Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Ibadat haji ubah persepsi Malcolm X mengenai warna kulit
Thursday, November 30, 2006
Utusan Malaysia, 30 november 2006

Susunan ZUNAIDAH ZAINON

MALCOLM X menempuh kehidupan penuh berliku sejak dari kecil hinggalah riwayatnya ditamatkan dalam satu pembunuhan pada 21 Februari 1965. Walaupun menyedari bahawa perjuangannya sentiasa mengancam nyawanya, beliau tidak pernah mengaku kalah dan berputus asa.

Semangat perjuangan mengalir dalam darah dagingnya lantaran dibesarkan dalam persekitaran yang mementingkan perbezaan warna kulit dan darjat. Orang kulit putih pula sentiasa menyekat penduduk kulit hitam daripada berjuang menuntut keadilan.

Dedikasi Malcolm X kepada orang kulit hitam sama seperti ayahnya, Reverend Little di mana kekuatannya lahir setelah keluarga mereka sekian lama hidup ditindas. Rumah yang mereka diami pernah dibakar dan dilepaskan tembakan. Kemuncak kepada sengketa ini ialah apabila ayahnya ditembak mati oleh orang kulit putih ketika Malcolm berusia enam tahun.

Dengan warna kehidupan yang dilaluinya, Malcolm dibuang sekolah ketika berumur 15 tahun. Kemudiannya, Malcolm menyara hidupnya dengan membesar di jalanan dengan menjadi samseng, pencuri, penyeluk saku dan tali barut. Selama lima tahun bergelumang dengan dunia yang semakin merosakkan nilai-nilai positif dalam dirinya, Malcolm ditahan polis dan meringkuk di penjara hinggalah berumur 27 tahun.

Tujuh tahun di penjara sebenarnya mengubah diri Malcolm apabila beliau banyak belajar tentang erti kehidupan daripada Elijah Muhammad dari Nation of Islam. Apabila dibebaskan pada 1952, Malcolm adalah seorang individu yang berbeza dan bukannya seorang remaja jalanan yang membesar dalam ruang lingkup menyesakkan.

Sejurus dibebaskan, beliau pergi ke Detroit dan melibatkan diri dalam aktiviti taifah di bawah tunjuk ajar Elijah Muhammad. Komitmennya terhadap Nation of Islam menjadikan beliau amat dikenali di peringkat antarabangsa. Beliau seringkali muncul di kaca-kaca televisyen dan majalah serta menyampaikan ceramah di serata tempat termasuklah di universiti.

Walaupun Malcolm sering mengungkapkan kata-kata ketidakadilan orang kulit hitam di Amerika, kesaksamaan perkauman dalam Nation of Islam menghalang beliau menerima orang kulit putih dengan hati terbuka. Selama 12 tahun, beliau berkhutbah dengan menyatakan bahawa orang kulit putih adalah jahat dan Elijah Muhammad sebagai pesuruh Allah.

Tetapi malangnya, kebanyakan imej Malcolm pada hari ini difokuskan kepada kehidupan masa silamnya walaupun perubahan dirinya jauh berbeza dan menyampaikan mesej kepada warga Amerika.

Pada 12 Mac 1964, didorong oleh perasaan kurang senang dalam Nation of Islam dan perbuatan tidak bermoral Elijah Muhammad, beliau meninggalkan pertubuhan tersebut dan berhasrat untuk menubuhkan organisasinya sendiri.

“Saya seolah-olah seorang lelaki yang sudah tertidur terlalu lama dan dikawal oleh seseorang. Saya juga merasakan apa yang saya fikir dan hendak lakukan sekarang adalah untuk diri sendiri.

Sebelum ini, segala tindakan saya adalah di atas panduan orang lain tetapi sekarang saya berfikir dengan sendiri,” katanya yang meninggalkan Elijah Muhammad ketika berumur 38 tahun.

Setelah meninggalkan Nation of Islam, beliau menceritakan pengalamannya berucap daripada satu universiti ke universiti yang lain terutamanya apabila beliau didatangi sekumpulan pelajar yang memiliki kombinasi warna kulit putih yang memperkenalkan diri mereka sebagai Islam dari negara Arab, Asia Barat atau Afrika Utara yang tinggal dan belajar di Amerika Syarikat.

“Mereka berkata, walaupun ada pelbagai dakwaan saya mengenai orang kulit putih, mereka merasakan saya ikhlas dalam menyatakan bahawa saya adalah Islam dan mereka merasakan jika saya didedahkan kepada konsep Islam sebenar, saya akan lebih memahami dan tertarik padanya,” jelasnya.

Namun sebagai pengikut Elijah, beliau dihalang untuk ambil tahu apa yang mereka nyatakan. Tetapi secara peribadi, selepas mempunyai banyak pengalaman, beliau menyoal diri sendiri, jika ada seorang yang ikhlas mengaku akan agama mereka, kenapa kita menghalangnya daripada menyebarkan pengetahuan agamanya?

“Kebanyakan orang Islam yang saya temui menyuruh saya berjumpa dengan Dr. Mahmoud Youssef Shawarb. Beliau kemudiannya memperkenalkan saya kepada orang surat khabar. Dia sangat mesra.

“Katanya, dia mengikuti segala perkembangan saya melalui akhbar. Selepas berbual sekian lama, dia sempat berpesan kepada saya suatu perkara yang masih saya ingat hingga ke hari ini iaitu tiada lelaki percaya sempurna hingga dia memintanya untuk saudaranya apa yang diminta untuk dirinya.” ujar Malcolm X yang mendirikan rumahtangga dengan Betty X di Lansing Michigan pada 1958. Perkahwinan itu dikurniakan enam cahaya mata perempuan iaitu Attallah, Qubilah. Ilyasah, Gamilah serta kembar Malaak dan Malikah.

Rentetan itu, beliau menunaikan fardu haji ke Tanah Sudi Mekah. Malah pengalamannya mengerjakan haji di Mekah semakin membuka mindanya mengenai isu perbezaan warna kulit.

“Lautan manusia berkumpul di lapangan terbang dengan berpakaian putih dan semuanya kelihatan sama. Anda mungkin seorang raja atau petani tetapi tiada siapa yang tahu.

“Kemudiannya, kami melaungkan Labbaikallah (Allahumma) Labbayka dan bergerak memasuki kapal terbang bersama-sama dengan orang berkulit putih, bermata biru, rambut perang, berambut kerinting dan berkulit gelap-semuanya dalam satu kapal terbang! Saya melihat inilah kekuasaan Allah s.w.t.,” katanya.

Tambahnya, di negara Barat, secara spesifik orang kulit putih bermaksud tingkah laku dan tindakan terhadap orang kulit hitam termasuklah yang bukan berwarna kulit putih. Tetapi dalam dunia Islam, beliau melihat tiada perbezaaan antara kulit hitam dan kulit putih. Beliau menyifatkan setiap saat beliau berada di Tanah Suci sebagai pengalaman yang memberi pandangan berbeza terhadap isu perkauman antara kulit putih dan hitam.

“Saya diberi peluang mengerjakan fardu haji ke Mekah. Saya juga telah membuat tujuh pusingan Kaabah diketuai oleh seorang mutawwaf muda yang saya kenali sebagai Muhammad. Di Mekah, saya juga berpeluang minum air daripada telaga zam zam.

“Saya berlari tujuh kali pergi balik antara bukit Safa dan Marwa. Malah saya turut mendirikan solat di Madinah dan Bukit Arafat,” cerita beliau dalam suratnya kepada pembantu peribadinya mengenai pengalaman di Mekah.

Dalam surat tersebut juga, beliau menceritakan bagaimana mereka berkongsi makan daripada pinggan yang sama, minum daripada cawan yang sama dan tidur di atas katil yang sama dan sembahyang berjemaah bersama-sama. Tiada sesiapa yang ambil kisah tentang warna mata, rambut yang lurus atau kerinting serta warna kulit.

Buat pertama kali dalam hidupnya, beliau merasakan terlalu ikhlas dengan Muslim kulit putih seperti mana beliau menerima orang Islam Afrika yang tinggal di Nigeria, Sudan dan Ghana.

Pulang dari mengerjakan haji, Malcolm X dikenali dengan nama Islamnya sebagai El-Hajj Malik al-Shabazz yang muncul dari dalam dirinya semangat dan jiwa baru. Para wartawan berkulit putih menunggu untuk mengenali El-Hajj Malik dengan lebih dekat setelah sekian lama beliau berkhutbah mengenai orang kulit putih.

“Ibadah haji yang saya lakukan membuka pandangan saya dengan luas. Selama dua minggu di sana, saya dapat melihat apa yang tidak dapat saya kecapi selama 39 tahun di Amerika. Saya melihat pelbagai jenis warna kulit dan kaum hidup dalam satu komuniti dan menyembah kepada Tuhan yang satu.

“Tidak ada perasaan syak wasangka sebaliknya berinteraksi dengan baik antara satu sama lain,” katanya kepada wartawan kulit putih yang ditemuinya sekembalinya dari mengerjakan haji.

Beliau menyifatkan Islam mengubah pandangannya dalam melihat aspek agama, politik, ekonomi dan psikologi. Kebenaran yang diperoleh di Mekah membuatkan El-Hajj Malik menemui ramai rakan-rakan baru termasuklah penganut Kristian, Yahui, Buddha, Hindu, falsafah agnostik dan ateis.

Nilai-nilai kesejagatan yang dibawa El-Hajj Malik mengundang mimpi buruk bagi Amerika Syarikat. Beliau bukan sahaja dianggap sebagai daya tarikan orang kulit hitam tetapi golongan intelektual daripada pelbagai kaum dan warna kulit. Beliau dikenali oleh wartawan sebagai penyokong keganasan dan akan menjadi pengganas walaupun beliau dilihat mempunyai hubungan rapat dengan Dr. Martin Luther King 3.

Sebenarnya, beliau tahu tentang keadaan dirinya yang menjadi sasaran pelbagai kumpulan penentang tetapi tidak pernah gentar untuk berhenti bercakap tentang apa yang diingininya.

Dalam paragraf terakhir buku biografinya, beliau dipetik sebagai berkata: “Saya tahu kumpulan tersebut telah membunuh orang yang mahu melakukan pembaharuan untuk mengubah masyarakat. Dan sekiranya kematian saya mampu memberi harapan baru dan memusnahkan penyakit kanser perkauman yang menular di kalangan orang Amerika, ini adalah anugerah dari Allah s.w.t. Hanya kesilapan datangnya dari saya.”

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 7:42 AM   0 comments
Korban dan akikah tidak boleh disekalikan
Utusan Malaysia, 30 november 2006

Oleh ZUNAIDAH ZAINON

MELAKSANAKAN ibadah korban dan akikah amat digalakkan oleh Islam kerana fadilatnya cukup besar. Kaedah melaksanakan kedua-dua ibadah ini hampir sama dari segi hukum dan syarat-syaratnya walaupun terdapat beberapa perbezaan.

Menurut Imam Khatib Syarbini dalam kitabnya, Mughni al-Muhtaj, hukum ibadat korban adalah sunat muakkad. Bagi yang bernazar, ia akan menjadi wajib, manakala makruh bagi mereka yang sengaja meninggalkannya sedangkan berkemampuan untuk melaksanakannya.

Namun begitu, ibadah korban adalah wajib ke atas Nabi Muhammad s.a.w. seperti mana yang terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Termizi bermaksud: “Diwajibkan ke atasku melaksanakan ibadah korban namun ia merupakan suatu amalan sunat bagi kamu.”

Akikah menurut Imam al-Syarbini dalam kitabnya, al-Iqnaa ialah binatang yang disembelih pada hari kelahiran bayi dan sewaktu mencukur rambut bayi tersebut. Hukum ibadah akikah adalah sunat muakkad seperti mana ibadah korban.

“Namun, ibadah korban dan akikah akan bertukar menjadi wajib sekiranya seseorang itu bernazar untuk melakukannya. Islam menetapkan keadaan dan masa tertentu bagi memastikan ibadah korban dan akikah dapat dilaksanakan sah di sisi syarak,” jelas pensyarah Fakulti Undang-undang dan Syariah, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Wan Abdul Fattah Wan Ismail.

