan dan penyesuaian sains Islam ketika itu berjalan dengan baik tetapi penyebarannya tidak melalui ketiga-tiga laluan tersebut.

    Bagaimanapun katanya, setelah berlakunya zaman kegelapan dalam tamadun Islam dan tidak munculnya generasi baru ahli sains Islam, beberapa penyelewengan fakta telah berlaku.

    ‘‘Nama penulis-penulis Arab sering kali digugurkan semasa terjemahan dilakukan, beberapa hasil kerja mereka dianggap sebagai karya penulis terkemuka Greek,” kata beliau.

    Beliau memberitahu, apabila sains Islam menuju era kemalapan dan kemerosotan kreativiti pada abad ke-10, orang Eropah mengambil kesempatan untuk menguasai ilmu tersebut dan menyebarkannya.

    Lebih kurang 200 tahun kemudian, beberapa orang Barat merancang tanggapan baru apabila mengaitkan kemajuan sains Eropah secara langsung mempunyai kaitan dengan Greek, sekali gus melupakan sama sekali kreativiti sains Islam pada abad kelapan, jelas beliau.

    Sebagai seorang yang pakar, beliau turut menasihatkan orang Islam supaya tidak mengasingkan diri dengan penciptaan sains yang kini dikuasai oleh dunia Barat.

    ‘‘Orang Islam tidak perlu berasa asing dan semestinya kembali belajar serta menyesuaikan diri dengan budaya sains Barat sehinggalah benar-benar berada pada landasan untuk menyumbang kembali pencapaian ilmuwan sains Islam seperti zaman kegemilangan tamadun Islam,” katanya.

    Labels:


    Baca Lagi...
    posted by Weblog Master @ 8:39 AM   0 comments
    Waspada terhadap tafsiran Israiliyyat
    Tuesday, January 09, 2007
    Utusan Malaysia, 9 Januari 2007

    Nidzamuddin Zakaria.

    DALAM keseronokan kita membaca kisah-kisah para nabi dalam kitab-kitab tafsir, hendaklah kita berwaspada dengan banyak unsur Israiliyyat yang jelas bertentangan dengan nas al-Quran dan hadis. Ini kerana pengaruh Israiliyyat boleh merosakkan akidah dan kesucian Islam khususnya dalam bidang petafsiran.

    Hakikatnya, pengaruh Israiliyyat dalam pentafsiran tidak hanya tertumpu kepada kitab-kitab tafsir yang ditulis dalam bahasa Arab, bahkan menembusi kitab-kitab tafsir berbahasa Melayu. Hal ini tambah merumitkan dengan kecetekan pemahaman umat Islam negara ini tentang kesan negatif daripada pengaruh Israiliyyat.

    Temu bual wartawan, ZUARIDA MOHYIN dengan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunah, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Nidzamuddin Zakaria diharap dapat menjelaskan kekeliruan ini.

    UTUSAN MALAYSIA: Masih ramai umat Islam di negara ini yang kurang memahami atau langsung tidak mengetahui apa itu Israiliyyat. Tolong ustaz berikan definisi Israiliyyat?

    NIDZAMUDDIN: Israiliyyat dapatlah didefinisikan sebagai berita-berita atau cerita-cerita yang diambil daripada pendeta-pendeta atau ahli kitab yang kebanyakannya terdiri daripada golongan Bani Israel atau Yahudi dan sedikit daripada golongan Nasrani. Cerita-cerita tersebut banyak menghuraikan tentang kehidupan para nabi daripada kalangan Bani Israel, mukjizat-mukjizat mereka, penciptaan alam semesta, langit dan bumi dan sebagainya.

