Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Kecacatan tak halang Ammar mati syahid
Monday, October 30, 2006
Berita Harian, 30 oktober 2006

AMMAR bin Jamooh tidak dikenali ramai, tetapi beliau adalah sahabat Rasulullah SAW yang sanggup menggadai nyawa demi ketinggian syiar Islam.

Beliau Walaupun seorang yang cacat fizikal (kakinya tempang), namun keinginan berjihad ke jalan Allah sentiasa berkobar-kobar, lebih-lebih lagi bila mendengar berita kemenangan dan kesyahidan pejuang Islam dalam peperangan Badar dan Uhud.

Sahabat Nabi SAW ini banyak mendampingi pejuang dengan harapan akan turut memanggilnya dalam sesuatu peperangan. Bagaimanapun, Rasulullah SAW mengecualikannya daripada berjihad, kata beberapa pejuang.

Perkara itu disambut dengan perasaan sedih oleh Ammar yang mempunyai empat anak lelaki menjawab: "Malang sekali diriku ini. Anak-anak lelakiku tentu akan masuk syurga sedangkan aku ditinggalkan di sini."

Malah, semangat dan keazaman bertambah lantaran isterinya mahukan dia turut berjihad di medan pertempuran. Ia kerana seorang wanita yang menjadi janda selepas suaminya gugur syahid di medan perang akan mendapat penghormatan yang tinggi di sisi masyarakat dan Islam. Katanya: "Wahai suamiku, aku tidak mencadangkan mereka melarangmu daripada menyertai peperangan ini. Nampaknya kamu sendiri berasa takut untuk ikut berperang."

Apabila mendengar desakan dan cabaran isterinya, Ammar pun menyiapkan segala kelengkapan perang lalu menghadap ke arah kiblat sambil memanjat doa dengan penuh khusyuk ke hadrat Allah.

Doanya: "Ya Allah! Janganlah kembalikan aku kepada keluargaku." Begitu sekali keazaman beliau.

Ammar kemudian menemui Rasulullah SAW sambil menerangkan maksud dan hajatnya, katanya: "Wahai Rasulullah! Aku ini terlalu cinta kepada mati syahid di dalam peperangan. Tetapi sahabatku yang lain selalu saja melarang aku daripada ikut berperang. Wahai Rasulullah! Aku tidak dapat lagi mengawal keinginanku untuk berjuang. Izinkanlah aku ikut serta."

Baginda cuba menahannya tetapi rupa-rupanya azam Ammar tidak dapat dikawal lagi.

Akhirnya beliau tersenyum kerana Rasulullah SAW membenarkan beliau pergi berperang. Dengan berbekalkan keazaman dan semangat jihad yang tinggi, Ammar tidak gentar untuk melawan musuh yang berkesudahan beliau bersama anak lelakinya mati syahid.

Berita kematian itu sampai ke pengetahuan isterinya, lalu beliau menunggang seekor unta dan terus ke medan perang untuk mengambil mayat suami dan anaknya untuk dibawa pulang.

Mayat mereka berdua diletakkan di atas belakang unta, akan tetapi unta itu tidak mahu berdiri dan bergerak. Isteri Ammar pun memukul-mukul unta itu supaya segera bangun, namun tidak juga mahu bangun.

Apabila melihat kejadian pelik ini, ia segera dimaklumkan kepada Rasulullah SAW . Lalu Baginda pun bersabda : "Sesungguhnya unta itu telah diperintah supaya berbuat demikian. Adakah Ammar telah berkata sesuatu sebelum keberangkatannya ke sini? "

"Ada," kata isterinya. "Sebelum berangkat dulu, Ammar telah mengadap ke arah kiblat dan berdoa supaya tidak akan kembali kepada keluarganya."

Dengan jawapan isteri Ammar, jelaslah bahawa unta itu enggan membawa mayat Ammar ke Kota Madinah. Maka disemadikan Ammar di bumi Uhud dengan gelaran syahid.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 11:10 AM   0 comments
Salam Aidilfitri 1427 H
Tuesday, October 24, 2006

Aidilfitri 1427H

Assalamualaikum...


Sempena Syawal 1427 H Saya menyusun sepuluh jari mengharap kemaafan sekiranya ada melakukan kesilapan kepada tuan/puan sekalian.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin



Yang Mengharap Keampulan Dari Yang Maha Esa

Pak Ngah
1 syawal 1427 H



Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 1:20 AM   0 comments
KHUTBAH KHAS SEMPENA AIDIL FITRI 1427H
Friday, October 20, 2006
KHUTBAH KHAS SEMPENA AIDIL FITRI 1427H

(Selasa, 24 Oktober 2006M)

TAJUK: FENOMENA MURTAD: ANCAMAN KEPADA FITRAH MUSLIM

KHUTBAH PERTAMA

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ * اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ *

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، * وَِللهِ الْحَمْدُ.

لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُونَ. لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ.

أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْـكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ الْمَبْعُوْثُ رَحْمَةً لِّلْعَالَمِيْنَ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِْينَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، ، أُوْصِيكُم وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، وَ ِللهِ الْحَمْدُ.


Para Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekelian:

Sempena hariraya aidilfitri yang mulia ini marilah sama-sama kita merakamkan kesyukuran yang tak terhingga kepada Allah di atas segala nikmat yang dianugerahkan kepada kita semua terutamanya nikmat Islam dan nikmat iman. Dalam pada itu marilah kita sama-sama memaksikan satu azam yang tinggi untuk terus kembali kepada fitrah; iaitu Islam, sejajar dengan roh sambutan aidilfitri yang menyarankan kita kembali kepada fitrah Islam dan iman.

Khatib pada kesempatan khutbah hariraya aidilfitri 1427H hari ini akan berkhutbah dibawah tajuk “fenomena murtad: ancaman kepada fitrah muslim masa kini”, satu gejala yang boleh membunuh iman dan islam, kuman yang memusnahkan fitrah muslim yang sama-sama kita dokong di hari raya ini.

Menurut Ibn Taimiyah, murtad bermaksud:

“Bentuk kekufuran yang berlaku selepas Islam bagi sesiapa yang mengsyirikkan Allah atau menafikan rububiahNya atau salah satu daripada sifat-sifatNya , kitab-kitabNya atau rasul-rasulNya”.



Manakala Kamus Dewan pula mendefinisikan murtad dengan maksud:



“Seseorang itu keluar daripada agama Islam samada melalui perbuatan, perkataan atau niat. Orang yang melakukan yang demikian adalah orang yang kafir”

Sementara itu terdapat takrifan lain tentang difinisi murtad yang dilihat lebih relevan dan menepati realiti yang berlaku pada masa kini. Ia dikemukakan oleh Said Hawwa dengan katanya:

“Murtad seseorang itu boleh berlaku dengan seseorang itu tunduk dan patuh kepada orang-orang kafir, redha dengan dasar-dasar yang ditentukan oleh mereka walaupun sebahagian kecil daripadanya. Ini kerana ianya membabitkan soal keimanan dan keyakinan seseorang terhadap ajaran Islam yang datang dari Allah”.

Berdasarkan beberapa paparan definisi murtad sebagaimana di atas, maka dapatlah disimpulkan bahawa apa yang dimaksudkan dengan murtad itu ialah tindakan seseorang yang mukallaf, dengan niatnya sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa atau keadaan tiba-tiba keluar dan menganut agama lain, ataupun bertindak samada melalui iktiqad, perkataan ataupun perbuatan yang bercanggah dengan dasar-dasar Islam.

Proses perpindahan agama itu dinamakan “riddah” dan apabila individu itu mula menganut agama baru atau sesuatu bentuk kepercayaan yang bertentangan dengan Islam maka dia disebut sebagai seorang yang murtad.

Di dalam surah al-Baqarah ayat 217 Allah telah menjelaskan ancaman dan risiko kepada sesiapa yang murtad. Firman Allah (SWT) yang berbunyi:

ومن يرتدد منكم عن دينه فيمت وهو كافر فأولئك حبطت أعملهم في الدنيا والآخرة، وأولئك أصحب النار هم فيها خلدون.

Yang bermaksud:

“Barang siapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya”

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، وَ ِللهِ الْحَمْدُ.


Para Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekelian:

Tanpa kita menafikan bahawa sejarah murtad telah berlaku semenjak di zaman Rasulullah (SAW). Ia dikesan seawal berlakunya kisah Isra dan Mikraj. Di mana menurut perkiraan sesetengah pihak kedua-dua peristiwa ganjil itu dianggap amat bertentangan dengan lojik akal pemikiran manusia terutama apabila Rasulullah (SAW) dapat sampai ke al-Masjid al-Aqsa di Palestin dari Masjid al-Haram di Kota Mekah dalam tempoh tak sampai sehari semalam, seterusnya naik ke langit dan kemuncaknya bertemu Allah (SWT).

Menurut al-Syahid Syed Qutb, kepada mereka yang terpengaruh dengan hukum alam semata-mata tanpa merujuk kepada kebesaran Allah yang mengatasi segala-galanya maka sudah tentulah peristiwa israk dan mikraj ini mampu menyentap iman seseorang dan akhirnya menjadi murtad. Namun apa yang lebih jelas dari kisah Isra dan Mikraj ialah kejahilan terhadap agama Islam telah mendasari punca sebenar murtad berlaku.

Justeru tidak peliklah jika terdapat kenyataan yang menyatakan bahawa sekarang ini wujudnya kumpulan yang dinamakan “black metal” yang jumlah mereka hampir mencecah 8,000 orang, rata-ratanya melayu Muslim, lantaran kejahilan mereka terhadap Islam telah mula menunjukkan biadap mereka terhadap Islam sehingga sanggup kencing di atas al-Quran, membakar naskhah al-quran, menyalibkan tubuh mereka dengan lambang-lambang salib. Walhal mereka mereka itu beragama Islam. Demi sesungguhnya kita amat rimas dan khuatiri tentang diri mereka kalau-kalau dipenghujungnya menjadi murtad.



Dalam pada itu tinta sejarah juga memaparkan bahawa di antara punca murtad berlaku ialah terpengaruh dengan keseronokan serta cintakan kebendaan sehingga sanggup menjual agama Islam dengan harga yang murah. Fenomena ini pernah berlaku di zaman Rasulullah (SAW) di mana terdapat seorang sahabat Nabi yang bernama Tha’labah bin Hatib al-Ansari. Beliau awalnya amat terkenal sebagai seorang `abid (kuat beribadah) yang sentiasa berulang-alik ke masjid. Di suatu hari beliau meminta supaya Rasulullah s.a.w berdoa kepada Allah untuknya supaya menjadi seorang yang kaya-raya. Setelah memperolehi kekayaan yang melimpah-ruah, Tha’labah enggan mengeluarkan zakat dan berakhir menjadi murtad.

Allah (S.W.T) berfirman:

ومنهم من عهد الله لئن ءاتانا من فضله لنصدقن ولنكونن من الصلحين. فلما ءاتاهم من فضله بخلوا به وتولوا وهم معرضون .

Yang bermaksud:

“Dan di antara mereka ada orang yang telah berikrar kepada Allah: “Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian kurniaNya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang soleh”. Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari kurniaNya, mereka kikir dengan kurnia itu dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran)”.