Menurut beliau, terdapat beberapa kekeliruan yang sering timbul antara ibadah korban dan akikah khususnya dalam kes menggabungkan niat korban dan akikah sekali gus. Dalam kitab Tuhfah dan al-Fatawa al-Kubra, Ibn Hajar al-Haitami menyatakan bahawa: “Jika seseorang itu berniat ibadah korban dan akikah ke atas seekor kambing sekali gus maka kedua-duanya dianggap sebagai batal.” Ini kerana korban dan akikah mengandungi makna sunat yang tersendiri.

Ibadah korban bertujuan untuk membersihkan diri mereka daripada melakukan dosa, manakala akikah adalah sebagai tanda menyambut kelahiran bayi.

Selain itu, persoalan yang turut mengelirukan ialah sama ada perlu atau tidak orang yang berkorban menyaksikan sendiri penyembelihan haiwan tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim bermaksud: “Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korbanmu dan saksikan ia sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu.”

Hadis di atas tidak menunjukkan bahawa ia adalah satu kemestian untuk menyaksikan ibadah korban dan akan terbatalnya ibadah tersebut sekiranya tidak berbuat demikian.

“Dengan kata lain, ibadah korban dan akikah boleh dilaksanakan secara berwakil bagi pihak yang ingin melaksanakan korban dan akikah sekalipun mereka tidak ada bersama-sama ditempat ibadah tersebut dilaksanakan,” jelas al-Hakim.

Terdapat banyak kelebihan dalam mengerjakan ibadah korban dan akikah seperti mana yang terkandung dalam surah al-Kauthar, ayat dua bermaksud: “Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.”

Dengan melaksanakan ibadah korban juga dapat menangkis jiwa manusia daripada sikap kedekut dan bakhil. Sebaliknya dapat melahirkan perasaan kasih sayang sesama Muslim dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Haj ayat 36: “Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syiar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat).

Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.”

Kelebihan mengerjakan ibadah akikah dalam kitab Sabila al-Muhtadin, Imam Ahmad menyebut, anak-anak yang tidak dilaksanakan akikah tidak akan datang pada hari kiamat untuk memohon syafaat bagi kedua ibu bapanya.

Seperti yang diketahui, ibadah korban dan akikah selain memenuhi tuntutan agama ia juga sebagai pemangkin untuk mengembangkan syiar Islam. Ini termaktub dalam matlamat utama ibadah ini dilakukan iaitu untuk membantu fakir miskin dan golongan yang kurang bernasib baik di kalangan umat Islam.

“Tetapi, apa yang dapat dilihat pada hari ini, di sesetengah tempat, ibadah korban dan akikah telah bertukar menjadi adat kerana syariatnya tidak dipenuhi. Daging-daging tidak diagihkan dengan betul dan dimasak seolah-olah kenduri biasa.

“Sebenarnya, begitu ramai pihak yang ingin melakukan ibadah tersebut semata-mata untuk membantu orang yang kurang berkemampuan. Ini mungkin disebabkan mereka tidak mengetahui secara khusus tentang kaedah pengagihan yang diamalkan sekarang,” ujarnya.

Bagi memastikan ibadah korban dilaksanakan dengan sistematik khususnya melibatkan pengagihan, sewajarnya ia diberikan kepada penganjur yang boleh mengendalikannya dengan adil dan telus.

“Maka dengan mengadakan program dan akikah di tempat yang umat Islam tertindas seperti Kemboja, Palestin dan Iraq amat bertepatan dengan matlamat ibadah tersebut iaitu membantu umat Islam yang tertindas dan hidup dalam kemiskinan. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan hubungan persaudaraan di kalangan umat Islam,” katanya.

Info ringkas

- Masa untuk melaksanakan ibadah korban ialah apabila telah naik matahari dengan kadar selesai dua rakaat sunat hari raya dan dua khutbah yang ringan iaitu 10, 11, 12 dan 30 Zulhijjah.

- Binatang yang boleh disembelih untuk ibadah korban dan akikah adalah terdiri daripada al-Ana’am iaitu unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. Binatang lain seperti rusa, seladang dan seumpamanya tidak boleh dikategorikan dalam golongan al-Ana’am sekalipun ia jinak.

- Menurut Imam Khatib al-Syarbini, seekor unta atau lembu yang hendak dijadikan korban atau akikah boleh dikongsi bersama tujuh orang. Namun, kambing dan biri-biri tidak boleh dikongsi.

Apakah perbezaan antara korban dan akikah?

- Tempoh atau waktu untuk melaksanakan ibadat korban agak singkat iaitu pada hari raya haji dan diikuti dengan tiga hari tasyriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah, sebaliknya tempoh melaksanakan ibadat akikah adalah panjang.

- Menurut Imam al-Shafie tempoh terbaik untuk akikah ialah hari ketujuh setelah kelahiran, sekiranya tidak dapat dilakukan dalam tempoh tersebut, boleh dilaksanakan dengan tidak melebihi tempoh nifas iaitu 60 puluh hari. Sekiranya tempoh nifas juga tidak dapat dilaksanakan oleh beberapa sebab terutamanya kefakiran, maka boleh dilaksanakan tidak melebihi tempoh susuan iaitu dua tahun. Dalam tempoh itu juga tidak dapat dilaksanakan, maka hendaklah dilaksanakan sebelum berumur tujuh tahun. Sekiranya setelah tujuh tahun juga tidak dapat ditunaikan maka boleh dilanjutkan sehingga mencapai umur baligh.

- Perbezaan antara ibadat korban dan akikah menurut kitab Mughni al-Muhtaj ialah ibadat korban disunatkan diberikan kepada fakir miskin daging yang mentah. Sebaliknya bagi daging akikah, sunat diberikan kepada fakir miskin setelah dimasak kerana Rasulullah s.a.w meminta Saidatina Fatimah untuk berbuat demikian. Selain itu juga diharamkan daging korban diberikan kepada orang kaya dan terdapat padanya unsur jual beli, namun jika diberikan kepada orang kaya dengan berniatkan sebagai hibah atau hadiah maka ia tidak menjadi satu kesalahan kerana orang kaya juga layak untuk menerima hadiah dan hibah. Sebaliknya tidak menjadi satu kesalahan sekiranya ada unsur pemilikan atau jual beli pada daging akikah.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 7:37 AM   0 comments
Hukum Rokok : Fatwa AL Qardhawi....
SUMBER : http://www.darulkautsar.com/


APAKAH HUKUM MEROKOK ATAU ROKOK ITU SENDIRI

- Pendahuluan

- Sebab diharamkan

- Mudarat harta

- Mudarat penghambaan

- Merokok diharamkan di sisi syarak

Pendahuluan

Segala pujian bagi Allah, selawat dan salam kepada pesuruhNya ( Nabi Muhammad S.A.W ),ahli keluarganya, sahabat-sahabat juga orang-orang yang mengikut jejak langkahnya.

Sesungguhnya telah muncul pokok ini yang dikenali dengan nama " والتتن " التمباك " والتبغ والدخان " di akhir kurun ke sepuluh hijrah. Oleh kerana pokok ini digunakan secara meluas di kalangan orang ramai, maka ianya telah memaksa alim ulama di zaman itu membahas dan mengkajinya untuk memberi penjelasan hukum dari segi syarak.

Memandangkan masalah ini adalah masalah baru, tidak ada hukum yang di keluarkan oleh Fuqaha, Mujtahidin yang lalu serta ulama-ulama selepas mereka dari kalangan Ahli Takhrij dan Tarjih dalam mazhab berkenaan perkara ini. Mereka juga tidak mendapat gambaran yang jelas tentang hakikat dan implikasinya berdasarkan kajian ilmiah yang betul,maka berlakulah perbedaan pendapat yang ketara di kalangan ulama pada waktu itu. Ada di kalangan mereka yang memfatwakan haram, ada yang memfatwakan makruh,ada yang mengatakannya harus dan ada yang mengambil sikap berdiam diri tanpa membincangkannya. Fenomena ini juga berlaku kepada ke empat-empat mazhab ahli sunnah waljamaah.

Justeru itu kita tidak boleh menisbahkan kepada mana-mana mazhab, pendapat atau fatwa yang nengatakan merokok itu harus,atau haram atau makruh.

Nyata kepada saya bahawasanya perbezaan pendapat di kalangan ulama mazhab-mazhab, ketika permulaan munculnya rokok, penggunaannya begitu meluas dan berlaku perbezaan mereka dalam mengeluarkan hukum tentangnya,bukanlah perbezaan dari segi dalil-dalil, bahkan perbezaan berlaku dalam menentukan `ilat ( مناط ) yang ada pada rokok.

Ada di kalangan mereka yang mendakwa terdapat beberapa manfaat atau faedah pada merokok. Ada juga ulamak yang mendakwa terdapat mudarat dan manfaat yang sama berat pada rokok. Terdapat juga ulamak yang tidak menyabitkan apa-apa faedah pada rokok tetapi menafikan terdapat mudarat pada rokok. Ini bermakna sekiranya mereka dapat memastikan ada mudarat pada perkara ini, pasti mereka mengharamkannya tanpa wujud perdebatan.

Di sini kami berpendapat untuk menyabitkan ada dan tidak ada implikasi buruk terhadap tubuh badan pada rokok dan benda-benda lain yang ada unsur ketagihan,ianya bukan bidang kuasa ahli feqah,bahkan ianya adalah bidang kuasa ahli perubatan dan penganalisis. Merekalah sepatutnya yang dirujuk dalam masalah ini kerana mereka adalah ahli sains dan banyak pengalaman. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :" Tanyalah orang yang tahu tentang perkara itu", " Tidak boleh menceritakan kepada engkau seperti mana orang yang alim".

Secara umumnya para doktor dan penganalisis sebulat suara menjelaskan implikasi buruk merokok ke atas tubuh badan secara umum, dan secara khususnya terhadap paru-paru dan organ pernafasan, seterusnya boleh membawa kepada kanser paru-paru. Inilah faktor yang meyebabkan masyarakat dunia sejak tahun-tahun kebelakangan ini menyeru agar berhati-hati terhadap aktiviti merokok.

Sepatutnya di zaman kita ini para ulamak sepakat membuat keputusan ini. Sesungguhnya keputusan ahli feqah dalam masalah ini diasaskan atas pandangan pakar perubatan. Bilamana pakar perubatan menjelaskan bahawa gejala ini (merokok) meninggalkan implikasi buruk kepada kesihatan manusia. Sepatutnya ahli feqah menetapkan hukum haram kepada aktiviti merokok, kerana setiap perkara yang meninggalkan implikasi buruk kepada kesihatan manusia mesti diharamkan di sisi syarak.

Sebab diharamkan:

Ada sesetengah orang mengatakan " Bagaimanakah mereka boleh mengharamkan pokok ini tanpa nas ? "

Jawapannya :

Sesungguhnya tidak mesti penggubal undang-undang menaskan setiap satu perkara-perkara yang diharamkan , memadailah mereka menetapkan garis panduan atau kaedah-kaedah yang akan termasuk di bawahnya pecahan-pecahan dan unit-unit. Kaedah-kaedah ini boleh membataskannya. Adapun perkara-perkara yang khusus maka tidak mungkin membataskannya.

Memadai bagi penggubal undang-undang mengharamkan sesuatu yang jelek dan memudaratkan, supaya termasuk di bawahnya kebanyakan makanan dan minuman lain yang juga mempunyai unsur jelek dan memudaratkan. Kerana inilah ulamak sepakat mengharamkan pokok Hasyisyah ( pokok yang menyebabkan ketagih ) dan pokok lain yang mempunyai unsur ketagihan,walaupun tidak ada nas tertentu yang mengharamkannya secara khusus.

Imam Abu Muhammad Bin Hazam Azzahiri, kita sedia maklumi dia seorang yang berpegang dengan zahir nas, walaupun begitu beliau tetap mengharamkan sesuatu yang memudaratkan dengan memakannya, kerana berpegang dengan nas-nas yang umum. Beliau mengatakan : " Setiap sesuatu yang boleh memudaratkan maka ianya adalah haram, berdasarkan sabda nabi S.A.W yang bererti : " Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan terhadap sesuatu, maka sesiapa memudaratkan dirinya sendiri atau orang lain maka dia telah tidak melakukan ihsan dan sesiapa yang tidak melakukan ihsan, maka dia telah menyalahi ketetapan,iaitu ketetapan Allah mesti melakukan ihsan terhadap segala sesuatu."