    Dalam bahasa yang lebih mudah, para ahli tafsir mendefinisikannya sebagai pengaruh budaya Yahudi yang menyerap masuk ke dalam agama Islam melalui pentafsiran dan penerangan ayat-ayat suci al-Quran. Kekadang, secara sedar tidak sedar, kita juga terdedah kepada kemasukan fakta-fakta Israiliyyat dalam kitab-kitab tafsir al-Quran (seperti tafsir Anwar Baidhawi di Alam Melayu), syarahan hadis-hadis dan buku-buku sejarah. Justeru, sikap yang jelas dan serius berlandaskan syarak perlu diambil dalam berhadapan isu ini.

    Bagaimanakah sejarah atau pengaruh Israiliyyat itu bermula?

    Kemasukan fakta-fakta berunsurkan Israiliyyat telah pun bermula sejak zaman Baginda Rasulullah s.a.w. dan Khulafa al-Rasyidin. Rentetan daripada beberapa pemuka ahli kitab yang terkenal yang memeluk agama Islam seperti Abdullah bin Salam (memeluk Islam semasa Nabi berhijrah ke Madinah), Ka’ab al-Ahbar (memeluk Islam zaman Umar) dan Wahb bin Munabbih (seorang Tabi’i).

    Keilmuan mereka tentang al-Taurat dan al-Injil dimanfaatkan sebilangan para sahabat dan generasi Tabi’in selepas itu untuk pendetailan dalam aspek tafsir ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan fakta-fakta sejarah.

    Ia turut berkisar mengenai kisah-kisah nabi dan umat mereka silam, kisah-kisah kejadian alam dan sebagainya. Ini berdasarkan kebenaran yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. dengan batas-batas yang ketat dan terhad. Baginda bersabda: Ceritakanlah daripada khabar-khabar Bani Israel dan tiada halangan. (Riwayat Bukhari).

    Begitu juga sabda Baginda: Apabila kamu mendengar daripada ahli Kitab, maka jangan pula kamu percaya (seratus peratus) dan mendustakan semuanya. (Riwayat Bukhari). Justeru, dengan kebenaran ini dan pergaulan umat Islam bersama ahli kitab yang telah memeluk agama Islam, maka berputiklah sejarah kemasukan Israiliyyat dalam sumber- sumber ilmu Islam.

    Pada permulaannya, Israiliyyat masih bersumberkan bekas-bekas pendeta yang Islam (Muslim Ahli Kitab) yang berautoriti dan dalam kemasukan sumber-sumber tersebut adalah sangat minimum.

    Namun lama-kelamaan pintu keizinan yang terhad itu telah disalahgunakan hingga banyak Israiliyyat yang menyerap masuk akibat dorongan nafsu yang ingin mengetahui secara mendalam perkara-perkara yang umum dalam al-Quran.

    Ditambah pula dengan tapisan terperinci riwayat berdasarkan sanad yang sahih, hanya diketahui oleh golongan ahli hadis atau pakar sanad yang tertentu sahaja. Oleh itu, umat Islam mudah terjebak dengan kancah khurafat dan dogengan Israiliyyat ini.

    Lebih buruk lagi apabila hadis-hadis mungkar dan palsu yang berunsurkan Israiliyyat itu dikaitkan dengan para sahabat, maka ia telah mengundang kekeliruan dan kacau bilau dalam pemahaman atau pegangan umat Islam itu sendiri.

    Bagaimana pula sikap Islam terhadap pengaruh yang amat berbahaya ini?

    Ulama-ulama tafsir yang berhadapan dengan kemaraan maklumat-maklumat Israiliyyat dalam kitab-kitab tafsir dengan tegas menghalang pentafsiran al-Quran dengan Israiliyyat ini. Di antara alasan yang dinyatakan oleh mereka antaranya pertama: Al-Quran wajib ditafsirkan oleh al-Quran dan al-sunah, pendapat sahabat dan tabiin tanpa merujuknya kepada Ahli Kitab.

