Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Suara mualaf belum ‘masin’
Tuesday, March 20, 2007
Utusan Malaysia, 20 Mac 2007

SABDA Rasulullah s.a.w. bermaksud: Permudahkan dan jangan kamu menyukarkan, gembirakan dan jangan kamu menakutkan dalam urusan agama. (Riwayat Bukhari)

Formula inilah yang selalu disaran untuk dipraktikkan terutamanya dalam berurusan dengan golongan mualaf atau saudara baru.

Pun begitu, masih banyak berlaku kekeliruan sehinggakan persoalan remeh-temeh telah diperbesar-besarkan sehinggakan membawa kepada perbalahan sekali gus menjejaskan imej Islam.

Wartawan ZUARIDA MOHYIN dan jurufoto FAIZAL ABU HASSAN menemu bual Naib Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) yang juga Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Mohd. Ridhuan Tee Abdullah bagi mengupas isu ini.

MEGA: Setiap saudara baru akan terpaksa mengharungi cabaran dan dugaan. Apakah bentuk cabarannya?

MOHD. RIDHUAN TEE: Bila sahaja seseorang itu mengambil keputusan memeluk Islam, bermakna di situ sudah ada cabaran. Cabarannya menjadi lebih besar apabila gambaran Islam di kalangan orang bukan Islam itu tidak berapa elok. Lantaran itu, bergelar saudara baru kenalah bersedialah untuk menghadapinya. Pertama, dengan diri sendiri, dengan keluarga dan seterusnya dengan masyarakat sekeliling.

Orang masuk Islam ini terbahagi kepada beberapa kumpulan. Pertama, memahami, belajar dan akhirnya memperoleh hidayah dan melakukan syahadah.

Kedua, peluk Islam atas sebab-sebab tertentu dan kumpulan ini adalah yang paling ramai dan paling saya bimbang. Apabila masuk Islam disebabkan tarikan sesuatu, sudah tentu kefahaman Islam mereka tidak mendalam.

Saya tidak terlalu khuatir dengan golongan pertama kerana segala cabaran yang mendatang, dia mudah untuk menghadapinya kerana telah ada kekuatan dalaman dan persediaan.

Cabaran pertama yang terpaksa dihadapi ialah untuk memahami agama Islam itu sendiri. Tanpa gambaran Islam yang sebenar, dia akan menghadapi kesukaran menerimanya. Inilah yang rata-ratanya berlaku. Seterusnya menyesuaikan diri dengan cara hidup Islam.

Proses menyesuaikan diri inilah, seseorang mualaf itu akan menghadapi masalah dan kesukaran sekiranya tanpa kekuatan apatah lagi dengan ada tentangan daripada ibu bapa, suami atau isteri.

Oleh itu, golongan sebegini perlu ada sokongan, susulan dan orang di belakang untuk memberikan semangat supaya tidak mudah putus asa. Malangnya, tempat sebegini sukar dicari.

Berhadapan dengan masyarakat sekeliling terutamanya orang Melayu juga menjadi cabaran kepada saudara baru kerana ada segelintir daripadanya berfikiran sempit dan tidak melihat Islam dalam konteks yang lebih luas.

Anggapan seperti masuk Melayu bukannya masuk Islam mengeruhkan lagi keadaan. Apabila keadaan ini berlaku, tekanan akan muncul dalam diri mualaf itu.

Sebagai seorang yang aktif dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bagi saudara pihak mana yang sepatutnya lebih berperanan, NGO atau jabatan kerajaan?

MOHD. RIDHUAN TEE: Saya rasa yang tidak mempunyai banyak kekangan ialah pejabat agama berbanding NGO yang mempunyai kekangan seperti masalah kewangan, sukarelawan dan sebagainya. Pejabat agama memiliki segala kemudahan dan kekuatan tenaga kerja.

Saya selalu bercakap bahawa imej jabatan agama ini perlu berubah. Ini bermakna jabatan yang bertanggungjawab terhadap saudara baru ini perlu diperbanyakkan kakitangan saudara baru daripada pelbagai bangsa.

Mengharapkan NGO sahaja, bukannya kami tidak boleh buat tetapi kemampuan itu terhad. Itupun kami telah buat sebaik mungkin.

Jadi saya rasa kalau adalah peruntukan kewangan dari institusi kerajaan yang diamanahkan kepada NGO berkaitan saudara baru, itu lebih mudah.

Oleh itu, jika pejabat agama dapat berperanan secara lebih profesional antaranya memperbanyakkan penyertaan saudara baru daripada pelbagai bangsa dan ditambah pula bantuan dan sokongan daripada NGO seperti kami, banyak perkara dapat diselesaikan.

Apakah faktor yang menyebabkan banyak masalah berkaitan saudara baru muncul?

MOHD. RIDHUAN TEE: Banyak masalah yang timbul hari ini berpunca kerana kita tidak mengambil kira pendapat saudara baru yang menyebabkan timbulnya isu-isu seperti nama, harta, anak dan sebagainya. Contohnya, dalam Majlis Fatwa atau perbincangan peringkat jabatan agama dan mesyuarat pegawai atasan, sayangnya tidak ada langsung wakil daripada kalangan saudara baru.

Kehadiran mereka sekadar peringkat bawahan seperti kerani, penolong pegawai. Ini menyebabkan suara saudara baru tidak kuat dan tidak berupaya sampai ke peringkat atasan berbeza jika ada wakil-wakil di peringkat atasan.

Jika suara mereka diambil kira, saya rasa banyak isu-isu remeh temeh yang sepatutnya tidak dipublisiti telah dipublisitikan dapat diatasi secara yang berhikmah.

Sebenarnya, masih ramai saudara baru yang profesional yang boleh dijemput dan diambil pendapat mereka. Kita mahu mereka yang mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan saudara baru ini cuba memahami dan belajar merasai apa yang dilalui oleh saudara baru. Sungguhpun tidak seratus peratus tetapi berusaha, caranya ialah dengan bertanyakan kepada yang hak.

Jika dikatakan masalah seperti yang heboh ini sekadar remeh-temeh, mengapakah ia tidak boleh diselesaikan di peringkat jabatan saja?

MOHD. RIDHUAN TEE: Saya lihat masalah ini berlaku kerana orang yang bertanggungjawab ini tidak pernah menjadi saudara baru dan tidak meminta pandangan ataupun meletakkan orang tertentu di tempat-tempat yang sewajarnya di mana suara mereka ini bukan sahaja diambil kira tetapi akan sentiasa dirujuk bila ada kekeliruan yang timbul.

Apa yang saya dapati hari ini, saudara baru dipencilkan. Jawatan mereka di peringkat yang rendah. Saya rasa kalau kita letakkan satu jawatan, posisi yang mana suara mereka kuat, baru ketika itu mereka boleh jelaskan kepada pihak-pihak tertentu.

Kedua, kita tidak serius kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan dakwah saudara baru dan dakwah kepada orang bukan Islam. Kita masih tidak serius, apa yang ketara kita terlalu bersungguh-sungguh berdakwah kepada Orang Asli, sedangkan bilangan mereka tidak sampai lima peratus.

Mengapa kita boleh ada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli tetapi kita tidak ada jabatan khas untuk melihat kepada orang bukan Islam. Kita cuma ada unit saudara baru. Sebenarnya, ia bukan bertujuan menyuruh mereka masuk Islam tetapi untuk mempositifkan imej Islam.

Oleh itu, apakah jalan terbaik untuk tidak terus mengelirukan orang ramai?

MOHD. RIDHUAN TEE: Suara mualaf ini perlu diletakkan di tempat yang tinggi. Kalau bukan suarapun, jawatan dan sebagainya. Saya juga ingin mengesyorkan supaya dilantik seorang senator satu hari nanti bagi mewakili golongan mualaf. Kalau di kalangan artis kita sudah ada senator.

Dalam konteks sekarang ini di mana jumlah saudara baru sudah mencecah 100,000 orang, sudah sewajibnya ada seorang senator saudara baru. Kalau ada perwakilan di peringkat tinggi, sudah tentu apabila mereka bercakap, suara mereka akan didengar dan diterima supaya cakap mereka `masin’ (DIDENGARI).

Tidak ada cara lain melainkan memahami situasi sebenar daripada orang yang sebenar, merujuk kepada tempat yang betul. Jadi kalau tidak mengambil kira perkara ini, akhirnya timbullah kecelaruan, ketidakfahaman sebagaimana yang timbul hari ini.

Hakikatnya apa yang diperdebatkan ini adalah betul cuma persoalannya bagaimana untuk mengharmonikan perbalahan ini supaya kita tidak rigid dalam sesuatu perkara. Tetapi hari ini kita rigid dalam perkara-perkara yang sepatutnya tidak rigid.

Sebenarnya bilangan orang yang masuk Islam jumlahnya terlampau sedikit dalam tempoh 50 tahun negara merdeka. Kenapa? Inilah yang perlu difikirkan oleh pihak berkuasa sedangkan ditempat lain agama Islam begitu cepat berkembang.