Berdasarkan ayat di atas, Ibn Kathir menjelaskan bahawa Allah telah memurkai Tha’labah dan sesiapa saja yang mempunyai sifat tidak mensyukuri dengan nikmat Allah sehingga membawa kepada kekufuran dan seterusnya murtad dari Islam.

Dalam konteks hari ini masalah pengaruh kebendaan telah dikenal pasti sebagai punca murtad berlaku. Fenomena ini menjadi lebih kritikal apabila ia dirancang secara halus oleh massionary kristian dan fanatik hindu. Di mana di antara modus operandi mereka ialah dengan mengumpan belia dan remaja muslim dengan melonggokkan kemewahan harta benda, peralatan berharga seperti pemberian hand-phone berjenama secara percuma, menyediakan kelengkapan spare-part untuk ubahsuai motorsikal bagi golongan remaja & mat rempit, mendampingi pelajar-pelajar yang bermasalah kewangan, menyediakan bayaran perubatan di pusat-pusat perubatan swasta yang mahal, memberikan bantuan makanan-makanan asas dan pelbagai muslihat-muslihat halus yang tidak dicedari, namun hakikat sebenarnya ia merupakan satu tipu muslihat dalam usaha memurtadkan mereka daripada Islam.

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، وَ ِللهِ الْحَمْدُ.


Para Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekelian:

Seterusnya punca murtad juga berlaku kerana terpengaruh dengan kehidupan jahiliah. Ini dapat dibuktikan apabila ada sekelompok perempuan yang tinggal di Hadramaut telah memeluk Islam di zaman Rasulullah s.a.w. Serentak dengan itu mereka mulai menjalani corak kehidupan sebagai seorang muslim dan mula meninggalkan adat-adat Jahiliah. Akan tetapi apabila mereka mendengar berita kewafatan Rasulullah s.a.w, kebanyakan wanita ini mulai kembali kepada adat-adat Jahiliah seperti menampar pipi mereka masing-masing, mengoyak baju, meraung, menangis dan memukul duf (gendang). Kononnya perbuatan itu dilakukan sebagai tanda kesedihan, kekecewaan dan ratapan di atas kematian nabi s.a.w sedangkan apa yang mereka lakukan itu merupakan adat dan tradisi Jahiliah. Akhir sekali apabila kepimpinan berpindah tangan kepada Abu Bakar al-Siddiq maka perempuan-perempuan tadi terus murtad dari Islam dan kembali semula ke zaman Jahiliah mereka.

Berpandukan fenomena di atas, menjadikan kita yang ada sekarang dalam suasana rimas dan gundah gulana. Ini kerana susana jahiliah di zaman kini lauh lebih sumbing dan kritikal berbanding dengan apa yang terdapat di zaman silam. Daripada satu sumber yang sahih, khatib cuba menyingkap beberapa angka kajian kuantitatif berkenaan dengan beberapa indeks jahiliah, yang menjadi asas keruntuhan jati diri sebagai seorang muslim. Sebagai contoh; Sepanjang tahun 2005, seramai 32 ribu orang penagih dadah telah dikesan di seluruh negara. Mereka terdiri daripada 15 ribu penagih baru dan 17 ribu penagih lama. manakala jumlah penagih berdaftar yang terkumpul di seluruh negara mulai 1988 hingga 2005 adalah seramai 289 ribu orang.

Manakala bilangan penduduk Malaysia yang dijangkiti HIV & AIDS ialah 51 ribu. Seterusnya jumlah pelacur di Malaysia pula dianggarkan seramai 142 ribu pelacur, dimana mereka bukan sahaja beroperasi di bandar-bandar besar semata-mata, tetapi turut beroperasi di kawasan pekan-pekan kecil. Dalam pada itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pula mendaftarkan 70 ribu anak luar nikah bagi tempoh lima tahun iaitu daripada 1999 hingga 2003. Berdasarkan statistik mengikut agama, anak luar nikah orang Islam adalah yang paling ramai didaftarkan iaitu 30 ribu orang. Daripada paparan di atas, apakah yang mengamankan hati kecil kita untuk berkata bahawa kumpulan-kumpulan ini masih terus mampu menjaga akidah mereka dari dipesongkan? Apakah mereka mampu menongkah arus murtad yang datang bagaikan thunami di hadapan mereka? Sedangkan kepincangan akhlak dan moral sebagaimana paparan di atas adalah berpunca daripada kemelesetan akidah. Justeru kumpulan-kumpulan di atas amat berpotensi untuk di penghujungnya menjadi murtad dari Islam seandainya keadaan terus berlarutan.

Menyingkap fenomena-fenomena di atas, tidak pelik apabila Mufti Kerajaan Negeri Perak; Shohibul Samahah Dato Seri Harussani Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250 ribu umat Islam murtad di Malaysia, termasuklah di antara mereka 100 ribu orang Melayu yang mengistiharkan keluar agama Islam. Manakala katanya lagi 100 ribu orang lagi sedang membuat permohonan menunggu murtad. Ini tidak termasuk dengan individu yang langsung tidak solat, tidak berpuasa dan yang menentang hukum Islam, di mana kesemua mereka ini semestinya diragui akan tahap keislaman dan keyakinan mereka terhadap Islam itu sendiri.



Seterusnya kitaran ganas murtad mulai menjadi semakin parah apabila murtad bukan sahaja meragut akidah si jahil semata-mata, tetapi mula memamah iman seseorang yang sudahpun memiliki asas agama. Jangan kita lupa kepada seseorang yang bernama Noraisyah binti Hj Bukhari yang akhirnya menjadi murtad. Beliau adalah seorang muslimah yang lahir dari keluarga yang kuat beragama, beliau seorang yang bukan sahaja mahir membaca al-Quran tetapi mampu menghafaz surah yasin, manakala bapanya adalah seorang guru agama. Namun berakhir dengan murtad. Begitu juga dengan kes Siti Mariam binti Mohd Ismail, beliau awalnya seorang wanita Islam yang memakai tudung labuh sebagai lambang kewarakannya, namun berakhir dengan murtad.

Keadaan nasib akidah umat Islam semakin kritikal apabila kumpulan fanatik Hindu turut bertindak ganas dan samseng sehingga sanggup bertindak memukul seseorang yang mahu menyelamatkan akidah seseorang. Ini boleh dirujuk dalam kes Hartinah binti Hj. Kamarudin, dimana beliau bukan sekadar dimurtadkan oleh sekumpulan fanatik hindu, tetapi sanggup pula membelasah ayahnya sehingga separuh mati lantaran mahu menyelamatkan akidah anaknya yang dimurtadkan.

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، وَ ِللهِ الْحَمْدُ.


Para Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekelian:

Seterusnya thunami murtad semakin menggila di negara kita apabila cuba menyerang sistem perundangan malaysia untuk akur kepada sseorang yang mahu murtad dari Islam tanpa dikenakan apa-apa tindakan undang-undang. Untuk itu, Kumpulan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan Kumpulan Artikel 11 kini mula bergerak aktif dengan mengadakan seminar dan forum rakyat bagi mencambahkan kekeliruan ummah berhubung dengan hak kebebasan beragama. Malah lebih jauh, apabila mereka jua turut memperjuangkan agar semua kes, termasuk kes agama seperti murtad dan sebagainya, tidak lagi dibicarakan di Mahkamah Syariah tetapi di mahkamah Sivil. Kumpulan IFC, dalam objektif penubuhan mereka jelas menunjukkan perjuangan mereka ke arah memurtadkan ummat Islam di Negara ini. Amat malang sekali wujudnya di kalangan penggerak kumpulan-kumpulan kebebasan beragama ini adalah terdiri daripada mereka yang mengaku berpegang beragama Islam. Ini terserlah melalui beberapa tuntutan mengarut yang dipinta oleh mereka, antaranya;

1. Seseorang anak yg dilahirkan oleh Ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam
2. Orang–orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam, hendaklah memberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang
3. Sebarang kes pertukaran agama seseorang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah Sivil
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang
6. Seseorang atau pasangan suami Isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam, hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang sama untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan tertentu
9. Orang–orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya
10. Bibel dalam bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan secara umum secara terbuka
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing–masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.



Dalam menrialisasikan 14 perkara di atas, detik kini sedang tertumpu kepada penghakiman kes bekas seorang muslimah kita yang bernama Saudari Azlina binti Jailani, iaitu seorang anak Melayu yang telah dimurtadkan oleh kekasihnya menjadi Kristian, dan telah menukarkan nama beliau kepada Lina Joy. Seandainya beliau menang dalam kes permohonannya untuk murtad dan membuang status Islam daripada kad pengenalannya, bermakna satu demi satu apa yang disebutkan di atas akan datang merempuh dan memulas akidah kaum muslimin di Malaysia yang sememangnya sudah sedia rapuh. Apakah dikala itu bermulanya titik mula kepada hilangnya Melayu Islam di Malaysia? Kes murtad beliau mendapat perhatian serius satu dunia yang dikepalai oleh negara Amerika Laknatullah & sekutunya yang mengumpulkan pelbagai dana dan perkhidmatan guaman untuk memastikan mereka berjaya mempengaruhi sistem perundangan di Malaysia, dan seterusnya berjaya menreliasasikan kesemua 14 perkara yang disebutkan di atas. Namun kita sebagai seorang umat Islam, dimanakah kita di dalam menghadapi dan menghalang perkara seperti ini dari terus berleluasa???

Sesungguhnya samada kumpulan artikel 11, maupun IFC, mereka sebenarnya telah mengeksploitasi Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 3(1), Perkara 11, Fasal (1) bab kebebasan beragama di Malaysia untuk menyokong gerakan terkutuk mereka.

Peruntukan undang-undang Perkara 11, Fasal (1) berbunyi;

“Setiap orang adalah berhak menganut dan mengamalkan ugamanya”

Manakala perkara 3 (1), pula menjelaskan:

“Agama Islam adalah ugama bagi Persekutuan, tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”

Umum mengetahu bahawa isu yang paling besar di sebalik ungkapan dan kod perundangan ialah bagaimana menafsirkan undang-undang yang termaktub. Maka di sini timbul satu kemushkilan besar iaitu kenapa perkara 3(1) dan Perkara 11, Fasal (1) ditafsir secara pemikiran barat maupun secara sekuler dan bukan secara Islam. Di mana keadaan ini sudah pasti akan berpihak kepada pengacau-pengacau yang sememangnya anti kepada agama Islam. Dua tokoh penggubal undang-undang Inggeris terkenal iaitu Sheridan dan Groves telah menafsirkan bahawa perkara 3 (1) dalam perlembagaan Persekutuan hanyalah menentukan bahawa adat istiadat dan upacara persekutuan hendaklah dibuat mengikut adat istiadat Islam dan ia tidak melibatkan pemakaian undang-undang Islam di peringkat persekutuan

Sedangkan dalam masa yang sama tokoh-tokoh perundangan di Malaysia telah membuat penafsiran yang lebih Islamik dan relevan dengan status Malaysia yang sering dilebalkan konon-kononnya sebuah negara Islam. Umpamanya Bekas Ketua Hakim Negara, Hakim Hashim Yeop Sani dalam tulisannya mengulas dengan mengatakan:

“Saya menentang keras pendapat ini kerana tidak berdasarkan kepada apa-apa penulisan dalam perlembagaan. Oleh sebab perkara 3(1) dan Perkara 11, Fasal (1) Perlembagaan ini sangat jelas dan tidak boleh diputar-belit lagi bahawa agama negara ini ialah Islam, maka mana-mana tafsiran yang mewujudkan satu percanggahan di antara dokumen ciptaan manusia (perlembagaan) dengan perintah Allah (al-Qur’an dan al-Sunnah) maka tafsiran itu tidak dipakai.