    Kedua: Kebanyakan Israiliyyat adalah berupa dongengan dan khurafat dan ia bakal mencemari kesucian al-Quran untuk dijadikan tafsiran. Ketiga: Banyak Israiliyyat yang telah bercampur aduk antara yang benar dan batil. Kebanyakannya pula menyentuh soal akidah dan menggugat institusi kerasulan atau kenabian. Maka adalah jalan selamat untuk kita bersikap berhati-hati dan berwaspada daripada menerimanya bulat-bulat.

    Lantaran itu apakah pandangan dan nasihat ustaz dalam hal berkaitan kepentingan memperoleh sumber-sumber yang dipercayai?

    Keghairahan umat Islam mengetahui perincian-perincian kisah dan cerita-cerita yang aneh dalam al-Quran dan hadis serta sejarah umat manusia silam boleh mengundang dan menjebakkan mereka ke jurang kesesatan dan salah faham terhadap fakta-fakta agama itu sendiri. Kekadang hal ini juga terjadi sendiri kepada penceramah atau pemidato agama yang inginkan “umph” dalam kuliah agama mereka, lantas menyampaikan sesuatu fakta yang tidak diselidiki sumber dan puncanya yang dipercayai.

    Sebaik-baiknya kita berpada-pada atas apa yang tidak dibataskan oleh al-Quran dan berpuas hati dengan penghuraian Rasulullah yang berautoriti dalam memahami tafsirannya. Namun sekiranya kita masih memerlukan fakta tambahan dan cerita sampingan, maka pastikanlah ia bersumberkan sumber-sumber yang dipercayai seperti kitab-kitab tafsir, kitab-kitab hadis dan buku-buku sejarah yang muktabar.

    Agama bukan suatu hiburan dan untuk bersuka-suka, yang dapatannya diceduk daripada buku-buku murahan yang tiada autoriti atau sumbernya dikutip daripada sembang-sembang kosong yang tidak berasas. Justeru, pastikanlah sumber-sumber ilmu yang tulen, berautoriti dan dipercayai. Sabda Nabi s.a.w: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang pastinya kamu tidak akan sesat selamanya sekiranya kamu terus berpegang dengan keduanya. Itulah Kitab Allah dan sunah Rasul-Nya. (Riwayat Malik dalam al-Muwatta’)

    Apakah kesannya sekiranya umat Islam terlampau mempercayai pengaruh Israiliyyat?

    Terlampau mempercayai Israiliyyat adalah dilarang. Perlu difahami bahawa sekalipun ia berasaskan kitab samawi yang terdahulu tetapi ia telah pun diubahsuai oleh ahli Kitab itu sendiri. Saidina Umar r.a. pernah membawa pulang senaskah al-Taurat yang dijumpainya di salah sebuah kampung Yahudi, lalu Baginda amat marah dan dengan tegas Baginda bersabda: Andainya Musa a.s hidup di zamanku ini pun, maka dia juga wajib mentaatiku (mengikut al-Quran dan bukan al-Taurat). (Riwayat Ahmad).

    Antara kesan-kesan negatif Israiliyyat ini adalah ia boleh menyelewengkan akidah umat Islam khususnya yang melibatkan tashbih Allah (menyamakanNya) dengan makhluk atau mentajsimkanNya (mengaitkan dengan bentuk tertentu).

    Israiliyyat juga hakikatnya merugikan dan melekakan umat Islam dengan sibuk perihal cerita-cerita yang sia-sia dan tiada kepentingannya seperti Israiliyyat mengenai warna anjing Ashab al-Kahfi, jenis tongkat Nabi Musa, nama budak yang dibunuh oleh Khidir, rupa paras kaki Ratu Balqis ketika mengadap Sulaiman dan seumpamanya. Lebih baik, perkara yang asas dan teras dalam al-Quran itu diperbahas dan dikupas dalam masyarakat daripada perkara-perkara yang tiada asas kebenarannya.

    Tolong ustaz berikan satu contoh pengaruh Israiliyyat yang dibenarkan.

