Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Ibn Haitham pakar ilmu fizik optik
Friday, September 29, 2006
Berita Harian, 29 september 2006

ILMUWAN Islam, Ibn Haitham memberi sumbangan besar dalam bidang optik sehingga dinobatkan ‘Bapa Ilmu Optik Moden’ oleh dunia Islam.

Beliau memberi sumbangan besar dalam membetulkan konsep penglihatan yang dibuat sarjana Yanani. Kitabnya Al-Manazir pula dijadikan rujukan sarjana barat untuk memajukan ilmu fizik optik.

Dalam siri Ilmuwan Islam di TV3, malam ini, penonton akan dibawa menjelajah ke bumi Mesir dalam usaha mengupas fakta mengenai Ibn Haitham atau nama sebenarnya, Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri al-Misri.

Di dunia Barat beliau dikenali dengan beberapa nama seperti Alhazen, Avennathan dan Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen.

Keintelektualan Ibn Haitham terbukti ketika beliau masih menjadi pelajar dengan kecenderungan terhadap pelbagai bidang ilmu.

Beliau tidak jemu menimba ilmu pengetahuan, baik agama mahupun umum seperti ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan, falsafah dan mantik sehingga terkenal sebagai tokoh cendekiawan pada zamannya.

Kemasyhurannya menyebabkan pemerintah Bani Fatimiyah di Mesir ketika itu, Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin Amirillah mengundangnya ke Mesir untuk memanfaatkan keluasan ilmu yang dimiliki Ibn Haitham.

Beliau diharapkan mampu mengatur banjir Sungai Nil yang kerap kali melanda negeri itu setiap tahun, tetapi sayangnya tidak dapat mewujudkan rancangan takungan raksasa dibuatnya kerana kurang peralatan canggih pada masa itu.

Untuk melindungi dirinya daripada kemurkaan pemerintah, beliau kemudian meninggalkan pekerjaan itu dengan berpura-pura hilang ingatan sehingga Sultan Al-Hakim mangkat pada 1021, Ibn Haitham kembali normal dan aktif dalam kegiatan ilmu.

Beliau kemudian berlindung dan mengabdikan diri di Universiti al-Azhar untuk menyambung usaha ilmiahnya dalam bidang saintifik, selain menterjemahkan buku matematik dan falak dari bahasa Latin ke bahasa Arab.

Sebelum itu Ibn Haitham ke Andalusia (Sepanyol), kiblat ilmu pengetahuan Eropah pada masa itu di mana beliau mempelajari optik sehingga terkenal dalam bidang optik.

Ibn Haitham berjaya meletakkan optik pada batu asas yang kukuh melalui eksperimen teliti menggunakan kaedah matematik dan fizik moden.

Beliau mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang, imej dan banyak lagi fenomena optik yang penting membolehkan beliau menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan manusia melihat menerusi pancaran cahaya yang keluar dari matanya.

Tetapi menurut Ibn Haitham, bukan mata yang memberi cahaya, sebaliknya benda yang dilihat itu yang memantulkan cahaya ke mata manusia.

Pada tahun terakhir hidupnya, beliau kembali ke Kaherah, Mesir sebagai ahli matematik hingga akhir hayatnya. Ibnu Haitham meninggal dunia di Kaherah pada 1039 ketika usianya 74 tahun.

Dua pakar tempatan, Prof Fizik Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Mohd Yusof Othman dan Pakar Matematik Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail turut menyumbang fakta mengenai Ibn Haitham dalam episod kali ini.

Pakar Tamadun Islam Universiti Kaherah, Prof Dr Musthapa Labib dan pakar Sejarah Sains Universiti Iskandariah, Mesir, Prof Dr Maher Abdul Kader membekalkan maklumat bagaimana Ibn Haitham melakukan kajiannya menghasilkan teori Konsep Penglihatan Manusia.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 8:29 AM   0 comments
Sahabat dikendalikan bekas penagih dadah
Utusan Malaysia, 29 september 2006

Oleh: MUZLINA ABU BAKAR

HAFIZI (kanan) bersama krew dan para sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3).

SETIAP kali melihat wajah pengacara Sahabat, Hafizi Harun pada setiap hari Khamis pukul 9.30 malam di TV9, pasti hati penonton akan terasa sayu.

Anak muda berusia 29 tahun ini cuba tersenyum dalam setiap segmen program itu, namun pada wajahnya tergambar kesedihan silam yang tidak mampu disembunyikannya.

Hafizi yang dilantik sebagai Duta Belia Negara pada Mei lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyimpan cerita duka sendiri.

Mungkin ramai yang tidak menyangka Hafizi dulu ialah seorang penagih dadah. Bagaimanapun, setelah menyedari perbuatannya itu memusnahkan diri sendiri, Hafizi bingkas bangkit untuk menjalani kehidupan sebagai beliau yang berguna bukan sahaja kepada diri sendiri malah juga untuk bangsa dan negara.

Berkat kesabaran neneknya, anak sulung daripada lima beradik ini berjaya meninggalkan najis dadah yang membelenggu hidupnya selama 10 tahun.

“Saya mula menagih dadah ketika berumur 13 tahun. Semuanya gara-gara salah pergaulan. Walaupun ketika itu saya cuma menghisap rokok tetapi disebabkan kerap menjadi orang suruhan mereka, akhirnya saya terjebak dan menjadi penagih tegar.

“Untuk menjauhkan saya daripada dadah, ayah dan ibu menghantar saya ke kampung di Kuala Pilah.

“Tapi perkiraan mereka silap kerana di sana saya bagaikan terkena kejutan budaya kerana duduk dengan nenek. Saya semakin liar dan mudah keluar rumah.

“Bagaimanapun, apabila umur saya mencecah 19 tahun saya mula sedar betapa bodohnya saya menjadi penagih,” cerita Hafizi.

Kasih sayang nenek, Kasiah Abdullah, 77, dan datuk Jaafar Shamsuddin, 75, serta berkat doa mereka menguatkan semangat Hafizi untuk berubah.

*Menginsafi

Hafizi mula menginsafi diri dan kembali ke pangkal jalan setelah ditangkap di sebuah pusat membeli-belah di Seremban. Setelah ditahan reman dia dihantar ke Rumah Pengasih di Kuala Lumpur pada 27 Januari 1997.

“Di sana kami berkongsi pengalaman. Hanya kami yang tahu apa yang kami rasai kerana bahasa kesengsaraan kami sama sahaja.

“Selain kawan-kawan, saya amat berterima kasih kepada Presiden Pengasih, Yunos Patih yang banyak membantu saya,” kata Hafizi.

Kini Hafizi bukan sahaja dipilih sebagai pengacara Sahabat malah dia juga dilantik sebagai Duta Belia Commonwealth peringkat Asia dan berpeluang berjumpa dengan Putera Charles di London pada Mac lalu.

Hafizi juga kini menjadi salah seorang penceramah di Pengasih.

“Sebagai hos Sahabat saya berasa begitu seronok kerana dapat berkongsi rasa dan pengalaman dengan remaja untuk melahirkan remaja yang sihat dan berwawasan,” kata Hafizi.

Kata Hafizi, program Sahabat tidak bertindak sebagai penyelesai masalah, jauh sekali mencari kesalahan atau menjadi hakim mengadili remaja. Sebaliknya ia tampil sebagai satu platform untuk memberi ruang kepada remaja meluahkan masalah masing-masing.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 8:22 AM   0 comments
Nabi Luth menyampaikan risalah kepada kaumnya
Berita Harian, 29 september 2006


MENURUT ahli sejarah, Nabi Luth ialah anak saudara kepada Nabi Ibrahim. Baginda telah berdakwah bersama-sama dengan Nabi Ibrahim sebelum diperintahkan oleh Allah untuk pergi ke Sodom.

Baginda tinggal bersama-sama dengan kaumnya di Sodom sambil menyeru mereka untuk menyembah Allah dan meninggalkan segala perbuatan yang jahat.

Kehidupan penduduk Sodom penuh dengan dosa dan maksiat. Mereka berlumba-lumba mengerjakan kejahatan seperti merompak, membunuh dan menganiayai orang lain. Salah satu kejahatan mereka yang terkutuk adalah melakukan hubungan sesama jenis. Isteri Nabi Luth sendiri turut menderhaka dan menyokong perbuatan keji kaumnya.

Mereka hidup dalam keadaan begitu hinggalah berpuluh-puluh tahun lamanya. Kejahatan dan kemungkaran mereka bukan berkurangan tetapi semakin menjadi-jadi. Kerosakan yang dibuat oleh kaum Luth sangat hebat.

Allah s.w.t. telah memerintahkan Nabi Luth untuk membimbing kaumnya supaya menyembah Allah dan beriman kepada-Nya. Dengan segera Nabi Luth pergi menemui kaum baginda untuk mengajak mereka meninggalkan perbuatan yang keji itu.