Jawapannya, sebab kita tidak serius dalam kerja dakwah dan memberi kefahaman Islam selain menjana saudara baru yang berkualiti.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 7:48 AM   0 comments
Keputusan SPM 19A1: Media arus perdana berbohong?
Tuesday, March 13, 2007
Harakahdaily, 13 Mac 2007

Azamin Amin

Tue | Mar 13, 07 | 11:38:25 AM

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Media arus perdana semakin diragui kejujuran apabila terbukti salah satu beritanya yang menyiarkan laporan tidak tepat berhubung keputusan SPM seorang pelajar cemerlang baru-baru ini. Pada 4 Mac lalu, negara dikejutkan dengan pengumuman 'Nadiah Amirah peroleh 19 1A SPM 2006' oleh salah sebuah akhbar yang disifatkan mendahului laporan rasmi Kementerian Pelajaran yang mengumumkan keputusan SPM semalam yang jauh berbeza dan keputusan sebenarnya ialah memperolehi 14A1.

Ahli Jawatankuasa PAS dan Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar, Mahfuz Omar berkata, media dalam keghairahan mendapatkan maklumat dan ingin menjuarai berita sensasi,adakalanya tersilap langkah melaporkan berita yang tidak tepat yang akhirnya memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat.

Walaupun begitu beliau tetap mengucapkan sekalung tahniah di atas kejayaan Nadiah yang memperoleh 14 A1 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah,Geografi, Sains, Matematik, Perdagangan, Prinsip Akaun, Fizik, Kimia, Tasawur Islam, Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah di samping memperoleh 4 A2 dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, Ekonomi Asas, Kesusasteraan Melayu dan Biologi serta B3 dalam English For Science & Technology (EST).

"Kesan daripada 'manipulate' dan eksploitasi media, mengakibatkan rakyat semakin kurang mempercayai dan meragui berita yang disiarkan dalam media arus perdana baik di akhbar, radio dan tv," kata Mahfuz yang dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

"Ini baru keputusan SPM, bagaimana pula dengan isu-isu politik, ekonomi dan adakah laporannya juga tidak tepat dan berunsur spekulatif?"soalnya.

Beliau menyelar sikap sesetengah media menyiarkan berita dan melaporkan sesuatu perkara melalui sumber kaki lima dan natijahnya menyebabkan maruah seseorang semakin tercemar tanpa bersandarkan fakta dan maklumat yang tepat.

Beliau turut menyatakan sewajarnya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) memberi amaran kepada akhbar terbabit kerana menyiarkan laporan spekulatif dan di samping menyiarkan permohonan maaf secara terbuka ekoran laporan itu.

Sebelum ini KKDN menghantar surat amaran kepada akhbar Harakah baru-baru ini yang didakwa menyiarkan laporan berbentuk spekulatif.

"Saya suka melihat kes demi kes, bukan semua media dan semua perkara tetapi kekerapan melaporkan berita 'half truth' ini menyebabkan rakyat mula sangsi dengan kredibiliti media arus perdana," katanya.

"Ditambah pula media tidak memberi ruang kepada ahli-ahli poltik tertentu seperti Tun Mahathir dan pemimpin pembangkang menyuarakan pandangan mereka menyebabkan rakyat mula beralih kepada media alternatif yang lain seperti Harakah, internet dan blog," katanya.

Malah katanya ramai yang berpendapat media alternatif lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat dan menyiarkan berita yang benar.

Dalam masa yang sama Naib Pemuda PAS, Mazlan Aliman turut mempersoalkan bagaimana kebocoran maklumat boleh berlaku sedangkan laporan rasmi daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) belum lagi dikeluarkan dan ini mengugat kepercayaan orang ramai terhadap kewibawaan MPM.

"Lima hari lebih awal keputusan telah bocor dan ini tidak pernah terjadi sebelum ini apatah lagi laporannya pula salah.Adakah ada agenda politik dan berkepentingan orang-orang yang tertentu?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

"Akibatnya keluarga dan seluruh rakyat Johor menanggung malu kerana telah membuat persiapan untuk menyambut keputusan Nadiah yang dijangka memperoleh 19A1," katanya selain merujuk kepada puluhan banting yang memaparkan wajah Nadiah di tiang-tiang elektrik di Renggit, Johor.

Justeru katanya, Mazlan meminta pihak-pihak yang terbabit khususnya Majlis Peperiksaan Malaysia tampil untuk memberi penjelasan tentang perkara itu dan memohon maaf kerana melaporkan berita yang tidak tepat, di samping media juga perlu berhati-hati dalam mensensasikan sesuatu berita yang memberi kesan buruk kepada sesetengah pihak.

Keputusan keseluruhan ialah pelajar paling cemerlang ialah pelajar Sekolah Agama Maahad Muhammadi Perempuan,Kelantan, Siti Fatimah Mukhtar, 17, yang memperoleh 17 1A dan satu 2A; manakala seorang pelajar berusia 15 tahun Melisa Sia Yin Ying mencatat sejarah apabila menjadi calon termuda memperoleh 17 1A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam. - mr/mks.

Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 5:16 PM   0 comments
Islam di Kemboja berkembang dalam kepayahan
Thursday, March 08, 2007
Utusan Malaysia, 8 mac 2007


Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK.

Kanak-kanak Islam Sekolah Agama Nurul Yakin, Kemboja ini terpaksa berkongsi tempat semata-mata untuk mendalami ilmu agama Islam.

Melayu Champa merupakan kaum minoriti dengan jumlah penduduk 500,000 daripada 13 juta rakyat Kemboja. Pengislaman orang Cham bermula sejak tahun 1000 Masihi.

Umat Islam di Kemboja masih berada pada tahap kemiskinan dan ekonomi yang rendah terutama peluang mendapatkan pendidikan serta pekerjaan yang sempurna. Bahkan peluang yang ada pun terhad kerana jumlah penduduknya melebihi jumlah permintaan pasaran tenaga kerja sedia ada.

Tahap ekonomi yang rendah di samping penawaran buruh yang tinggi menyebabkan ramai rakyat Kemboja menganggur. Kebanyakan masyarakat Melayu-Champa terlibat dengan aktiviti pertanian dan perikanan yang menjadi sumber utama pendapatan diri dan keluarga.

Mengikut sejarah, Empayar Champa merangkumi kawasan pertengahan dan selatan Vietnam. Namun akibat peperangan antara golongan Champa dan Vietnam yang berlaku ratusan tahun lamanya, berlaku penghijrahan orang Champa ke Kemboja, Patani, Semenanjung Malaysia dan Borneo. Malah kebanyakan mereka menetap di timur Kemboja, bersebelahan dengan Vietnam. Islam datang ke Kemboja melalui jalan laut, dibawa oleh pedagang dan pelayar Islam. Kebanyakan umat Islam di Kemboja berasal dari Thailand, daripada sebuah kerajaan yang dimusnahkan dalam peperangan dan kebangkitan. Bagaimanapun, sehingga tahun 1975, masih terdapat kira-kira 75 masjid yang bersejarah di negara ini.

Paling menyayat hati semasa pemerintahan rejim komunis Pol Pot pada tahun 1975 hingga 1979 di Kemboja. Waktu itu, dianggarkan seramai 2 juta rakyat Kemboja termasuk golongan Melayu Champa dan para alim ulama dibunuh serta diseksa. Bangsa Melayu-Champa yang keseluruhannya beragama Islam, bertutur dalam bahasa Cham serta mempunyai adat resam dan sejarah yang dapat menjadi iktibar akan keperitan yang mereka alami di bumi Kemboja.

Seperti di semua negara-negara komunis yang lain, polisi kejam yang menindas umat Islam telah diwujudkan. Perang telah diisytiharkan ke atas nilai-nilai keagamaan rakyat dan rejim terbabit melakukan kezaliman dalam usaha mereka memalingkan rakyat dari agama yang dianuti.

Beratus-ratus ribu umat Islam dibunuh. Statistik berikut sudah cukup untuk membuktikan kira-kira 200,000 umat Islam hidup di Kemboja pada hari ini. Sebelum revolusi komunis, angkanya adalah 800,000 orang, iaitu umat Islam mewakili seramai tujuh peratus daripada keseluruhan. Kini walaupun negara itu telah bebas daripada cengkaman peperangan, ia masih dibelenggu dengan masalah kemiskinan ekonomi.

Di Kemboja terdapat 370 kampung Islam dengan jumlah penduduk 1,600 keluarga dengan tahap pendidikan yang rendah.

Masyarakat Islamnya mendapat pendidikan secara tidak formal seperti mengaji di sekolah-sekolah pondok yang kebanyakan dikelolakan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam dan individu tertentu. Kedaifan masyarakat Kemboja cukup malang apabila kanak-kanak Islam di sana menghadiri kelas pengajian al-Quran dengan kemudahan yang amat menyedihkan.

Biarpun kanak-kanak hanya berkaki ayam atau selipar berselut lumpur tetapi ia tidak mematikan semangat mereka mendalami ilmu agama. Kebanyakan mereka sanggup hadir ke kelas mengaji al-Quran dan muqaddam semata-mata untuk mempelajari ilmu-ilmu asas iaitu ilmu mengurus diri seperti akidah, akhlak, tilawah, hadis dan tafsir.

Kesanggupan mereka wajar dipuji kerana walaupun hidup serba kekurangan namun hati mereka tetap reda dengan ketentuan ilahi. Kepayahan hidup lantaran kemiskinan masyarakat Islam di sini membelenggu setiap ahli keluarga yang menyebabkan mereka terpaksa meminjam kitab al-Quran dan muqaddam yang lusuh dan sering bertukar tangan.