Pendapat yang hampir sama dikemukakan oleh Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim (tokoh pengamal undang-undang yang terkenal) dalam masalah ini beliau menegaskan bahawa konflik yang berlaku sehingga menyempitkan peranan Islam dalam menaungi sistem perundangan di Malaysia adalah berpunca daripada sikap sesetengah di kalangan umat Islam sendiri yang masih menerima penafsiran penjajah yang bermatlamat untuk mengekalkan sistem sekuler. Persoalannya kenapa kita umat Islam harus terus terikat dengan kedudukan penjajah, sedangkan kita sudahpun mengecapi kemerdekaan. Sebaliknya peruntukan perlembagaan yang sedia ada sebenarnya sudah cukup untuk dijadikan asas kepada penguasaan Islam dalam sistem perundangan di Malaysia. Namun malang sekali apabila kita memaksa diri kita sendiri untuk diikat dengan tafsiran yang diambil oleh pihak penjajah. Apakah ini yang dimaksudkan penjajahan era baru yang dimainkan oleh anak-anak watan sehingga menjerut leher akidah bangsanya sendiri???

Inilah persoalan-persoalan yang menghantui umat Islam di Malaysia hari ini yang memerlukan kita berfikir secara lebih serius. Oleh itu marilah kita sama-sama jadikan permasalahan yang dikhutbahkan ini sebagai satu tanggungjawab bersama yang mesti ditangani. Mudah-mudahan dengan kepekaan dan prihatin kita kepada permasalahan ummah akan mempercepatkan pertolongan daripada Allah demi menyelamatkan ummah dari ambang kebinasaan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ القُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ، إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيمٌ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْن وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.




KHUTBAH KEDUA

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ *

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ * اَللهُ أَكْبَرُ،

اَللهُ أَكْبَرُ كِبِيرًا، وَالْحَمدُ ِللهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكرَةً وَأَصِيلاً، لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ.

اَلحَمْدُ ِللهِ وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْـكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِالْجَنَّةِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا الْمُسْلِمُوْنَ، اِتَّقُوا اللهَ حَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُونَ.

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، وَللهِ الحَمد.

Dalam menangani masalah murtad yang dibincangkan pada khutbah pertama tadi, maka khatib ingin menegaskan bahawa tanggungjawab menyelesaikan masalah ini merupakan satu tanggungjawab bersama yang mesti dipikul secara bersepadu & kolektif. Di peringkat individu mestilah berusaha memperkasa dan terus meningkatkan prestasi keimanan di lubuk hati masing-masing. Manakala di peringkat keluarga pula, ibu dan bapa wajib memainkan peranan mereka sebagai murabbi; yakni pentarbiyyah kepada anak-anaknya. Pengenalan pertama yang perlu diberikan kepada anak-anak kiata adalah pemahaman & pemantapan aqidah itu sendiri, melampaui dari segala ilmu-ilmu duniawi yang kita bekalkan kepada mereka. Sedarlah wahai ibu dan bapa sekelian! Bahawa masalah besar yang dihadapi oleh sebilangan anak remaja ialah kemelesetan jati diri sebagai warga muslim, kebejatan akhlak dan moral, kegersingan ilmu pengetahuan tentang Islam, serta pengaruh-pengaruh luar yang merosakkan mereka seperti budaya berhibur yang melampau batas, kongkongan media massa yang liberal dalam memaparkan adengan-adengan lucah dan tak bermoral serta sogokan untuk hidup enjoy semata-mata. Justeru, jadikanlah barah-barah yang disebut ini untuk dirawat di peringkat keluarga.

Manakala di peringkat pihak berkuasa dan kerajaan pula hendaklah menyedari bahawa kuasa yang ada pada kamu sebagai pemerintah di dalam negara Malaysia merupakan amanah begitu tinggi daripada Allah (SWT), justeru melaksana syariah dalam sistem pemerintahan merupakan tanggungjawab & jawapan yang paling lunak dan tepat didalam menyelesaikan masalah murtad dan apa jua masalah yang menjadi labialiti ummat Islam masa kini, termasuk masalah ekonomi, sosial, pendidikan dan seumpamanya. Inilah makna kepada firman Allah (SWT) yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah ke atas kamu”.

(Terj. Surah al-Ma’idah (5):49)

Firman Allah lagi yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka itulah orang-orang kafir”.

(Terj. Surah al-Ma’idah (5):44)

Manakala Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud:

“Dengar dan taatlah ketua kamu sekalipun dia hanyalah seorang hamba Habsyi, selagi mana di menegakkan ajaran kitab Allah (syariah) pada kamu semua”.

Para Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekelian:

Yusuf al-Qaradawiy dalam mengulas ketiga-tiga nas di atas menjelaskan bahawa pihak berkuasa yang diberi amanah memegang tampok pemerintahan wajib melaksanakan syariah Islam dalam pemerintahannya demi menyelesaikan sebarang konflik yang berlaku. Seandainya mereka ini terus bebal dan enggan tunduk kepada syariah Allah, maka menjadi tanggungjawab & amanah setiap warga muslim untuk memilih dan menggantikan dengan kepimpinan yang lebih baik dan bertanggungjawab, terutamanya kepimpinan yang mengistiharkan diri mereka ingin kembali merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah sebagai teras panduan. Ini tidak lain dan tidak bukan demi kebaikan umat Islam dan survival mereka di masa-masa yang akan datang.

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، وَللهِ الحَمْدُ.

إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ، يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيْمًا. اَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ فِى العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

اَللَّّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ. إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعْوَاتِ وَقَاضِىَ الْحَاجَات.

رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَّقِ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحيْنَ. رَبَّنَا لاَتُزِعْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبَ لَنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةَ إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّاب.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَهً وَفِى اْلأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار.

عِبَادَ اللهِ, إِنَّ اللهَ يَأمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ, وَإِيْتَاءِ ذِى الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنْكَرِ وَالبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ.فَاذْكُرُوا اللهَ العَظِيْمَ يَذْكُرُكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَر. واللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ.



Kajian & penyediaan teks oleh;

DR AZHAR BIN YAAKUB

Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD)

Nota: Salinan softcopy dalam format Microsoft Word (.doc) dan Adobe Acrobat (.pdf) boleh dimuat-turun daripada laman

e-group FORKAD: http://groups.yahoo.com/group/FORKAD/files/ Moderator e-mail: forkad@gmail.com

*** Pendaftaran keahlian percuma diperlukan dengan menghantar email kosong kepada:

forkad-subscribe@yahoogroups.com

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 2:19 PM   0 comments
ALUMNI MAAHAD HAMIDIAH, KAJANG LULUS PENDAFTARAN
Thursday, October 19, 2006
Mohon laluan utk pengiklanan ini, terima kasih.
----------------------------------------------------------

Aslm wbt

Kepada semua bekas2 pelajar SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor.

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah swt kerana setelah menanti lebih dari suku abad (lebih dari 26 tahun), akhirnya pendaftaran ALUMNI SMKA MAAHAD HAMIDIAH, KAJANG, Selangor telah diluluskan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Society atau ROS).

Mungkin pada hari esok ataupun lusa YDP Penaja iaitu Sdra Budiman akan collect certificate pendaftaran dari ROS.

AGM akan diadakan secepat mungkin selepas cuti Hari Raya. Dengan itu, kami menyeru kepada alumni2 yg lain agar dapat tampil ke hadapan bagi meneuskan kepimpinan dan kesinambungan Alumni yg baru berusia beberapa hari ini. Secara peribadi, saya ingin membuka laluan kepada barisan kepimpinan baru untuk melonjakkan Alumni maju ke hadapan, kerana perjuangan kita sebenarnya baru sahaja bermula.

Bagi pihak Kepimpinan JK Penaja, saya menyeru kepada kesemua ex-Hamidians agar dapat menggabungkan diri dengan platform AKLUMNI yg baru kami bentuk ini.

Sekian, wassalam.

--
Visit my Islamic Financial Planning Blog
http://islamicfinance2u.blogspot.com

Thanks & regards

FATKURRADZI JAMIL
BA Hons Acc (UK), Dip in Acc (UiTM), CUTE, CEILLI, PCEIA
Islamic Financial Planning Consultant
*********************************************************************************
(013) 391-2695
islamicfinance2u@gmail.com
*********************************************************************************
TAKAFUL www.maatakaful.com.my
ISLAMIC UNIT TRUST www.publicmutual.com.my
ISLAMIC ESTATE PLANNING www.wasiyyahshoppe.com
HAJJ & UMRAH

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 5:59 PM   0 comments
Fidyah tinggalkan puasa
Tuesday, October 17, 2006
Utusan Malaysia, 17 oktober 2006

SOALAN
Hukum mengenai qada sembahyang dan bayar fidyah puasa bagi si mati.

JAWAPAN

Tidak diqadakan dan juga tidak dikeluarkan fidyah bagi sembahyang si mati. Manakala hukum fidyah puasa, sekiranya orang yang mati sedang menanggung puasa fardu dan berkesempatan untuk menqadakannya tetapi ia tidak berbuat demikian maka dikenakan fidyah bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan sebanyak 15 tahil beras. Jika puasa itu tidak diqadakan lewat bertahun maka fidyah akan berganda mengikut bilangan tahun.

Keterangan lanjut:

Terdapat tiga pendapat mengenai hukum fidyah sembahyang di dalam mazhab Shafie, antaranya;

i) Tidak diqadakan dan juga tidak dikeluarkan fidyah bagi sembahyang si mati.

ii) Diqadakan sembahyang si mati oleh waris atau kerabatnya, boleh dikeluarkan harta peninggalan si mati bagi tujuan tersebut tetapi tiada dibayar fidyah.

iii) Boleh dibuat fidyah ke atas setiap waktu yang ditinggalkan oleh si mati dengan kadar 15 tahil beras setiap sembahyang. Yang muktamad adalah pendapat pertama.

Sumber: Dr. Yusuf al-Qardawi, Fatwa Masa kini (Terjemahan 1 & 2), Pustaka Salam Sdn. Bhd..

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Sekretariat Sudut Hukum IKIM di talian 03-6204 6219 dan 03-6204 6253 atau layari laman web www.ikim.gov.my/sud uthukum.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 8:15 AM   0 comments
Panduan iktikaf di bulan Ramadan
Harakahdaily, 14 oktober 2006

Sat | Oct 14, 06 | 04:06:38 PM
Oleh Zainuddin Hashim

Di antara rangkaian ibadah dalam bulan suci Ramadan yang sangat dipelihara sekaligus diperintahkan (dianjurkan ) oleh Rasulullah s.a.w adalah iktikaf. Setiap muslim dianjurkan (disunatkan) untuk beriktikaf di masjid, terutama pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.