Boleh juga menjadikan dalil untuk hukum ini, sabda Nabi S.A.W yang bererti : " tidak boleh memudaratkan dan tidak boleh dimudaratkan" , begitu juga firman Allah yang bermaksud : " Janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat mengasihi kamu".

Antara ungkapan feqah yang paling baik berhubung pengharaman memakan makanan yang boleh memudaratkan ialah ungkapan Iam Nawawi didalam kitab ' Raudah ', beliau berkata ;" Setiap sesuatu yang memudaratkan apabila dimakan seperti kaca, batu, racun maka hukum memakannya adalah haram. Setiap sesuatu yang suci yang tidak menimbulkan mudarat memakannya maka hukum memakannya adalah halal kecuali sesuatu yang dianggap jelek seperti mani dan hingus, maka memakannya adalah haram mengikut pendapat yang betul. Harus meminum ubat yang mengandungi sedikit racun yang tidak membahayakan, jika diperlukan.

Mudarat Harta

Manusia tidak harus membelanjakan hartanya kepada perkara yang tidak berfaedah sama ada di dunia atau akhirat, kerana mereka sebenarnya pemegang amanah ke atas harta yang ditinggalkan kepada mereka. Sebenarnya kesihatan dan harta adalah dua amanah Allah,maka tidak harus manusia memudaratkannya atau mensia-siakannya. Kerana hakikat inilah,maka Nabi S.A.W melarang sesorang mensia-siakan hartanya.

Perokok membeli kemudaratan dirinya dengan kesucian hartanya, ini tidak harus di sisi syarak. Firman Allah yang bermaksud : " Janganlah kamu membazir,sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membazir.

Tidak ragu-ragu lagi bahawa menghabiskan harta dengan merokok adalah perbuatan mensia-siakan harta. Maka bagaimana pula jika di samping merosakkan harta ( kerosakan yang diyakini berlaku atau tidak yakin ) wujud juga perbuatan merosakkan badan ?

Mudarat Penghambaan

Di sana ada kemudaratan lain yang biasanya tidak disedari oleh penulis-penulis mengenainya, iaitulah kejiwaan, saya maksudkan dengan mudarat jiwa ialah kebiasaan merokok dan seumpamanya akan memperhambakan jiwa manusia dan seterusnya kebiasaan yang hina ini akan menjadikan jiwa manusia sebagai mangsanya. Manusia tidak mampu meloloskan diri daripadanya dengan mudah apabila mereka ingin melakukannya pada sesuatu ketika kerana sebab-sebab tertentu,seperti kemunculan bahaya pada badannya, menampakkan kesan yang negatif dalam pendidikan anaknya ataupun kerana keperluannya yang mendesak untuk membelanjakan harta pada benda lain yang lebih berguna dan sepatutnya ataupun untuk sebab-sebab lain.

Melihatkan kepada mudarat penghambaan jiwa ini , kami mendapati sesetengah perokok sanggup menganiayai makan minum anak-anaknya dan perbelanjaan asas keluarganya, kerana ingin memuaskan tabiatnya ini, kerana dia sememangnya sudah tidak boleh dianggap orang yang mampu membebaskan diri daripadanya. Di suatu hari nanti apabila perokok telah menjadi lemah seumpama ini, kehidupannya pasti goyah, pertimbangannya jadi tidak seimbang, keadaannya hina, pemikirannya bercelaru dan emosinya mudah tertekan kerana satu-satu sebab atau tanpa sebarang sebab. Tidak ragu-ragu lagi kemudaratan seumpama ini patut diambil kira dalam mengeluarkan hukum merokok.

Merokok diharamkan disisi syarak :

Di zaman kita ini tidak ada pendapat yang boleh menghalalkan merokok dalam apa bentuk sekalipun, selepas Persatuan Sains Perubatan membicarakan panjang lebar implikasi buruk merokok serta kesannya yang negatif, golongan elit dan orang awam juga mengetahui keburukan merokok dan dikuatkan lagi oleh perangkaan.

Apabila telah gugur pendapat bahawa merokok harus secara mutlak, maka yang ada hanyalah pendapat makruh dan haram. Sesungguhnya telah jelas kepada kita melalui perbincangan lalu bahawa hujjah haram merokok lebih kemas dan mantap. Inilah pendapat kita . Perbincangan lalu juga dijadikan garis panduan bagi memastikan terdapat mudarat pada tubuh badan, mudarat pada harta, dan mudarat pada jiwa dengan sebab merokok berterusan. Sesungguhnya setiap perkara yang boleh menjejaskan kesihatan manusia ianya mesti diharamkan disisi syarak.

Allah Taala berfirman dan maksudnya : " Dan janganlah kamu campakkan diri-diri kamu ke kancah kebinasaan", " Dan janganlah kamu membunuh diri-diri kamu,sesungguhnya Allah amat mengasihi kamu" , " Dan janganlah kamu membazir, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membazir". " Dan janganlah kamu melakukan pembaziran,sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara syaitan." Di sana ada kemudaratan tubuh badan dan di sana juga ada kemudaratan harta benda, maka menggunakan sesuatu yang memudaratkan manusia adalah diharamkan, berdasarkan firman Allah yang bermaksud : " Janganlah kamu membunuh diri-diri kamu ". Kerana fakta inilah wajib kita berfatwa, merokok adalah haram di zaman kita ini.

Hakikat yang tidak boleh diragukan lagi bahawa kalangan doktor sepakat mengatakan terdapat kesan yang sangat buruk dalam aktiviti merokok. Benar kesan buruknya tidak segera tapi beransur-ansur. Namun kesan mudarat segera dan beransur-ansur adalah sama saja dari segi haramnya. Racun yang memberi kesan lambat atau segera sama saja, kedua-duanya diharamkan.

Manusia tidak harus memudaratkan atau membunuh dirinya dan mereka juga tidak boleh memudaratkan orang lain. Berkenaaan ini Nabi S.A.W bersabda : " Tidak memudaratkan dan tidak boleh dimudaratkan " , iaitu engkau tidak boleh memudaratkan diri engkau dan orang lain.

Merokok meninggalkan implikasi yang sangat buruk kepada diri manusia mengikut kesepakatan doktor sedunia, lantaran ini kerajaan-kerajaan sedunia mewajibkan syarikat yang mengiklan rokok menyebut " Merokok Membahayakan Kesihatan", selepas mereka yakin merokok memudaratkan semua orang. Justeru itu golongan fuqaha tidak boleh berselisih pendapat tentang mengharamkan merokok.

Lima unsur asasi yang disebut oleh ahli-ahli usul dan orang yang mendalam dalam bidang agama, serta mewajibkan supaya bersungguh-sungguh dijaga dan tidak boleh dimudaratkannya, ialah Agama, Jiwa, Akal, Keturunan dan Harta Benda. Maka kesan merokok terhadap agama : ada di kalangan orang ramai tidak dapat berpuasa di bulan Ramadhan lantaran tidak dapat menahan diri dari merokok.

Keturunan turut menerima kesan buruk dari merokok, samada perokok itu salah seorang dari ibu, bapa atau kedua-duanya. Bahkan janin akan menerima kesan buruk ekoran ibu yang merokok. Ini bermakna perokok tidak memudaratkan dirinya sahaja bahkan ianya turut memudaratkan orang lain. Di sini ada yang dinamakan merokok secara terpaksa ataupun merokok dengan paksaan. Ini boleh berlaku melalui orang lain yang merokok tanpa rasa malu, sedangkan dia tidak merokok, dia hanya menyedut asap rokok secara tidak langsung ketika dia duduk berhampiran perokok atau berada di persekitaran yang ada aktiviti merokok.

Maka anda wahai perokok, secara tidak langsung anda telah memudaratkan diri anda sendiri dan juga orang lain. Maka kerana kemudaratan ini dan kemudaratan yang lain merokok mesti diharamkan dan ulamak mesti sepakat mengharamkannya. Sesungguhnya ada sesetengah ulamak meletakkan sebagai paksi sebilangan besar hukum merokok di atas kemampuan kebendaan sahaja. Maka haram merokok bila mana perokok berada dalam kesempitan duit untuk merokok dan makruh bagi orang yang mampu membeli rokok. Ini adalah pendapat yang tidak betul dan tidak mantap.

Para ulamak dan doktor sedunia sepakat, menjadikan faktor mudarat tubuh badan dan mudarat jiwa sebagai satu faktor besar dalam menentukan hukum merokok, disamping mudarat harta. Sesungguhnya orang kaya tidak berhak membelanjakan dan menghabiskan hartanya dengan sewenang-wenangnya,kerana hartanya itu sebenarnya milik Allah dan masyarakat.

Orang Islam yang rasional sepatutnya menjauhkan diri dari penyakit yang merosakkan ini, kerana rokok telah diyakini mempunyai unsur-unsur yang jelek,ianya tidak tergolong dalam makanan yang berkualiti lantaran tiada faedah samada untuk dunia dan akhirat.

Nasihat saya kepada pemuda-pemuda secara khusus, supaya mereka mengelak diri dari terjebak dengan penyakit yang boleh merosakkan kesihatan mereka, melemahkan kekuatan dan kesuburan mereka. Mereka hendaklah tidak menjadi mangsa kekeliruan yang dibayangkan kepada mereka, bahawa merokok adalah tanda kelelakian dan tanda peribadi merdeka.

Mana-mana individu dari kalangan pemuda yang terlibat dengan aktiviti merokok, mampu melepaskan diri daripadanya dan mengalahkannya (kerana beliau masih diperingkat awal ) sebelum penyakit ini bertapak kukuh dan mengalahkannya jika tidak nanti sukar baginya melepaskan diri dari cengkamannya kecuali orang yang diberi rahmat oleh Allah.

Menjadi tanggungjawab media massa memfokuskan kempen yang teratur dengan berbagai cara untuk menjelaskan keburukan merokok. Tanggungjawab penyusun skrip, pengeluar dan penerbit filem, teater dan drama bersiri pula ialah mengekang propoganda ke arah merokok dengan mempamerkan rokok dalam gambaran yang sesuai dan tidak sesuai pada setiap keadaan.

Tanggungjawab kerajaan pula ialah berganding bahu membasmi penyakit ini dan membebaskan rakyat dari bahananya walaupun kerajaan mengalami kerugian cukai berjuta-juta, namun kesihatan rakyat dan anak bangsa dari segi jasmani dan spiritual lebih penting dan berharga dari wang ringgit. Sebenarnya kerajaan menanggung kerugian dari segi kebendaan ketika mana kerajaan mengizinkan merokok. Ini adalah kerana kos yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menjaga pesakit yang menghidap pelbagai penyakit dan ancaman ekoran aktiviti merokok berlipat kali ganda melebihi hasil kutipan cukai yang dikenakan ke atas tembakau, kalau dibandingkan kerugian ekoran kekurangan produktiviti negara dengan sebab ramai perokok tidak dapat menjalankan tugas lantaran menderita pelbagai penyakit.

Kami memohon ke hadrat Allah Taala agar menyinari hati-hati kami memberi kefahaman yang mendalam kepada kami tentang agama kami,mengajar apa yang boleh memberi faedah kepada kami,memberi faedah dengan sesuatu yang kami telah tahu, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi hampir dengan hamba-hambaNya. Selamat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W,ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

WALLAHU A`LAM

TEKS ASAL

ما هو حكم التدخين أو الدخان؟

مقدمة
علة التحريم
الضرر المالي
ضرر الاستعباد
التدخين محرم شرعا
مقدمة

الحمد لله والصلاة والسلام على رسوله وعلى آله وصحبه ومن نهج نهجه، أما بعد فقد ظهر هذا النبات المعروف الذي يطلق عليه اسم "الدخان" او "التبغ " أو " التمباك " أو " التتن"، في آخر القرن العاشر الهجري، وبدأ استعماله يشيع بين الناس، مما أوجب على علماء ذلك العصرأن يتكلموا في بيان حكمه الشرعي.