Itulah gambaran yang menyentuh perasaan setiap insan yang melihat kemiskinan hidup yang mereka lalui. Malahan bukan itu sahaja, lantai bilik yang hanya beralaskan tanah, kerusi meja yang hampir reput dimakan anai-anai, dinding bilik yang tidak bersimen, tiada kipas dan kemudahan asas lain. Namun bagi mereka, itu bukan penghalang bagi mentelaah ilmu agama.

Betapa beruntung kanak-kanak Islam di Malaysia yang mendapat pendidikan yang baik dan sempurna, namun menjadi alasan sesetengah ibu bapa di zaman serba moden ini tidak menghantar anak-anak ke sekolah agama atas alasan lebih mementingkan ilmu duniawi semata-mata.

Keringat

Menghayati perjuangan kanak-kanak Islam Kemboja mengajak masyarakat Malaysia mengambil iktibar. Ini kerana ia bukan lakonan atau dibuat-buat tetapi itulah realiti yang terpaksa mereka hadapi dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Malahan sifat pengorbanan para alim ulama di Kemboja menjadi penyumbang di atas usaha meningkatkan syiar Islam dan agama yang suci ini. Mereka mengetepikan soal wang dan keringat semata-mata bagi mencurahkan ilmu agama agar terus subur di dalam jiwa dan sanubari anak-anak muda Islam Kemboja.

Mereka tidak dibayar gaji tetapi sekadar menerima sumbangan orang ramai yang menghulurkan bantuan derma ikhlas daripada pihak tertentu dan individu. Keperitan dan kesusahan mereka seharusnya menjadi pegangan dan pengajaran oleh rakyat Malaysia supaya mensyukuri nikmat Allah s.w.t.

Ini kerana, kita di Malaysia dikurniakan rahmat dan rezeki yang secukupnya, Bahkan dapat menjalani kehidupan dengan sempurna dan selesa.

Berbanding masyarakat Islam Kemboja, di mana umat Islamnya kurang bernasib baik. Mereka sering dihina dan dicap sebagai mundur dan daif. Dalam keadaan ini kita perlu sama-sama renungi dan menginsafi kesusahan umat Islam di Kemboja.

Rakyat Malaysia hendaklah bersyukur kerana kita masih lagi mewah dalam makan minum dan keamanan yang membolehkan kita beribadat dalam keadaan tenang, tanpa rasa takut dan terancam. Sebagai sebuah negara Islam kita digalak prihatin atau membantu orang lain yang hidup susah dan menderita.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 7:46 AM   0 comments
Cara Nadiah mendapat 19 A dalam SPM
Wednesday, March 07, 2007
Utusan Malaysia, 7 Mac 2007


Oleh: SUNARTI KIBAT

NADIAH Amirah Jamil menunjukkan piala yang dimenanginya dalam aktiviti kokurikulum.

BELAJAR secara berjadual dan fleksibel merupakan rahsia pencapaian cemerlang Nadiah Amirah Jamil, 18, sebagai pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 dengan memperoleh 19 A.

Lebih-lebih lagi, beliau terpaksa belajar sendiri lapan mata pelajaran tambahan yang diambil bagi mencapai impian memecahkan rekod idolanya, Nur Amalina Che Bakri yang mendapat 17 1A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004.

Lapan mata pelajaran tambahan yang terpaksa beliau belajar sendiri ialah Ekonomi Asas, Tasawwur Islam, Pendidikan al-Quran as-sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Sains, Geografi, Sastera dan Perdagangan.

Sebelas lagi mata pelajaran yang diambil ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sejarah, Pendidikan Islam, English For Science and Technology (EST) dan Prinsip Perakaunan.

“Sepatutnya saya nak ambil 21 subjek tetapi ibu melarang kerana katanya 19 subjek sudah cukup membebankan,’’ katanya. Menyedari mata pelajaran yang diambil bukan calang-calang jumlahnya, pelajar pintar ini terpaksa menyusun jadual secara teliti agar tidak ada satu pun mata pelajaran yang diambil akan ketinggalan dan tercicir dari segi penumpuan.

Anak sulong daripada tiga adik-beradik kepada pasangan guru, Jamil Omar, 55, dan Zakiah Zakaria, 51, ini memberitahu, bagi mengimbangi jadual pembelajaran hariannya yang cukup ketat, beliau akan memberi penekanan yang lebih kepada matapelajaran utama atau penting.

Beliau berkata, bagaimanapun, penekanan kepada mata pelajaran penting ini pada ketikanya akan diubah sekiranya dirasakan perlu dilakukan setelah membuat penilaian terhadap semua pencapaian mata pelajaran dalam peperiksaan penggal.

Katanya, selepas melihat keseluruhan pencapaian, biasanya beliau terpaksa mengubah jadual dengan memberi penekanan pula kepada mata pelajaran yang mengalami kemerosotan.

Tambah Nadiah, beliau perlu memastikan setiap mata pelajaran mencapai keputusan yang seimbang.

“Ini penting bagi menentukan saya boleh mencapai keputusan A1 dalam semua mata pelajaran yang diambil dan jika boleh mencatat markah 100 peratus,” katanya.

“Apabila berlaku keputusan markah yang kurang seimbang tersebut, saya akan mengubah semula jadual belajar iaitu memberi penekanan kepada mata pelajaran yang mengalami kemerosotan,” katanya ketika ditemui MEGA di rumahnya di Kampung Sungai Tongkang Tambak, Batu Pahat, Johor.

Nadiah memberitahu bermula dari tingkatan empat dan percubaan peperiksaan SPM, beliau berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam hampir kesemua mata pelajaran kecuali pernah menghadapi masalah di peringkat awal dalam mata pelajaran perakaunan.

Beliau berkata, oleh kerana perakaunan merupakan satu bidang yang terlalu baru baginya dan ketika mula mengambilnya, keputusan awal tidak begitu memberangsangkan.

Namun beliau berjaya mencapai markah 100 peratus selepas berusaha lebih dan mengikuti kelas tambahan.

Katanya, bagi mata pelajaran yang terpaksa diambil secara sendiri, beliau mengakui banyak menerima bimbingan daripada guru-guru di sekolahnya termasuk ayahnya sendiri yang merupakan guru geografi di sekolahnya.

Di samping itu katanya, beliau melakukan perbincangan dengan rakan-rakan lain yang mengambil subjek yang sama bagi memantapkan lagi kefahamannya.

Nadiah mengakui beliau sebenarnya bukanlah tergolong sebagai pelajar yang mengambil waktu terlalu lama untuk mengulangkaji mata pelajaran selepas waktu kelas di rumah.

Seperti remaja-remaja lain beliau juga turut menggunakan waktu lapang yang ada dengan membaca buku-buku di luar bidang akademik khususnya buku-buku motivasi dan dia amat meminati hasil karya Dr. H.M. Tuah serta buku-buku resipi masakan kerana Nadiah juga minat memasak.

Bagi Nadiah memasak mampu menjana otak untuk menjadi lebih kreatif dan beliau sudah pandai menyediakan nasi goreng untuk diri sendiri ketika di sekolah rendah dan mampu memasak untuk keluarga dan tetamu khususnya nasi ayam ketika berada di tingkatan satu.

Menyentuh mengenai cara belajar lagi, Nadiah memberitahu beliau lebih memberikan tumpuan ketika berada di kelas dan seboleh-bolehnya menyelesaikan masalah yang ada ketika itu juga dengan bimbingan guru-guru.

“Saya jarang berjaga sehingga larut malam untuk mengulangkaji pelajaran di rumah dan biasanya saya akan masuk tidur tepat jam 11 malam,'' katanya.

Bagaimanapun, Nadia mengakui beliau akan bangun lebih awal iaitu kira-kira jam 3.30 pagi untuk bersolat sunat terlebih dahulu, menghafal al-Quran sambil menunggu waktu solat subuh dan kemudian bersiap-siap ke sekolah.

Beliau mengakui melakukan mind setting amat penting bagi mengekalkan tumpuan kepada pelajaran dan pengajaran guru di kelas.

Katanya, apa pun kesulitan termasuk gangguan mengantuk ketika belajar dapat diatasi jika seseorang pelajar mampu menguasai pemikirannya.

“Jika kita kata kita mengantuk, maka kita akan jadi mengantuklah... dan begitulah sebaliknya,” katanya yang mengakui suatu ketika dahulu pernah menjadi seorang gadis yang kuat tidur sehingga mendapat gelaran ‘Ratu Tidur’ di kalangan rakan-rakan sekelasnya gara-gara pernah tertidur dalam kelas dan ketika menjawab soalan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Kejayaan dan kecemerlangan Nadiah juga banyak dibantu dengan keyakinannya terhadap kekuatan dan keupayaan menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.

Beliau yakin membaca dan menghafal kitab tersebut merupakan kaedah yang baik untuknya untuk sentiasa dapat berfikir dan bertindak secara lebih tenang dan mudah membuat hafalan.

Oleh itu katanya, beliau berusaha menghafal Al-Quran sejak di tingkatan satu dan menjadi amalan hariannya sehingga kini, walaupun dilakukan secara sedikit demi sedikit.

Nadiah kini telah berjaya menghafal lapan surah antaranya Yasin, Al-Mulk, Ar-Rahman, Al-Sajdah, Al-Waqiah dan Luqman.