Iktikaf merupakan pendekatan ibadat yang sangat efektif bagi muslim dalam memelihara keislamannya khususnya dalam era globalisasi, materialisasi dan informasi masa kini.

Definisi ‘Iktikaf

Para ulama mendefinisikan iktikaf iaitu berdiam atau tinggal di masjid dengan adab-adab tertentu, pada masa tertentu dengan niat ibadah dan untuk mendekatkan kepada Allah SWT.

Ibnu Hazm berkata: Iktikaf adalah berdiam di dalam masjid dengan niat mendekatkan diri (taqorrub) kepada Allah SWT pada waktu tertentu pada siang atau malam hari. (al MuhallaV/179)

Hukum ‘Iktikaf

ImagePara ulama telah berijmak bahawa iktikaf khususnya 10 hari terakhir bulan Ramadan merupakan suatu ibadah yang disyariat dan disunatkan oleh Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beriktikaf pada bulan Ramadan selama 10 hari.

Aisyah, Ibnu Umar dan Anas r.a meriwayatkan: "Adalah Rasulullah s.a.w beriktikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadan" (HR. Bukhori & Muslim).

Hal ini dilakukan oleh baginda hingga wafat, kecuali pada tahun wafatnya, baginda beriktikaf selama 20 hari.

Demikian halnya para sahabat dan isteri baginda sentiasa melaksanakan ibadah yang amat agung ini. Sehubungan itu, Imam Ahmad berkata: " Sepengetahuan saya tak seorang pun ulama mengatakan iktikaf bukan sunat."

Fadhilat (keutamaan) iktikaf

Abu Daud pernah bertanya kepada Imam Ahmad: Tahukah anda hadis yang menunjukkan keutamaan iktikaf?

Imam Ahmad menjawab : Tidak, kecuali ia hadis lemah (daif).

Namun demikian tidaklah mengurangi nilai ibadah iktikaf itu sendiri sebagai taqorrub kepada Allah SWT. Dan cukuplah keuatamaannya bahawa Rasulullah s.a.w, para sahabat, para isteri Rasulullah s.a.w dan para ulama salafus soleh sentiasa melakukan ibadah ini.

Jenis-jenis iktikaf

Iktikaf yang disyariatkan ada dua bentuk; pertama sunat, dan kedua wajib.

Iktikaf sunnat iaitu yang dilakukan secara sukarela semata-mata untuk bertaqorrub kepada Allah SWT seperti; iktikaf 10 hari terakhir bulan Ramadan.

Dan iktikaf yang wajib iaitu yang didahului dengan nazar (janji), seperti: "Kalau Allah SWT menyembuhkan penyakitku ini, maka aku akan beriktikaf.

Waktu iktikaf

Iktikaf wajib tergantung pada berapa lama waktu yang dinazarkan, sedangkan iktikaf sunat tidak ada batasan waktu tertentu, bila-bila saja pada malam atau siang hari, waktunya boleh lama atau singkat.

Ya'la bin Umayyah berkata: " Sesungguhnya aku berdiam satu jam di masjid tak lain hanya untuk beriktikaf."

Syarat-syarat iktikaf

Orang yang iktikaf harus memenuhi kriteria-kriteria sebagai berikut:

1. Muslim
2. Berakal
3. Suci dari janabah (junub), haid dan nifas.

Oleh kerana itu, iktikaf tidak diperbolehkan bagi orang kafir, anak yang belum mumaiyiz (mampu membezakan), orang junub, wanita haid dan nifas.

Rukun-rukun iktikaf

1. Niat (QS. Al Bayyinah : 5), (HR: Bukhari & Muslim tentang niat)
2. Berdiam di masjid (QS. Al Baqarah : 187)

ImageDi sini ada dua pendapat ulama tentang masjid tempat iktikaf. Sebahagian ulama membolehkan iktikaf di setiap masjid yang diguna untuk solat berjemaah lima waktu.

Hal itu dalam rangka menghindari seringnya keluar masjid dan untuk menjaga pelaksanaan solat jemaah setiap waktu.

Ulama lain mensyaratkan agar iktikaf itu dilaksanakan di masjid yang diguna untuk membuat solat Jumaat, sehingga orang yang beriktikaf tidak perlu meninggalkan tempat iktikafnya menuju masjid lain untuk solat Jumaat.

Pendapat ini dikuatkan oleh para ulama Syafiiyah bahawa yang afdal iaitu iktikaf di masjid jami', kerana Rasulullah s.a.w iktikaf di masjid jami'. Lebih afdal di tiga masjid; Masjid al-Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa.

Awal dan akhir iktikaf

Khusus iktikaf Ramadan waktunya dimulai sebelum terbenam matahari malam ke-21. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : " Barang siapa yang ingin beriktikaf denganku, hendaklah ia beriktikaf pada 10 hari terakhir Ramadan (HR. Bukhari). 10 (sepuluh) di sini adalah jumlah malam, sedangkan malam pertama dari sepuluh itu adalah malam ke-21 atau 20.

Adapun waktu keluarnya atau berakhirnya, kalau iktikaf dilakukan 10 malam terakhir, iaitu setelah terbenam matahari, hari terakhir bulan Ramadan.

Akan tetapi beberapa kalangan ulama mengatakan yang lebih mustahab (disenangi) adalah menuggu sampai solat hari raya.

Hal-hal yang disunatkan waktu beriktikaf

ImageDisunatkan agar orang yang beriktikaf memperbanyak ibadah untuk bertaqorrub kepada Allah SWT ,seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, tahlil, takbir, istighfar, selawat ke atas Nabi s.a.w, doa dan sebagainya serta termasuk juga di dalamnya pengajian, ceramah, majlis ta'lim, diskusi ilmiah, mentelaah buku tafsir, hadis, sirah dan sebagainya.

Hal-hal yang diperbolehkan bagi mutakif (orang yang beriktikaf)

1. Keluar dari tempat iktikaf untuk menghantar isteri, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w terhadap isterinya Sofiyah ra. (HR. Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Menyisir atau mencukur rambut, memotong kuku, membersihkan tubuh dari kotoran dan bau badan.
3. Keluar dari tempat keperluan yang harus dipenuhi, seperti membuang air besar dan kecil, makan, minum (jika tidak ada yang menghantarkannya), dan segala sesuatu yang tidak mungkin dilakukan di masjid, tetapi ia harus segera kembali setelah menyelesaikan keperluannya .
4. Makan, minum, dan tidur di masjid dengan sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan masjid.

Hal-hal yang membatalkan iktikaf

1. Meninggalkan masjid dengan sengaja tanpa keperluan walaupun sebentar, kerana meninggalkan salah satu rukun iktikaf iaitu berdiam di masjid.
2. Murtad ( keluar dari agama Islam )
3. Hilangnya akal, kerana gila atau mabuk
4. Haid atau Nifas
5. Berjimak (bersetubuh dengan isteri) (QS. 2: 187), akan tetapi memegang tanpa syahwat, tidak apa-apa sebagaimana yang dilakukan Nabi dengan isteri- isterinya.
6. Pergi solat Jumaat (bagi mereka yang membolehkan iktikaf di surau yang tidak digunapakai untuk solat Jumaat).

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 3:58 AM   0 comments
Bacaan al_Quran MP3
Saturday, October 14, 2006
http://www.omanchat.net/vb/archive/index.php/t-1246.html

Kalau nak letak dalam blog boleh guna url di bawah.


View Full Version : القارىء مشاري راشد العفاسي


أبو أسامة
13-05-2005, 08:20
الشيخ مشاري صاحب صوت شجي يحيي العشر الأواخر من رمضان في المسجد الكبير في دولة الكويت.

سورة الفاتحة
http://quran.islamway.com/M_efasi_bazi/001.mp3
http://quran.islamway.com/M_efasi_bazi/001.rm

سورة الكهف
http://quran.islamway.com/M_efasi_bazi/018.mp3
http://quran.islamway.com/M_efasi_bazi/018.rm

سورة الملك
http://quran.islamway.com/M_efasi_bazi/067.mp3
http://quran.islamway.com/M_efasi_bazi/067.rm

سورة الحاقة
http://quran.islamway.com/M_efasi_bazi/069.mp3
http://quran.islamway.com/M_efasi_bazi/069.rm

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 2:58 PM   0 comments
Pesan Rasulullah: Pintu ar-Rayyan khas buat orang berpuasa
Friday, October 13, 2006
Berita Harian, 13 oktober 2006

DARIPADA Sahl bin Sa’ad berkata bersabda Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang yang berpuasa pada hari kiamat. Tidak dapat masuk dari pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: ”Di manakah orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa saja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa saja.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar. Oleh itu kedudukannya di sisi Allah sangat mulia di mana Allah menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan ar-Rayyan.

Malaikat yang menjaga pintu itu akan menyeru dan memanggil orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu ar-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak saja.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 3:18 PM   0 comments
Ilmuwan: Muslim di China pakar dalam aspek preskripsi ubat
Berita Harian, 13 oktober 2006

AJARAN Islam dikatakan mula berkembang di China sejak abad ketujuh dan perkembangan Islam di sana memberi sumbangan kepada peradaban Cina dari segi sains, teknologi, ketenteraan dan kesusasteraan.

Peranan Cina Muslim merangsang pembangunan dan perkembangan peradaban Cina sehingga menyebabkan Islam tersebar luas di negara itu sekitar 613 atau 614 masihi.

Bagaimanapun, hubungan perdagangan dan kebudayaan di antara China, Arab dan Parsi terjalin lebih awal daripada itu apabila pedagang beragama Islam membawa dagangan mereka ke tenggara wilayah China melalui laut dengan merentasi Lautan Hindi, Selat Melaka dan Laut China Selatan sebelum berlabuh di Guangzhou.

Siri Ilmuwan Islam di TV3 malam ini yang mengimbau sumbangan Cina Muslim dalam bidang sains dan teknologi membawa penonton menziarahi masyarakat Cina Muslim di Guangzhou dan Quanzhou, China.

Episod kali ini turut mengetengahkan kehebatan bidang perubatan terutama dalam aspek preskripsi ubat di sana yang tidak dapat dinafikan banyak dipengaruhi ilmu perubatan Arab dan Parsi.

Ketika Dinasti Tang dan Song, pedagang Islam membawa masuk banyak ubat dan rempah ke China untuk pengamal perubatan Cina Muslim yang membuka kedai ubat atau farmasi.

Dinasti Yuan pula memperlihatkan bagaimana teori perubatan Islam terus berkembang.

Antara karya perubatan Cina Muslim yang penting ialah ‘Hui Hui Yao Feng’ atau ‘Preskripsi Hui Hui’ yang kini disimpan di Perpustakaan Beijing.

Karya perubatan itu dihasilkan sekumpulan ahli perubatan Cina Muslim Dinasti Yuan dan dilengkapi pada awal Dinasti Ming.

Ia ditulis dalam bahasa Cina dan mengandungi istilah Arab dan Parsi menjelas pelbagai nama ubat-ubatan, tokoh perubatan dan preskripsi penyakit.

Hui Hui Yao Feng adalah ensiklopedia perubatan mengenai pembedahan, ofthalmologi, ortopedik, ilmu mengenai sakit puan, pediatrik, terapi makanan, kecederaan tulang, rawatan kulit dan psikologi.