“Sesungguhnya aku ialah rasul utusan Allah s.w.t.. Hendaklah kamu semua takut dengan kemurkaan Allah. Sesungguhnya kamu semua daripada golongan lelaki yang melepaskan nafsu kamu kepada lelaki lain, bukannya kepada wanita. Sesungguhnya kamu ialah kaum yang melampaui batas,” kata Nabi Luth kepada kaumnya.

Akan tetapi kaumnya itu tidak mengendahkan seruan dan peringatan baginda. Walau bagaimanapun, Nabi Luth tidak berputus asa. Baginda terus-menerus memberikan nasihat dan peringatan kepada kaumnya.

Namun, kaumnya itu tidak mengendahkan peringatan dan nasihat baginda malah mereka memarahi dan mengejek segala seruan yang disampaikan oleh Nabi Luth. Mereka mencari jalan supaya nabi Luth tidak lagi mengulangi seruannya.

Mereka juga menentang dakwah dan kebenaran yang disampaikan oleh Nabi Luth. Kaum Nabi Luth benar-benar telah sesat.

“Wahai kaumku, sesungguhnya kamu telah melakukan perbuatan keji yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu,” seru Nabi Luth kepada kaumnya dengan penuh kesabaran.

Mereka sama sekali tidak menghiraukan nasihat yang diberikan oleh Nabi Luth. Mereka menganggap Nabi Luth dan para pengikutnya sebagai golongan yang berpura-pura untuk menunjukkan kesucian hidup mereka. Mereka berazam untuk menghalau Nabi Luth dan para pengikutnya agar perbuatan keji mereka tidak lagi dibantah atau ditentang.

Nabi Luth meminta kaumnya bertaubat. Baginda menceritakan tentang azab Allah yang bakal ditimpakan kepada mereka yang melanggar perintah Allah serta melakukan perbuatan yang keji. Walau bagaimanapun, peringatan daripada Nabi Luth tetap tidak dipedulikan oleh kaumnya yang telah hilang pedoman.

Mereka tergamak mencabar Nabi Luth agar berdoa supaya Allah mendatangkan azab kepada mereka.

“Datangkanlah kepada kami azab daripada orang-orang yang benar,” jawab kaumnya dengan bongkak.

Nabi Luth berserah diri kepada Allah s.w.t.. Baginda telah berusaha memimpin kaumnya ke jalan yang benar tetapi tidak berhasil.

* Petikan daripada buku Untaian 366 kisah daripada al-Quran, Edusystem Sdn. Bhd. Tel: 03-6137 9220 atau E-mel: edusb@streamyx.com.

PENGAJARAN

* Sebagai makhluk yang

diciptakan oleh Allah, kita

hendaklah mentaati perintah-

Nya dan menjauhi larangan-Nya.

INFORMASI

* Sodom ialah sebuah

negeri yang besar serta

mempunyai banyak kota. Ia

terletak di Jordan.

PERBENDAHARAAN KATA

* kemurkaan: kemarahan

* melampaui: melebihi

* mengendahkan: memberi perhatian

* bongkak: angkuh

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 8:15 AM   0 comments
Albania bakal dapat universiti Islam
Utusan Malaysia, 29 september 2006

Susunan: ZUNAIDAH ZAINON

WALAUPUN Islam sudah bertapak di Albania sejak 600 tahun lalu, kebanyakan anak muda beragama Islam terpaksa berhijrah ke Asia Barat demi menuntut ilmu.

Pada 1990, beratus-ratus pelajar dari Albania berhijrah ke negara-negara Islam untuk meneruskan pelajaran melalui biasiswa yang ditawarkan. Tetapi agak mengecewakan, apabila pulang ke kampung halaman, mereka membawa fahaman dan ideologi berbeza.

Para pemerhati percaya kerajaan Albania sedang melalui masa-masa yang sukar apabila meluluskan pembinaan Universiti Katolik sedangkan penduduk Islam yang membentuk majoriti berjumlah 3.5 juta itu tidak mempunyai universiti khusus untuk para pelajar beragama Islam. Bahkan, bilangan gereja juga jauh lebih banyak di Albania berbanding masjid iaitu dalam lingkungan 270 hingga 1,667 buah sebelum era komunis.

Percubaan untuk menubuhkan sebuah universiti Islam di Albania terbukti bukan satu usaha yang sia-sia. Malah Universiti al-Azhar, Persekutuan Organisasi Islam di Eropah dan Turki sentiasa berusaha memastikan matlamat tersebut tercapai.

Bagi memastikan usaha menubuhkan sebuah universiti Islam, sebuah pertubuhan dikenali sebagai Islamic Sheikdom di Albania telah mewujudkan satu jawatankuasa khas sebagai tindakan susulan penubuhan universiti Islam pertama di Albania selepas mendapat persetujuan awal untuk membinanya. Ia akan dibina di Tirana.

“Jawatankuasa ini akan membuka akaun bank bagi mengumpul dana pembinaan universiti baru kerana undang-undang Albania melarang sebarang bentuk penubuhan tabung yang berkaitan dengan agama,” kata Timbalan Pengerusi Sheikdom, Bledar Myftari.

Katanya, subjek yang akan diajar di universiti tersebut termasuklah pengajian Islam, bahasa, sejarah dan geografi. Ia terbuka kepada para pelajar dari Kosovo, Macedonia dan Serbia.

Idea penubuhan universiti Islam pertama di negara tersebut disuarakan oleh Perdana Menteri, Fatos Nano semasa mesyuarat bersama ahli-ahli jawatankuasa Sheikhdom pada Januari lalu.

Pengerusi Sheikhdom, Selim Muca telah menyuarakan cadangan kepada Nano tentang betapa pentingnya penubuhan universiti Islam supaya anak-anak muda tidak perlu menuntut ilmu di negara-negara lain yang dikhuatiri terpengaruh dengan dogma dan ideologi luar.

Bagi memastikan rancangan tersebut berjaya, Sheikdom telah menghantar kertas kerja cadangan kepada Menteri Pelajaran dan salinannya kepada Presiden, Perdana Menteri dan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Ilir Kulla.

Penduduk Albania terdiri daripada etnik Albania, Kosovo, Macedonia dan Montenegro. Kira-kira setengah daripada penduduk Albania tinggal di Republik Albania. Etnik Albania ialah kumpulan kaum kedua terbesar di Kosovo yang telah menjadi naungan UN sejak kempen pengeboman NATO 1999 yang memaksa diktator mendiang Slobodan Milosevic melepaskan jawatannya sebagai Presiden Serbia.

*Kebangkitan Islam

Statistik sejak Perang Dunia Kedua dan 1957 menganggarkan 65 hingga 70 peratus penduduk Albania adalah beragama Islam. Seperti mana agama lain, kebangkitan Islam agak terhad sejak komunis mengharamkan semua fahaman agama di republik tersebut. Kesan daripada pemerintahan era komunis yang panjang menyebabkan kebanyakan masyarakat Albania berfahaman sekular.

Masyarakat Islam di Albania terbahagi kepada dua komuniti iaitu yang mengikuti fahaman Sunni Islam dan sebahagiannya adalah Bektashis (terutama dalam bentuk Sufi Shiism). Pada 1925, selepas Kamal Ataturk mengharamkan amalan Sufi di Turki, Albania menjadi pusat utama pengikut Bektashism. Kerajaan Albania kemudian mengiktirafnya sebagai pertubuhan bebas.

Sunni Muslim dianggarkan 50 peratus daripada penduduk Islam Albania sebelum 1967 manakala pengikut Bektashis membentuk 20 peratus penduduk.

Berdasarkan perangkaan Majlis Agama Islam Albania pada 2002, terdapat 17 pertubuhan Islam yang aktif dan sebahagiannya adalah dari luar negara iaitu 31 diwakili organisasi berbeza. Antara 500 hingga 600 adalah pertubuhan pendakwah yang dianggotai rakyat Amerika, Britain, Itali dan Greece.

Pada Oktober 2003, pihak polis menahan Kastriot Myftari iaitu penulis buku Albanian National Muslim atas tuduhan menghasut perasaan benci menentang Islam. Buku tersebut merupakan serangan penulis ke atas agama Islam dan tanda sokongannya terhadap orang Islam yang memeluk agama Kristian Katolik. Bagaimanapun, Myftari dibebaskan daripada semua tuduhan.

Kes Myftari bukan isu kecil kerana hubungan baik di kalangan penganut agama sedikit sebanyak telah terusik.

Pada November 2005, ucapan Presiden Albania di London telah mencetuskan tunjuk perasaan anggota-anggota pertubuhan Islam dan The Muslim Forum of Albania menuduh presiden tersebut sebagai menghina agama Islam.

Pada awal 2006 pula, percubaan kerajaan untuk menempatkan patung Mother Theresa di pintu masuk Shkodra dan kemudian menukar Masjid Fatih menjadi sebuah gereja menyebabkan golongan intelektual dan pertubuhan Islam mengecam sistem politik yang tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam Albania.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 8:12 AM   0 comments
Dunia Buku: Pencatat al-Quran
Thursday, September 28, 2006
Berita harian, 28 september 2006

ZAID Bin Thabit karya Mohaini Salim mengetengahkan sumbangan tokoh Islam yang dilahirkan di Madinah, dalam usahanya mencatat al-Quran sehingga dapat dibaca dan diwarisi zaman berzaman.