“Saya menyimpan cita-cita untuk menghafal kesemua juzuk dalam al-Quran kerana yakin ia mampu memberi ketenangan dan menguatkan ingatan,” katanya.

Bersesuai dengan keyakinan terhadap ajaran Allah dapat mambantunya berjaya dunia dan akhirat, Nadiah juga menjadi seorang yang sangat pemilih terhadap persekitaran khususnya muzik yang perlu didengarnya setiap hari untuk menghilangkan kebosanan atau tekanan.

Nadiah mengakui beliau banyak mendengar lagu-lagu nasyid yang baginya sesuai untuk membentuk jiwa seseorang menjadi lembut dan amat meminati Kumpulan Raihan.

“Jika kita sentiasa terdedah dengan lagu-lagu bercorak keras, lama kelamaan jiwa kita juga akan menjadi keras,” katanya yang turut meminati Datuk Siti Nurhaliza dan berharap dapat bertemu dengan penyanyi pujaan ramai itu suatu hari nanti.

Jika mendapat kesempatan, Nadiah memberitahu, beliau berhasrat melanjutkan pelajaran di bidang farmasi kerana beliau mempunyai impian menjadi usahawan berjaya dalam bidang tersebut dengan membuka sebanyak mungkin rangkaian farmasi di dalam dan luar negara.

Katanya, beliau juga berharap dapat melanjutkan pelajaran di bidang farmasi di University of Cambridge, United Kingdom hingga ke peringkat kedoktoran falsafah (PhD) kerana beliau juga bercita-cita menghasilkan ubat yang mampu meningkatkan sel-sel neuron dalam otak manusia.

Nadiah menasihatkan pelajar-pelajar khususnya yang akan mengambil peperiksaan penting agar tidak mengambil jalan singkat untuk berjaya.

Katanya, sikap suka meniru juga merupakan tabiat yang sangat buruk dan boleh menyebabkan sesuatu bangsa itu akan mundur.

“Ingat... di sebalik kesulitan ada kemudahan dan kejayaan itu sangat manis,'' katanya.

Beliau juga mengakui belum mempunyai teman lelaki istimewa kerana baginya ia tidak perlu ketika masih di bangku sekolah kerana tanggungjawab seorang pelajar adalah menuntut ilmu.

Katanya, ketika ini kasih sayang ibu bapa, adik-beradik, guru-guru dan rakan-rakan sudah memadai.

“Saya mempunyai seorang kawan lelaki yang sangat rapat tetapi setakat ‘teman tetapi mesra’,” katanya sambil tersenyum.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 7:53 AM   0 comments
PTPTN sedia dana RM500j pinjaman sarjana
Tuesday, March 06, 2007
Berita Harian, 6 Mac 2007

Oleh Hasnira Hassan

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM500 juta khusus bagi pinjaman melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Zulkefli A Hasan, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat khas ahli Lembaga PTPTN, minggu lalu.

“Dana ini disediakan kerana kita tidak mahu hasrat mereka yang berminat menyambung pengajian ke peringkat sarjana, terbantut disebabkan masalah kewangan,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed pada Konvokesyen ke-16 Kolej Universiti Binary, di sini, semalam.

Zulkefli yang juga Ahli Lembaga PTPTN berkata, maklumat terperinci berhubung pengagihan dana itu sedang diperhalusi bagi membolehkannya dilaksanakan secepat mungkin.

Kali terakhir PTPTN menyediakan pinjaman bagi program sarjana pada 26 Ogos 2003 melalui peruntukan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) sebanyak RM40 juta mengikuti Program Siswazah Menganggur.

Skim itu dihentikan selepas PTPTN, yang ditubuhkan April 2003, selesai mengagihkan wang berkenaan kepada 1,952 pelajar yang berkelayakan.

Bagaimanapun, bulan lalu, Mustapa mengumumkan PTPTN memperluaskan skop pinjaman sedia ada kepada pengajian peringkat Sarjana, Doktor Falsafah (PhD) dan beberapa kursus peringkat profesional.

Selain itu, kadar pinjaman maksimum untuk pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM30,000 setahun, manakala peringkat diploma di IPTS daripada RM5,000 kepada RM8,000 setahun.

Dalam perkembangan lain, Zulkefli berharap Lembaga Kelayakan Malaysia (MQA) yang dijangka ditubuhkan pada pertengahan tahun ini hasil gabungan Bahagian Jaminan Kualiti (BKT) bagi menggantikan Lembaga Akreditasi Negara (LAN), dapat menjamin kualiti pendidikan tinggi tempatan.

Beliau berkata, MQA akan menyediakan garis panduan sistem kualiti Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) bagi memantau pengurusan dan pentadbiran institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta IPTS.

“Ini bertujuan memastikan graduan IPTA dan IPTS tempatan diiktiraf di seluruh dunia,” katanya.

Menerusi sistem itu, kelayakan individu bukan hanya dinilai dari segi akademik tetapi turut mengambil kira keupayaan kokurikulum serta akreditasi lain termasuk pengalaman kerja.

FAKTA NOMBOR
Program siswazah menganggur

RM40j - Pinjaman pelajar sarjana melalui peruntukan MTEN pada 2003
1,952 - Pelajar

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 7:24 AM   0 comments
Selera Cina Muslim di Kafe Pak Adam
Utusan Malaysia, 6 mac 2007


Oleh MERAN ABU BAKAR

CHEF Joseph Yong dan Chef Razali Abdullah bersama pekerja dan sebahagian hidangan di Kafe Pak Adam.

MENIKMATI hidangan yang sama setiap hari boleh menjemukan. Sesekali hendak juga mencuba hidangan lain seperti makanan Cina, India atau Barat.

Namun masalahnya apabila teringin hendak memakan makanan Cina, berasa was-was pula sama ada makanan yang dihidangkan itu halal atau tidak.

Hendak makan di restoran hotel lima bintang, tidak mampu kerana harganya pasti mahal. Jadi ke manakah tujuan anda? Apa kata jika anda berkunjung ke Kafe Pak Adam yang terletak di Taman Shamelin Perkasa, Cheras dan pilihlah makanan Cina mana yang anda suka.

Bagi mereka yang telah biasa menikmati makanan di sini, mereka akan datang semula dan kedudukannya yang agak tersorok tidak menjadi masalah.

Kafe yang dibuka pada bulan Oktober 2005 ini merupakan salah satu cabang perniagaan yang dimiliki oleh empat rakan kongsi. Salah seorang daripadanya ialah Muhammad Adam bin Abdullah, saudara baru berbangsa Cina. Bagaimanapun semasa berkunjung ke kafe tersebut baru-baru ini, Muhammad Adam tiada kerana ke luar negara.

Menurut pembantu chef Kafe Pak Adam, Razali Abdullah, kafe tersebut khusus menghidangkan makanan Cina Muslim memandangkan terlalu kurang restoran yang menghidangkan makanan Cina yang halal dimakan oleh masyarakat Islam.

“Kebanyakan makanan Cina yang halal hanya boleh didapati di restoran hotel lima bintang dan sudah tentulah harganya mahal. Cuma mereka yang mampu sahaja boleh makan di hotel,’’ kata Razali.

Makanan Cina

Beliau menambah, kafe tersebut mahu memberi peluang kepada semua orang untuk menikmati makanan Cina yang halal.

“Di antara hidangan yang popular di sini ialah sayur campur, nasi ayam kukus, mee Hokkien, nasi goreng kantonis dan banyak lagi.

“Kesemuanya dihidangkan panas-panas dan makanan seperti ini tidak terdapat di restoran Melayu di mana makanannya dimasak lebih awal,’’ ujar Razali lagi.

Beliau berkata, sejak kafe tersebut dibuka, didapati ramai pelanggan Melayu yang menyukai cara hidangan begini yang nampak segar dan menyelerakan.

Dua orang chef ditugaskan untuk memasak hidangan yang dipesan pelanggan, iaitu ketua chef, Joseph Yong dan Razali sendiri. Selain memasak, Razali juga ditugaskan untuk membeli bahan-bahan yang hendak dimasak.

Kafe tersebut yang dibuka dengan modal lebih RM100,000 memulakan operasinya daripada pukul 10 pagi hingga 10 malam. Ia menjadi tumpuan pelanggan Melayu dan Cina pada waktu makan tengah hari, sementara pada waktu malam ramai yang datang untuk minum-minum atau lepak.

Razali berkata, pada waktu malam, pelanggan suka menikmati hidangan Barat yang turut dihidangkan di sini. Di antara yang boleh dipilih ialah chicken chop, fish & chip, black pepper steak, lamb chop dan sebagainya.

“Semasa mula-mula dibuka dahulu, Kafe Pak Adam menghidangkan masakan nyonya dan pulut kuning. Namun menu seperti itu tidak begitu popular dan kami mengambil keputusan untuk menghidangkan makanan Cina Muslim,’’ jelas Razali.

Kafe Pak Adam juga menerima tempahan untuk katering atau mengadakan majlis di sini. Kafe boleh memuatkan sehingga 300 orang bagi majlis yang hendak diadakan di sini.

Kepada anda yang ingin menikmati makanan cina muslim atau ingin mengadakan majlis di Kafe Pak Adam, boleh menghubungi Razali di talian 014-6642100 atau 03-92836163

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 7:20 AM   0 comments
Halal bukan soal makan sahaja
Utusan Malaysia, 6 mac 2007


Prof. Dr. Yaakob Che Man.