Ensiklopedia itu turut membincangkan rawatan akupunktur, farmaseutikal, terapi dalaman dan luaran.

Preskripsi Hui Hui mengemukakan enam faktor utama punca penyakit iaitu iklim, perasaan, pemakanan, kehidupan seharian, kecederaan dan keracunan.

Berdasarkan isi kandungannya, terbukti perubatan Cina dan Arab saling mempengaruhi kerana daripada 232 jenis ubat Arab yang disebut dalam Preskripsi Hui Hui, 171 daripadanya turut disebut dalam buku Qanun Fit Tib karya Ibn Sina.

Ternyata Ibn Sina yang dikenali sebagai Avicenna di Barat berjaya mengembangkan ilmu yang terkandung dalam kitab yang mengandungi 20 jilid itu sehingga ke China.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 3:15 PM   0 comments
Haram bagi umat Islam campur aduk Hari Raya dan Deepavali?
Harakahdaily, 13 oktober 2006

Fri | Oct 13, 06 | 10:09:39 AM
Oleh Jabatan Mufti Perak

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Hrkh) - Umat Islam adalah dilarang sama sekali mencampur adukkan perayaan orang Islam dengan perayaan bagi orang-orang kafir dalam apa juga bentuk sekalipun.

Menyentuh tentang para peniaga yang menggunakan perkataan "Deeparaya" yang dipercayai lahir dari gabungan perkataan Deepavali dan Hari Raya, Jurucakap Jabatan Agam Islam Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata, adalah haram bagi umat Islam menggunakan perkataan tersebut meskipun hanya untuk gimik melariskan jualan mereka.

Isu ini pernah dibangkitkan beliau dalam satu sesi soal jawab agama melalui Radio Tiga Ipoh pada 22 Oktober 2004 bersamaan 8 Ramadhan 1425 hijrah.

Menurut Ustaz Zamri, dalam konteks tersebut surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah bermaksud " Bagimu (orang kafir) agamamu dan bagi ku agamaku" perlu diberi perhatian oleh seluruh umat Islam.

Berkata mengenai hukum merayakan perayaan orang kafir beliau berkata, Jawatankuasa Syariah Negeri Perak telah sepakat menyatakan ia sebagai salah satu perbuatan yang diharamkan.

Justeru katanya, umat Islam dilarang merayakan perayaan membabitkan kepercayaan orang-orang kafir biar dalam apa bentuk, secara bersama atau menghadiri perayaan itu.

"Biarkanlah orang-orang kafir merayakan mereka mengikut cara mereka tanpa melibatkan diri kita selagi kita mengakui keIslaman kita," kata Ustaz Zamri lagi./wann

Selanjutnya di http://mufti.perak.gov.my/berita/berita041022-2.htm

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 2:51 PM   0 comments
Sabrina Boutique melestarikan impian Mohd. Razali
Utusan Malaysia, 13 oktober 2006

MOHD. Razali Hussin bersama sebahagian gaun kanak-kanak hasil ilhamnya.

KEMAHIRAN menjahit yang diperoleh secara tidak formal menerusi pembacaan buku-buku berkaitan jahitan baju kanak-kanak dari Barat serta pembelajaran daripada isteri, Mumtaz Bee Abdul Rauf kini menjadikan Mohd. Razali Hussin antara pembuat pakaian kanak-kanak yang tidak kurang hebatnya di pasaran tempatan.

Malah kelainan rekaan ilham beliau membuatkan pelanggan sentiasa yakin dan puas hati dengan hasil kerja beliau. Ini ditambah pula dengan ketelitian beliau dalam aspek kualiti, kelainan corak serta harga yang berpatutan.

Anak jati Kota Bharu, Kelantan berusia 35 tahun ini memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah selepas mengambil keputusan muktamad berhenti kerja. Rezeki bapa kepada tiga orang anak ini tambah lumayan apabila beliau terjun ke dunia perniagaan kira-kira lapan tahun lalu. Mohd. Razali ialah lulusan bidang teknologi maklumat.

Ikuti temu bual wartawan ZUARIDA MOHYIN dan jurugambar ABDUL RAZAK LATIF dengan Mohd. Razali Hussin di tapak gerai beliau yang dibuka di Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Ceritakan bagaimana bisnes Sabrina Boutique and Craft bermula?

MOHD. RAZALI: Idea itu bermula selepas kelahiran anak sulung saya pada 1999 dan kebetulan nama yang kami beri kepadanya dirasakan bersesuaian untuk jenama perniagaan. Apatah lagi ini adalah perniagaan pertama saya.

Pada masa itu agak susah untuk saya mencari dan mendapatkan pakaian kanak-kanak yang sesuai dan berkualiti dengan harga yang berpatutan. Pada masa itu saya tercari-cari satu butik yang bukan sahaja menyediakan pakaian siap tetapi menerima tempahan pelanggan. Jadi dari situ timbul idea untuk mewujudkan produk pakaian kanak-kanak atas jenama Sabrina Boutique.

Apakah keutamaan produk saudara?

Selain menyediakan pakaian yang sedia siap dipakai, kami turut memberi keutamaan kepada tempahan pakaian. Ini memandangkan ada di kalangan pelanggan yang lebih suka corak atau rekaan pakaian yang berlainan dan tidak sama dengan orang lain.

Lantaran itu saya cuba mencari rekaan-rekaan corak yang pelbagai sama ada daripada buku-buku jahitan luar yang telah diberi nafas baru atau idea baru sendiri.

Alhamdulillah, biarpun kami tidak menggunakan premis tetap iaitu sekadar menyewa di beberapa buah tempat, tetapi ada pelanggan yang menghubungi kami untuk terus mendapatkan perkhidmatan daripada Sabrina Boutique.

Apakah cabaran saudara dalam dunia perniagaan semenjak bergelar usahawan?

Tujuh atau lapan tahun lepas saya tidak terasa sangat persaingan dalam perniagaan kerana tidak ramai yang sanggup membuat perniagaan sebegini. Ini kerana perniagaan yang saya buat ini terlalu remeh kerjanya. Misalnya, kita kena bermula daripada mencari kain sehinggalah mereka cipta sesuatu baju itu sampai selesai. Semuanya itu dilakukan dengan sendiri, jadi kerjanya agak cerewet dan tidak boleh berputus asa atau tergesa-gesa.

Namun, saya akui beberapa tahun kebelakangan ini, persaingannya agak banyak lebih-lebih lagi di pasaran ada banyak baju kanak-kanak siap dipakai yang diimport dari China dan berleluasa dipasarkan di negara ini.

Adakah dengan menghasilkan produk yang ada kelainan, maka persaingan akan berkurangan?

Ya, itu memang saya akui. Lazimnya, orang kita memang sukakan kelainan apa lagi corak dan rekaannya hanya satu atau tidak banyak. Di samping Sabrina Boutique, kami berkeyakinan bahawa penekanan kepada aspek kualiti fabrik, jahitan, rekaan corak dan kesanggupan mengikut kehendak pelanggan menjadi tarikan kepada pelanggan.

Apakah kelainan dan keistimewaan yang saudara sediakan untuk pelangan?

Keistimewaannya ialah keluaran kami boleh ditempah mengikut kesesuaian pelanggan. Contohnya, gaun smocking, pakaian untuk hari jadi, perkahwinan dan perayaan hari raya. Keutamaan kepada kualiti produk juga menyumbang kepada keunikan pakaian-pakaian di sini.

Mengapakah bidang perniagaan yang biasanya menjadi pilihan kaum wanita menjadi pilihan saudara?

Saya tidak berpendapat perniagaan ini patut diusahakan oleh kaum wanita sahaja. Bagi saya, apa sahaja bentuk perniagaan yang ingin diusahakan ia tidak bergantung kepada jantina seseorang tetapi apa yang lebih penting ialah kita kena ada minat dengan apa yang diusahakan selain kesabaran.

Walau bagaimanapun, saya beranggapan selain kriteria di atas, aspek kreativiti adalah satu bonus sekiranya ada.

Sebagai seorang usahawan muslim, berniaga bukan sahaja bermatlamat untuk diri sendiri tetapi dalam rezeki itu ada hak orang lain. Bagaimanakah saudara melihat hal ini?

Saya bersetuju dengan pandangan itu. Ia memang betul. Contohnya, harga produk kami masih ada konsep tawar-menawar agar tidak terlalu membebankan pengguna. Ia juga bergantung atas dasar tolak ansur sebab saya yakin kalau niat kita ikhlas dalam perniagaan, insya-Allah rezeki dan keluarga kita diberkati Allah.

Apakah ulasan saudara tentang 9/10 punca rezeki adalah menerusi perniagaan?

Sebagai seorang Islam saya memang percaya kepada konsep itu. Kalau tidak masakan saya menceburi bidang perniagaan. Malah banyak lagi kelebihannya iaitu saya dapat meluangkan masa untuk keluarga dan anak-anak.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 2:48 PM   0 comments
Jejak Rasul: Strategi Khalid tewaskan musuh dalam perang Mu'tah
Thursday, October 12, 2006
Berita Harian, 12 oktober 2006

MU'TAH terletak di sempadan Syam di bawah kekuasaan kerajaan Ghassan adalah kerajaan Arab yang memihak kepada Byzantine.

Ia menjadi lokasi penting kerana di sana berlaku pertempuran yang menentukan maruah serta akidah Islam terus bersinar dalam percubaan Nabi Muhammad SAW melebarkan dakwah di jajahan takluk Byzantine.

Pergolakan berlaku apabila utusan Nabi Muhammad SAW, Al-Harith bin Umair al-Azdi yang dihantar ke Ghassan untuk menyebarkan Islam di sana dibunuh oleh Syurahbil Al-Ghassani pemerintah tanah jajahan Byzantine.

Lantaran itu Rasulullah SAW menghantar Zaid bin Harithah bersama 3,000 tentera ke Mu'tah untuk menentang Syurahbil.

Pada peperangan kali ini, tentera Islam berdepan dengan 100,000 tentera Rom Timur pimpinan Hercules yang turut disertai kabilah Arab seramai 100,000 menjadikan jumlah musuh seramai 200,000.

Sebagai strategi peperangan, Rasulullah SAW melantik Zaid bin Harithah sebagai komander tentera Islam seramai 3,000 orang. Menyedari tahap kekuatan tidak seimbang, Baginda melantik barisan pelapis yang bakal mengambil alih kepemimpinan.

Rasulullah SAW melantik Jaafar bin Abu Talib sebagai pengganti sekiranya Zaid tewas dan Abdullah bin Rawahah akan memimpin sekiranya Jaafar pula tewas di tangan musuh.

Bagi pasukan Muslimin, mereka tidak terus menyerang sebaliknya berhenti di tempat bernama Ma'an selama dua hari dua malam untuk mencari langkah terbaik kerana bilangan musuh jauh lebih ramai berbanding tentera Islam.

Melihat kepada keresahan dan kegelisahan bermain pada wajah anggota tentera, Abdullah bin Rawahah tampil membakar semangat dengan memberi ingatan bilangan musuh tidak seharusnya menjadi penghalang untuk terus berjuang.

Kekuatan musuh tidak mampu meminggirkan keimanan dan ketakwaan dalam jiwa Muslimin, akhirnya mereka bangun tanpa ragu dan sangsi, terus maju ke medan jihad bagaikan singa lapar.