ونظرا لحداثته وعدم وجود حكم سابق فيه للفقهاء المجتهدين، ولا من لحقهم من أهل التخريج والترجيح في المذاهب، وعدم تصورهم لحقيقته ونتائجه تصورا كاملا ، مبنيا على دراسة علمية صحيحة، اختلفوا فيه اختلافا بينا فمنهم من ذهب إلى حرمته ، ومنهم من أفتى بكراهته ، ومنهم من قال بإباحته ، ومنهم من توقف فيه وسكت عن البحث عنه، وكل أهل مذهب من المذاهب الأربعة- السنية- فيهم من حرمه، وفيهم من كرهه، وفيهم من أباحه. ولهذا لا نستطيع أن ننسب إلى مذهب القول بإباحة أو تحريم أو كراهة.

ويبدو لي أن الخلاف بين علماء المذاهب عند ظهور الدخان، وشيوع تعاطيه، واختلافهم في إصدار حكم شرعي في استعماله، ليس منشؤه في الغالب اختلاف الأدلة، بل الاختلاف في تحقيق المناط. فمنهم من أثبت للتدخين عدة منافع في زعمه. ومنهم من أثبت له مضار قليلة تقابلها منافع موازية لها. ومنهم من لم يثبت له أية منافع، ولكن نفى عنه الضرر وهكذا. ومعنى هذا أنهم لو تأكدوا من وجود الضرر في هذا الشيء لحرموه بلا جدال.

وهنا نقول: إن إثبات الضرر البدني أو نفيه في "الدخان " ومثله مما يتعاطى ليس من شأن علماء الفقه،. بل من شأن علماء الطب والتحليل. فهم الذين يسألون هنا، لأنهم أهل العلم والخبرة. قال تعالى: "فاسأل به خبيراً" وقال: "ولا ينبئك مثل خبير". أما علماء الطب والتحليل فقد قالوا كلمتهم في بيان آثار التدخين الضارة على البدن بوجه عام، وعلى الرئتين والجهاز التنفسي بوجه خاص، وما يؤدي إليه من الإصابة بسرطان الرئة مما جعل العالم كله في السنوات الأخيرة يتنادى بوجوب التحذير من التدخين.

وفي عصرنا ينبغي أن يتفق العلماء على الحكم وذلك أن حكم الفقيه هنا يبنى على رأي الطبيب، فإذا قالت الطبيب إن هذه الآفة- التدخين- ضارة بالإنسان فلابد أن يقول الفقيه هذه حرام، لأن كل ما يضر بصحة الإنسان يجب أن يحرم شرعا.

على أن من أضرار التدخين مالا يحتاج إثباته إلى طبيب اختصاصي ولا إلى محلل كيماوي، حيث يتساوى في معرفته عموم الناس، من مثقفين وأميين.


علة التحريم

أما ما يقوله بعض الناس: كيف تحرمون هذا النبات بلا نص؟

فالجواب أنه ليس من الضروري أن ينص الشارع على كل فرد من المحرمات، وإنما هو يضع ضوابط أو قواعد تندرج تحتها جزئيات نخشى، وأفراد كثيرة. فإن القواعد يمكن حصرها. أما الأمور المفردة فلا يمكن حصرها. ويكفي أن يحرم الشارع الخبيث أو الضار، ليدخل تحته ما لا يحصى من المطعومات والمشروبات الخبيثة أو الضارة، ولهذا أجمع العلماء على تحريم الحشيشة ونحوها من المخدرات، مع عدم وجود نص معين بتحريمها على الخصوص.

وهذا الإمام أبو محمد بن حزم الظاهري، نراه متمسكا بحرفية النصوص وظواهرها، ومع هذا يقرر تحريم ما يستضر بأكله، أخذا من عموم النصوص. قال: " وأما كل ما أضر فهو حرام لقول النبي صلي الله عليه وسلم : "إن الله كتب الإحسان على كل شيء، فمن أضر بنفسه أو بغيره فلم يحسن، ومن لم يحسن فقد خالف كتاب " أي كتابة الله الإحسان على كل شئ".

ويمكن أن يستدل لهذا الحكم أيضأ بقوله صلى الله عليه وسلم : " لا ضرر ولا ضرار". كما يمكن الاستدلال بقوله تعالى: " ولا تقتلوا أنفسكم إن الله كان بكم رحيما " ومن أجود العبارات الفقيهة في تحريم تناول المضرات عبارة الإمام النووي في روضته قال: "كل ما أضر أكله، كالزجاج والحجر والسم، يحرم أكله. وكل طاهر لا ضرر في أكله يحل أكله، إلا المستقذرات الطاهرات، كالمني والمخاط. فإنها حرام على الصحيح... ويجوز شرب دواء فيه قليل سم إذا كان الغالب السلامة، واحتيج إليه.

الضرر المالي

لا يجوز للإنسان أن ينفق ماله فيما لا ينفعه لا في الدنيا ولا في الدين، لأن الإنسان مؤتمن على ماله مستخلف فيه. وكذلك فإن الصحة والمال وديعتان من الله ولذا لا يجوز للإنسان أن يضر صحته أو يضيع ماله. ولذلك نهى النبي صلى الله عليه وسلم عن إضاعة المال.

والمدخن يشتري ضرر نفسه بحر ماله. وهذا أمر لا يجوز شرعا. قال الله تعالى: " ولا تسرفوا، إنه لا يحب المسرفين " ولا يخفى أن إنفاق المال في التدخين إضاعة له. فكيف إذا كان مع الإتلاف للمال ضرر متحقق يقينا أو ظنا. أي أنه اجتمع عليه إتلاف المال وإتلاف البدن معا.

ضرر الاستعباد

وهناك ضرر آخر، يغفل عنه عادة الكاتبون في هذا الموضوع وهو الضرر النفسي، وأقصد به، أن الاعتياد على التدخين وأمثاله، يستعبد إرادة الإنسان، ويجعلها أسيرة لهذه العادة السخيفة، بحيث لا يستطيع أن يتخلص منها بسهولة إذا رغب في ذلك يوما لسبب ما، كظهور ضررها على بدنه، أو سوء أثرها في تربية ولده، أو حاجته إلى ما ينفق فيها لصرفه في وجوه أخرى أنفع وألزم، أو نحو ذلك من الأسباب.

ونظرا لهذا الاستعباد النفسي، نرى بعض المدخنين، يجور على قوت أولاده، والضروري من نفقة أسرته، من أجل إرضاء مزاجه هذا، لأنه لم يعد قادرا على التحرر منه. وإذا عجز مثل هذا يوما عن التدخين، لمانع داخلي أو خارجي، فإن حياته تضطرب، وميزانه يختل، وحاله تسوء، وفكره يتشوش، وأعصابه تثور لسبب أولغيرسبب. ولاريب أن مثل هذا الضررجدير بالاعتبار في إصدارحكم على التدخين.

التدخين محرم شرعا

ليس للقول بحل التدخين أي وجه في عصرنا بعد أن أفاضت الهيئات العلمية الطبية في بيان أضراره، وسيء آثاره، وعلم بها الخاص والعام، وأيدتها لغة الأرقام.

وإذا سقط القول بالإباحة المطلقة، لم يبق إلا القول بالكراهة أو القول بالتحريم. وقد اتضح لنا مما سبق أن القول بالتحريم أوجه وأقوى حجة. وهذا هو رأينا. وذلك لتحقق الضرر البدني والمالي والنفسي باعتياد التدخين. لأن كل ما يضر بصحة الإنسان يجب أن يحرم شرعا.

والله تعالى يقول: " ولا تلقوا بأيديكم إلى التهلكة " ويقول جل جلاله " ولا تقتلوا أنفسكم إن الله كان بكم رحيما " ويقول الله عزوجل " ولا تسرفوا إنه لا يحب المسرفين" ، " ولا تبذر تبذيرا إن المبذرين كانوا إخوان الشياطين " ، فهناك ضرر بدني ثابت وهناك ضرر مالي ثابت كذلك، فتناول كل ما يضر الإنسان يحرم، لقوله تعالى: " ولا تقتلوا أنفسكم " . من أجل هذا يجب أن نفتي بحرمة هذا التدخين في عصرنا.

والواقع الذي لاشك فيه هو ان الأطباء يجمعون على أن في التدخين ضررا مؤكدا. صحيح أن ضرره ليس فوريا ، ولكنه ضرر تدريجي. والضرر التدريجي كالضرر الفوري في التحريم، فالسم البطيء كالسم السريع كلاهما يحرم تناوله على الإنسان .

والانتحار محرم بنوعيه السريع والبطيء، والمدخن ينتحر انتحارا بطيئا. والإنسان لا يجوز أن يضر أو يقتل نفسه، ولا أن يضر غيره. ولهذا قال النبي صلي الله عليه وسلم : " لا ضرر ولا ضرار" أي لا تضر نفسك ولا تضر غيرك، فهذا ضرر مؤكد على نفس الإنسان بإجماع أطباء العالم، لهذا أوجبت دول العالم على كل شركة تعلن عن التدخين أن تقول إنه ضار بالصحة بعد أن استيقن ضرره للجميع، لهذا لا يصح أن يختلف الفقهاء في تحريمه.

والضرورات الخمس التي ذكرها الأصوليون وفقهاء الدين، وأوجبوا الحرص على المحافظة عليها وعدم الإضرار بها هي الدين والنفس والعقل والنسل والمال. وكلها تتأثر بهذه الآفة. فدين الإنسان يتأثر، فمن الناس من لا يصوم رمضان لأنه لا يستطيع أن يمتنع عن التدخين. والنسل يتضرر بالتدخين، سواء كان المدخن أحد الأبوين أو كلاهما، بل إن الجنين يتضرر من تدخين أمه، بما يعني أن المدخن لا يضر نفسه فقط وإنما يضر غيره، وهناك ما يسمى الآن التدخين القسري، أو التدخين بالإكراه، فيدخن الإنسان رغم أنفه وهو لا يتناول السجارة وإنما يتناولها قهرا عندما يجلس بجوار إنسان مدخن أو في بيئة فيها التدخين.

فأنت أيها المدخن تضر نفسك وتضر غيرك رغم إرادته وأنفه، فمن أجل هذا الضرر وغيره يجب أن يحرم التدخين وأن يجمع العلماء على تحريمه. وقد أدار بعض العلماء معظم الحكم في التدخين على المقدرة المالية وحدها، أو عدمها، فيحرم في حالة عجز المدخن عن مصاريف التدخين، ويكره للقادر عليه. وهذا رأي غير سديد ولا مستوعب. فإن الضرر البدني والنفسي الذي أجمع العلماء والأطباء في العالم على تحققه له اعتباره الكبير، بجوار الضرر المالي. ثم إن الغني ليس من حقه أن يضيح ماله، ويبعثره فيما يشاء. لأنه مال الله أولا، ومال الجماعة ثانيا .

وينبغي للإنسان المسلم العاقل أن يمتنع عن هذه الآفة الضارة الخبيثة، فالتبغ لاشك من الخبائث، وليس من الطيبات، إذ ليس فيه أي نفع دنيوي أو نفع ديني.

ونصيحتي للشباب خاصة، أن ينزهوا أنفسهم عن الوقوع في هذه الآفة، التي تفسد عليهم صحتهم، وتضعف من قوتهم ونضرتهم، ولا يسقطوا فريسة للوهم الذي يخيل إليهم أن التدخين من علامات الرجولة، أو استقلال الشخصية.

ومن تورط منهم في ارتكابها يستطيع التحرر منها، والتغلب عليها وهو في أول الطريق، قبل أن تتمكن هي منه، وتغلب عليه، ويعسر عليه فيما بعد النجاة من براثنها، إلا من رحم ربك.

وعلى أجهزة الإعلام أن تشن حملة منظمة بكل الأساليب على التدخين، وتبين مساوئه. وعلى مؤلفي ومخرجي ومنتجي الأفلام والتمثيليات والمسلسلات، أن يكفوا عن الدعاية للتدخين، بوساطة ظهور السيجارة بمناسبة وغير مناسبة في كل المواقف.

وعلى الدولة أن تتكاتف لمقاومة هذه الآفة، وتحرير الأمة من شرورها، وإن خسرت خزانة الدولة الملايين فإن صحة الأمة وأبنائها، الجسمية والنفسية، أهم وأغلى من الملايين. والواقع أن الدولة هي الخاسرة ماليا عندما تسمح بالتدخين، لأن ما تننفقه في رعاية المرضى الذين يصيبهم التدخين بأمراض عديدة وخطيرة تبلغ أضعاف ما تجنيه من ضرائب تفرضها على التبغ، بالإضافة إلى ما تخسره من نقص الإنتاج بسبب زيادة تغيب المدخنين عن العمل نتيجة ما يعانونه من أمراض.