BAB halal-haram sentiasa menjadi topik perbincangan umat Islam terutama produk industri makanan kerana ia akan menjadi darah daging manusia.

Allah berfirman, Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah: 168)

Bagi mengulas mengenai kedudukan industri halal negara, wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, BAIZURA HARUN menemu bual Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Yaakob Che Man. UTUSAN MALAYSIA: Apakah status industri makanan halal negara?

PROF. DR. YAAKOB: Salah satu objektif Pelan Induk Pembangunan Ketiga (IMP3) 2006-2020 adalah menjadikan Malaysia sebagai hab halal global bagi pengeluaran dan perdagangan barangan dan perkhidmatan halal.

Malaysia mempunyai kelebihan dalam pembangunan industri halal kerana kita adalah negara Islam moden yang mengamalkan sistem ekonomi terbuka. Selain itu, negara mempunyai infrastruktur fizikal dan institusi yang berupaya menyokong inisiatif dan program bagi membangun serta mempromosi industri ini.

Masyarakat Islam sering keliru kerana ramai yang beranggapan produk halal ini hanya makanan sahaja. Sebaliknya, industri ini termasuk sektor perkhidmatan seperti logistik, pembungkusan, penjenamaan dan pasaran. Ia juga meliputi produk farmaseutikal, dandanan diri dan kosmetik, kewangan dan sebagainya.

Pada tahun 2005, saiz pasaran dianggarkan berjumlah RM1,371.6 per kapita untuk perbelanjaan makanan halal bagi 26.1 juta rakyat Malaysia dengan saiz pasaran sebanyak RM21.2 trilion.

Industri ini melibatkan operasi ‘ladang ke meja'. Ini mewujudkan hubungan baru dalam rantaian nilai terutama logistik, pelabuhan, perkapalan, penghantaran, kemudahan pengendalian dan gudang. Semua ini kini muncul sebagai bidang yang menguntungkan dalam pasaran halal global.

Bagaimanakah keupayaan negara dalam mengeluarkan sijil halal kepada bahan-bahan pemprosesan bagi tujuan komersial?

Pelbagai negara pengeluar dan pengeksport makanan utama sedang mengambil inisiatif mendapat keuntungan daripada potensi pertumbuhan pasaran global terhadap produk dan perkhidmatan halal. Mereka tidak hanya menumpukan kepada pengeluaran produk dan perkhidmatan halal tetapi juga persijilan halal.

Malaysia adalah negara yang membangunkan sistem persijilan yang kukuh berasaskan standard MS150:2004. Ia dibangunkan oleh Jabatan Standard Malaysia dan diwartakan pada Julai 2004. Ia diiktiraf oleh banyak negara termasuk negara di bawah Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC).

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri bermuafakat mengeluarkan sijil halal kepada perniagaan yang mematuhi standard tersebut.

Prosedur Jakim ini adalah sistem yang mantap dan memenuhi semua aspek pengeluaran makanan dan sejajar dengan standard lain yang dibangunkan oleh negara luar.

Adakah perlu negara mempunyai pusat khas atau badan yang mengesahkan status halal sesuatu produk?

Setiap negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam wajib mempunyai pusat dan badan khas bagi mengesah dan memantau pengeluaran dan pemasaran produk halal.

Ini bagi mengelakkan sebarang anasir yang mencemar kandungan produk tersebut terutama dari segi perlabelan dan nutrisinya.

Kita sewajarnya menjadikan ayat 168 surah Al-Baqarah di atas sebagai pemangkin untuk menghasilkan produk halal lagi baik. Rasulullah s.a.w juga bersabda, “Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.” (riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim)

Selain itu, pusat sebegini boleh dijadikan tempat rujukan kepada syarikat bagi mengesahkan kandungan sesuatu produk sebelum boleh dipasarkan.

Adakah negara sudah cukup persediaan dari segi kepakaran tenaga dan kelengkapan untuk pengesahan status halal ini?

Negara masih kekurangan dari segi sumber manusia, teknologi dan kewangan dalam bab ini. Oleh itu, IPPH berperanan menyelidik dan membangunkan teknik supaya lebih berkesan untuk mengesan kehadiran komponen haram seperti lemak dan daging khinzir dalam makanan.

Beberapa teknik telah dibangunkan dan antara kaedah yang sedang dibangunkan ialah kaedah instrumentasi, kaedah pengesanan berasakan DNA dan kaedah kromatografi. Proses menaiktaraf dan peningkatan perlu bagi mewujudkan makmal yang mempunyai akreditasi pengesahan halal di seluruh negara.

Dalam masa yang sama, kita perlu menjalin kerjasama dengan badan berkaitan untuk mencari pendekatan yang lebih praktikal, tepat, cepat dan mengikut peredaran masa.

Sebab itu, adalah penting para ulama fikah dan ahli sains duduk semeja bagi mencari titik pertemuan dalam agama dan sains untuk produk halal ini. Kalau kita rujuk semula kepada halalan thoiyiban (halal lagi baik), halalan itu adalah merujuk kepada aspek agama contohnya dari segi penyembelihan dan penyediaan. Thoiyiban ini pula melibatkan ilmu sains seperti makanan itu tidak mengandungi bahan merbahaya seperti asid borik atau ganja dan lain-lain.

Ini juga penting dalam usaha mengembalikan kegemilangan Islam terutama di kalangan para saintis. Setakat ini, kita telah membangunkan beberapa kaedah saintifik pengesahan produk halal.

Makan dan minum yang halal adalah isu utama bagi orang Islam. Sejauh mana ketepatan pemeriksaan status halal yang diguna pakai setakat ini?

Prosedur pemeriksaan status halal Jakim adalah mantap. Walaupun terdapat pelbagai tuduhan yang kurang manis dilemparkan kepada Jakim, sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam bab ini, saya mempertahankan Jakim. Malah, mereka telah melakukan yang terbaik selama ini.

Yang menjadi kelewatan dalam mengesahkan produk halal ialah ketiadaan kepakaran dan makmal oleh Jakim. Ini menyebabkan mereka bergantung kepada pihak lain seperti Jabatan Kimia untuk mendapatkan keputusan analisis.

Bagaimanapun, Jakim dan badan berkaitan kini dalam proses penambahbaikan dan memantapkan lagi dari segi input dan analisis. Jakim dan Jabatan Standard Malasia juga dijangka akan mengumumkan standard halal yang baru berkaitan dengan produk dandanan diri dan kosmetik halal sedikit masa lagi.

IPPH membantu dengan membangunkan beberapa teknik pengesanan menggunakan Spektroskopi Penukaran Fourier Inframerah, Hidung Elektronik, Kalorimeter Imbasan Pembe zahan dan teknik biologi molekul iaitu Tindakan Berantai Polimerase (PCR) dan Enzyme Linked Immunorsorbant Assay (ELISA).

Sejauh mana hendak memahamkan pengusaha bukan Islam dalam aspek kandungan dan pengendalian halal. Ini kerana fahaman mereka halal cuma tidak mengandungi arak dan khinzir?

Tanggapan tersebut memang betul. Itulah yang selalunya berlaku apabila kami mengadakan perbincangan dengan orang bukan Islam. Malah di kalangan orang Islam pun ada yang tidak memahami bab ini dengan baik.

Masalahnya, hampir 90 peratus pengeluar makanan negara adalah bukan Islam. Pendek kata, kesedaran tentang kandungan dan pengendalian makanan halal oleh golongan ini masih belum menyeluruh. Contohnya, bukan Islam menganggap makanan halal adalah selain khinzir sedangkan terdapat banyak isu seperti ekstrak dari haiwan itu digunakan dalam industri makanan seperti gelatin, enzim untuk menghasilkan keju dan minyak dalam coklat.

Bagi masyarakat Islam pula, alkohol semuanya haram. Walhal bukan semua alkohol haram. Yang memabukkan sahaja adalah haram. Tapai yang kita makan itu pun ada 8 peratus alkohol tetapi ia bukan haram.

Kita akan mempunyai peralatan untuk menganalisis alkohol dan kajian terperinci akan dibuat untuk menangani permasalahan ini.

Sebab itu adalah penting untuk ulama terutama yang mengeluarkan fatwa dan ahli sains sama-sama berbincang agar seia sekata dalam hal ini. Lagipun banyak perkara sains disebut dalam al-Quran.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 7:09 AM   0 comments
Terlupa Qunut
Sunday, March 04, 2007
Utusan Malaysia, 4 Mac 2007

Bersama: MOHD. YUSOF ABAS

SOALAN:
Apa hukum seseorang yang sembahyang sedangkan dia terlupa qunut atau tasyahud lalu dia turun sujud dan meletak segala anggota sujudnya atau bangun terus berdiri. Adakah dia diwajibkan kembali mendapatkan sunat yang terlupa tadi atau bagaimana?

– Othman bin Sulaiman,

Kg Laut Tumpat, Kelantan.