Namun, dugaan datang apabila ketiga-tiga pemimpin yang dilantik Baginda gugur syahid meninggalkan tentera Islam yang diserang bertubi-tubi dari setiap penjuru ketika itu hingga mereka gelisah.

Pada saat genting itu muncul Arqam bin Amir menyerahkan bendera perang kepada Khalid al-Walid yang memiliki keberanian tidak pernah luntur, lalu menyusun strategi yang mencetuskan kejutan pihak musuh.

Helah Khalid ialah beliau mengarahkan pasukan Islam di belakang maju ke hadapan manakala pasukan di hadapan disuruh ke belakang.

Walaupun tentera Byzantine dan tentera Arab bersekutu yakin dengan kemenangan kerana bilangan mereka yang jauh lebih besar, mereka tetap terpedaya dengan muslihat Khalid lalu bertempiaran untuk menyelamatkan diri.

Sementara itu, Rasulullah SAW yang mengetahui kesukaran dihadapi tentera Islam berkata: “Ketahuilah kamu semua! Zaid berjuang dan gugur sebagai syahid. Mohonlah rahmat daripada Allah untuknya. Jaafar dan Abdullah juga berjuang dan gugur syahid. Panji-panji kemudian dijulang oleh Khalid al-Walid yang memiliki pedang Allah. Ia mengatasi segala jenis pedang. Allah menganugerahkannya dengan kemenangan.”

Kemenangan dalam peperangan Mu'tah membuktikan kelicikan Khalid al-Walid menumpaskan musuh tanpa mengorbankan banyak nyawa anggota tenteranya.

Bagaimanapun, dia dan pasukan Islam diselar oleh segelintir penduduk Madinah sebagai pengecut kerana lari dari medan pertempuran. Namun, Nabi Muhammad SAW membelanya dengan berkata: “Sebenarnya mereka ini adalah perwira yang kembali selepas menentang musuh dengan penuh semangat keberanian dan seharusnya mereka dihormati dan dimuliakan.”

Keikhlasannya dalam perjuangan terbukti ketika dia dipecat oleh Saidina Umar daripada jawatannya sebagai panglima tentera dalam peperangan Yarmuk.

Sesungguhnya Khalid ibarat obor, seluruh hidupnya berjuang demi memberi sinar keimanan untuk umat manusia.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 3:02 PM   0 comments
Zahra Smith Abdullah kagumi kewajipan bersolat umat Islam
Utusan Malaysia, 12 oktober 2006

Oleh: ZUNAIDAH ZAINON

ZAHRA WENDY SMITH ABDULLAH bersama suaminya, Dr. Shamsul Amri Baharuddin.

TIGA puluh tahun lalu, Wendy Smith menjejakkan kakinya ke bumi Malaysia sebagai pelajar pengajian Jepun dan antropologi dari Universiti Monash, Melbourne, Australia. Wendy fasih bertutur dalam bahasa Jepun kerana beliau pernah menetap di negara matahari terbit itu selama tiga tahun. Tetapi, Wendy agak keberatan untuk ke Malaysia memandangkan bidang pengajiannya lebih menjurus kepada pengajian Jepun.

Bagaimanapun, atas nasihat pensyarahnya, Prof. Michael Swift yang menyelia tesisnya bagi peringkat Doktor Falsafah (Ph.D), Wendy akhirnya bersetuju menjalankan kajian mengenai sistem pengurusan syarikat Jepun di Malaysia dan perkongsian sistem pengurusannya dengan syarikat-syarikat tempatan. Kebetulan pensyarahnya itu pernah membuat kajian mengenai kehidupan masyarakat Melayu di Jelebu, Negeri Sembilan.

Memandangkan terdapat ramai pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian antropologi di Universiti Monash, mereka menyarankan agar Wendy berjumpa dengan Shamsul Amri Baharuddin yang kemudiannya menjadi penuntut doktor falsafah (Ph.D) universiti tersebut.

Sewaktu di Kuala Lumpur, Wendy ditemukan dengan Shamsul yang pada masa itu merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Shamsul dalam proses melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor falsafah (Ph.D). Perkenalan yang pada mulanya sekadar teman biasa bertambah erat apabila mereka menyedari masing-masing berkongsi minat yang sama, baik dalam akademik mahupun sukan. Mereka bertukar-tukar pendapat mengenai bidang antropologi. Kedua-duanya juga bermain skuasy untuk pasukan universiti.

Persahabatan itu akhirnya membibitkan perasaan cinta dalam hati kedua-dua insan ini. Pada masa yang sama, Wendy terpaksa pulang ke Australia setelah kajiannya selesai.

Setelah setahun, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Pengalaman Wendy selama dua tahun menetap di Malaysia sebenarnya telah mendedahkannya kepada budaya hidup masyarakat Melayu dan agama Islam.

Bahkan beliau mendalami Islam terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan memeluk Islam pada November 1978 di Masjid Preston yang merupakan masjid tunggal di Melbourne pada waktu itu. Selepas itu, pada Januari 1979, pasangan ini diijab kabul di Pejabat Kadi Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

“Sebenarnya, saya sudah terdedah dengan Islam sejak mengenali Prof. Michael Swift. Amat membanggakan kerana penyelia Ph.D saya ialah lelaki Inggeris yang beragama Islam. Beliau berkahwin dengan seorang wanita Melayu semasa menuntut di Universiti Malaya yang ketika itu kampusnya terletak di Singapura. Mengenalinya sebagai pensyarah, akhirnya ia serba sedikit menjentik naluri saya untuk mendalami agama Islam,” cerita Dr. Wendy Smith atau nama Islamnya Zahra Smith Abdullah ketika ditemu bual di Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), UKM, Bangi baru-baru ini.

Beliau yang kini berusia 55 tahun ialah Pengarah Pusat Pengajian Malaysia, Universiti Monash di Melbourne, Australia dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Institut Australia-Malaysia (AMI).

Suaminya, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, 56, pula merupakan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) dan Institut Kajian Oksidental (IKON), UKM.

Menurut Wendy, pemahamannya mengenai Islam semakin jelas selepas mengerjakan ibadah sembahyang dan berpuasa yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam. Beliau berpendapat, agama adalah satu amalan yang digabungkan dengan disiplin dan pembelajaran. Katanya, Islam memberi peluang kepada manusia biasa meninggalkan kehidupan yang sibuk untuk beramal ibadah.

“Saya tidak mahu dikatakan memeluk Islam semata-mata untuk mendapatkan kelulusan berkahwin kerana apabila seseorang mengambil keputusan menukar agamanya, maka bermula satu tanggungjawab yang amat berat dalam hidupnya,” kata beliau.

Wendy berkata, memeluk Islam adalah keputusan yang paling sukar dalam hidupnya kerana selama 28 tahun beliau dibesarkan dalam keluarga yang berfahaman Kristian-Anglican dan menuntut di sekolah perempuan Methodist. Beliau juga tidak mampu membayangkan betapa terlalu banyak cara hidupnya yang akan bertukar sebaik sahaja melafazkan dua kalimah syahadat.

“Elemen paling besar yang meninggalkan impak dalam diri kita ialah budaya hidup seperti muzik, perkahwinan, nilai hidup, masyarakat dan sikap yang diajar dalam Kristian. Apabila mengambil keputusan untuk memeluk Islam, saya secara tiba-tiba menyedari tentang identiti diri selama ini yang kelihatan agak terbatas dengan fahaman agama. Bagi memastikan saya memeluk Islam dengan ikhlas, saya mendalami Islam dengan sebenar-benarnya,” tambahnya.

Selain membaca buku-buku mengenai Islam terutama mengenai ahli sufi yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, Wendy juga berpeluang mendalami Islam apabila pulang menetap di Malaysia semenjak Ogos 1983. Ketika itu Shamsul sudah selesai menyiapkan tesisnya dan kembali bertugas di UKM. Mereka kemudian menetap di Seremban, Negeri Sembilan.

“Saya juga mempelajari al-Quran yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Semakin banyak mendalami tentang Islam, saya semakin yakin dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim. Dalam Islam, kita perlu mendirikan solat lima waktu, berpuasa, mengambil wuduk, berdoa kepada Allah dan sebagainya yang memerlukan tahap pengetahuan yang tinggi.

“Amat menyeronokkan apabila membaca dan menghafal doa dalam bahasa Arab dan belajar solat. Saya masih ingat, pada peringkat awal dulu, saya sediakan sebuah buku kecil yang penuh dengan diagram sebagai panduan untuk bersolat. Bahkan, saya juga banyak mengajukan soalan kepada ayah mertua,” cerita Wendy mengenai pengalaman awalnya bergelar muslim.

Solat lima waktu yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam, bagi Wendy, adalah peluang untuk ‘berehat’ dan merenung keagungan Allah s.w.t.. Ketika mendirikan solat, umat Islam dapat merehatkan diri daripada kesibukan kerja seharian dan berinteraksi dengan orang ramai. Beliau berpendapat sedemikian kerana dalam agama Buddha dan Kristian, hanya sami dan paderi yang melakukan ibadat sembahyang setiap hari. Berbanding Islam, setiap umatnya diwajibkan mengerjakan ibadah solat dan tidak tertumpu pada individu tertentu.

Begitu juga dengan ibadah puasa yang benar-benar menguji ketahanan rohani dan diwajibkan ke atas semua umat Islam. Puasa, kata Wendy, mampu membangkitkan kesejahteraan ummah. Islam adalah satu-satunya agama yang membuatkan setiap manusia rasa dipunyai dan meningkatkan semangat kerohanian.

“Secara keseluruhannya, Islam lebih menekankan konsep kefahaman harian secara spiritual. Walau bagaimanapun, ia memberi faedah kepada manusia terutama dari segi kesihatan, emosi, perhubungan sesama manusia dan pembangunan kerohanian. Dari perspektif ekonomi juga, ia merupakan sebahagian daripada konsep pembangunan kendiri di mana setiap individu berperanan untuk menyokong lain-lain anggota masyarakat dan Allah s.w.t.,” jelas Wendy mengenai kelebihan agama Islam.

Selepas lapan tahun tinggal di Malaysia, Wendy terpaksa pulang ke Melbourne kerana ayahnya menghidap penyakit leukemia. Beliau membawa kedua-dua anaknya ke Australia dan tinggal bersama ibu bapanya untuk melalui saat-saat sukar tersebut. Pada masa yang sama, beliau memperoleh pekerjaan sebagai pensyarah di Universiti Monash. Sejak itu, beliau dan suami terpaksa berulang-alik antara Malaysia dan Australia kerana masing-masing sudah terikat pada komitmen kerja.

Anak sulung mereka, Maryam, 23, kini bekerja sebagai pereka hiasan dalaman. Maryam menetap di Kuala Lumpur selepas menamatkan pengajian dari Royal Melbourne Institute of Technology University (RMIT) manakala adiknya, Imran, 20, sedang mengikuti pengajian rekaan industri di RMIT.

Menceritakan pengalamannya sebagai profesional muslim di Australia, Wendy berkata, pihak universiti di Monash menyediakan segala kemudahan untuk kakitangan dan pelajar beragama Islam seperti surau yang lengkap dengan bilik mengambil wuduk. Masjid pula terletak berdekatan dengan universiti dan mengambil masa lima minit berjalan kaki.