    Diberitakan bahawa sebilangan Salaf Saleh memohon daripada Allah dalam solat mereka sekalipun garam untuk makanan mereka dan rumput untuk binatang ternakan mereka berdasarkan apa yang diambil daripada Israiliyyat yang menyebutkan: “Baginda Nabi Allah Musa berkata kepada Allah s.w.t.: “Ya Allah! Aku ada hajat berupa duniawi yang ingin kupohon pada-Mu, tapi aku malu mengutarakannya.” Lalu Allah s.w.t pun berfirman: “Pohonlah daripada-Ku sekalipun garam untuk makananmu atau rumput untuk binatang ternakanmu”. (Ibnu Rajab al-Hanbali dalam Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam).

    Labels:


    Baca Lagi...
    posted by Weblog Master @ 1:17 PM   0 comments
    Harun Tee tertarik bab taharah
    Thursday, January 04, 2007
    Utusan Malaysia, 4 januari 2007

    Oleh: ZUARIDA MOHYIN

    HARUN Tee Abdullah dan Hamidah Aliamaran (duduk tengah) diraikan keluarga kedua-dua belah mempelai pada hari persandingan mereka.

    UNGKAPAN ‘kebersihan itu sebahagian daripada iman’ adalah sesuatu yang sering kita dengar terutamanya kepada umat Islam. Namun dalam kita terbiasa dan tidak kurang juga yang memandang remeh kepentingan menjaga kebersihan ini, Tee Kian Heng pula tertarik dengan agama Islam sekali gus memeluk Islam bertitik-tolak tentang aspek penjagaan kebersihan sebagaimana tuntutan dalam ajaran Islam.

    Apatah lagi, bila Kian Heng atau nama Islamnya Muhammad Harun Tee Abdullah, 26, bertemu dengan ayat al-Quran yang bermaksud: ...Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri (menjaga kebersihan diri rohani dan jasmani). (al-Baqarah: 222).

    Di samping itu, keyakinan anak muda ini turut diperkukuhkan dengan ingatan Baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Kebersihan itu sebahagian daripada keimanan.

    “Sebenarnya, sejak kecil lagi saya memang seorang yang begitu prihatin soal menjaga kebersihan. Bukannya hendak mengangkat diri tetapi itulah yang diberitahu orang terutamanya mereka yang rapat dengan saya.

    “Mungkin dah memang kebiasaan saya sejak dahulu lagi sudah begitu. Sebab itulah apabila saya menyedari bahawa agama Islam cukup menitikberatkan soal kebersihan atau taharah, secara tidak langsung saya jadi serasi dan tertarik kepada agama Islam ini,” akui anak muda kelahiran kota metropolitan ini dalam pertemuan di ibu pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Tambah Harun Tee, setelah bergelar Muslim, barulah beliau teringat kembali kisah yang berlaku lapan tahun lalu. Katanya, ketika itu dia masih menuntut di sekolah menengah dan sedang berehat di rumah. Tanpa disedari, perhatiannya tertumpu kepada sebuah lagu dendangan kumpulan nasyid Raihan.

    Sungguhpun Harun Tee tidak mengerti maksud di sebalik lagu dendangan tersebut, hatinya berasa tenang dan mendamaikan sepanjang mengikuti alunan muziknya.

    Sayangnya, katanya lagi, minatnya sekadar di situ sahaja tidaklah sehingga mengaitkannya dengan agama Islam, jauh sekali membangkitkan keinginan untuk mengetahui tentang agama tersebut.

    Pun begitu, akui anak kedua daripada lima adik-beradik ini lagi, semasa masih dengan agama anutan keluarga iaitu Buddha, pegangan agamanya pada waktu itu tidak berapa mendalam.

    Pemahaman Harun Tee tentang Islam kembali berputik apabila beliau memasuki alam pekerjaan pada 1999. Selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Harun Tee diterima bekerja di sebuah pusat membeli-belah di Cheras.