JAWAPANNYA:

Seseorang yang terlupa melakukan amalan sunat ab‘ad seperti qunut atau tasyahud awal itu, maka sekiranya dia telah melakukan rukun yang lain tidak wajib lagi baginya kembali mengerjakannya (sunat ab‘ad) tersebut, sama ada dia solat berjemaah atau seorang diri. Ini kerana mereka yang telah melakukan perkara wajib (rukun) dalam solatnya seperti sujud atau kiam tidak harus lagi baginya meninggalkan rukun tersebut untuk mengerjakan perkara sunat lagi. Kalau dia kembali juga dengan sengaja dan tahu haram hukumnya maka batallah solatnya sedangkan makmum di belakangnya tidak perlu mengucapkan tasbih malah wajib diikuti imamnya yang terlupa tadi dan mereka semua disunatkan sujud sahwi.

Sekiranya dia kembali naik untuk melakukan qunut atau turun untuk bertasyahud juga dengan sengaja serta tahu hukumnya maka batallah solatnya kerana menambah perbuatan berdiri atau duduk bukan pada tempatnya. Berlainan hukumnya kalau seseorang itu solat berjemaah dan mengikut imam, sedang dia terlupa atau tidak diketahuinya imam masih sujud lalu dia bangun dan melihat imamnya sedang sujud maka hukumnya wajib dia sujud lagi kerana mengikut imamnya. Tidak dikira berbilang sujudnya yang mana perbuatan itu dikira boleh membatalkan solat mereka yang munparid atau solat seorang diri. Ini kerana wajib bagi makmum yang terlupa itu mengikut imamnya kecuali kalau dia sengaja maka hukumnya adalah sunat sahaja. Malah kata ulama mengikut imam itu adalah wajib dan lebih utama dari meneruskan rukun atau fardu tersebut.

Kata mereka lagi, perbezaan antara keduanya (terlupa dan sengaja) ialah kerana yang sengaja tadi memang bertujuan baik dan ingin mendapatkan amalan solatnya yang tertinggal sedangkan yang terlupa tadi perbuatannya adalah tidak ada tujuan dan berlaku tanpa kasad dan tujuan, kerana amat keji perbuatan menyalahi imam tersebut. Sabda Nabi bermaksud: Hanya dijadikan imam itu untuk diikutinya (bukan untuk di salahi). Tetapi kalau imam itu kembali duduk pula untuk bertasyahud selepas berdiri kiam, maka tidak harus lagi makmum di belakangnya mengikutnya lagi, kerana kalau perbuatan imamnya sengaja maka batallah solatnya. Kalau terlupa, maka tidak harus juga makmum tadi mengikutnya malah hendaklah makmum itu bangun dan terus berdiri menunggu imamnya di sana dengan harapan dia (imamnya) terlupa, akan segera kembali berdiri lagi. Tetapi kalau imam meninggalkan qunut, maka makmum tersebut boleh melakukannya dengan terus berdiri dan meringkaskan bacaan qunutnya dan mendapatkan imamnya dalam sujud pertama.

Ini kerana dia (makmum) tidak mengerjakan apa-apa perbuatan yang tidak dikerjakan imamnya , tetapi dalam masalah tasyahud awal tadi lain pula hukumnya iaitu tidak diharuskan mengerjakannya, kerana kalau dikerjakan juga maka dia (makmum) melakukan perbuatan (duduk untuk bertasyahud) yang tidak dilakukan imamnya – (lihat I’anah attalibin jilid pertama muka 200). Wallahualam.

Murtad tidak boleh mempusakai harta
SOALAN: Apakah mereka yang berlainan agama itu boleh mempusakai harta antara satu sama lain? Bagaimana kalau seorang anak yang jatuh murtad? Adakah dapat dia mempusakai harta ayahnya yang masih beragama Islam?

– Nurhidayah Sadun,

Bentong, Pahang.

JAWAPAN:

Dalam masalah memperoleh pesaka ini, ada tiga sebab yang menghalangi seseorang dari dapat mempusakai harta si mati iaitu pembunuhan, contohnya, cucu membunuh datuknya untuk cepat mendapat pusaka seperti yang diceritakan dalam surah al-Baqarah (ayat 67-73), berlainan anutan agama seperti contoh yang anda berikan (murtad) dan kehambaan.

Ulama ada membahagi empat kumpulan manusia dalam bahagian pusaka ini.

Pertama: Iaitu yang dapat mempusakai dan dipusakai seperti saudara dan bapa dengan anak.

Kedua, iaitu yang dapat mempusakai dan tidak dipusakai seperti para Nabi, mereka dapat mempusakai tetapi tidak dipusakai sebagaimana sabdanya bermaksud: Kami kumpulan Nabi hanya dapat memerima pusaka tetapi tidak boleh dipusakai kerana barang peninggalan kami itu adalah sedekah.

Ketiga iaitu hamba yang dimiliki separuh sahaja kerana mereka tidak dapat mempusakai tetapi segala hartanya yang dimiliki oleh kemerdekaan yang separuh lagi itu akan dipusakai.

Keempat iaitu hamba dan murtad, mereka tidak boleh mempusakai dan dipusakai.

Begitu juga tiga sebab atau faktor yang membolehkan seseorang itu mendapat pusaka. Pertama ialah pernikahan iaitu kontrak ikatan suami isteri.

Kedua wala’ iaitu pertalian nikmat tuan kepada hambanya.

Ketiga, hubungan keturunan seperti saudara-mara bapa dan anaknya dan lain-lain. Wallahualam.

- SEBARANG kemusykilan bolehlah dialamatkan kepada Kemusykilan Anda Dijawab, Yadim, Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur atau e-mel mingguan@utusan .com.my. Pembaca hendaklah menyatakan nama penuh dan nama samaran untuk siaran.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 6:53 AM   0 comments
Banyak MLM adalah berbentuk perjudian murni - Jakim
Saturday, March 03, 2007
Detikdaily, 1 Mac 2007

Aduan awam JAKIM

Nama
mohd jamli.
E-Mail ?
mohdjamli@tv3.com.my.
Anda ingin komen tentang apa?
Hal Ehwal Islam
Aduan
Assalamualaikum

Saya ingin bertanya berkenaan trend skim cepat kaya internet seperti em-pay, swiss cash dan lain-lain.
Apakah hukumnya dari segi syariah?

Kenapa tidak diwar-warkan di media massa oleh pihak JAKIM sekiranya perkara itu adalah haram bagi umat islam menyertainya.

Terima kasih. Jawapan

Secara umum Multi Level Marketing adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah Upline (tingkat atas) dan downline (tingkat bawah), orang akan disebut Upline jika mempunyai Downline.

Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat vertikal atas bawah mahupun horizontal kiri kanan ataupun gabungan antara keduanya.

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian.

Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah brokerage sebagaimana didakwa.

Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai.

Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya.




Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan.

Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

1. Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

2. Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

3. Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka..
Status
Selesai.
Nombor Rujukan
1/3/2007
Tarikh


Nota:
1. Aduan Awam ini akan diteliti dan dijawab oleh Pegawai Perhubungan Awam, JAKIM.
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu aduan sahaja.
3. Jawapan yang diberikan adalah secara rasmi oleh pihak JAKIM kecuali dinyatakan sebaliknya.
4. Borang ini mestilah menggunakan Browser Internet Explorer..

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 5:12 PM   0 comments
Kecelaruan Muqallid yang mahu jadi Mujtahid
Tranungkite, 3 mac 2007

Oleh One_G

Seharian suntuk aku membaca buku karangan Dr Said Ramadhan Al-Buti yang bertajuk “Alla Mazhabiyyah Akhtar Bidaah tuhaddid As-Syariah Al-islamiyyah”. Dalam seharian suntuk itu jugalah, aku dapat menyempurnakan pembacaan dari buku tersebut. Alhamdulillah, maha suci Allah, betapa tingginya ilmu seorang ulama dari syiria ini dalam mengemukakan hujjah dalam menyatakan kepentingan memahami ilmu usul fiqh bagi mengemukakan sesuatu ulasan agama.

Membaca semua kandungan isi buku tersebut, tergambar diri ini terlalu kerdil di dalam dunia keilmuan islam, masakan pula diri ini merasa lebih alim dari ulama-ulama mazhab.

Dr Said Ramadhan ada menjelaskan didalam buku tersebut tentang satu munazarah ilmiyyah yang berlaku antara beliau dengan seorang ulama yang di kenali ramai; bernama As-Syaikh Nasisruddin Albani, yang telah berjumpa dengan beliau di rumah beliau sendiri bagi mengemukakan bantahan ilmiyyah terhadap tulisan beliau berkenaan dengan kepentingan bermazhab.

Tetapi yang amat mengecewakan lagi, setelah kecundang dalam munazarah ilmiyyah yang berlaku selama 3 jam bersama Dr Said Ramadhan , As-Syaikh Albani telah mengambil sikap yang “tidak berakhlak” dengan mengarang sebuah kitab yang bertajuk “Taassub Mazhab” bersama dua orang ulama yang sealiran dengan beliau, iaitu As-Syaikh Mahmood Mahdi Al-Istambuli dan As-Syaikh Khairuddin Al-Walini dengan mengadakan beberapa jenayah ilmiyyah terhadap As-Syaikh Dr Said Ramadhan Al-Buti.[1]

Yang amat mengejutkan lagi, di dalam buku “alla Mazhabiyyah” itu juga, Dr Said Ramadhan Albuti telah menukilkan kata-kata As-Syakh Albani didalam catatan dari kitab “Mukhatasar Sahih Muslim, karangan Imam Al-Munzir RA.