نسأل الله تبارك وتعالى أن ينير بصائرنا، وأن يفقهنا في ديننا، وأن يعلمنا ما ينفعنا، وينفعنا بما علمنا، إنه سميع قريب. وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته




التدخين حرام تعاطيه واستيراده وبيعه والترويج له والإعلان عنه


في أحدث فتاواه التي أصدرها مؤخرا أعاد فضيلة العلامة القرضاوي القول بحرمة التدخين، وأوضح سبب ذهابه للحرمة - وليس مجرد الكراهة، كما يشيع عند بعضهم - بأنه ضار مسبب للسرطان، ليس للمدخن فقط ولكن لمن يجالسه أيضا، ورآه إسرافا وتبذيرا مضرا بالضرورات الخمس. جاء ذلك في فتوى أصدرها فضيلته ردا على سؤال حول التدخين توجهت به إليه جمعية الهلال الأحمر القطرية.


حيث قال فضيلته: إنه حرام، لأنه مضر بالصحة، مسبب للسرطان، وهو قتل بطيء للنفس، والله تعالى يقول: (ولا تقتلوا أنفسكم إن الله كان بكم رحيما) وهو حرام، لأنه يضر بمن يجالس المدخن، ويشركه في التدخين رغما عنه، والحديث النبوي يقول: «لا ضرر ولا ضرار».


وهو حرام، لأنه خبيث في رائحته وفي أثره، والإسلام جاء ليحل الطيبات ويحرم الخبائث.. وهو حرام، لأنه من باب الإسراف أو التبذير وإضاعة المال فيما لا ينفع في الدنيا والآخرة.. وهو حرام لأنه يضر الضرورات الخمس: يضر بالدين، ويضر بالنفس، ويضر بالنسل، ويضر بالعقل، ويضر بالمال، لهذا كان تعاطيه محرما، واستيراده محرما، وبيعه محرما، والترويج له والإعلان عنه محرما.. وختم فضيلته بقوله: اللهم اكفنا بحلالك عن حرامك، وبطاعتك عن معصيتك، آمين.

المصدر جريدة الشرق القطرية


Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 5:57 AM   0 comments
Abdullah bebas keluar masuk rumah Rasulullah
Wednesday, November 29, 2006
Berita Harian, 29 november 2006


ABDULLAH bergaul rapat dengan Rasulullah SAW, hingga dia beroleh hak yang tidak diberikannya kepada orang lain. Bersabda Rasulullah SAW kepadanya: “Saya izinkan kamu bebas dari tabir hijab.”

Ia adalah lampu hijau bagi Ibnu Mas’ud untuk masuk rumah Rasulullah dan pintunya sentiasa terbuka baginya, biar siang atau malam. Dan inilah yang pernah diperkatakan oleh sahabat: “Sementara kita terhalang, dia diberi izin, dan sementara kita pergi, dia menyaksikan.

Ibnu Mas’ud layak memperoleh keistimewaan ini. Walaupun pergaulan rapat seperti ini akan memberikan kepadanya keuntungan, tetapi Ibnu Mas’ud hanya bertambah khusyuk, tambah hormat dan sopan santun.

Mungkin gambaran yang melukiskan akhlaknya secara tepat, ialah sikapnya ketika menyampaikan hadis Rasulullah selepas Baginda wafat. Walaupun dia jarang menyampaikan hadis daripada Rasulullah, tetapi kita lihat setiap dia menggerakkan kedua bibirnya untuk mengatakan: “Saya dengar Rasulullah menyampaikan hadis dan bersabda:“ Maka tubuhnya gementar dengan amat sangat, dan dia nampak gugup dan gelisahkerana takut alpa, hingga salah menaruh kata di tempat lain.

Marilah kita dengarkan kawannya melukiskan gejala ini. Berkatalah Amar bin Maimum: “Saya berulang-alik ke rumah Abdullah setahun lamanya, dan selama itu tidak pernah saya dengar dia menyampaikan hadis daripada Rasulullah, kecuali sebuah hadis yang disampaikan pada suatu hari. Daripada mulutnya mengalir ucapan: “Telah bersabda Rasulullah. Tiba-tiba dia kelihatan gelisah hingga nampak keringat bercucuran daripada keningnya. Kemudian katanya mengulangi kata-kata tadi: “Kira-kira demikianlah sabda Rasulullah.”

Dan bercerita Alqamah bin Qais: Biasanya Abdullah berpidato setiap Khamis petang menyampaikan hadis. Tidak pernah saya dengar dia mengucapkan: “Telah bersabda Rasulullah”, kecuali satu kali saja. Di saat itu saya lihat dia bertelekan tongkat, dan tongkatnya itu pun bergetar dan bergerak-gerak..”

Diceritakan pula oleh Masruq mengenai Abdullah ini: “Pada suatu hari Ibnu Mas’ud menyampaikan sebuah hadis, katanya: “Saya dengar Rasulullah:” Tiba-tiba dia jadi gementar, dan pakaiannya bergetar pula. Kemudian katanya: “Atau kira-kira demikian, atau kira-kira seperti itulah.”

Orang yang lebih banyak bergaul dengan Rasulullah, penilaiannya terhadap kemuliaan Rasulullah lebih tepat dan adab sopan santunnya terhadap Rasulullah ketika beliau hidup.

Ibnu Mas’ud mengambil bahagian dalam setiap peperangan dan pertempuran.

Peranannya dalam perang Badar meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan, dengan kematian Abu Jalal dengan tikaman pedang kaum muslimin pada hari yang keramat itu.

Khalifah dan sahabat Rasulullah mengakui kedudukannya ini, hingga dia dilantik oleh Amirul Mukmimin Umar sebagai Bendaharawan di Kufah.

“Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, sungguh saya lebih mementingkan tuan-tuan daripada diriku, maka ambillah dan pelajari ilmu daripadanya.”

Penduduk Kufah menyayanginya, suatu hal yang belum pernah diperoleh orang sebelumnya, atau orang setaraf dengannya. Sungguh, kebulatan penduduk Kufah untuk mencintai seseorang, adalah suatu hal yang mirip mukjizat. Mereka biasa menentang dan memberontak, mereka tidak tahan menghadapi hidangan yang serupa, dan tidak mampu hidup selalu dalam aman tenteram.

Kecintaan mereka kepadanya hingga mereka mengerumuni dan mendesaknya ketika dia mahu diberhentikan oleh Khalifah Uthman RA daripada jawatannya, kata mereka: “Tetaplah anda tinggal bersama kami di sini dan jangan pergi, dan kami bersedia membela anda dari malapetaka yang akan menimpa anda!”

Tetapi dengan kalimat yang menggambarkan kebesaran jiwa dan ketakwaannya, Ibnu Mas’ud menjawab: “Saya harus taat kepadanya dan di belakang hari akan timbul peristiwa dan fitnah, dan saya tidak mahu menjadi orang yang mula-mula membukakan pintunya.”



BERSAMBUNG ESOK

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 7:15 AM   0 comments
Rasulullah kagum ilmu al-Quran Ibnu Mas’ud
Tuesday, November 28, 2006
Berita harian, 28 november 2006

MAKA datanglah Ibnu Mas’ud kepada kaum Quraisy pada waktu pagi, ketika mereka berada di balai pertemuannya. Ia berdiri di panggung lalu membaca. Bismillahirrahmanirrahim, dan dengan mengeraskan suaranya: Arrahman allamal Quran. Lalu sambil menghadap kepada mereka diteruskan bacaanya. Mereka memperhatikan sambil bertanya sesamanya: “Apa dibaca anak si Ummu Abdin itu? Sungguh, dibacanya itu ialah dibaca Muhammad!” Mereka bangkit mendatangi dan memukul, sedang Ibnu Mas’ud meneruskan bacaannya sampai batas dikehendaki Allah.

Selepas itu dengan muka dan tubuh yang babak-belur ia kembali kepada sahabat. Kata mereka: “Inilah yang kami khuatir terhadap dirimu.” Ujar Ibnu Mas’ud: “Sekarang ini tidak ada lebih mudah bagiku daripada menghadapi musuh Allah itu! Dan seandainya tuan menghendaki, saya mendatangi mereka lagi dan berbuat hal sama esok hari.” Ujar mereka: Cukuplah demikian! Kamu membacakan kepada mereka barang yang menjadi pantang bagi mereka.

Benar, pada saat Ibnu Mas’ud tercengang melihat susu kambing tiba berair sebelum waktunya, belum menyedari ia bersama kawan senasib daripada golongan miskin tidak berpunya, akan menjadi satu mukjizat besar daripada Rasulullah, yakni ketika mereka bangkit membawa panji Allah dan menguasai dengannya cahaya siang dan sinar matahari. Tidak diketahuinya saat itu dekat. Kiranya secepat itu hari datang dan loceng waktu berdentang, anak remaja buruh miskin dan teronta-ronta serta-merta menjadi mukjizat antara berbagai mukjizat Rasulullah.

Dalam soal harta, ia tidak punya apa-apa, mengenai perawakan ia kecil dan kurus, apalagi dalam soal pengaruh, maka darjatnya jauh di bawah. Tapi sebagai ganti kemiskinannya itu, Islam memberinya bahagian melimpah dan perolehan cukup daripada perbendaharaan Kisra dan simpanan Kaisar.

Sebagai imbuhannya dari tubuh kurus dan jasmani lemah, dianugerah-Nya kemahuan kuat yang dapat menundukkan musuh dan ikut mengambil bahagian dalam merubah jalan sejarah. Untuk mengimbangi nasibnya yang tersia teronta-ronta Islam melimpah ilmu pengetahuan, kemuliaan serta ketetapan yang menampilkannya sebagai seorang tokoh terkemuka dalam sejarah kemanusiaan.

Sungguh, tidak meleset kiranya pandangan jauh Rasulullah SAW ketika beliau mengatakan kepadanya: “Kamu menjadi seorang pemuda terpelajar.” Ia diberi pelajaran oleh Tuhannya hingga menjadi faqih atau ahli hukum umat Muhammad dan tulang punggung huffadh Al-Quranul Karim.

Allah memberinya anugerah atas keberaniannya mempertaruhkan nyawa dalam berkemundang al-Quran secara terang-terangan dan menyebar luaskan di segenap pelosok Kota Makkah di saat siksaan dan penindasan merajalela, maka dianugerahi-Nya bakat istimewa dalam membawakan bacaan al-Quran dan kemampuan luar biasa dalam memahami erti dan maksudnya.

Rasulullah memberi wasiat kepada sahabat supaya mengambil Ibnu Mas’ud sebagai teladan, sabdanya: “Berpegang teguhlah kepada ilmu yang diberikan ibnu Ummi ‘Abdin.” Diwasiatkan pula agar mencontohi bacaannya, dan mempelajari cara membaca Al-Quran daripadanya. Sabda Nabi SAW:

Keistimewaan Ibnu Mas’ud ini diakui oleh sahabat. Amirul Mukminin Umar berkata mengenai dirinya: “Sungguh ilmunya tentang fiqih berlimpah-limpah.”

Dan bukan hanya keunggulannya dalam al-Quran dan ilmu fikah saja patut beroleh pujian, tetapi juga keunggulannya dalam keolehan dan ketakwaan. Berkata Hudzaifah tentang dirinya: “Tidak seorang pun saya lihat yang lebih mirip kepada Rasulullah SAW baik dalam cara hidup, perilaku dan ketenangan jiwanya daripada Ibnu Mas’ud. Dan orang dikenal daripada sahabat Rasulullah sama mengetahui putera daripada Ummi Abdin adalah paling dekat kepada Allah.”

Suatu ketika sahabat memperkatakan peribadi Abdullah bin Mas’ud, kata mereka: Sungguh, sementara kita terhalang, ia diberi restu dan sementara kita berpergian, ia menyaksikan (tingkah laku Rasulullah SAW).”