Kebanyakan pelajar Islam datang dari negara Asia Barat dan Asia Tenggara termasuklah pelajar Australia yang berketurunan Turki. Di Australia juga, terdapat sekolah-sekolah untuk pelajar beragama Islam dan lulusannya berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Malah, makanan halal juga disediakan di kafeteria universiti.

“Sewaktu menyampaikan kuliah kepada para pelajar, saya sering kali memberitahu mereka bahawa saya beragama Islam. Saya mengajar subjek pengurusan di negara-negara Asia dan apabila berkait dengan Malaysia, saya tekankan tentang agama Islam. Ini memberi peluang kepada mereka untuk mengajukan soalan mengenai Islam.

“Begitu juga apabila saya menyampaikan kuliah mengenai pemasaran peringkat antarabangsa, tidak boleh tidak perlu ditekankan mengenai kepentingan pemasaran bagi produk-produk kegunaan orang Islam. Mereka perlu tahu bahawa terdapat banyak perkara sensitif, misalnya tidak boleh diletakkan sebarang ayat al-Quran di atas pembungkus makanan atau barang kegunaan,” jelasnya.

Sebenarnya, adalah baik dapat memberikan pengetahuan mengenai Islam dalam sektor ekonomi kerana ia amat penting untuk perkembangan ekonomi peringkat global dan perdagangan Australia. Usahawan Islam yang berupaya membangunkan produk halal seperti makanan, ubat-ubatan dan barangan kosmetik adalah penting bagi perkembangan ekonomi Australia.

“Saya rasa, pada masa kini, kerajaan Australia amat prihatin dengan keperluan orang Islam. Malah kita boleh membeli yogurt di pasar raya dengan tanda logo halal,” terang Wendy.

Begitu juga dengan kehidupan masyarakat Islam di Australia yang tidak jauh bezanya dengan Malaysia. Sejak awal lagi, masyarakat Turki di sana merangka pembekalan dan penghantaran daging halal di seluruh Melbourne. Sepanjang Ramadan, majlis berbuka puasa sudah menjadi satu tradisi di kalangan masyarakat Islam kerana mereka berbuka puasa terlalu lewat kerana waktu Maghrib masuk pada pukul 9 malam.

Sekolah-sekolah untuk pelajar beragama Islam juga membentuk panorama yang cukup menarik di Australia kerana mereka berpeluang mendalami cara hidup Islam selain menyediakan kelayakan untuk memasuki institut pengajian tinggi.

“Saya turut menghormati wanita muda Islam Australia yang memakai hijab dan ia boleh dilihat di mana-mana sahaja sama ada di bank atau di kedai. Ini menjadi sebahagian daripada masyarakat yang berbilang budaya di sana. Di samping itu, setiap masjid juga menyediakan kemudahan untuk khairat kematian. Malah tanah perkuburan awam juga menyediakan kawasan khusus untuk orang Islam,” cerita Wendy mengenai kehidupan masyarakat Islam di Australia.

Mengenai peranannya sebagai ahli jawatankuasa eksekutif dalam AMI, beliau menyifatkan ia sebagai sumbangan yang paling bermakna dalam hidupnya kerana beliau mempunyai ‘pertalian’ yang cukup erat dengan Malaysia. Bukan sahaja kasih dan cintanya tertumpah pada lelaki berbangsa Melayu dan Malaysia menjadi rumah keduanya, malah anaknya, Imran, turut dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan.

Ikatan yang akrab ini menjadikan penglibatannya dalam AMI adalah peluang terbaik untuk merapatkan hubungan Australia dan Malaysia yang telah beberapa tahun menjalin kerjasama dalam sektor perdagangan dan pendidikan.

“AMI adalah pengalaman yang cukup menarik apabila saya menjadi satu-satunya anggota eksekutif yang beragama Islam. Saya berpeluang memberitahu mereka mengenai betapa indahnya menjadi seorang muslim dan pernah menetap di Malaysia. Saya yakin dapat memainkan peranan dengan baik dengan adanya hubungan positif dengan Malaysia,” jelas Wendy yang ternyata bersyukur diberi peluang mencurahkan khidmatnya melalui AMI.

Sebagai ahli akademik, beliau bertanggungjawab melaksanakan skim biasiswa kepada para pelajar lepasan ijazah di kedua-dua negara. Di bawah skim itu, terdapat tiga kategori biasiswa. AMI membuka peluang kepada pelajar Australia yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Malaysia dalam bidang politik, bahasa, sastera dan sejarah. Pelajar Malaysia yang berminat juga boleh melanjutkan pelajaran di Australia.

Bagi meningkatkan kualiti bidang penyelidikan, AMI memberi peluang kepada penyelidik Malaysia dalam pelbagai bidang seperti perubatan, fizik atau pendidikan melakukan kajian mereka di Australia. Semua kursus ini memakan masa selama 12 minggu di Australia atau Malaysia dengan kos berjumlah $10,000 dolar Australia.

Menurutnya, pemberian biasiswa itu dibuat sebagai memenuhi matlamat AMI untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat di negara ini dengan Australia. AMI turut menganjurkan program pertukaran media dengan menjemput para wartawan dari kedua-dua negara menulis pelbagai artikel dan isu yang diharapkan dapat menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku di negara masing-masing. Bagi pelajar pula, mereka berpeluang mengikuti program pertukaran pelajar antara Australia dan Malaysia.

“AMI berusaha untuk menjana pembentukan jiwa yang positif melalui program pertukaran pelajar Islam antara Australia dengan Malaysia. Ini dapat memberi gambaran jelas mengenai kedudukan Islam di kedua-dua negara terbabit dan seterusnya menjamin hubungan yang baik secara berterusan,” kata Wendy mengakhiri perbualan.


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 2:48 PM   0 comments
Minat mendidik Norliza tubuhkan dua sekolah agama
Wednesday, October 11, 2006
Utusan Malaysia, 11 oktober 2006

Oleh: ZUARIDA MOHYIN

SEBAHAGIAN kakitangan Sekolah Rendah Islam Al Amin dan Sekolah Rendah Islam An Najah bersama Norliza Musa (Pengetua) dan Norsazali Abdullah (dua dari kanan).

PENDIDIKAN yang tidak seimbang di antara rohani dan jasmani, dunia dan akhirat akan mewujudkan kemajuan yang tidak seimbang dari sudut material dan spiritual. Kesannya kini semakin dirasai biarpun manusia semakin maju namun masalah keruntuhan akhlak umat Islam semakin meruncing di negara ini.

Bertitik-tolak daripada rasa kebimbangan inilah, Norliza Musa, 34, terpanggil untuk mempraktikkan konsep kesepaduan dalam pendidikan Islam secara menyeluruh dalam usaha melahirkan insan yang maju dan cemerlang dari sudut spiritual dan sains teknologi.

Malah ibu kepada dua orang anak berumur lapan hingga 11 tahun ini merasakan tanggungjawab menyedia dan memastikan pelaksanaan pendidikan Islam khasnya kepada peringkat kanak-kanak adalah amanah yang mesti dipikul semua lapisan masyarakat. Ia bukannya satu amanah yang dipikul beliau seorang.

Lantaran itu, bagi merealisasikan hasrat itu, Norliza dengan sokongan padu suami, Norsazali Abdullah, 37, menubuhkan Sekolah Rendah Islam Al Amin di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor, awal 2006. Sebenarnya sebelum kelahiran sekolah di atas, pasangan ini telah menubuhkan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) yang dikenali Sekolah Rendah Islam An Najah pada tahun 2004.

Kata Norliza yang juga selaku Pengetua, sekolah yang menampung pelajar tahun satu hingga enam pada sesi pagi dan petang itu ditubuhkan kerana melihat kepada keperluannya yang semakin mendesak terutamanya kepada ibu bapa dan penjaga di kawasan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, Rawang.

“Biarpun di sini terdapat sekolah rendah agama kerajaan tetapi ia masih tidak dapat menampung kepadatan penduduk yang semakin bertambah. Dari situlah, saya rasa ini satu peluang yang tidak harus dipandang remeh, di samping hasrat memiliki sebuah sekolah persendirian adalah impian sejak bekerja lagi.

“Bila difikir-fikirkan, rasa macam tidak percaya apa yang telah saya kecapi sekarang. Ini kerana saya pada masa itu langsung tidak mempunyai modal mencukupi. Saya pergi ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cuba-cuba bertanyakan prosedurnya. Rupa-rupanya tidaklah susah sangat, cuma kena menggunakan sukatan dan kurikulum JAIS.

“Selesai sudah satu peringkat. Seterusnya bagaimana hendak kumpul modal. Sungguhpun, pada masa itu, saya mengajar subjek pendidikan Islam di sebuah kolej swasta dan sambil-sambil itu mengajar kepada kumpulan dewasa yang terdiri daripada kaum ibu. Kalau hendak diikutkan, lima atau enam tahun menyimpan pun belum tentu mencukupi.

“Alhamdulillah, sumbangan individu (anak-anak murid) yang berminat dengan pendidikan Islam dicampur dengan simpanan peribadi akhirnya, dengan jumlah RM10,000 saya realisasikan segalanya,” cerita Norliza pada pertemuan yang dirancang beberapa hari awal di sekolahnya baru-baru ini.

Akui bekas pelajar Maahad Hamidiah, Kajang ini lagi, sebenarnya selain penubuhan sekolah itu menjadi impian yang terpendam lama, bidang perguruan juga merupakan salah satu yang beliau minati. Malah kejayaan menubuhkan dua sekolah tersebut, kata Norliza secara tidak langsung memudahkan dan memenuhi keperluan pendidikan Islam dan pembinaan sahsiah bersepadu masyarakat Islam khususnya di Rawang, Selangor.

Ditanya mengapa Rawang menjadi pilihan penubuhan sekolahnya, kata Norliza, menyedari ia sebuah kawasan yang kini sedang pesat membangun di Selangor ditambah pula kedudukannya yang terletak di antara daerah Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Selangor serta berhampiran dengan Kuala Lumpur.

Lokasinya yang strategik ini juga akui Norliza, dipengaruhi oleh kawasan kediaman, perumahan dan bandar-bandar baru yang semakin membangun. Selain itu, ia juga menyediakan tempat pendidikan alternatif bagi masyarakat Islam di kawasan itu menjalani proses pendidikan dengan lebih selesa dan sistematik.

“Kalau dilihat sekolah kerajaan yang ada sekarang, bilangan pelajar dalam satu-satu kelas mencecah 40 orang. Keadaan sebegini pastinya tidak menyediakan suasana yang kondusif sekali gus boleh menghilangkan tumpuan para pelajar. Di Sekolah Rendah Islam An Najah, saya mengehadkan seramai 20 pelajar dalam satu-satu kelas. Kalaupun ada 21 orang, saya akan pecahkan menjadi dua kelas.

“Matlamat kami, pelajar-pelajar ini dapat belajar dalam suasana yang selesa. Bilangan yang tidak ramai ini juga memudahkan perhatian guru kepada setiap pelajar. Secara tidak langsung, ia membantu dalam mengatasi masalah keciciran pelajar, pelajar yang agak lambat pencapaiannya serta bermasalah.