    “Di sinilah saya bergaul dengan teman-teman sekerja yang beragama Islam. Sepanjang dalam pergaulan itulah saya tertarik dengan cara hidup orang Islam, disiplin, ketaatan kepada Tuhan dan yang paling saya tertarik ialah bab menjaga kebersihan bukan sahaja pada aspek luaran tetapi kerohanian.

    “Apabila perhubungan kami semakin serasi dan selesa, saya mula meminta diajarkan tulisan jawi. Pada masa itu saya sekadar suka-suka kerana merasakan ia seperti satu seni yang cukup unik.

    “Pada penghujung 1999, saya berkenalan dengan isteri selepas belajar tulisan jawi daripada kakak kepada isteri saya (kakak ipar). Lama-kelamaan saya semakin tertarik kepada Islam, bukan kerana cinta kepada gadis Melayu tetapi kecintaan kepada agama Islam itu sendiri yang dirasakan sesuai dengan fitrah manusia,” cerita Harun Tee yang baru mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan hatinya, Hamidah Aliamaran, 24, pada 3 Disember lalu.

    Majlis pernikahan berlangsung pada 11 November tahun yang sama.

    Berkongsi kisah yang membawa kepada pengislaman beliau, kata Harun Tee setahun sebelum mengambil keputusan mengucap syahadah pada 12 Februari 2004, beliau pernah ke Perkim setelah diberitahu oleh beberapa teman tentang peranan pertubuhan ini berkaitan orang yang baru berjinak dengan Islam serta saudara baru.

    “Saya rasa agak terkejut kerana sungguhpun saya dilahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur, sedikitpun saya tidak tahu kewujudan Perkim apatah lagi, mengetahui fungsi dan peranannya. Akhirnya, saya memberanikan diri menjejakkan kaki ke tingkat empat, bangunan Perkim.

    “Dari situlah, fikiran saya mula terbuka dan mengetahui bahawa bukan saya seorang sahaja bangsa asing yang beragama Islam. Semasa mengikuti kelas-kelas kendalian Perkim, saya berkenalan dengan ramai saudara baru dan mereka yang baru belajar mengenali agama Islam,” jelasnya.

    Harun Tee mula mempelajari tentang Nabi Adam, kejadian manusia selain mendapat tunjuk ajar tentang solat daripada Ustaz Basri.

    “Setelah saya benar-benar berkeyakinan, saya terus ke Perkim dan mendaftar untuk memeluk Islam.

    “Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar meskipun ia dilakukan secara bersendirian tanpa pengetahuan keluarga terdekat,” terang Harun Tee yang berterima kasih kepada pihak yang sudi menjadi saksi sewaktu melafazkan syahadah.

    Mengenai faktor yang menjadi kekuatan kepadanya selepas bersendirian bergelar Muslim, Harun Tee berkata, sentiasa berfikiran positif serta sokongan isteri dan segelintir masyarakat Islam di kawasan tempat tinggalnya sudah memadai dalam mengharungi cabaran bergelar saudara baru.

    Beliau juga bersyukur dengan hidayah yang diterima daripada Allah sungguhpun baru dua tahun memeluk Islam. Malah kesungguhannya mempelajari dan mendalami Islam seperti mempraktikkan ibadat puasa selama tiga tahun sebelum pengislaman, ada kebaikan yang tidak disedari.

    “Di awal-awal dulu, saya tidak menghadapi masalah melaksanakan tanggungjawab seorang Muslim seperti solat dan menjaga pemakanan kerana saya akan dirikan solat di surau berdekatan rumah, manakala waktu makan saya berada di tempat kerja.

    “Alhamdulillah, saya bersyukur kerana keluarga tidaklah menentang hebat mungkin kerana sikap keterbukaan mereka.

    “Apa yang saya lebih bersyukur ialah apabila hasrat mendirikan rumah tangga dipermudahkan Allah apabila Baitulmal menyediakan skim bagi warga kota terutamanya mualaf mendapatkan bantuan kewangan,” kata Harun Tee yang juga antara pengantin yang diraikan beramai-ramai oleh Baitulmal, Wilayah Persekutuan November lalu.