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 8:45 AM   0 comments
Abdullah bin Mas’ud saksi mukjizat Nabi Muhammad
Monday, November 27, 2006
Berita Harian, 27 november 2006

ABDULLAH bin Mas’ud, adalah orang keenam memeluk Islam. Beliau adalah termasuk golongan yang mula memasuki Islam. Pertemuan dengan Rasulullah SAW diceritakan seperti berikut:

“Ketika itu saya masih remaja, mengembala kambing kepunyaan Uqbah bin Mu’aith. Tiba-tiba datang Nabi Muhammad bersama Abu Bakar dan bertanya: “Hai nak, apakah kamu punya susu untuk minuman kami? “ Aku orang kepercayaan”, ujarku, dan tidak dapat memberi anda berdua minuman..!

Maka sabda Nabi: “Apakah kamu punya kambing betina mandul yang belum dikahwini oleh yang jantan?” Ada”, ujarku. Lalu saya bawa ia kepada mereka. Kambing itu diikat kakinya dan disapu susunya sambil memohon kepada Allah. Tiba-tiba susu itu berair banyak. Kemudian Abu Bakar mengambil sebuah batu cembung yang digunakan Nabi untuk menampung perahan susu. Lalu Abu Bakar pun minum dan saya pun tidak ketinggalan.

Selepas itu Nabi menitihkan kepada susu: “Kempislah”, maka susu itu menjadi kempis. Selepas peristiwa itu saya datang menemui Nabi, kataku, “ Ajarkan kepadaku kata-kata itu!. Kata Nabi: “ Engkau akan menjadi anak terpelajar!.

Alangkah hairan dan takjubnya Ibnu Mas’ud ketika menyaksikan seorang hamba Allah yang salih dan utusannya yang dipercayai memohon kepada Tuhan sambil menyapu susu haiwan yang belum pernah berair selama ini, tiba-tiba mengeluarkan kurnia dan rezeki daripada Allah seperti air susu murni yang enak diminum.

Ketika itu, belum disedarinya bahawa peristiwa yang disaksikan itu hanyalah mukjizat paling kecil dan tidak begitu bererti, dan tidak berapa lama lagi daripada Rasulullah yang mulia itu akan disaksikan mukjizat yang akan menggoncangkan dunia dan memenuhinya dengan petunjuk serta cahaya.

Bahkan pada saat itu, belum diketahui, bahawa dirinya sendiri yang ketika itu masih seorang remaja lemah lagi miskin, yang menerima upah sebagai penggembala kambing milik Uqbah bin Mu’aith akan muncul; sebagai satu daripada mukjizat ini, yang selepas ditempatkan oleh Islam menjadi seorang beriman, akan mengalahkan kesombongan orang Quraisy dan menakluk.

Dia yang selama ini tidak berani lalu di hadapan seorang pembesar Quraisy kecuali dengan menjingkatkan kaki dan menundukkan kepala, pada kemudian hari selepas memeluk Islam, tampil depan majlis bangsawan di sisi Kaabah, sementara semua pemimpin dan pemuka Quraisy duduk berkumpul lalu berdiri di hadapan mereka suaranya yang merdu dan membangkitkan minat, berisikan wahyu Illahi al-Quranul Karim:

Bismillahirrahmanirrahim.
Allah Yang Maha Rahman
Yang mengajarkan al-Quran
Menciptakan insan
dan menyampaikan padanya penjelasannya
Matahari dan bulan beredar menurut perhitungannya
Sedang binatang dan kayu-kayan sama sujud kepada Tuhan.

Lalu dilanjutkan bacaannya, sementara pemuka Quraisy sama terpesona.

Tidak percaya pada pandangan mata dan pendengaran telinga mereka tidak tergambar dalam di fikiran mereka bahawa orang yang menentang kekuasaan dan kesombongan mereka..., tidak lebih daripada seorang upahan di antara mereka dan penggembala kambing daripada kalangan bangsawan Quraisy iaitu Abdullah bin Mas’ud, seorang miskin yang hina.

Marilah kita dengar keterangan daripada saksi mata melukiskan peristiwa yang amat menarik dan menakjubkan itu, orang itu tiada lain daripada Zubair ra, katanya:

“Yang mula-mula menderas al-Quran di Makkah selepas Rasulullah SAW ialah Abdullah bin Mas’ud. Suatu hari sahabat Rasulullah berkumpul, kata mereka: “Demi Allah orang Quraisy belum lagi mendengar sedikit pun al-Quran ini dibaca dengan suara keras di hadapan mereka.

Nah, siapa di antara bersedia mendengarnya kepada mereka. Maka kata Ibnu Mas’ud: “Saya.”

Kata mereka: ”Kami khuatir keselamatan dirimu!. Yang kami inginkan ialah seorang lelaki yang mempunyai kerabat yang akan mempertahankan daripada orang itu jika mereka bermaksud jahat,” Biarlah saya!, kata Ibnu Mas’ud pula, “ Allah pasti membela”.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 11:05 AM   0 comments
Sah solat pakai kanta lekap
Friday, November 24, 2006
Utusan Malaysia, 24 november 2006

Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
SOALAN 1
Sahkah wuduk dan sembahyang jika kita memakai kanta lekap?

JAWAPAN:Wuduk dan sembahyang orang yang memakai kanta lekap adalah sah. Ini kerana kanta lekap itu di letakkan di dalam mata, sedangkan ruang dalam mata tidak termasuk kawasan wuduk. Allah s.w.t. berfirman di dalam menetapkan anggota wuduk dalam firman yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, Maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki. (al-Maidah: 6).

Mungkin kekeliruan timbul apabila muka termasuk dalam anggota wuduk sedangkan mata tempatnya di muka. Walaupun mata tempatnya di muka, ini tidaklah bermaksud kawasan dalam mata itu termasuk anggota wuduk. Air hanya perlu sampai ke kawasan kelopak mata bukannya ke dalam mata.

SOALAN 2
Kerap kali bila saya solat, saya terbatuk hingga terkeluar air kencing. Ketika sujud, saya terasa air kencing terkeluar sedikit. Adakah solat saya batal? Adakah saya perlu wuduk dan solat semula kerana ia berlaku secara tidak sengaja?

JAWAPAN:Maksud hadis Rasulullah s.a.w: Ada yang mengadu kepada Rasulullah bahawa dia merasa ada sesuatu yang keluar dari saluran qubul dan dubur dalam solat, lalu baginda bersabda, jangan kamu tinggalkan solat selagi mana kamu tidak mendengar bunyi atau menghidu bau. (Riwayat Muslim, jld:1, hlm: 276.).

Dalam hadis yang lain apabila ada sahabat yang mengadu keluar air mazi dari kemaluannya, maka baginda bersabda: “Maka hendaklah dia membasuh kemaluannya dan berwuduk.”

Dalam matan Abi Syuja’ yang bermazhab al-Syafie telah menyatakan: “Setiap air yang keluar dari dua saluran qubul dan dubur adalah najis kecuali air mani. Membasuh semua jenis kencing adalah wajib kecuali kencing anak lelaki yang belum memakan makanan selain susu ibunya. (Mukhtasar Abi Syuja’, hlm:15 ).

Mengikut pandangan al-Khatib asl-Syarbayni menyebut, “dikira membatalkan wuduk apa-apa sahaja yang keluar dari qubul atau dubur sama ada angin atau apa yang boleh dilihat dengan mata kasar (termasuklah air kencing)”.

Berdasarkan nas-nas di atas berserta dengan pandangan ulama al-Syafieyah dapatlah difahami bahawa setiap sesuatu yang keluar daripada dua saluran samaada qubul dan dubur maka hendaklah dibasuh dan berwuduk.

Jika sebelum itu dia berwuduk maka batallah wuduknya. Dalam persoalan yang ditanya oleh saudara jelas bahawa wuduk saudara terbatal, ini kerana saudara dapat merasakan sesuatu keluar dari kemaluan. Dalam keadaan ini saudara hendaklah membasuh kemaluan serta pakaian yang terkena kencing tadi dengan air yang bersih kemudian mengulangi solat yang terbatal tadi.

Sekiranya saudara memang mempunyai penyakit batuk dan setiap kali saudara batuk terkeluar air kencing dari kemaluan, maka dalam keadaan ini ulama memberi satu penyelesaian, iaitu saudara bolehlah merenjiskan sedikit air pada kain atau seluar saudara ketika beristinjak, sebelum berwuduk kemudian solat seperti biasa.

Sekiranya saudara batuk dan terasa sesuatu keluar dari kemaluan yakinlah yang terasa basah itu adalah air yang direnjiskan sebelum berwuduk. Keadaan ini hanya diharuskan bagi mereka yang mempunyai penyakit seperti kencing tidak lawas. Kaedah ini juga boleh dikiaskan kepada masalah saudara.

SOALAN 3
Apakah status perkahwinan seorang isteri yang ditinggalkan suami selepas 10 tahun tanpa nafkah untuk dirinya dan anak-anak? Perlukah mereka rujuk kerana pernah duduk serumah tanpa merujuk kembali setelah 10 tahun ditinggalkan?

JAWAPAN: Menjadi tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isterinya. Adalah wajib ke atas suami memastikan isterinya mendapat nafkah zahir dan batin. Nafkah ini disediakan oleh suami mengikut kemampuannya. Ini jelas dalam al-Quran, firman Allah yang bermaksud: Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang makruf atau menceraikan dengan cara yang baik… (al-Baqarah: 229). Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud: Maka rujuklah mereka dengan cara yang makruf, atau ceraikanlah mereka dengan cara yang makruf… (al-Baqarah:231). Berdasarkan ayat di atas, Allah memberi pilihan kepada para suami dua perkara iaitu yang pertama menjaganya dengan baik (makruf) atau melepaskannya dengan baik. Dikira tidak baik (ihsan) meninggalkan isteri dalam keadaan tergantung. Maka yang demikian itu akan memudaratkan isteri serta mendedahkannya kepada fitnah, sedangkan Allah menegah menahan seseorang isteri dengan tujuan memudaratkan. Adapun apa yang diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab, beliau berkata : “Mana-mana wanita yang kehilangan suaminya sedang dia (si isteri) tidak mengetahui ke mana perginya suami tadi maka hendaklah dia (si isteri) menanti selama empat tahun, kemudian beridah (menambah tempoh) selama empat bulan sepuluh hari kemudian dia adalah halal (boleh dinikahi).” (al-Zarqaniy, jld:3, hlm:199).

Berpandukan pandangan Umar, jelas isteri itu boleh kahwin lain kerana mengikut cerita, emak saudara kamu ditinggalkan lebih 10 tahun. Tetapi di negara kita seorang isteri hendaklah melaporkan ke Mahkamah Syariah bahawa suaminya tinggalkan dia selama 10 tahun tanpa nafkah zahir. Sebab itu dalam borang akad nikah adanya lafaz ta’lik, apabila suami meninggalkan isteri selama tiga bulan qamariah tanpa sebarang nafkah daripada si suami, wakilnya atau saudara-maranya sedang si isteri itu taat kepadanya, maka si isteri bolehlah mengadu kepada mahkamah dan membayar RM1 maka jatuhlah talak satu. Dalam kes begini, kadi atau hakim berkuasa menfasakhkan perhubungan mereka sebagai suami isteri. Semua ini diperuntukan bagi isteri yang dianiaya suami.

Status sebagai isteri tidak gugur selagi tidak mengadu kepada mahkamah atau kadi mengenai keadaannya yang ditinggalkan suami. Walaupun si suami tidak meninggalkan nafkah. Sekarang ini si isteri berhak untuk meminta suami mengqadakan tanggungjawabnya yang diabai selama 10 tahun. Perbuatannya meninggalkan isteri tanpa nafkah adalah berdosa. Jika si suami hari ini senang (berharta) maka bolehlah meminta dia membayar balik kos yang ditanggung oleh isteri. Sekiranya isteri dan anak-anak boleh memaafkan dia dengan melihat kepada keadaannya yang susah itu terpulang kepada si isteri dan anak-anak. Sekiranya si isteri tidak menuntut fasakh atau menuntut khulu’ maka mereka masih suami isteri yang sah sah walaupun emak saudara kamu ditinggalkan selama 10 tahun.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 6:30 AM   0 comments
Ustaz Khayruddin Bapa arkitek Turki
Utuusan Malaysia, 24 november 2006

USTAZ Khayruddin adalah seorang arkitek ternama yang dianggap sebagai Bapa Arkitek Turki. Tidak banyak yang diketahui mengenai riwayat hidupnya termasuk saat kelahiran dan wafatnya.