Beliau yang berasal daripada keluarga an-Najjar menjadi sasaran Rasulullah saw setiap kali wahyu turun dan menjadi pakar rujuk dalam hal berkaitan ayat al-Quran dan dianggap sebagai setiausaha peribadi Nabi Muhammad saw.

Dengan adanya Zaid, memungkinkan ayat al-Quran dicatat pada pelepah pokok kurma, tulang unta dan kulit kambing di samping usaha menyusun semakin rancak pada zaman Khalifah Abu Bakar serta dianggap sempurna pada zaman Khalifah Uthman.

Turut diceritakan kebolehan Zaid menghafal 17 surah dari ayat al-Quran ketika berusia 10 tahun dan kepintarannya itu dimanfaatkan untuk berdakwah di kalangan keluarga Ansar.

Ketika berusia 12 tahun, Zaid sudah menyatakan kesediaannya kepada ibunya bagi menyertai Perang Badar tetapi diminta ibunya bertemu Rasulullah terlebih dulu bagi mendapatkan keizinan.

Meskipun permintaannya ditolak tetapi Zaid tidak berputus asa dan akhirnya kaum keluarganya menyerahkannya kepada Rasulullah bagi memenuhi impiannya untuk mencurah bakti kepada Nabi Muhammad.

Kebolehannya menghafal 17 surah al-Quran lengkap dengan tajwid dan kebolehan menulis bahasa Arab dengan baik, mendorong Rasulullah mengambilnya sebagai pencatat wahyu Allah swt.

Zaid juga berkemampuan menulis dan berbahasa Ibrani kerana diarah Rasulullah belajar daripada guru berbangsa Yahudi sehingga akhirnya turut menerima tugas sebagai penulis surat rasmi dan penterjemah ketika berurusan dengan Yahudi di Madinah.

Buku setebal 40 halaman dalam Siri Tokoh Islam terbitan K Publishing Sdn Bhd ini turut memuatkan kisah Zaid dihormati golongan lebih tua sehingga cadangannya selepas Nabi Muhammad wafat agar khalifah dilantik di kalangan kaum Muhajirin diterima.

Selepas Nabi Muhammad wafat, Zaid juga dilantik sebagai setiausaha sulit pada zaman Khalifah Usman yang bertugas sebagai penjaga baitulmal dan meneruskan kerja penyusunan al-Quran sehingga dapat dibaca dalam keadaan teratur seperti hari ini.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 8:25 AM   0 comments
Harus azan pertama sebelum fajar
Wednesday, September 27, 2006
Utusan Malaysia, 27 september 2006

SOALAN: ADAKAH harus melaungkan azan satu jam atau setengah jam sebelum fajar sadik dan haruskah juga tukang azan menyebut: “Sembahyang itu lebih baik daripada tidur?”

Adakah diberi pahala kepada sembahyang sunat fajar pada waktu itu dan pahala juga untuk sembahyang subuh yang fardu itu?

JAWAPAN

Sebenarnya azan berfungsi sebagai alat pemberitahuan masuknya waktu sembahyang. Sudah semestinya masuk waktu dahulu sebelum tukang azan melaungkan azan. Oleh itu melaungkan azan sebelum waktunya tidak dikira kerana ia tidak memenuhi tujuan azan itu, kecuali ketika sembahyang Subuh. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Bilal akan melaungkan azan di sebelah malam, maka makanlah dan minumlah hingga Ibnu Ummi Maktum pula yang azan.

lni bererti ketika Bilal melaungkan azan, harus bagi orang Islam bersahur, makan dan minum sehinggalah lbnu Ummi Maktum melaungkan azan menandakan masuk waktu sembahyang. Hadis ini disepakati oleh para ulama kerana waktu fajar sebenarnya adalah waktu tidur dan semua manusia pada masa itu sedang nyenyak tidur. Mereka perlu diberitahu terlebih dahulu sebelum masuk waktu supaya mereka akan tersedar dan bersedia. Orang yang berpuasa boleh bersahur pada waktu itu dan mengejutkan orang yang sedang tidur seperti yang dilakukan oleh Bilal dan Ibnu Ummi Maktum.

Apabila orang ramai mendengar Bilal melaungkan azan, tahulah mereka bahawa dia azan sebelum masuk waktu untuk menyedarkan orang yang tidur dan memberi peluang bersahur kepada orang yang berpuasa.

Apabila mereka mendengar Ibnu Ummi Maktum pula melaungkan azan, maka tahulah mereka yang waktu Subuh telah masuk dan bolehlah bersembahyang sunat, sebelum menunaikan fardu Subuh.

Dalam azan yang pertama disunatkan agar tidak menyebut “sembahyang itu lebih baik daripada tidur.”

Ini adalah satu perbezaan yang penting yang dapat membezakan di antara azan yang pertama dan azan yang kedua. Azan dalam bentuk ini disyarakkan pada waktu fajar dan orang ramai akan kenal suara azan pertama dan suara yang lain pada azan kedua.

Oleh itu, para ulama mengharuskan azan yang pertama sebelum masuk waktu fajar.

Sumber: Dr. Yusuf al-Qardawi, Fatwa Masa kini (Terjemahan 1 & 2)

Pustaka Salam Sdn. Bhd (03-6186 9469)

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Sekretariat Sudut Hukum IKIM di talian 03-62046219/ 62046253 atau layari laman web www.ikim.gov.my/suduthukum.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 8:32 AM   0 comments
Ahli falak penentu takwim Islam
Utusan Malaysia, 27 september 2006

MUHAMAD ZAKUWA RODZALI.

HARI ini genap empat hari masyarakat Islam di Malaysia dan ASEAN menjalani ibadah puasa yang bermula sejak 24 September lalu. Hubungan di antara ilmu falak dan penentuan awal bulan Hijrah sudah tidak asing lagi bagi umat Islam negara ini kerana ia amat penting untuk menentukan tarikh bermulanya Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Asas astronomi bagi takwim Islam iaitu takwim Hijriah adalah berdasarkan sistem qamariyah dengan berpandukan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.

Di sebalik pengumuman yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja saban tahun, tahukah kita bagaimana cerapan hilal dilakukan bagi menentukan tarikh-tarikh penting dalam takwim Islam di negara ini?

Menurut Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan (Unit Falak), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Muhamad Zakuwa Rodzali, untuk melihat anak bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah serta kesemua bulan dihitung berdasarkan kepada stesen utama cerapan hilal di Tanjung Cincin, Langkawi yang merupakan stesen paling Barat manakala di Tanjung Aitam, Sabah pula adalah stesen paling timur.

Apabila hilal dihitung pada kedudukan bulan di latitud ini, ketinggian pada ketika matahari terbenam pada 29 Syaaban sudah dapat diagak. Oleh itu, ia perlu dirujuk kepada kriteria Imkanur Rukyah. Kriteria ini berpandukan kepada mesyuarat jawatankuasa penyelarasan rukyah dan takwim Islam kali ketiga pada 29 Zulkaedah 1412H bersamaan 1 Jun 1992 di Labuan yang telah bersetuju menerima pakai kriteria Imkanur Rukyah seperti berikut; ‘Hilal dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut.’

Syarat-syarat tersebut ialah ketika matahari terbenam, ketinggian bulan tidak kurang daripada dua darjah dan jarak lengkung bulan dan matahari tidak kurang daripada tiga darjah atau ketika bulan terbenam, umur bulan tidak kurang dari lapan jam selepas ijtimak berlaku. Sekiranya kedua-dua kriteria ini dipenuhi, tarikh melihat anak bulan sudah boleh dijangka.

Jelas Muhamad Zakuwa, data yang dihitung daripada Unit Falak, Jakim menunjukkan pada 29 Syaaban 1427H bersamaan 22 September 2006, bulan tiada di atas ufuk ketika matahari terbenam. Ijtimak berlaku pada 22 September lalu pukul 7.43 petang. Ijtimak ialah pertemuan bulan matahari di garis edar masing-masing apabila relatif kepada kedudukan bumi.

Kemudiannya, data-data yang diperoleh daripada kedua-dua stesen utama tersebut dibawa oleh pihak Jakim ke mesyuarat jawatankuasa. Pada masa yang sama, jabatan-jabatan lain turut menyediakan hasil analisis kedudukan bulan. Jabatan lain yang terlibat ialah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera Universiti Sains Malaysia dan Fakulti Sains dan Gio-Informasi, Universiti Teknologi Malaysia.

“Apabila hasil analisis semua jawatankuasa mesyuarat memberikan keputusan yang sama, maka diangkat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja. Proses yang sama juga dilakukan untuk melihat anak bulan Syawal. Cuma cerapan dibuat pada 29 Ramadan,” jelas beliau mengenai prosedur yang perlu dilalui sebelum pengumuman bermulanya Ramadan atau Syawal.