Didalam catatan tersebut, As-Syaikh Albani Ra menyatakan;

“ini adalah jelas bahawa nabi Isa AS akan berhukum dengan syariat kita, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, tidak dengan yang lainnya, samada dari kitab injil atau fiqh mazhab Hanafi dan seumpama dengannya[2]”

Dengan kata-kata As-Syaikh Albani sebegini, seakan-akan As-Syaik Albani telah mempelekeh keilmuan Imam Abu Hanifah dengan menyamakan antara Injil dan Fiqh Hanafi yang dianggap seperti tidak termasuk dari kandungan Al-Quran dan As-Sunnah.

IJTIHAD ADALAH KEPERLUAN, TAQLID ADALAH KEISTIMEWAAN

Dunia kini sudah ditimpa zaman kekurangan ulama yang berkelayakan didalam berijtihad. Walaubagaimanapun, berijtihad merupakan sesuatu keperluan didalam menjalani kehidupan beragama di dunia ini.

Berijtihad itu adalah sesuatu kemestian, ini kerana antara sebab berlakunya ijtihad adalah “kehidupan dunia ini sentiasa berubah masa demi masa dan keadaan sesuatu tempat tidak menyamai dengan keadaan sesuatu tempat yang lain”.

Dr Wahbah Az-Zuhaili pernah menyatakan didalam kitab “Usul Fiqh Al-Islami” bahawa berijtihad adalah sesuatu kefarduan secara kifayah. Tidak harus berlaku kekosongan ijtihad pada setiap zaman[3].

Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan didalam karangannya “Fatawa Ma’asarah” bahawa berlakunya ijtihad itu adalah kerana sebab-sebab seperti berikut;

1. Pada perkara yang tiada nas.
2. Perkara yang ada nas, tetapi mempunyai beberapa tafsiran.
3. Mempunyai “muaridh” atau pertentangan yang sama denganya atau lebih kuat darinya.[4]

Maka dengan demikian, melihat kepada sebab yang pertama, memahamkan kepada kita betapa ijtihad itu merupakan sesuatu keperluan didalam kehidupan kini.

Adapun taqlid, ianya merupakan satu keistimewaan yang Allah berikan kepada manusia. Ianya diasaskan kepada firman Allah yang bermaksud;

“maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui”
(surah An-Nahl : 43)

Bertaqlid bermaksud, mengambil perkataan orang lain tanpa mengetahui dalilnya[5].

Seseorang yang tidak mempunyai kelayakan berijtihad, dilarang bagi dirinya berijtihad, ini kerana, mana mungkin seseorang yang tidak mempunyai kelayakan dalam bidang pembedahan itu melakukan pembedahan terhadap pesakit.

Sekalipun pembedahan yang dilakukan itu ditakdirkan tidak memberi mudharat kepada pesakit, tetapi tindakan membedah tersebut tetap dikira sebagai tindakan yang berbahaya kepada pesakit.

Maka begitujugalah yang berlaku kepada seorang yang tidak berkeahlian untuk berijtihad, yang telah melakukan ijtihad.

SYARAT-SYARAT MUJTAHID

Seorang yang ingin berijtihad, diwajibkan kepadanya memenuhi syarat-syarat bagi melayakan dirinya untuk berijtihad.

Berijtihad tidak memadai dengan mempelajari Al-Quran dan As-Sunnah semata-mata. Juga, tidak memadai dengan mendakwa diri seorang muhaddis dan sebagainya. Tetapi syarat-syarat yang perlu di tunaikan adalah sangat rumit.

Dr Wahbah Az-Zuhaili telah menyenaraikan syarat-syarat yang perlu di penuhi bagi melayakkan seseorang itu menjadi mujtahid adalah seperti berikut[6];

a. mengetahui makna-makna ayat Al-Quran, samada dari sudut bahasanya dan syaraknya.

b. Mengetahui hadis-hadis hukum.

c. Mengetahui nasikh dan mansukh didalam Al-Quran dan Hadis Nabi SAW.

d. Mengetahui semua perkara yang telah diijmakkan oleh Ulama.

e. Mengetahui kaedah-kaedah qias dengan betul.

f. Mengetahui bahasa Arab dari semua sudut, iaitu dari nahu, sorof, balaghah, majaz, hakiki dan sebagainya.

g. Mengetahui kaedah-kaedah didalam ilmu usul fiqh.

h. Memahami maqasid As-Syariah didalam mengistinbatkan hukum.

MUQALLID YANG MAHU JADI MUJTAHID

Memahami secara syarat-syarat ijtihad yang tersebut di atas, memahami bahawa menjadi seorang mujtahid bukanlah sesuatu yang senang, tetapi ianya memerlukan ketinggian ilmu yang melayakkannya berijtihad.

Walaupun begitu, sesetengah manusia di zaman ini sudah berasa diri mereka berkebolehan didalam berijtihad, sedangkan kebolehan mereka hanya mampu menguasai sesuatu ilmu sahaja.

Ekoran dari itu, mereka menimbulkan satu “fahaman baru” bahawa, tidak wajib, bahkan haram kepada manusia kini bermazhabkan kepada mazhab-mazhab yang tidak ma’sum, seperti bermazhab As-Syafii, Hanafi, Maliki, Hanbali dan sebagainya, tetapi di wajibkan semua manusia bermazhabkan yang ma’sum, iaitu mazhab Rasulullah SAW.

Kenyataan sebegini merupakan satu dakwaan yang pelik, ini kerana, jika mereka mahu mengajak manusia kepada bermazhabkan Rasulullah SAW, bermakna mereka mahu mengiktiraf bahawa semua manusia itu adalah mujtahid, sedangkan perkara ini menyalahi firman Allah yang bermaksud;

“maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui”
(surah An-Nahl : 43)

Didalam ayat ini, Allah SWT menyuruh manusia itu bertanya kepada orang yang berkepakaran sekiranya mereka tidak mengetahui, maka dengan demikian, menandakan disana ada orang yang tidak berkepakaran yang digelar juga sebagai orang awam yang wajib kepada dirinya bertaqlid.

Dr Said Ramadhan Al-Buti ada menceritakan logic disebalik kewajipan bertaqlid kepada mujtahid semasa berdebat dengan As-Syaikh Albani RA. Antara isi dialog tersebut adalah seperti berikut[7];

Dr Said Ramadhan Al-Buti (DSRB) : seorang lelaki yang baru memeluk Islam; mahu menunaikan solat tetapi kebingungan bagi menentukan arah kiblat. Lalu dia membaca firman Allah yang bermaksud;

“katakahlah, Kepunyaan Allah timur dan Barat”
(surah Al-Baqarah : 142)

Lelaki tersebut beranggapan bahawa setiap orang yang hendak menunaikan solat boleh mengadap ke arah mana sahaja, sepertimana di nyatakan dalam Al-Quran.

Kemudian dia mendengar bahawa keempat-empat mazhab telah sepakat bahawa ia harus mengadap Kaabah, dan dia juga mengetahui dalil dalam masalah tersebut, tetapi dia belum melihat sahaja. Apabila dia hendak menunaikan solat, apakah cukup dia menunaikan solat mengikut panggilan hatinya berdasarkan kepada ayat yang dibacanya atau bertaqlid dengan Imam-imam Mazhab?

As-Syaikh Albani (SA) : memadai dengan mengikut panggilan hatinya.

(DRSB) : meskipun dia solat kearah yang tidak mengadap ke Kaabah sekalipun ? Apakah solatnya di anggap sah?

(SA) : Ya, kerana ia di wajibkan mengikut panggilan hatinya.

(DRSB) : Andaikata panggilan hati lelaki tersebut mengatakan bahawa tidak mengapa melakukan zina, minum arak, mencuri dan sebagainya. Apakah Allah akan memberi syafaat kepadanya disebabkan panggilan hatinya?

(SA) : Senyap sebentar. Kemudia berkata : sebenarnya contoh-contoh yang awak tujukan kepada saya adalah khayalan belaka dan tidak ada bukti.

(DRSB) : bukan khayalan atau dugaan semata-mata, bahkan sering berlaku, bahkan yang lebih pelik lagi. Bagaimana tidak ! seorang pemuda yang tidak memahami apa-apa tentang Islam, Al-Kitab dan As-Sunnah, kemudian membaca sepotong ayat Al-Quran yang ia fahami menurut andaiannya, kemudian berpendapat bahawa dia boleh solat ke arah mana sahaja yang dia mahu, sedangkan ulama-ulama mujtahid telah sepakat menyatakan bahawa di wajibkan solat mengadap ke arab Kiblat (Kaabah). Dalam keadaan ini, awak menyatakan solatnya adalah sah, semata-mata beralasan dengan panggilan hatinya. Pendirian awak ini sebenarnya bercanggah dengan prinsip awak bahawa manusia itu terbahagi kepada tiga kelompok, iaitu Mujtahid, Muqallid dan Muttabi’.

Setelah (DRSB) menyatakan demikian, As-Syakh Albani RA menyatakan;

(SA) : sepatutnya lelaki tersebut harus meneliti dan membahaskan. Apakah dia tidak membaca hadis atau ayat yang lain?

(DRSB) : ia tidak mencukupi bahan (syarat) untuk membahas sebagaimana keadaan awak ketika membahaskan masalah talak. Ia tidak sempat membaca ayat-ayat lain yang berhubungan dengan masalah kiblat selain ayat di atas. Dalam hal ini, apakah ia tetap harus mengikuti bisikan hatinya dengan cara meninggalkan ijmak para ulama?