Kisahnya diceritakan dalam buku, Diktat al-Jawami oleh Ayvansarayi Huseyn Efendi yang ditulis pada1193H/ 1779M. Dipercayai arkitek yang membina Masjid Khayr Ad-Din Mi’mar yang terletak berhadapan Makam Sinon Pasha di Diwan Yolu adalah arkitek Sultan Bayezid. Menurut tulisan pada batu, masjid itu musnah dalam kebakaran pada 1316H/1898M, kemudian dibangunkan oleh Sultan Abdul Hamid II. Tayyer Zade Ahmed Ata’ Enderuni dalam Ata’ Tarikh (Istanbul 1291M) mengingatkan karya Ustaz Khayruddin iaitu bangunan-bangunan yang ada di Edirne, Amarsya dan Istanbul selama pemerintahan Bayezid II.

Bangunan-bangunan tempat pendidikan dan kompleks tempat kuliah keagamaan lainnya di Amasya Sultan Bayezid yang didirikan Sultan Ahmed, Gabenor Amesya merupakan karya arkiteknya yang pertama iaitu pada tahun 891H/1486M.

Kompleks pendidikan keagamaan kedua yang lebih luas dari Bayezid turut dibangunkan oleh Ustaz Khayruddin di Edirne antara tahun 889H/1484M dan 893H/1488M. Ia dilengkapi kemudahan seperti masjid, hospital, dapur umum dan tempat mandi. Ia adalah satu yayasan sosial keagamaan terbesar pada abad ke-9 sehingga 15M.

Sebagai seorang arkitek, beliau pernah dilanda kontroversi terutama pembabitannya dalam pembinaan Masjid Sultan Bayezid di Istanbul. Dalam buku, Neta’ij al-Wuku’at, Mustafa Nuri Pasha menyatakan Kemal ad-Din sebagai arkitek masjid tersebut.

Sementara itu, Rifki Melul Meric menamakan Ya’kub bin Sultan Syah sebagai arkiteknya dengan berdasarkan catatan dalam manuskrip di Perpustakaan Belediye Istanbul. Keterangan ini dapat dilihat dalam tulisan Ilahiyat Fakultesi, Yilik Arastirmala Dergisi (Ankara 1958M).

Dalam catatan tersebut, peranan Ya’kub tidak ditemui melainkan Ustaz Khayruddin yang tercatat sebagai ketua arkitek. Daripada sumber-sumber yang diperolehi juga menunjukkan bahawa Ustaz Khayruddin hidup selepas kematian Ya’kub. Bangunan tersebut didirikan oleh sultan sebagai satu wakaf untuk menyediakan pendapatan bagi masjid di Istanbul, Turki.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 6:10 AM   0 comments
ILDAS mendidik pendakwah di kalangan saudara baru
Thursday, November 23, 2006
Utusan Malaysia, 23 november 2006

Oleh ABDUL RAHMAN ANUAR

INSTITUT Latihan dan Dakwah Selangor adalah pusat dakwah yang diwujudkan sejak tahun 1995 di pekan Sabak Bernam, Selangor yang pada mulanya dikenali sebagai Pusat Dakwah Selangor (PDS).

Penubuhan PDS berfungsi dan berperanan dalam melaksanakan dakwah dan pengembangan syiar Islam melalui program kursus dan latihan kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan orang ramai di kalangan masyarakat Islam.

Pada pertengahan tahun 2000, PDS memindahkan operasinya ke bangunan baru di Bandar Ilmu Sungai Lang, Sabak Bernam yang kini dikenali Institut Latihan dan Dawah Selangor (ILDAS)

ILDAS melaksanakan pelbagai kursus dan latihan dengan mewujudkan beberapa pusat latihan pengurusan yang bertanggungjawab menjadi urus setia pelaksanaan kursus dan latihan yang dirancang dari semasa ke semasa.

Pusat-pusat tersebut antaranya ialah Pusat Latihan Pengurusan Am, Pusat Latihan Pengurusan Pendidikan Islam, Pusat Latihan Pengurusan Dakwah, Pusat Latihan Pengurusan Teknologi Maklumat (IT) dan Pusat Latihan Pengurusan Masjid.

Selain kemampuannya mengurus lebih 100 kursus dakwah dengan penyertaan lebih 10,000 peserta setahun, ILDAS terus maju mendepani cabaran-cabaran baru dalam sebuah negeri maju dan memastikan pengurusannya lebih berkualiti melalui pengiktirafan persijilan: MS ISO 9001:2000.

Dalam konteks mengembangkan sumbangan dan peranan dalam kerja-kerja dakwah, ILDAS menggalas tanggungjawab baru melaksanakan program pengajian jangka panjang khusus kepada saudara baru dikenali program Pengajian Sijil Dakwah dan Kepimpinan (PSDK) ILDAS.

Pengarah ILDAS, Mohd. Hidayat Abdul Rani berkata, program tersebut dimulakan pertengahan tahun lalu, apabila seramai 15 pelajar mendaftar untuk mengikuti pengajian itu terdiri daripada saudara baru keturunan India, Cina, Orang Asli dan Iban.

Bagaimanapun hanya 13 pelajar berjaya menamatkan pengajian mereka selama tiga semester dan dianugerahkan Sijil Dakwah dan Kepimpinan ILDAS

Baru-baru ini diadakan konvokesyen pengajian tersebut yang menyaksikan kumpulan pertama pelajar berkenaan menerima sijil masing-masing. Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohd. Adzib Mohd. Isa.

Menurut Mohd. Hidayat, untuk memastikan program Pengajian Sijil Dakwah dan Kepimpinan ILDAS ini benar-benar mampu memenuhi matlamat pelaksanaannya satu silibus khusus untuk pengajian selama tiga semester dirangka.

Katanya, silibus ini digunakan melalui dua kaedah pembelajaran iaitu secara teori di dewan kuliah dan secara praktikal dengan mengadakan program bersama penduduk tempatan dan lain-lain aktiviti berkaitan.

“Penggubalan silibus pengajian ini mula dibangunkan secara bersama antara Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan ILDAS.

“Selain silibus akademik, para pelajar pengajian ini diwajibkan mengikuti program ko-kurikulum seperti membaca al-Quran, menghafaz surah lazim, kelas komputer, kelas pengucapan awam, aktiviti sukan dan rekreasi,” katanya.

Menurut Mohd. Hidayat lagi, para pelajar dibiayai sepenuhnya termasuk kos pengajian percuma di samping perbelanjaan bulanan di tanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Adalah diharapkan kesemua 13 pelajar yang merupakan graduan sulung ILDAS ini bakal mantap dan berilmu serta mampu menjadi pendakwah yang terbaik,” katanya.

Sehubungan ini, ILDAS turut mengambil inisiatif jangka panjang dengan mengadakan memorandum persefahaman dengan KUIS.

Ia antara lain membolehkan pelajar terlibat berpeluang menyambung pengajian mereka di peringkat Diploma dan Ijazah khususnya di Fakulti Dakwah dan Kepimpinan, KUIS.

“Semoga kesemua pelajar ini mempunyai azam dan keyakinan yang jitu untuk meneruskan pengajian mereka, dengan harapan satu hari nanti mereka akan menjadi pendakwah yang terbaik,” jelas beliau.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 11:05 AM   0 comments
Adam Nehru tertarik kepada solat
Utusan Malaysia, 23 november 2006

Oleh ZUARIDA MOHYIN

ADAM Mehru Abdullah memotretkan kenangan indah hari bahagia bersama keluarga mertua dan keluarga angkat.

PEGAWAI Sumber Manusia di sebuah syarikat swasta di ibu negara, Adam Nehru Abdullah, 30, memeluk Islam pada 1 Mac tahun lalu, sungguhpun mengenali Islam dan tertarik dengan disiplin ajaran itu semenjak di tingkatan dua lagi.

Berkongsi kisah yang membawa kepada pengislaman cerita pemuda kelahiran Slim River, Ipoh ini, faktor persekitaran merupakan tarikan pertama yang mencetus minat awalnya ketika itu. Malah semakin meningkat dewasa, Adam berusaha mencari ilmu berkaitan Islam secara lebih mendalam dan serius sama ada menerusi pelbagai bentuk media massa.

Katanya, semasa zaman persekolahan dulu, terutama ketika menuntut di Sekolah Menengah Sungai Besi, Kuala Lumpur, beliau banyak bergaul dengan teman-teman beragama Islam. Boleh dikatakan banyak masa ketika itu dihabiskan dengan mereka tidak kira waktu sekolah atau di luar sekolah.

“Pergaulan akrab ini secara tidak langsung mendedahkan saya kepada cara hidup masyarakat Melayu beragama Islam. Satu yang saya tertarik ialah apabila melihat mereka bersembahyang lima waktu sehari. Yang pastinya amal ibadat seperti ini tidak ada dalam agama lain.

“Apa yang lebih menakjubkan, walaupun teman-teman saya suka berseronok-seronok seperti melepak dan berborak tetapi apabila tiba waktu sembahyang mereka tidak lupa tanggungjawab melaksanakannya. Malah saya sendiri ada ketikanya terpaksa tunggu mereka di luar masjid atau surau sebelum menyambung aktiviti kami.

“Saya nampak ini satu disiplin yang amat cantik. Lebih-lebih lagi, ia bukannya sekali dilakukan dalam sehari tetapi lima kali. Semangat inilah sedikit sebanyak menyentuh hati kecil saya pada masa itu,” jelas Adam sewaktu ditemui di ibu pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Meskipun minat dan tarikan kepada Islam telah ada namun Adam masih tidak berani meluah apa lagi untuk mempamerkannya secara terbuka terutamanya kepada ibu bapanya.

Apa yang mampu dilakukan ialah sekadar berserah dan berharap Allah memberi kesempatan kepadanya untuk bergelar Muslim suatu hari kelak. Lantaran itu, kehidupan mestilah diteruskan seperti biasa sehinggalah pada usia 25 tahun, Adam mula serius dengan agama Islam.

“Setelah mempunyai pendapatan sendiri, saya menggunakan sebahagian wang gaji untuk membeli buku-buku agama Islam. Pada masa yang sama juga, saya belajar Jawi daripada teman-teman yang mahir mengenai ilmu ini.

“Dalam tempoh tiga, empat tahun saya semakin memahami dan mendalami ilmu Islam namun satu perkara yang masih menganggu fikiran ialah saya masih belum memberitahu keluarga terutamanya kepada ibu yang telah melahir dan membesarkan saya,” jelasnya.

Kata Adam, selagi ibu tidak mengetahui, perasaannya seperti tidak tenteram dan bersalah. Malah beliau tidak mahu memeluk Islam dahulu, kemudian baru memberitahu keluarga kerana beranggapan cara sedemikian tidak adil bagi mereka.

“Saya sanggup terima segala kemungkinan asalkan keluarga tidak dibelakangkan. Biarlah mereka lakukan apa sahaja waima dimarah atau disisihkan tetapi saya bertekad memberitahu mereka akan hasrat dan pilihan saya,” kata anak sulung daripada empat adik-beradik ini.

Adam yang berjawatan Perunding Insurans di sebuah agensi swasta setahun sebelum melafazkan syahadah, memberanikan diri memberitahu ibu. Dalam keadaan ini, lumrah yang berlaku ialah timbul sedikit ketegangan dan kemarahan di pihak keluarga kandung. Mereka pastinya kecewa dan sedih dengan tindakan anak, apatah lagi Adam adalah anak sulung dan harapan keluarga.

Bagaimanapun, Adam meyakinkan ibunya agar merestui pilihan beliau kerana itulah yang beliau mahukan.

Di samping itu, beliau menegaskan bahawa perbezaan agama tidak bermakna terputusnya hubungan darah atau kekeluargaan. Malah hakikatnya, Islam adalah agama yang amat menitik beratkan soal menjaga hubungan silaturahim terutamanya kepada ibu bapa.

Alhamdulillah, Adam bersyukur kerana akhirnya ibunya menerima keputusan pengislaman itu. Malah akuinya lagi sehingga kini ibunya sangat prihatin tentang penyediaan makanan halal, tempat tinggal, tempat sembahyang kerana beliau masih tinggal dengan keluarga kandung.