Pada 22 September lalu, semua tempat cerapan telah membuat cerapan hilal untuk menentukan rukyah sebenar. Sekiranya anak bulan tidak kelihatan, hitungan yang berpandukan kepada Imkanur Rukyah akan digunakan. Keputusan hanya akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dengan perkenan Majlis Raja-Raja.

Terdapat 28 tempat cerapan di seluruh negara dan setiap negeri negeri mempunyai jawatan kuasa Imkanur Rukyah untuk melihat langit. Pada setiap bulan, Jabatan Fizik Universiti Malaya, Jakim dan Jupem melakukan kajian cerapan hilal di Teluk Kemang, Port Dickson.

Bagi memastikan kriteria yang diterima pakai untuk penentuan awal bulan qamariah adalah dikaji dari semasa ke semasa, cerapan hilal dilakukan di setiap negeri terutamanya bagi penentuan awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah. Di peringkat negeri diwujudkan Jawatankuasa Induk Melihat Anak Bulan dengan ahli-ahlinya terdiri daripada Mufti Negeri (sebagai pengerusi dan ketua rombongan), Kadi Besar, Pengarah Jabatan Ukur Negeri atau wakilnya yang beragama Islam, Setiausaha Majlis Agama Islam dan seorang ahli falak.

“Dalam membuat hitungan hilal, sukar untuk berlaku kesilapan kerana beberapa jabatan turut terlibat menyediakan perhitungan tersebut.

“Bagi tarikh sambutan Ramadan dan Syawal yang berbeza, ini disebabkan kerana hitungan yang dibuat hanya berpandukan kepada rukyah semata-mata tanpa menggunakan hitungan Imkanur Rukyah,” ujar Muhamad Zakuwa.

Kebolehnampakan hilal bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan cuaca, ketinggian bulan ketika maghrib, jarak lengkung bulan-matahari ketika maghrib, tempoh masa antara matahari terbenam dan bulan terbenam, pencemaran udara, peralatan optik dan pencerap.

“Kebiasaannya yang menjadi halangan semasa membuat cerapan adalah berpunca daripada masalah cuaca seperti langit mendung atau hujan lebat.

“Walaupun anak bulan kelihatan tetapi tidak boleh dicerap kerana berlakunya halangan cuaca,” katanya.

Sebelum 1992, cerapan hilal berpandukan kepada Imkanur Rukyah tetapi dengan syarat-syarat yang sedikit berbeza dari segi ketinggian dan umur bulan. Dalam sejarah, Istanbul menggunakan Imkanur Rukyah pada 1978 tetapi jauh berbeza daripada apa yang digunakan sekarang. Di Malaysia dan rantau MABIMS menggunakan Imkanur Rukyah dengan sedikit pengubahsuaian.

Amalan rukyah atau melihat anak bulan bermula sejak 1933 di Johor yang diketuai oleh Datuk al-Syed Salaim bin Syed Hassan al-Attas.

Kemudian pada 1934, al-Syed Alwi bin Tahir al-Hadad telah mengetuai rombongan merukyah anak bulan dari atas menara Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru yang terletak di tepi pantai.

Sejarah bermulanya awal bulan Hijriah ditetapkan Malaysia

1972 – 1977

*Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam menetapkan bahawa permulaan puasa dan hari raya puasa berdasarkan Rukyah dan hisab falak “Anak bulan Ramadan dan Syawal, kiranya tidak kelihatan kerana terlindung oleh keadaan cuaca, pada hal mengikut kiraan falak bulan itu tetap ada dan boleh nampak, maka kiraan ahli-ahli falak boleh digunakan.”

*Majlis Raja-Raja ke-78 dalam tahun 1967

*Hari Raya Aidiladha adalah sehari selepas wukuf di Padang Arafah.

*Bulan-bulan selainnya, berdasarkan kepada Ijtimak Wujudul Hilal

*Bila ijtimak berlaku sebelum matahari terbenam pada hari ke-29 dan bulan wujud atas ufuk

*1978

*Muktamar Hilal bagi Penentuan Permulaan Bulan Hijriah di Istanbul, Turki

*Bahawa asal hukum ialah rukyah, sama ada dengan mata kepala atau dengan menggunakan alat-alat moden,

*Bahawa bagi menentukan kemungkinan penglihatan anak bulan itu mesti memenuhi dua syarat utama iaitu:

*Kedudukan matahari dan bulan waktu matahari jatuh tidak kurang daripada lapan darjah

*Ketinggian anak bulan pada ketika matahari jatuh tidak kurang daripada lima darjah.

*1978 – 1983

*Rukyah semata-mata

*1984

*Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menerima pakai Deklarasi Istanbul 1978 dengan tambahan syarat alternatif:

*Umur hilal pada ketika matahari masuk pada hari rukyah tidak kurang daripada lapan jam selepas ijtimak.

*1984 hingga sekarang

*Rukyah dan hisab falak

*Semasa Pertemuan Tidak Rasmi Majlis Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) kali pertama yang diadakan di Bandar Seri Begawan pada tahun 1989, ketetapan telah dibuat untuk mengadakan penyelarasan dalam penyediaan takwim Hijrah di kalangan negara-negara anggota.

*Pada 4 November 1991, Mesyuarat Jawatankuasa Menetapkan Awal Puasa dan Hari Raya mengubahsuai Kriteria Imkanur Rukyah

*Ketika matahari ghurub, ketinggian hilal kurang daripada dua darjah dan jarak lengkung bulan-matahari kurang daripada tiga darjah atau

*Ketika hilal terbenam, umurnya kurang lapan jam bagi penentuan dua bulan utama (Ramadan dan Syawal) dan kaedah Wujudul Hilal bagi bulan-bulan lain

*Pada 1 Jun 1992, Pertemuan Tidak Rasmi MABIMS di Labuan bersepakat untuk menerima pakai kriteria tersebut

*Pada 16 Jun 1994, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-167 bersetuju agar penentuan Hari Raya Aidiladha (sehari selepas wukuf di Padang

*Arafah) dipinda kepada penentuan berdasarkan Kriteria Imkanur Rukyah

*Mulai 1996, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam menetapkan penggunaan kaedah Imkanur Rukyah bagi semua bulan.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 8:27 AM   0 comments
Perang untuk pertahankan Islam
Tuesday, September 26, 2006
Utusan Malaysia, 26 september 2006

Islam

DR. ABDUL HALIM MAT DIAH.

ISLAM, sesuai dengan namanya, merupakan agama yang sejahtera. Ia bukanlah agama yang mengajak umatnya melakukan keganasan walaupun berjihad memang dituntut oleh agama.

Tuntutan berjihad ini dijelaskan dalam firman Allah, Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah di jalan-Nya supaya kamu beroleh kejayaan. (Al-Maidah: 35)

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto ASWAD YAHAYA menemu bual pensyarah Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Abdul Halim Mat Diah bagi mengupas persoalan jihad.

Apakah maksud jihad menurut pandangan Islam?

DR. ABDUL HALIM: Menurut Islam, jihad adalah memperjuangkan Islam secara bersungguh-sungguh dengan cara damai. Kebenaran mengangkat senjata atau berperang hanya apabila umat Islam diganggu atau diperangi oleh golongan bukan Islam. Ini bermakna kebenaran berperang adalah bagi mempertahankan diri.

Menurut ulama sejarah, peperangan dalam Islam berlaku dalam rangka perdamaian sebab golongan kafir musyrikin tidak mengenali erti damai sebelum berperang.

Perdamaian dengan Israel tidak akan berlaku kalau bukan kerana serangan mengejut pihak Arab ke atas benteng terkuat Yahudi di Benteng Barlev, Semenanjung Sinai pada 10 Oktober 1973. Konflik itu seterusnya membawa kepada Perjanjian Oslo pada 1993 yang ditandatangani di Kem David, Amerika Syarikat (AS).

Jihad pada umumnya bermaksud melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Ini termasuk dalam menuntut ilmu dan dari segi ekonomi seperti membantu membangunkan umat. Contohnya, menolong orang yang susah.

Bagaimanakah penyebaran Islam dilakukan pada zaman Rasulullah dan para sahabat?

Islam diturunkan oleh Allah sebagai rahmat kepada sekalian alam. Justeru, kita diperintah menyebarkan agama suci ini kepada seluruh umat melalui cara dakwah.

Pada awal kedatangan Islam di Mekah, umat Islam masih lemah dan berada di bawah kekuasaan pemerintah yang bersifat primitif atau ganas. Islam pada ketika itu disebarkan secara sembunyi-sembunyi. Selepas tiga tahun, barulah kegiatan dakwahnya dijalankan secara terang-terangan.

Keadaan ini membawa kepada penentangan yang keras terhadap Rasulullah dan para sahabat termasuklah pemulauan oleh kaum Quraisy serta usaha membunuh Nabi tetapi Allah menyelamatkan baginda.

Inilah juga antara sebab yang mendorong baginda berhijrah ke Madinah selepas menerima wahyu Allah.