    Labels:


    Baca Lagi...
    posted by Weblog Master @ 7:07 AM   0 comments
    Pupaqsi pusat sehenti fardu ain
    Wednesday, January 03, 2007
    Utusan Malaysia, 3 Januari 2007

    Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM

    PARA peserta mendapat bimbingan secara langsung menerusi program Latihan Dalam Kumpulan Kem Smart Solat.

    ANTARA faktor utama yang menyebabkan orang ramai terutamanya golongan dewasa yang buta al-Quran terus kekal dengan kekurangan itu ialah sifat segan dan malu serta terlalu sibuk untuk belajar daripada mereka yang pakar.

    Menginsafi kekurangan itu, ditambah lagi sebagai tanggungjawab untuk melengkapkan keperluan fardu kifayah itu kepada umat Islam di negara ini, Pusat Pengajian al-Quran Sistem Individu (Pupaqsi) ditubuhkan bagi menampung kelompongan itu.

    Pusat itu berorientasikan pengajian al-Quran dan fardu ain secara individu dengan memberi perhatian khusus kepada dewasa, remaja dan kanak-kanak dengan matlamat membasmi gejala buta al-Quran terhadap golongan sasar.

    Pengurus Pupaqsi, Norirwan Oswan berkata, selain pengajian asas al-Quran dan tajwid, pelajarnya turut disediakan dengan pembelajaran kelas Bahasa Arab dan fardu ain mengikut sukatan yang diperakui oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

    “Kelas yang disediakan di pusat ini adalah fleksibel mengikut kesesuaian masa bermula pada pukul 2 petang sehingga 10 malam dengan kadar bayaran yang amat berpatutan,” katanya.

    Pengajian Bahasa Arab dan fardu ain itu ditawarkan melalui Kelas Integrasi al-Quran dan Fardu Ain (Kiafa) yang ditawarkan untuk pengajian selepas waktu rasmi persekolahan bagi pelajar peringkat rendah tahun 1 hingga tahun 6.

    Kiafa turut menawarkan bonus apabila kelas pembelajarannya turut menggunakan Bahasa Inggeris sebagai salah satu medium selain Bahasa Arab dan Melayu.

    Tambah Norirwan, Pupaqsi mempunyai kekuatan empat tenaga pengajar berpengalaman lepasan pengajian Islam dan Maahad Tahfiz.

    Menurut beliau, penubuhan kelas ini tercetus apabila melihat bilangan keciciran pelajar daripada mengikuti pendidikan di sekolah agama rakyat semakin tinggi.

    “Ini ditambah pula dengan kelas agama swasta yang mengenakan bayaran pengajian yang agak mahal. Dengan mengenakan yuran bulanan yang berpatutan, Kiafa mampu melahirkan insan yang berilmu, beriman dan beramal.

    “Yuran yang dikenakan amat berpatutan kerana kami tidak mahu melihat anak-anak dan golongan dewasa tidak tahu langsung mengenai al-Quran disebabkan yuran yang mahal,” katanya.

    Pusat yang ditubuhkan sejak lima tahun lalu itu beroperasi di 17 A, Jalan Pinang E, 18/E, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor setiap hari bermula pukul 2 petang hingga 10 malam dan ditutup pada hari cuti umum.

    Pupaqsi juga menganjurkan kursus-kursus jangka pendek berkaitan ilmu-ilmu fardu kifayah seperti kursus tajwid, marhaban dan berzanji, qiraat dan taranum.