“Penekanan kepada konsep pembinaan akhlak dan sahsiah muslim melalui pendekatan psikologi ditambah kelas yang selesa dan berhawa dingin serta kemudahan surau, sudut bacaan, kantin, dewan pelajar serta kelas tuisyen jawi percuma pada hari Sabtu bagi pelajar yang lemah adalah antara keistimewaan yang diperoleh pelajar.

“Kami juga menyediakan tambahan kelas Iqra’ dan al-Quran, kemudahan pengangkutan bagi kawasan tertentu dan pakej transit. Para pelajar ini juga disediakan aktiviti tambahan seperti latihan harian solat, sambutan hari kebesaran Islam, lawatan sambil belajar, minggu bahasa Arab, kursus motivasi bagi calon peperiksaan, program tazkirah berkala, Hari Anugerah Cemerlang, kursus guru, Hari Keluarga dan banyak lagi,” ujar Norliza di mana An Najah menyediakan dua pilihan waktu persekolahan iaitu sesi pagi bermula 7.30 hingga 10.30 pagi manakala sesi petang 2.30 hingga 5.30 petang. Setengah jam pula diperuntukan untuk kelas tambahan Iqra’ dan al-Quran.

Kata Norliza lagi, pada tahun pertama penubuhannya, An Najah menerima 60 pelajar dan kini bertambah kepada 160 orang meliputi sesi pagi dan petang. Sokongan enam guru telah melancarkan pengendalian pelajar tahun satu hingga enam.

Menyentuh Sekolah Rendah Islam Al Amin pula, kata Norliza pengalaman Sri Al Amin dalam bidang pendidikan selama 22 tahun menyebabkan pihaknya bekerjasama dengan Sri Al Amin cawangan Gombak dalam usaha pengukuhan awal. Ia adalah sebuah sekolah rendah Islam swasta yang menyediakan bentuk pendidikan integrasi antara subjek akademik dan agama dalam satu sesi persekolahan. Ia berdasarkan sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia dan JAIS.

Sehingga kini , pihaknya mempunyai 40 pelajar dari tahun satu hingga tiga. Di sekolah ini juga kami mengehadkan bilangan pelajar maksimum 25 orang bagi setiap kelas dan dikendalikan oleh guru-guru yang terlatih dan berpengalaman.

“Pengajaran al-Quran yang sistematik dan penekanan dalam penggunaan bahasa Inggeris, bahasa Arab dan tulisan Jawi sejajar usaha melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan akhlak agar melahirkan protaz iaitu profesional ustaz.

“Malah para pelajar ini berpeluang menyambung pendidikan menengah sama ada di sekolah menengah biasa dan berasrama penuh kerajaan atau sekolah menengah Islam swasta,” kata Norliza yang menolak tanggapan apa yang diusahakan ini bermatlamat keuntungan semata-mata.

Biarpun pelbagai cabaran yang dihadapi namun akui Norliza, dalam dua tahun ini pertolongan Allah ke atas usahanya cukup jelas. Ada sahaja yang dipermudahkan-Nya. Apatah lagi, sokongan padu ibu bapa yang sama-sama membangunkan sekolah. Semua ini menjadi pemangkin semangat malah beliau yakin sesuatu yang dilakukan atas niat ikhlas dan murni pasti memperoleh sokongan daripada Allah s.w.t.

“Melihat kejayaan para pelajar sama ada dari segi akhlak dan pencapaian akademik terubat walaupun penat. Sesungguhnya ganjaran pendapat bukanlah matlamat utama tetapi ini adalah satu ibadah demi memastikan anak bangsa menjadi generasi berakhlak dan berilmu.

“Kami di sini juga memberikan potongan yuran bulanan bagi pendaftaran dua orang atau lebih adik-beradik. Di samping itu, terdapat juga penganjuran program cuti sekolah seperti kelas Jawi, Iqra’, al-quran, tajwid dan bahasa Arab. Pihak sekolah kini membuka pendaftaran untuk tahun depan. Bagi yang berminat bolehlah menghubungi talian 019-691 6873 atau 012-260 9560.

“Alhamdulillah, sokongan suami sebagai penasihat serta sentiasa memberi idea memudahkan lagi perlaksanaan tugas di sekolah dan di rumah. Malah dengan sokongan semua pihak, saya merancang untuk mencari bangunan sendiri. Buat masa ini kami menyewa tingkat satu di mana tiga unit digunakan sebagai kelas dan selebihnya untuk menempatkan surau, kantin, sudut bacaan dan sembilan bilik darjah.

“Saya yakin dengan sokongan kuat selama ini daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), semua ini bakal termakbul. Malahan perancangan 2010 iaitu menubuhkan Sekolah Menengah Islam Al Amin tidak mustahil untuk berjaya dilaksanakan,” ujar Norliza mengakhiri perbualan petang itu.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 3:40 PM   0 comments
Ensiklopedia Nusantara: Haji Sulong berani kupas isu sensitif
Tuesday, October 10, 2006
Berita Harian, 10oktober 2006


Kitab Cahaya Islam perjelas lima jenis bidaah

RUANGAN ini minggu lalu memperkatakan Gugusan Cahaya Keselamatan karya terakhir Haji Sulong, ulama dan pejuang Islam-Melayu Patani. Pada hari ini diperkenalkan pula karya beliau Cahaya Islam * Gugusan Maulid Saiyidil Anam. Di bawah judul dinyatakan pula, "Dan perihal asal bagi berbuat Maulid Yang Karim. Dan Menyatakan kelebihan yang 'amim."

Cahaya Islam ditulis Haji Sulong al-Fathani sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW 1362 Hijrah bersamaan 1943 iaitu dalam masa darurat suasana Perang Dunia Kedua.

Karya judul ini kemungkinan mengandungi beberapa jilid, tetapi yang sempat diterbitkan hanya jilid pertama. Cetakan pertama oleh Mathba'ah Patani Press, pada 23 Rabiulakhir 1372 iaitu 10 tahun selepas selesai ditulis.

Sungguhpun sasaran utama kandungan kitab Cahaya Islam mengenai Maulid Nabi Muhammad SAW, tetapi pendekatan yang digunakan jauh berbeza dengan penulisan hal sama yang pernah dihasilkan oleh ulama dunia Melayu yang terdahulu daripadanya. Hampir separuh kandungan jilid pertama membahas pembahagian bidaah. Lalu dilanjutkan pendapat ulama terkenal dunia Islam mengenai hukum mengadakan Maulid Nabi Muhammad SAW.

Sebelum membahas lebih lanjut, Haji Sulong al-Fathani menyatakan abstrak karangannya, iaitu pertama, kenyataan fasal bidaah dan maknanya serta segala mengenainya.

Kedua, kenyataan fasal dalil bagi sunat berbuat maulid dan sunat bangun berdiri.

Ketiga, kenyataan fasal kelebihan berbuat maulid dan kelebihan orang yang hadir pada majlisnya.

Mengenai yang pertama, fasal bidaah, Haji Sulong al-Fathani menulis: "Bahawa berbuat maulid itu bidaah, kerana tidak diperbuat oleh Nabi SAW dan begitu juga sahabat, dan ulama yang kemudian daripada sahabat. Hingga sampai kepada tahun hijrah tiga ratus tahun tiada ada siapa-siapa yang berbuat akan dia. Dan kemudian daripada hijrah yang tersebut itu baharulah timbul maulid.

Dan tatkala timbul maulid itu sentiasa orang Islam pada tiap-tiap negeri memperbuat akan dia, istimewa pula negeri yang besar-besar seperti Baghdad, negeri Syam, negeri Mesir, negeri Makkah, Madinah, pada tiap-tiap tahun menghimpunkan manusia serta diperbuat beberapa kebajikan daripada jamuan, dan membaca Quran, dan berzikir, dan membaca kisah maulid ..." (Cahaya Islam ditulis, hlm. 4-5).

Haji Sulong al-Fathani, menolak pendapat golongan tertentu yang mengatakan mengadakan perayaan maulid adalah bidaah yang keji (terlarang), selanjutnya beliau menulis: "Maka sesungguhnya berbuat maulid itu bidaah. Akan tetapi masuk di dalam bahagian "bidaah hasanah" diberi pahala akan orang yang mengerjakan dia, seperti memperbuat ibadat yang sunat ... Maka perhamba sebutkan sedikit fasal bahagian bidaah kerana takut terkeliru di atas mereka yang tidak tahu bahagian bidaah, maka ia berkata bahawasanya berbuat maulid itu bidaah yang keji atau haram, seperti sangkaan mereka yang telah disesatkan ..." (Cahaya Islam ditulis, hlm. 5-6).

Selepas itu, Haji Sulong al-Fathani menyebut ada lima jenis yang dinamakan bidaah itu iaitu: pertama, bidaah wajib, seperti menulis al-Quran atau mencetaknya. Begitulah juga sekalian ilmu syarak kerana khuatir hilang. Menyampaikan kepada orang yang kemudian daripada kita adalah wajib dengan ijmak ulama.

Kedua, bidaah haram, seperti melakukan kezaliman dengan menafikan undang-undang syarak, memuliakan orang jahil dulu daripada memuliakan orang alim, melantik kadi atau imam mereka yang tidak layak, tetapi kerana dengan sebab pusaka daripada datuk neneknya yang berpangkat.

Ketiga, bidaah sunat, seperti sembahyang Tarawih berjemaah kerana itulah berkata Saidina Umar: “Sebaik-baik bidaah itu ialah sembahyang Tarawih dengan berjemaah.

Keempat, bidaah makruh, seperti menentukan kelebihan sesuatu hari untuk melakukan amal.

Kelima, bidaah harus, seperti mengayak sekam daripada tepung gandum kerana menghaluskan makanan. Membaik akan dia itu harus. Maka memperbuat hendak beri jadi baik makanan itu pun harus pula. (Cahaya Islam ditulis, hlm. 7-13).

Haji Sulong al-Fathani berpegang bahawa merayakan maulid Nabi SAW termasuk dalam kategori bidaah hasanah atau sunat dikerjakan. Untuk menguatkan pendapat itu beliau memetik pendapat antaranya Syeikh Ibnu Hajar al-'Asqallani, Imam as-Suyuthi, al-Muhaddits Muhammad bin Mas'ud al-Kazaruni, sedangkan mereka adalah ulama ahli hadis yang sangat terkenal. Semua pendapat ulama itu dilengkapi dengan petikan yang agak panjang dan pada beberapa tempat disebut pula kitab rujukan.

Sebagai penutup bahagian pengenalan Cahaya Islam karya Haji Sulong menulis: "Dan telah lalu cerita Hikayat Raja al-Muzhaffar Abu Said, bahawasanya membelanjakan hartanya pada berbuat maulid di dalam setahun tiga puluh laksa dinar. Maka janganlah mengikut pengugut iblis, yang ia berkata kepada seseorang, "Janganlah engkau belanjakan harta engkau kepada jalan kebajikan, lama-lama habis harta engkau jadi papa, maka jadilah engkau orang miskin." Maka itulah jadi bakhil dan lokek tidak berbuat sesuatu kebajikan dengan hartanya. Maka minta Allah Taala menjauhkan hal yang semacam itu daripada kita." (Cahaya Islam ditulis, hlm. 42).


Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 2:11 PM   0 comments
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com