Pada prinsipnya, penyebaran Islam adalah secara damai tetapi kadang-kadang berlaku juga peperangan. Cuma tujuannya bukan memerangi orang lain tetapi untuk mempertahankan hak umat Islam.

Baru-baru ini Pope Benedict XVI menimbulkan kemarahan umat Islam akibat ucapannya yang mengecam Nabi Muhammad s.a.w. termasuk mengaitkan penyebaran Islam melalui pedang. Adakah terdapat muslihat di sebalik dakwaan tersebut?

Saya berpendapat Pope mempunyai motif provokasi agar umat Islam melatah. Apabila melatah dengan melakukan kekerasan, misalnya merosakkan gereja, ia menjadi alasan untuk mereka ‘melibas’ umat Islam. Ini kerana kekuasaan dunia berada pada tangan mereka di mana satu-satunya kuasa besar yang boleh mengatasi kuasa lain ialah AS. Mereka ini sedang memburu umat Islam di seluruh dunia atas dakwaan melakukan keganasan.

Pendapat Pope itu pastinya tidak benar. Orang Arab Quraisy memeluk Islam kerana terpikat melihat keindahan agama tersebut yang tidak ada tolok bandingnya. Malah, ada antara mereka yang mempersoalkan mengapa mahu memusuhi Muhammad sedangkan Islam mengajar hidup bersaudara, jangan bunuh-membunuh sebagaimana yang menjadi amalan masyarakat itu, jangan menipu dan jangan mengkhianati jiran tetangga.

Apakah kaedah Islam dalam hal peperangan terhadap golongan kafir?

Islam menetapkan peraturan tertentu termasuk dalam bab perang, antaranya jangan membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan orang awam yang tidak terlibat dalam perang.

Saidina Umar al-Khattab, misalnya, berpesan kepada bala tentera Islam yang memasuki Palestin supaya mematuhi perintah Allah yang disebutkan di atas. Ditambah dengan arahan jangan merosakkan gereja.

Hasilnya, di mana sahaja daerah, negeri atau negara yang dipimpin oleh Islam tidak wujud penindasan ke atas penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing.

Ini berlawanan dengan serangan golongan kafir Moghul ke atas Baghdad pada 1492. Mereka menghancurkan tamadun dari segi binaan dan juga buku-buku sehingga diberitakan Sungai Furat berwarna kebiru-biruan akibat tinta yang keluar selepas ia dibakar dan dibuang ke sungai tersebut.

Malah, mereka turut menjadikan masjid sebagai kandang kuda. Namun, akhirnya mereka ini memeluk Islam dan ada antara keturunan tersebut yang menjadi penguasa seperti Raja Moghul yang membina Taj Mahal. Tinggalan pemerintah Islam Moghul menjadi tarikan pelancong sehingga kini.

Pada masa yang sama Islam menegaskan jika musuh cenderung untuk berdamai, maka hendaklah kita berbuat demikian. Ini bertepatan dengan firman Allah, Dan jika mereka cenderung kepada perdamaian, maka cenderunglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui. (Al-Anfaal: 61)

Adakah kemungkinan usaha-usaha memburukkan Islam ini dibuat kerana ada pihak bimbang melihat Islam semakin berkembang sekarang?

Menurut kajian, agama Islam ialah pesaing kuat kepada Kristian di Eropah dan AS. Kepesatan penyebaran Islam membawa kepada ramai penduduk Eropah memeluk Islam akhir-akhir ini. Malah kajian di AS mendapati penduduk Islam adalah lebih ramai berbanding orang Yahudi.

Pada masa yang sama, kedudukan umat Islam dari segi akademik, ekonomi dan kemajuan sains dan teknologi kini semakin mapan. Malah, ada pihak mendakwa kemajuan sains di AS adalah hasil sumbangan orang Islam di sana.

Jadi, ada rasa cemburu Kristian dan Barat bahawa mungkin suatu hari kelak Islam akan mengatasi Kristian di Eropah.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan untuk mengatasi tohmahan-tohmahan golongan terbabit terhadap Islam?

Pertama, umat Islam mesti menunjukkan bahawa kita ialah umat yang cintakan kedamaian dan berusaha menjauhi tindakan yang boleh ditafsir sebagai keganasan. Namun, perlu juga diingat bahawa keganasan itu ialah senjata orang yang ditindas.

Mereka tidak mungkin dapat melawan tentera musuh secara bersemuka disebabkan ketidakseimbangan dari segi kelengkapan ketenteraan dan sebagainya. Sebab itu, mereka menyerang secara tersembunyi.

Kita juga perlu membuat kajian punca berlakunya keganasan dan adakah benar ia dilakukan oleh umat Islam. Atau ia dilakukan oleh mereka yang ingin menjatuhkan Islam atau ejen-ejen pihak tertentu bagi mencari alasan menghancurkan Islam. Ini ditegaskan dalam firman Allah, Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. (Al-Baqarah: 120)

Orang Kristian termasuk Pope sebagai pemimpin tertinggi katolik perlu mempelajari Islam melalui al-Quran dan hadis. Ia perlu menjadi metod dalam mengenali Islam supaya perselisihan antara umat dapat dikurangkan. Adalah penting Pope mengenali agama lain berdasarkan agama itu dan bukannya sikap prejudis.

Ulama Islam juga perlu meningkatkan kefahaman tentang Kristian supaya wujud toleransi antara penganut pelbagai agama. Ini dijelaskan dalam al-Quran, Untukmu agamamu dan untukku agamaku. (al-Kafirun: 6)

Perbincangan atau forum menjelaskan Islam sebenar perlu diperhebatkan. Kalau ada pun orang Islam yang ekstrem, ia bukan kerana ajaran agamanya begitu. Sebaliknya, ia disebabkan mereka tidak mengenali Islam secara syumul.

Seperkara lagi yang boleh diusahakan adalah mengadakan dialog peradaban dalam kalangan para ulama dan cendekiawan di peringkat kelas tinggi untuk memahami antara satu sama lain.

Islam menerima kenabian Nabi Musa dan Isa sebagaimana Yahudi dan Nasrani tetapi mereka tidak dapat menerima hakikat Muhammad sebagai Nabi hanya kerana baginda bukan berasal daripada keturunan merek

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 8:13 AM   0 comments
Bersahurlah walaupun sedikit
Utusan Malaysia, 26 september 2006

SOALAN: Adakah bersahur merupakan salah satu daripada syarat-syarat sah puasa?

JAWAPAN

Hukum bersahur itu adalah sunat sahaja dan ia bukannya syarat sah puasa. Ia merupakan amalan Nabi s.a.w.. Oleh itu kita digalakkan mengerjakannya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan. (Mutafaq alaih)

Kita disunatkan bersahur dan melewatkan waktunya. Bersahur juga dapat menguatkan tubuh badan, meringankan kepayahan berpuasa kerana kurangnya masa menahan lapar dan dahaga. Agama Islam sentiasa memberi kemudahan dan galakan agar manusia suka melakukan amal ibadat kepada Allah. Sunat menyegerakan waktu berbuka dan melewat-lewatkan waktu bersahur.

Umat Islam digalakkan bersahur walaupun sedikit. Memadailah dengan sebiji kurma atau seteguk air. Amalan ini adalah amalan Rasulullah. Di samping itu ia juga dapat mendidik jiwa. Jika kita bangun bersahur kita akan beringat-ingat dan berjaga-jaga sebelum fajar. Waktu itu jugalah Allah akan membesar-besarkan hamba-Nya, menerima permintaan hamba-Nya, bersedia mengampuni dosa hamba-Nya dan menerima amalan yang soleh.

Bayangkanlah betapa besarnya faedah yang akan diperoleh berbanding dengan orang yang hanya tidur dan tidak bersahur pada waktu itu.

Sumber: Dr. Yusuf al-Qardawi, Fatwa Masa kini (Terjemahan 1 & 2), Pustaka Salam Sdn. Bhd..

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Sekretariat Sudut Hukum IKIM di talian 03-6204 6219 dan 03-6204 6253 atau layari laman web www.ikim.gov.my/suduthukum.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 8:11 AM   0 comments
Tuhfatur Raghibin bicara firqah akidah
Berita harian, 26 september 2006


TIDAK banyak kitab Melayu/jawi yang membicara dan membandingkan pelbagai firqah akidah (73 firqah/golongan) dalam bahasa Melayu. Ia termasuk pada peringkat awal yang ditulis pada 1188 hijrah/1774 masihi oleh Syeikh Muhammad Arsyad bin ‘Abdullah al-Banjari.

Judul kitab itu Tuhfah ar-Raghibin fi Bayan Haqiqah Iman al-Mu'minin wa ma Yufsiduhu min Riddah al-Murtaddin. Selanjutnya disingkat dengan Tuhfah ar-Raghibin.

Sekurang-kurangnya ada tiga kitab dalam bahasa Melayu diberi judul dengan singkatan Tuhfah ar-Raghibin dengan kandungan berbeza.