Ditanya perasaannya sebaik sahaja bergelar Muslim, Adam mengakui, keseronokan dan kepuasannya hanya Allah yang lebih mengetahui apatah lagi, hasrat tersebut dipendam sejak sekian lama.

Malah ibadat puasa dan sambutan raya merupakan suatu pengalaman baru biarpun sebelum ini beliau mencubanya. Malah, beliau mengakui akan perbezaan jika diamalkan dengan penuh keikhlasan atau dalam erti kata Islam sebenar.

Kehidupan Adam semakin bermakna dan bermatlamat selepas bertemu jodoh dengan guru di Sekolah Menengah Teknik, Shah Alam, Selangor, Rashidah Mohd. Rasul, 25.

“Isteri banyak memberi tunjuk ajar lebih-lebih lagi dalam soal amal ibadat. Saya bersyukur memiliki seorang isteri yang bukan sahaja baik tetapi banyak membantu untuk bergelar Muslim sejati.

“Beliau juga yang mendorong saya agar terus menambahkan ilmu di dada. Oleh itu pada setiap Sabtu dan Ahad selama dua jam, seorang ustaz akan mengajar jawi dan al-Quran di rumah,” kata Adam yang menyimpan hasrat bergelar pendakwah.

Nasihat Adam kepada yang mempunyai keinginan memeluk Islam agar tidak menyembunyikan berita pengislaman terlalu lama, seelok-eloknya memberitahu awal kerana dibimbangi ia akan mengeruhkan lagi suasana.

Beliau yakin Allah akan sentiasa membantu sekiranya kita ikhlas dan benar-benar mahukan Islam. Tindakan seperti disisih keluarga dan teman-teman anggaplah ia sebagai cabaran dan dugaan yang pastinya akan membawa pengertian tentang kemanisan iman.

Di samping itu, nasihat Adam kepada saudara baru agar mengambil inisiatif belajar ilmu agama demi memantapkan keimanan kerana bergelar saudara baru, kehidupan mereka tidak lari daripada pelbagai dugaan. Beliau khuatir sekiranya iman nipis, syaitan mudah memesongkan seseorang itu.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 11:02 AM   0 comments
Hamzah perkukuh barisan dakwah
Berita harian, 23 november 2006

KETABAHAN hati saudaranya itu amat menghairankannya, sementara usahanya yang mati-matian membela keimanan dan kelancaran dakwahnya, adalah suatu hal yang baru bagi kaum Quraisy umumnya, walaupun sebenarnya mereka terkenal gigih keras kepala.

Andainya ketika itu keraguan dapat menggoyahkan kepercayaan seseorang tentang kebenaran Rasulullah dan kebesaran jiwanya, tetapi ia takkan menemukan jalan untuk mempengaruhi dan memperdayakan Hamzah.

Ia kenal Muhammad SAW sebagaimana ia kenal akan dirinya, bahkan lebih daripada itu lagi. Sejak mereka lahir, menjadi remaja dan sama-sama dewasa, lembaran kehidupan Muhammad SAW terbuka di hadapan matanya suci bersih laksana sinar mata air, tidak satu cacat pun dilihatnya pada lembaran itu.....! Tidak sekali pun dilihatnya ia marah, kecewa atau putus asa, apalagi menampakkan ketamakan dan keserakahan, berolok-olok atau berbuat hal yang sia-sia.

Hamzah bukan saja seorang yang menikmati kekuatan jasmaniah, tetapi ia dikurnia pula kekuatan kemahuan dan ketajaman akal fikiran. Dari itu tidak wajar bila ia ketinggalan dan tidak ingin mengikuti orang yang diketahuinya betul-betul jujur.



Dan hari yang ditunggu-tunggu itu pun datanglah. Hamzah keluar dari rumahnya menjinjing busur dan menuju langkah ke arah padang pasir melakukan olahraga yang amat disukainya iaitu berburu. Ia amat mahir dalam hal ini.

Ada kira-kira setengah hari ia menghabiskan waktunya di sana, dan ketika kembali dari perburuan ia langsung pergi ke Kaabah untuk tawaf seperti biasa sebelum pulang ke rumahnya.

Setibanya dekat Kaabah ia ditemui seorang pelayan wanita Abdullah bin Jud’an. Apabila dilihatnya Hamzah semakin hampir, berkatalah pelayan itu kepadanya:

“Wahai Abu Umarah, seandainya anda melihat apa yang dialami saudara anda Muhammad SAW baru-baru ini. Abul Hakam bin Hisyam, ketika mendapatkan Muhammad SAW sedang duduk di sana, disakiti dan dimakinya, hingga mengalami hal yang tidak diinginkan.” Lalu dilanjutkannya cerita mengenai perlakuan Abu Jahal kepada Rasulullah.

Hamzah mendengar perkataannya dengan baik, kemudian ia menundukkan kepalanya sejenak, lalu membawa busur panahnya dan menyandang ke bahunya. Selepas itu dengan langkah cepat tetapi tegap ia menuju Kaabah dan berharap akan bertemu dengan Abu Jahal di sana. Jika tidak ditemuinya, maka pencarian akan dilakukannya juga sampai berhasil.

Tetapi belum lagi sampai di Kaabah, kelihatan olehnya Abu Jahal di pekarangan sedang dikelilingi beberapa pembesar Quraisy. Maka Hamzah maju mendapatkan Abu Jahal lalu melepaskan busur dan memukulkannya ke kepala Abu Jahal hingga luka dan berdarah. Hamzah pun membentuk Abu Jahal, katanya:

“Kenapa kamu cela dan kamu maki Muhammad SAW, padahal aku menganut agamanya dan mengatakan apa yang dikatakannya? Nah, cubalah ulangi kembali kepadaku jika kamu berani!”

Kemudian orang yang berada di sana lupa akan penghinaan yang baru menimpa pemimpin mereka dan darah yang mengalir dari kepalanya, terpesona dengan kata-kata Hamzah yang tidak ubah seperti halilintar pada siang hari....., iaitu kata-kata yang diucapkannya untuk menyatakan bahawa ia menganut agama Muhammad SAW, mengakui apa yang diakuinya dan mengatakan apa dikatakannya.



KeIslaman Hamzah akan menarik perhatian tokoh pilihan untuk sama-sama memasuki agama itu, hingga Muhammad SAW akan beroleh tenaga dan kekuatan yang akan membela dakwah dan memperkukuh barisannya, dan di suatu saat nanti orang Quraisy bangun dan sedarkan diri, kerana mendengar bunyi linggis dan tembilang yang menghancur-leburkan berhala dan tuhan mereka.

Memang tidak salah! Hamzah masuk Islam, dan di hadapan umum dinyatakan dan ditinggalkannya orang banyak itu merenungi kekecewaan dan kegagalan harapan mereka, dan dibiarkan Abu Jahal menjilat darah yang menitis dari kepalanya yang luka. Hamzah kembali mengangkat busur dengan tangan kanannya, dan menggantungkan di bahu, lalu dengan langkah yang tegap dan hati yang pekat pergi pulang ke rumahnya.

Hamzah adalah seorang yang berfikiran cerdas dan berpendirian keras. Ketika ia telah pulang ke rumahnya dan hilang rasa lelahnya duduklah ia, dan membawa dirinya berfikir serta merenungkan peristiwa yang baru saja dialaminya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 8:25 AM   0 comments
Hamzah prihatin
Wednesday, November 22, 2006
Berita harian, 22 november 2006

KOTA Makkah masih berdengkur dalam tidur nyenyaknya, selepas siang yang penuh dengan usaha dan kesibukan dengan ibadat dan aneka permainan.

Orang Quraisy tidur lelap dan membalik-balikkan diri mereka di atas katil, tetapi di sana ada seorang insan yang resah gelisah dan matanya tidak mahu terpejam. Ia cepat masuk bilik tidur dan beristirehat dalam waktu singkat, lalu bangkit dengan penuh kerinduan kerana rupanya ada janji dengan Allah. Ia menuju tempat solat yang terletak di biliknya, lalu munajat kepada Allah dan berdoa dengan tekunnya.

Setiap isterinya terbangun demi mendengar gemuruh di dadanya yang turun naik dan bunyi doanya yang hangat serta terus-menerus, menyebabkannya merasa kasihan dan memohon agar ia memperhatikan dirinya dan mengambil waktu istirahat yang cukup. Maka dengan air mata mengalir yang mendahulu kata-katanya dijawabnya: “Wahai Khadijah! Masa untuk tidur berlalulah sudah.”

Tetapi di antara orang yang belum beriman itu ada pula yang menaruh kasih sayang dan penghormatan kepadanya serta memendam niat dan keinginan hati untuk beriman dan menyertai kafilah yang penuh berkat. Mereka terhalang untuk menyatakan maksud itu hanyalah kerana keadaan suasana dan lingkungan, tekanan kebiasaan dan adat istiadat, serta kebimbangan hati untuk mengabulkan panggilan atau menolak seruan. Maka dalam golongan ini ada Hamzah bin Abdul Mutthalib, iaitu bapa saudara Nabi SAW dan saudara sesusunya.

Hamzah terkenal akan kebesaran dan kesempurnaan saudaranya, tahu sebaik-baiknya akan keperibadian dan watak serta akhlaknya. Ia tidak hanya mengenalnya sebagai seorang bapa saudara terhadap saudaranya semata, tetapi juga sebagai saudara terhadap saudaranya, dan sahabat terhadap teman sejawatnya.

Rasulullah dan Hamzah dari satu generasi, dan usia yang berdekatan. Mereka dibesarkan bersama, bermain bersama dan menjadi sahabat karib, serta menempuh jalan kehidupan dari bermula selangkah demi selangkah secara bersama-sama pula.

Hanya memang, di waktu muda masing-masing mereka menempuh jalan sendiri.

Sementara Muhammad SAW tetap bertahan di lingkungan cahaya rohani yang mulai menerangi jalan baginya menuju Ilahi, serta mengikuti bisikan hati yang mengajaknya menjauhi kebisingan hidup untuk mencapai renungan yang dalam, serta mempersiapkan diri dalam menyambut dan menerima kebenaran.

Kita tegaskan, bahawa walaupun kedua anak muda itu mengambil arah yang berlainan, tetapi tidak satu detik pun hilang dari ingatan Hamzah. Keutamaan sahabat dan saudaranya, yakni keutamaan dan kemuliaan yang menghantar pemiliknya kepada kedudukan tinggi di mata manusia umumnya, dan melukiskan secara rambang masa depannya yang gemilang telah banyak diketahui Hamzah.

Pagi hari itu, seperti biasa Hamzah keluar rumahnya. Di sisi Kaabah didapati serombongan pembesar dan bangsawan Quraisy, lalu ia pun duduk bersama mereka, mendengarkan apa yang mereka bercakap. Rupanya mereka sedang membicarakan mengenai Muhammad SAW. Dan untuk pertama kali Hamzah melihat mereka diliputi rasa gelisah disebabkan oleh dakwah yang dilakukan oleh saudaranya. Daripada ucapan mereka tersembur amarah murka, kebencian dan kedengkian.

Pada saat itu Abu Jahal segera menegaskan kepada hadirin bahawa sebenarnya Hamzah paling tahu akan bahaya ajaran yang diserukan oleh Muhammad SAW, hanya ia menganggapnya remeh hingga Quraisy jadi lengah dan lalai.

Demikianlah mereka melanjutkan pembicaraan dalam suasana pikuk yang tidak luput daripada ancaman, sementara Hamzah kadang-kadang turut tertawa dan kadang-kadang menampakkan amarah murka.

Ketika pertemuan itu selesai dan masing-masing meneruskan acaranya, kepala Hamzah pun dipenuhi fikiran dan perasaan baru, menyebabkan perhatiannya tertuju kepada urusan saudaranya dan mempertimbangkan kembali buruk baiknya.

Hari berlalu silih berganti, dan makin lama desas-desus disebarkan Quraisy sekitar dakwah Rasulullah makin memuncak. Desas-desus itu berubah menjadi hasutan dan kumpulan, sementara Hamzah memperhatikan suasana dari jauh.

bersambung esok.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 7:45 AM   0 comments
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com