(SA) : memang dia harus berbuat demikian, kalau dia tidak mampu membahas dan menganailisa, baginya cukup berpegang pada hasil fikirannya sendiri dan tidak tidak salah.

(DRSB) : ucapan awak ini sangat berbahaya dan memelikan. Ucapan ini kami akan siarkan dalam tulisan ….

(SA) : silakan siar pendapat saya, saya sememangnya tidak takut.

(DRSB) : apakah awak tidak takut kepada Allah SWT. Sesungguhnya ucapan awak tadi menandakan awak telah membuang firman Allah yang bermaksud;

“maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui”
(surah An-Nahl : 43)

Setelah itu, As-Syaikh Albani menyatakan;

(SA) : wahai saudara (DRSB), sesungguhnya para imam bukanlah yang ma’sum. Adapun ayat yang dia pegang merupakan firman Allah yang terpelihara dari kesalahan. Bagaimana mungkin ia harus meninggalkan yang ma’sum dan berpegang pada orang yang tidak ma’sum?

(DSRB) : yang terpelihara dari kesalahan adalah makna hakiki yang dikehendaki oleh Allah dengan firman-Nya yang bermaksud;

“katakahlah, Kepunyaan Allah timur dan Barat”
(surah Al-Baqarah : 142)

Akan tetapi, faham lelaki tersebut adalah jauh sama sekali dari pendidikan Islam yang sememangnya tidak ma’sum. Maka dengan demikian, masalahnya adalah bandingan antara dua faham, iaitu faham atau pemikiran dari seorang yang jahil dan faham atau pemikiran dari seorang imam mujtahid, yang kedua-duanya tidak ma’sum. Hanya beza kedua-duanya adalah, satunya jahil dan satu lagi mempunyai keilmuan.

Lalu As-Syaikh Albani menjawab;

(SA) : sesungguhnya Allah tidak membebani dia melebihi kemampuan.

(DSRB) : Tolong jawab persoalan ini. Seorang yang mempunyai anak kecil yang sedang sakit demam panas. Menurut semua dokter di daerah tersebut bahawa anak kecilnya itu perlu di beri ubat khusus dan mereka melarang dari memberi ubat antibiotic. Mereka pun telah memberitahu kepada bapa tersebut, tetapi tidak di edahkan olehnya.

Lalu, bapa tersebut telah membaca satu tulisan yang menyatakan bahawa ubat antibiotic boleh mengubat sakit demam panas. Tanpa mengendahkan nasihat para doctor, diberinya juga kepada anak kecilnya itu dengan ubat antibiotic, sehingga menyebabkan kanak-kanak itu mati.

Dengan tindakan si bapa tadi, adakah bapa tadi dikira sebagai berdosa?

(SA) : diam sekejap, lalu berkata : saya kira, masalah ini bersalahan dengan masalah yang kita sedang bincangkan.

(DSRB) : sebenarnya masalah ini serupakan dengan masalah yang kita bincangkan. Cuba perhatikan! Bapa tersebut sudah mendengar kesepakatan para doctor, sebagaimana lelaki tadi telah mendengar kesepakatan mujtahid. Akan tetapi, si bapa tersebut berpegang pada satu tulisan dari buku kesihatan, sebagaimana lelaki tersebut melakukan amalan mengikut panggilan hatinya.

(SA) : saudara ! Al-Quran adalah cahaya. Cahaya Al-Quran tidak dapat disamakan dengan yang lain.

(DSRB) : apakah maksud pembaca Al-Quran itu memahami maksud Al-Quran seperti yang dikehendaki oleh Allah? kalau begitu, apakah beza antara ahli ilmu dan bukan ahl ilmu yang membaca Al-Quran?

Dua contoh di atas adalah sama. Awak perlu menjawab, apakah kedua-duanya harus menerima begitu sahaja panggilan hatinya atau harus mengikuti atau taqlid kepada ahl ilmu?

(SA) panggilan hati adalah yang paling pokok.

(DSRB) : si bapa tadi telah melakukan mengikut panggilan hatinya sehingga mengakibatkan anaknya mati. Apakah ada tanggungjawab bagi si bapa dari segi syariat atau hukum?

(SA) tidak ada apa-apa tuntutan daripadanya.

(DSRB) : dengan jawapan awak seperti ini, saya kira dialog dan diskusi ini kita cukupkan sampai disini sahaja. Sudah jelas antara dua jalan antara pendapat awak dan saya. Dengan jawapan awak yang menghairankan itu, cukuplah kiranya untuk awak telah terkeluar dari kesepakatan kaum muslimin.

Cuba awak renungkan, seorang muslim yang jahil hanya mengandaikan panggilan hatinya dalam memahami apa yang ia ketemui didalam Al-Quran. Lalu dia mengerjakan solat mengadap kea rah selain kiblat dan menyalahi semua umat Islam, tetapi solatnya dianggap sah. Kemudian orang biasa dengan panggilan jiwanya, ia mengubat anaknya yang sakit mengikut kehendaknya, sehinggakan anaknya sendiri mati, lalu dengan perbuatannya itu, dia terselamat dari apa-apa tuntutan dari segi syarak.

KESIMPULAN

Dari debat ilmiyyah ini, kita dapat melihat bagaimana fanatic kepada pendapat sendiri yang ada pada diri As-Syaikh Albani yang sehinggakan dia sendiri telah mengambil sikap tidak mahu menerima “kebenaran hujjah” dari Dr Said Ramadhan Al-Buti, yang kadangkala menyebabkan timbul dakwaannya yang boleh memberi bahaya kepada kefahaman Islam yang sebenar.

Jika ada dikalangan kita mengambil sikap mengremeh-remehkan ulama-ulama mazhab, cadangan dari penulis, bacalah buku “alla Mazhabiyyah” karangan Dr Said Ramadhan Al-Buti.

Maka dengan demikian, buka hati, buka minta dan cermin-cerminlah diri kita,. siapakah kita jika mahu dibandingkan ilmu-ilmu kita dengan ilmu-ilmu ulama-ulama yang telah berjasa untuk memartabatkan agama islam ini.

Sekian

Wallahu ‘Alam

One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://one-g.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com
abu_abdillah_azzam@yahoo.com

----------------------------------------------------------------------
[1] Alla Mazhabiyyah : m/s 127-162.
[2] Alla Mazhabiyyah : m/s 137.
[3] Usul Fiqh Al-Islami : 2/1062.
[4] Fatawa Maasiroh : 2/649
[5] Usul Fiqh Al-Islami : 2/1158.
[6] Usul Fiqh Al-Islami : 2/1072-1078.
[7] Alla Mazhabiyyah : m/s 120-125.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 5:07 PM   0 comments
Umat Islam mulai kurang berminat bahasa al-Quran – Sheikh Yusuf Qardawi
Harakahdaily, 3 Mac 2007

Ekmal Yusof
Sat | Mar 03, 07 | 07:32:03 AM


KUALA LUMPUR, 3 Mac (Hrkh) – Presiden Persatuan Ulama Islam Antarabangsa (PUIA) Sheikh Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi menegaskan umat Islam semakin lemah di seluruh dunia lantaran mereka sudah tiada berminat untuk mempelajari dan menggunakan bahasa Arab dalam kehidupan seharian mereka. Beliau berkata demikian dalam temuramahnya yang dipancarkan TV swasta, Kuala Lumpur Aljazeera, baru-baru ini.

Hari ini, katanya, di negara-negara Arab dan Timur Tengah umat Islam sudah mulai kurang menampakkan minat yang mendalam untuk mengetahui bahasa al-Quran, yang juga bahasa ahli syurga.

“Mempelajari bahasa Arab adalah penting kerana untuk membaca al-Quran terpaksa mengetahui bahasa Arab, malah bersembahyang pun umat Islam semestinya menggunakan bahasa Arab sahaja sepanjang ibadah wajib lima waktu itu,” ujar beliau.

“Apa yang membimbangkan kita ialah seolah-olah sudah menjadi budaya umat Islam di mana jua mereka berada, ibu bapa lebih berminat menghantar anak-anak mereka belajar bahasa asing seperti bahasa Inggeris daripada mempelajari bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Arab,” keluhnya.

Menurutnya, budaya yang berlaku itu sememangnya merupakan agenda musuh Islam untuk melemahkan pegangan umat Islam, seterusnya untuk menjauhkan umat Islam daripada mempelajari bahasa Arab dan pegangan terhadap agama Allah.

Justeru, beliau menasihatkan umat Islam agar berhati-hati terhadap pengaruh dan muslihat Yahudi untuk mengelakkan orang-orang Islam mempelajari bahasa Arab dan menguasai kandungan isi al-Quran. - mns
Jumlah dilihat: 96 | Cetak | Emel

Jika terdapat sebarang cadangan atau pandangan mengenai artikel di atas sila hantarkan komen anda kepada kami. Untuk sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke hdaily_editor@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya .

Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.

Sila hantarkan karya anda yang asli melalui emel sahaja. Sebarang tulisan yang dihantar melalui kepilan/Attachment fail (Word, Notepad dll) emel tidak akan dilayan.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Weblog Master @ 4:15 PM   0 comments
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com