Sebuah lagi ialah Tuhfah ar-Raghibin karya Syeikh Daud bin ‘Abdullah dan yang terakhir ialah Tuhfah ar-Raghibin karya Syeikh Husein bin Sulaiman al-Funtiani (Pontianak).

Walaupun pernah ada pendapat bahawa Tuhfatur Raghibin adalah karya Syeikh ‘Abdus Shamad al-Falimbani, semuanya sudah saya jawab sebelum ini. Justeru, dalam artikel ini tidak perlu dibicarakan lagi.

Dalam artikel ini secara pasti adalah karya Syeikh Muhammad Arsyad bin ‘Abdullah al-Banjari. Saya mulakan dengan beberapa manuskrip salinan yang dijumpai. Salinan yang tertua pada1209H/1794M. Bererti penyalin hidup sezaman dengan pengarangnya Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari (meninggal dunia 1227 H/1812 M). Mungkin sahabatnya atau muridnya.

Salinan lain dilakukan Mustafa bin Abdul Ghafur al-Banjari pada Rabu, 3 Zulhijah 1237/21 Ogos 182.

Salinan satu lagi oleh Muhammad Nuruddin ibnu Haji Abdul Ghafur al-Fathani pada 12 Rabiulakhir 1293/5 Jun 1876. Disalin semula oleh Ahmad ibnu al-Marhum Raman pada 8 Rabiulakhir 1299/27 Mac 1882.

Di Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia pula tersimpan beberapa manuskrip Tuhfatur Raghibin, antaranya MS 5, salinan Haji Muhammad bin Abdullah, pada Sabtu 11 Zulhijah 1292/8 Januari 1876 di Kampung Parnu, Melaka.

Tuhfatur Raghibin dalam edisi cetakan terawal dilakukan di Istanbul, Turki. Ia diusahakan Syeikh Ahmad al-Fathani dan dicetak Mathba'ah al-Haji Muharram Afandi. Edisi cetakan kedua dapat dibuktikan sebagai karangan Syeikh Muhammad Arsyad bin ‘Abdullah al-Banjari atas usaha salah seorang keturunan beliau iaitu Syeikh Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari, Mufti Kerajaan Inderagiri.

Cetakan yang menyatakan karangan Syeikh Muhammad Arsyad bin ‘Abdullah al-Banjari dilakukan Mathba’ah Al-Ahmadiah, Singapura, 1347 H, dinyatakan: “... Tuhfatur Raghibin ...ta'lif (maksudnya: karangan, pen:) al-'Alim al-'Allamah asy-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari ...”. Di bawahnya tertulis: “Telah ditashhihkan risalah oleh seorang daripada zuriat muallifnya, iaitu ‘Abdur Rahman Shiddiq bin Muhammad ‘Afif mengikut bagi khat muallifnya sendiri ...” Di bawahnya lagi tertulis, “Ini kitab sudah cap dari negeri Istanbul fi Mathba'ah al-Haji Muharram Afandi.”

Di antara kandungan terpenting Tuhfatur Raghibin ialah membicarakan firqah (golongan) pemikiran akidah dalam Islam. Mengenai perkara ini, Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari memetik hadis yang beliau terjemah sebagai berikut: “Bahawasanya, adalah kaum Bani Israil bercerai-cerai (terpecah, pen:) mereka itu kemudian daripada Nabi Musa tujuh puluh tiga kaum, sekaliannya di dalam neraka, melainkan satu kaum yang masuk syurga. Dan bercerai mereka itu kemudian daripada Nabi Isa, tujuh puluh dua kaum, sekaliannya di dalam neraka, melainkan satu kaum yang masuk syurga. Dan lagi akan bercerai-cerai umatku kemudian daripadaku tujuh puluh tiga kaum, sekaliannya itu isi neraka melainkan satu kaum jua yang masuk syurga.” Maka sembah segala sahabat, “Siapa yang satu kaum itu, ya Rasulullah?” Maka sabda Rasulullah SAW: “Iaitu yang aku di dalamnya dan segala sahabatku.”

Menyentuh golongan tasawuf, ada golongan sufi dikecam keras oleh Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari, sebaliknya ada pula sufi yang beliau bela. Sebagai contoh Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari menyebut bahawa golongan wujudiyah terbahagi kepada dua iaitu wujudiyah mulhid dan wujudiyah muwahhid.

Takrif istilah mulhid beliau huraikan pada beberapa tempat, di antaranya kata beliau: “... mulhid dan dinamakan akan dia zindiq.”

Pada halaman lain Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari menulis: “Maka kunyatakan pula akan iktikad kaum mulhid yang bersufi-sufi diri seperti yang telah dinyatakan zindiq oleh Imam Ghazali, dan Syeikh Abu an-Najid Syahruardi, dan Imam Najamuddin Umar an-Nasafi, dan lainnya ... Syahdan adalah kaum yang bersufi- sufi diri itu amat sesatlah mereka itu, tiada patut dinamai akan dia sufi. Hanya terutama dinamai akan dia kafir atau fask...” Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari menegaskan, “Iktikad mulhid lagi zindiq sepatutnya dibunuh akan dia, jika ia enggan daripada taubat.”

Ketegasan itu dikemukakan Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah disebabkan golongan mulhid mengiktikadkan bahawa bagi mereka tidak perlu lagi menjalankan syariat kerana ia hanya untuk orang awam saja. Golongan mereka melangkaui syariat kerana ibadat mereka adalah semata-mata batin.

Mengenai istilah wujudiyah muwahhid katanya: “... iaitu segala ahli sufi yang sebenarnya. Dan dinamai akan mereka itu wujudiyah kerana adalah bahas, dan perkataan, dan iktikad mereka itu pada wuju Haq Taala.”

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 7:28 AM   0 comments
Sejarah terawih
Monday, September 25, 2006
Utusan Malaysia, 25 september 2006

MENURUT buku Ensiklopedia Malaysiana, terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas, mengambil udara baru dan seumpamanya. Dalam erti kata yang khusus, terawih ialah ibadat sembahyang pada bulan Ramadan.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Aishah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. melakukan solat terawih di masjid beberapa malam (ada yang mengatakan empat malam) dalam bulan Ramadan bersama-sama para sahabat.

Pada malam kelima dan seterusnya hingga ke akhir bulan Ramadan, Baginda melakukan ibadat ini di rumah. Ini kerana Baginda bimbang para sahabat tersalah anggap dan menjadikannya sebagai sembahyang fardu dan sudah tentu sukar bagi mereka untuk melakukannya.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Huzaimah dan Ibnu Hibban daripada Jabir bahawa Nabi Muhammad s.a.w. melakukan solat terawih sebanyak lapan rakaat, setelah itu diikuti solat witir.

Saidina Umar bin Al-Khatab ialah orang pertama yang mengerah umat Islam menunaikan solat terawih berjemaah. Sewaktu beliau menjadi khalifah, solat terawih dilakukan sebanyak 20 rakaat dan ditambah dengan tiga rakaat solat witir.

Kebiasaannya Saidina Umar bersolat terawih selepas solat Isyak pada setiap malam bulan Ramadan.

Pada zaman ini di kebanyakan negara umat Islam menunaikan solat terawih secara berjemaah di masjid selepas solat Isyak.

Pengikut Mazhab Maliki bersolat terawih sebanyak 36 rakaat pada setiap malam Ramadan dan jumlah bagi seluruh bulan Ramadan ialah 1,080 rakaat. Mazhab Syiah pula menggalakkan dilakukan 1,000 rakaat terawih dalam tempoh sebulan Ramadan.

Di Masjid Al-Haram Mekah, sembahyang terawih dilakukan oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali terawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.

Solat terawih termasuk solat tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Solat terawih dikategorikan sebagai sunat muakkad yang sangat dituntut dilakukan oleh umat Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara sendirian atau berjemaah.

Menurut Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah.

Wujud kekhuatiran ada kemungkinan ia menimbulkan riak atau sifat malas individu yang menyimpang daripada tujuan utama untuk berkumpul dalam satu jemaah. Barangkali orang yang berpegang pada alasan tersebut ingin berkata bahawa melakukan solat lebih baik daripada meninggalkannya kerana malas (bila sendirian) dan lebih baik daripada riak (solat berjemaah).

Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat terawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat. Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadat itu mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap Penciptanya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 12:58 PM   0 comments
Abdul Qadir Tuan Minal ulama dan ayah seorang pejuang
Utusan Malaysia, 25 september 2006

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

SYEIKH Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani (Tuan Minal) termasuk salah seorang ulama yang diminati ramai umat Islam di dunia Melayu. Ada e-mel yang saya terima meminta saya menulis tentang beliau.

Sebenarnya latar belakang ulama ini telah dimuatkan dalam halaman Agama Utusan Malaysia pada 18 Oktober 2004. Ulama yang telah ditulis mengenai dirinya tidak perlu ditulis ulang. Namun yang masih perlu disambung adalah mengenai keturunannya yang menjadi ulama.