    Kursus lain ialah Kem Smart Solat dan Motivasi Anak Soleh, Kursus Smart Solat, Kem Motivasi dan Pemantapan Akhlak, Kem Cintai Alam Semulajadi, Kem Ikhtiar Diri, Kem Keluarga Bahagia Keluarga Impian, Kursus Imam dan Bilal Muda, Kem Motivasi dan Kecemerlangan Pelajar, Kursus Motivasi Pekerja Bestari, Kem Jati Diri dan Kepimpinan, Kem Smart Ibadah (Khemah Ibadah) dan Kursus Dakwah dan Kepimpinan.

    Ia juga turut menyediakan kursus-kursus peningkatan pekerja dan motivasi untuk sektor kerajaan dan swasta.

    Dalam pada itu, Norirwan berkata, Pupaqsi mendapat kelulusan JAIS untuk beroperasi dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

    Katanya, Pupaqsi dipengerusikan oleh Zaid Muhammad Mohd Rais dengan modal menubuhkannya diusahakan sendiri oleh beliau demi melihat kepentingan dan kesedaran bahawa ilmu al- Quran dan fardu ain mesti disebarkan kepada seluruh orang Islam.

    Menyentuh mengenai pengajian orang-orang dewasa, Norirwan berkata, yuran bulanan bagi kelas pengajian asas al-Quran dan tajwid ialah sebanyak RM80.

    Katanya, keistimewaan di sini ialah ia menawarkan satu sistem pembelajaran secara individu (one to one).

    “Selain itu waktu pembelajarannya sangat fleksibel di mana para peserta boleh datang pada bila-bila masa sahaja antara pukul 1 petang hingga 10 malam tanpa perlu membuat temu janji.

    “Sistem ini dicipta bagi memberi peluang kepada umat Islam dewasa yang sangat sibuk, berusia lanjut dan malu dan segan belajar secara berkumpulan,” katanya.

    Sebagai perancangan untuk tahun 2007, Pupaqsi akan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek berkaitan dengan ilmu-ilmu fardu kifayah pada setiap hujung minggu.

    Pupaqsi dibuka pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 2 petang hingga 10 malam dan berehat selama sejam pada pukul 7 malam. Ia ditutup pada hari kelepasan am bagi negeri Selangor.

    Sehingga kini Pupaqsi mempunyai 80 penuntut yang datang dari kawasan sekitar Shah Alam, Klang dan Subang Jaya.

    Bagi menambahkan fungsi dan peranan serta tanggungjawab fardu kifayah, Pupaqsi juga menubuhkan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dan Pembangunan Insan bagi melancarkan segala urusan pengendalian kursus-kursus yang disediakan oleh pusat itu.

    Oleh yang demikian, kursus yang ditawarkan oleh Pupaqsi adalah sebagai memenuhi permintaan dan kehendak pelanggan sama ada sektor awam dan swasta, sekolah dan masjid untuk menganjur atau menjalin kerjasama pintar yang meliputi seluruh negara.

    Norirwan berkata: “Alhamdulillah sehingga kini program di atas mendapat sambutan memberangsangkan sejak dilancarkan.”

    “Malah ada antara ibu bapa yang memaklumkan bahawa mereka melihat ada perubahan pada anak masing-masing seperti berani menjadi imam di rumah serta berlumba-lumba untuk bergelar bilal di surau,” katanya.

    Kepada mereka yang berminat mengikuti kelas pengajian yang dianjurkan oleh Pupaqsi atau untuk menyertai bengkel yang dianjurkan boleh menghubungi pusat itu di talian 03-55432520, Norirwan (013-6332008), Zaid Muhammad Mohd. Rais (016-2272327).

    Orang ramai juga boleh melayari laman web pusat itu, www.pupaqsi.edu.my untuk mendapat maklumat lanjut.



    Labels:


    Baca Lagi...
    posted by Weblog Master @ 8:25 AM   0 comments
    About Me

    Name: Weblog Master
    Home: Selangor, Malaysia
    About Me:
    See my complete profile
    Kunjungan

    website analyzer

    Pengunjung Dari Negara Online
    Previous Post
    Archives
    Links
    Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com