Lima anak laki-laki Tuan Minal al-Fathani tercatat dalam sejarah menjadi ulama belaka. Salah seorang antara mereka ialah Syeikh Abdul Qadir bin Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani. Syeikh Abdul Qadir al-Fathani ialah seorang ulama. Beberapa anak dan keturunan beliau pun ramai yang menjadi ulama.

Salah seorang antara anak beliau yang menjadi ulama dan sangat besar pengaruhnya bagi umat Islam Patani ialah Haji Sulong al-Fathani. Hampir-hampir tidak terdapat seorang pun orang Islam yang berasal dari Patani yang tidak pernah mendengar sebutan nama Haji Sulong. Beliau diakui oleh masyarakat Patani sebagai Bapa Perjuangan Patani. Daripada keabadian sejarah inilah dijadikan keterangan judul artikel ini iaitu Abdul Qadir Tuan Minal: Ulama dan Ayah Seorang Pejuang.

Adik-beradik Syeikh Abdul Qadir bin Tuan Minal al-Fathani semuanya sempat menerima pendidikan langsung daripada Tuan Minal sendiri sama ada di Pondok Patani mahupun di pondok Sungai Dua, Seberang Perai.

Mereka ialah Haji Daud, Haji Abdul Qadir (yang sedang diriwayatkan), Haji Muhammad Soleh, Haji Umar, Haji Hasan dan Hajah Fatmah.

Antara mereka yang paling terkenal ialah Haji Muhammad Soleh al-Fathani yang menghasilkan sebuah kitab tentang tajwid judul Sirajul Qari yang tersebar di seluruh dunia Melayu. Haji Muhammad Soleh al-Fathani wafat di Mekah pada pagi hari Rabu, pukul 11 pagi, 15 Zulhijjah 1308 H/1890 M. Tetapi pada cetakan 1331 H/1912 M oleh percetakan yang sama, dinyatakan bahawa pengarangnya wafat pada tahun 1309 H/1891 M.

Syeikh Haji Muhammad Soleh al-Fathani juga menggubah untaian syair bercorak sastera klasik gurindam dalam Kasyful Litsam karya ayahnya, Tuan Minal.

Haji Umar bin Tuan Minal menghasilkan beberapa karya, antaranya Risalah Pada Menyatakan Sebab Jadi Murtad.

Demikian juga saudaranya, Haji Hasan bin Tuan Minal al-Fathani yang menghasilkan penulisan berjudul Pungutan Kanak-Kanak. Haji Hasan mendapat dua anak, yang menjadi ulama bernama Haji Muhammad, dan yang seorang lagi bernama Abdur Rahman. Haji Abdur Rahman ini ialah ayah kepada Ustaz Uthman Fauzi yang mendapat pendidikan di Universiti Azhar, Mesir.

Anak perempuan Tuan Minal al-Fathani juga menurunkan beberapa orang ulama. Hajah Fatmah binti Tuan Minal al-Fathani berkahwin dengan Tuan Guru Haji Abdur Rasyid Bandar Patani. Mereka mendapat anak bernama Ya’qub dan Hajah Khadijah. Khadijah (cucu Tuan Minal al-Fathani) kahwin dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz yang merupakan murid Syeikh Ahmad al-Fathani. Haji Abdul Aziz membuka pondok pengajian. Daripada perkahwinan itu mereka memperoleh anak bernama Haji Abdul Wahhab. Haji Abdul Wahhab bin Tuan Guru Abdul Aziz pernah menjadi Ketua Majlis Agama Islam Patani. Selain itu Haji Abdul Wahhab juga memimpin sebuah pondok pengajian di tempatnya.

PERKAHWINAN DI MUAR

Menurut riwayat, Sultan Abu Bakar dari Johor pada tahun 1296 H/1879 M mulai berkenalan dengan Syeikh Ahmad al-Fathani di Istanbul, Turki. Selanjutnya Syeikh Ahmad al-Fathani pernah datang ke Johor menziarahi beberapa orang muridnya. Salah seorang yang ikut dalam rombongan Syeikh Ahmad al-Fathani ke Johor ialah muridnya Syeikh Abdul Qadir bin Tuan Minal al-Fathani. Di Muar, rombongan Syeikh Ahmad al-Fathani ditempatkan di rumah muridnya yang merupakan antara orang yang kaya di Muar pada zaman itu.

Anak orang kaya Muar itu yang bernama Shafiyah dikahwinkan dengan Syeikh Abdul Qadir bin Tuan Minal al-Fathani. Shafiyah kemudian lebih dikenali dengan nama Mik Muar saja di Patani. Perkahwinan itu memperoleh tujuh orang anak. Haji Sulong ibunya bukan Mik Muar tetapi adalah daripada isteri Syeikh Abdul Qadir bin Tuan Minal al-Fathani yang berasal dari Kelantan.

Setelah Syeikh Abdul Qadir bin Tuan Minal al-Fathani kahwin dengan Mik Muar, beliau tinggal di Muar selama beberapa tahun dan sempat mengajar berjenis-jenis kitab di Muar dan tempat-tempat lain di Johor. Daripada perkahwinan Syeikh Abdul Qadir bin Tuan Minal al-Fathani dengan Mik Muar, tersebarlah ramai keturunannya di Patani dan Kelantan. Namun mereka terputus maklumat kekeluargaan dengan keluarga Mik Muar yang berada di Muar.

Cukup sukar bagi saya menjejaki kewarisan keluarga tersebut yang berada di Muar kerana orang kaya Muar (ayah Mik Muar) yang dimaksudkan nama beliau tidak diketahui oleh keturunannya yang berada di Patani. Yang mereka ceritakan hanya rumahnya di seberang sungai Muar merupakan rumah yang paling besar di Muar, berpagar tinggi dan mempunyai pintu gerbang yang bertanda anak kunci besar di atas pintu gerbang itu.

Rumah tersebut kemungkinan sudah tiada lagi kerana Syeikh Abdul Qadir bin Tuan Minal al-Fathani berkahwin di Muar sekitar 80 atau 90 tahun lalu. Melalui artikel ini saya minta bantuan siapa saja yang mengetahui tentang kewarisan ini supaya menghubungi saya dengan tujuan menghubungkan kembali silaturahim yang telah terputus dan sekali gus dapat menyelesaikan banyak masalah selain memberikan penulisan sejarah yang lebih jelas.

Menurut riwayat, Syeikh Abdul Qadir bin Tuan Minal al-Fathani telah berkahwin beberapa kali. Yang dapat dipastikan menjadi ulama ialah Haji Sulong dan Haji Abdur Rahim. Perkahwinan Syeikh Abdul Qadir bin Tuan Minal al-Fathani dengan Shafiyah (Mik Muar) memperoleh tujuh anak iaitu Zainab, Maryam, Abdullah, Muhammad Nur, Khadijah, Mahmud dan Fatimah. Riwayat Haji Sulong akan saya bicarakan dalam artikel tersendiri menerusi tulisan lain dalam halaman Agama Utusan Malaysia, tetapi kerana terdapat sedikit kemusykilan nama beliau maka di sini dirasakan perlu saya memberi sedikit keterangan.

Karya-karya Haji Sulong semuanya menggunakan nama Haji Muhammad Sulum bin Abdul Qadir bin Muhammad al-Fathani. Dalam penelitian saya dan selepas berbahas dengan beberapa ahli keluarga ini, antaranya Haji Muhammad Amin bin Haji Sulong, Hajah Nik Wan Nafisah isteri Abdullah bin Syeikh Abdul Qadir bin Tuan Minal al-Fathani, bahawa memang tidak terdapat anak Syeikh Zainal Abidin (Tuan Minal) al-Fathani bernama Muhammad.

Kami berkesimpulan bahawa munculnya nama ‘Muhammad’ yang dikatakan ayah kepada Syeikh Abdul Qadir Tuan Minal al-Fathani hingga kini belum diketahui sebab-sebabnya. Kemungkinan ia memang sengaja ditulis oleh Haji Sulong seperti demikian kerana dirujuk kepada Muhammad ayah Tuan Minal sendiri.

Haji Sulong ketika remaja selalu mengikut ayahnya Syeikh Abdul Qadir bin Tuan Minal al-Fathani belajar dengan Syeikh Ahmad al-Fathani. Kesan kewibawaan dan kepimpinan Syeikh Ahmad al-Fathani tidak dapat dinafikan sebati dalam diri Haji Sulong. Dapat disimpulkan bahawa Haji Sulong ialah kader politik tempaan Syeikh Ahmad al-Fathani walaupun Haji Sulong ketika itu masih muda.

Haji Sulong ialah kader politik termuda Syeikh Ahmad al-Fathani; yang agak tua sedikit ialah Nik Mahmud bin Ismail Kelantan, yang kemudian setelah pulang ke Kelantan dikenali sebagai Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan.

Haji Sulong ialah seorang ulama besar Patani pada zamannya. Beliau merupakan pembangkit Revolusi Patani Merdeka pada zaman moden Pada zaman Perang Dunia Kedua. Pergerakan ulama Patani yang membuat tuntutan kemerdekaan, yang Haji Sulong dilantik sebagai ketuanya, dinamakan Hai-atun Nafaz al-Ahkam asy-Syar'iyah.

Mengenai kisah keulamaan dan ketokohan Haji Sulong yang hilang tanpa diketahui di mana kuburnya itu akan dibicarakan dalam satu siri tersendiri yang lebih lengkap.

Saya mula berkenalan dengan Haji Muhammad Amin bin Haji Sulong sejak tahun 1970. Banyak perkara yang dibicarakan terutama tentang sejarah ulama.

Beberapa tahun sebelum Haji Muhammad Amin meninggal dunia, selama dua hari dua malam kami sama-sama berada di rumah Abdullah Syam di Kota Bharu, Kelantan. Abdullah Syam juga ialah salah seorang cucu Syeikh Abdul Qadir Tuan Minal al-Fathani daripada isterinya Mik Muar.

Daripada Haji Muhammad Amin, saya memperoleh riwayat yang lengkap tentang Haji Abdur Rahim bin Syeikh Abdul Qadir Tuan Minal al-Fathani. Menurut Haji Muhammad Amin, Haji Abdur Rahim ialah seorang ulama besar yang sukar kita bandingkan pencapaian keilmuannya dengan Haji Sulong. Haji Abdur Rahim pernah menjadi Penolong Kadi di Pulau Pinang, pernah mengajar di Pulau Dua dalam Burma (sekarang Myanmar) dan pernah membuka pondok pengajian di Phuket, Thailand. Beliau juga pernah mengajar di Pasir Mas, Kelantan dan mengajar di Kampung Sirih Jabat, Patani.

Haji Abdur Rahim al-Fathani mendapat pendidikan daripada abangnya Haji Sulong dan selanjutnya belajar di Mekah. Berbeza dengan Haji Sulong yang sempat meninggalkan beberapa karya, Haji Abdur Rahim tidak diketahui sama ada beliau meninggalkan karya atau tidak.

Anak Syeikh Abdul Qadir bin Tuan Minal al-Fathani yang perempuan daripada isterinya Shafiyah (Mik Muar) ialah Hajah Zainab yang berkahwin dengan seorang alim bernama Haji Daud yang membuka pondok pengajian di Legor, Thailand. Saudaranya yang lain bernama Hajah Maryam. Beliau ialah seorang ahli dalam bacaan al-Quran dan mengajar al-Quran termasuk hukum-hukum tajwid.

Anak beliau yang laki-laki pula ialah Abdullah. Beliau bukan seorang ulama tetapi menjadi Blat (Ketua Pemerintahan) di Daerah Penarik. Blat Abdullah berkahwin dengan Hajah Wan Nafisah bin Qadhi Haji Wan Ismail Jambu al-Fathani. Sama ada Blat Abdullah mahupun isterinya, Hajah Wan Nafisah (saudara sepupu saya), yang saya mula mengenali mereka pada tahun 1970, saya banyak mendengar pelbagai kisah mengenai keluarga besar yang diriwayatkan ini.

Walaupun Blat Abdullah ialah adik-beradik seayah dengan Haji Sulong, beliau tidak bercerita banyak tentang abangnya itu, kemungkinan berasa takut dengan pihak-pihak tertentu dalam kerajaan Thailand. Ia jauh berbeza dengan Haji Muhammad Amin, anak Haji Sulong sendiri. Haji Muhammad Amin tidak pernah berasa takut kepada siapa pun ketika menceritakan tentang peristiwa ayahnya Haji Sulong yang hilang secara misteri itu.

Haji Muhammad Amin berhasil menerbitkan wasiat terakhir Haji Sulong dalam sebuah karya yang diberi judul Gugusan Cahaya Keselamatan yang selesai ditulis semasa dalam penjara di Legor pada 3 Zulkaedah 1368 H/28 Ogos 1949 M. Karya ini sangat penting bagi bangsa Melayu-Patani. Cetakan pertama diterbitkan pada tahun 1377 H/1958 M.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 12:55 PM   0 comments
Muzium Kesenian Islam anjur tadarus al-Quran sempena Ramadan
Sunday, September 24, 2006
Harakahdaily, 24 september 2006

Sun | Sep 24, 06 | 03:33:31 PM
Oleh Nyza Ayob

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Hrkh) - Tadarus al-Quran merupakan salah satu aktiviti yang digalakkan untuk menambah keberkatan di bulan Ramadan penuh kemuliaan ini dan sejajar dengan tujuan murni tersebut, Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) melancarkan program Tadarus Al-Quran, bersempena dengan pameran 'Al-Quran - Kesucian Seni Wahyu dan Ilmuan Islam'.

Program yang diadakan secara percuma ini terbuka kepada orang ramai dan diadakan setiap hari sepanjang bulan Ramadan bermula hari ini sehingga 18 Oktober.

Selain bertujuan sebagai pengisian dan penghayatan Ramadan, program tadurus ini juga disifatkan sebagai memenuhi tanggungjawab sosial kepada masyarakat Islam. Selain itu, program tersebut juga dilancarkan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan pengunjung MKIM yang bertempat di Jalan Lembah Perdana, Kuala Lumpur.

Sehingga hari ini, kira-kira 100 orang peserta telah mendaftar untuk menyertai tadarus yang merangkumi bacaan 30 juzuk Quran ini.

Sementara itu, di tempat yang sama hari ini, bersempena dengan pameran 'Al-Quran - Kesucian Seni Wahyu dan Ilmuan Islam' diadakan Pertandingan Pengujian Azan. Kira-kira 30 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah menyertai perandingan ini.

Selain itu, pihak MKIM juga turut menganjurkan pertandingan kaligrafi, kuiz , pertandingan melukis dan mewarna serta seminar bersiri Al-Quran dan Ilmuwan Islam. - mks.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 11:01 PM   0 comments
Jadual Imsak, Berbuka Puasa dan Waktu Solat


































Jadual Imsak, Berbuka Puasa dan Waktu Solat

Ramadhan 1427H

Kuala Lumpur dan Putrajaya












Hari Tarikh Hijri Tarikh Miladi Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak

Ahad 01-Ramadhan 24-Sep 5:37 5:47 7:02 1:09 4:14 7:10 8:19

Isnin 2 25 5:36 5:46 7:02 1:08 4:14 7:10 8:18

Selasa 3 26 5:36 5:46 7:02 1:08 4:14 7:09 8:18

Rabu 4 27 5:36 5:46 7:02 1:08 4:15 7:09 8:17

Khamis 5 28 5:36 5:46 7:01 1:07 4:15 7:08 8:17

Jumaat 6 29 5:35 5:45 7:01 1:07 4:15 7:08 8:17

Sabtu 7 30 5:35 5:45 7:01 1:07 4:15 7:07 8:16

Ahad 8 1-Oct 5:35 5:45 7:01 1:06 4:16 7:07 8:16

Isnin 9 2 5:35 5:45 7:01 1:06 4:16 7:06 8:15

Selasa 10 3 5:34 5:44 7:00 1:06 4:16 7:06 8:15

Rabu 11 4 5:34 5:44 7:00 1:05 4:16 7:06 8:15

Khamis 12 5 5:34 5:44 7:00 1:05 4:16 7:05 8:14

Jumaat 13 6 5:34 5:44 7:00 1:05 4:16 7:05 8:14

Sabtu 14 7 5:33 5:43 7:00 1:04 4:16 7:04 8:13

Ahad 15 8 5:33 5:43 6:59 1:04 4:16 7:04 8:13

Isnin 16 9 5:33 5:43 6:59 1:04 4:17 7:04 8:13

Selasa 17 10 5:33 5:43 6:59 1:04 4:17 7:03 8:12

Rabu 18 11 5:33 5:43 6:59 1:03 4:17 7:03 8:12

Khamis 19 12 5:32 5:42 6:59 1:03 4:17 7:03 8:12

Jumaat 20 13 5:32 5:42 6:58 1:03 4:17 7:02 8:12

Sabtu 21 14 5:32 5:42 6:58 1:03 4:17 7:02 8:11

Ahad 22 15 5:32 5:42 6:58 1:02 4:17 7:02 8:11

Isnin 23 16 5:31 5:41 6:58 1:02 4:17 7:01 8:11

Selasa 24 17 5:31 5:41 6:58 1:02 4:17 7:01 8:11

Rabu 25 18 5:31 5:41 6:58 1:02 4:17 7:01 8:10

Khamis 26 19 5:31 5:41 6:58 1:02 4:18 7:00 8:10

Jumaat 27 20 5:31 5:41 6:58 1:01 4:18 7:00 8:10

Sabtu 28 21 5:31 5:41 6:58 1:01 4:18 7:00 8:10

Ahad 29 22 5:30 5:40 6:58 1:01 4:18 7:00 8:10

Isnin 30 23 5:30 5:40 6:57 1:01 4:18 6:59 8:09
















Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 4:01 PM   0 comments
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com