Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Kebijaksanaan Hudzaifah pikat Umar lantik jadi pemimpin
Monday, December 04, 2006
Berita harian, 4 disember 2006

PENDUDUK kota Madain berduyun-duyun keluar untuk menyambut kedatangan wali negeri mereka yang baru diangkat serta dipilih oleh Amirul Mukminin Umar kerana sahabat Nabi itu terkenal salih, takwa dan berjasa membebaskan tanah Iraq.

Ketika menunggu rombongan datang, tiba-tiba muncul di hadapan mereka seorang lelaki dengan wajah berseri-seri menunggang keldai beralaskan kain usang, kedua kakinya teruntai ke bawah, kedua tangannya memegang roti serta garam sambil mulutnya mengunyah.

Ketika berada di tengah-tengah orang ramai dan mereka tahu bahawa orang itu tidak lain daripada Hudzaifah Ibnu Yaman, maka mereka kebingungan dan hampir tidak percaya.

Apa yang dihairankan ialah corak kepemimpinan yang mereka nantikan sebagai pilihan Umar.

Hal itu dapat difahami, kerana baik pada zaman kerajaan Parsi yang terkenal itu atau sebelumnya, tidak pernah diketahui adanya corak pemimpin semua ini.

Hudzaifah meneruskan perjalanan dan orang ramai mengelilinginya dan dilihat mereka menatapnya seolah-olah menunggu amanat, diperhatikannya air muka mereka, lalu katanya: “Jauhilah oleh kalian tempat fitnah!”

Ujar mereka: “Di manakah tempat fitnah itu wahai Abu Abdillah?”

Jawabnya: “Pintu rumah pembesar. Seorang di antara kalian masuk menemui mereka dan mengiakan ucapan palsu serta memuji perbuatan baik yang tidak pernah mereka lakukan.”

Suatu pernyataan luar biasa di samping menakjubkan daripada ucapan yang mereka dengar daripada wali negeri yang baru.

Hudzaifah Ibnu Yaman memasuki arena kehidupan ini dengan bekal tabiat istimewa antaranya antikemunafikan dan mampu melihat jejak gejalanya walaupun tersembunyi di tempat jauh.

Sejak bersama saudaranya, Shafwan, menemani bapanya menghadap Rasulullah SAW dan ketiga-tiganya memeluk Islam, wataknya bertambah terang dan cemerlang dengan sifat teguh, suci, lurus dan gagah berani.

Beliau terdidik di tangan Rasulullah SAW dengan kalbu terbuka tidak ubah bagai cahaya subuh, hingga tidak suatu pun daripada persoalan hidupnya tersembunyi.

Tidak ada rahsia terpendam dalam lubuk hatinya, seorang benar dan jujur, mencintai orang yang teguh membela kebenaran, sebaliknya mengutuk orang berbelit-belit dan riak, culas bermakna dua.



Bakatnya ini benar-benar tumbuh menurut kenyataan, hingga ia berhasil mencapai keahlian membaca tabiat dan air muka seseorang.

Walaupun Hudzaifah dikurnia fikiran jernih, menyebabkan sampai pada suatu kesimpulan, bahawa dalam kehidupan ini sesuatu yang baik itu adalah yang jelas dan nyata, yakni bagi orang yang betul-betul menginginkannya.

Sebaliknya yang buruk ialah yang gelap atau samar dan kerana itu orang bijaksana hendaklah mempelajari sumber kejahatan dan kemungkinannya.



Beliau berkata: “Orang menanyakan kepada Rasulullah SAW kebaikan, tetapi saya menanyakan kepadanya tentang kejahatan, kerana takut terbabit di dalamnya.

Pernah aku bertanya: “Wahai Rasulullah, dulu kita berada dalam kejahiliyahan dan diliputi kejahatan, lalu Allah mendatangkan kepada kita kebaikan ini. Apakah di balik kebaikan ini ada kejahatan? “Ada”, jawabnya. “Kemudian apakah selepas kejahatan masih ada lagi kebaikan?” tanyaku pula. “Memang, tetapi kabur dan bahaya.” Apa bahaya itu? “Iaitu segolongan umat mengikuti sunnah bukan sunnahkanku, dan mengikuti petunjuk bukan petunjukku. Kenalilah mereka olehmu dan laranglah.”

“Kemudian selepas kebaikan itu masih ada lagi kejahatan?” tanyaku pula. “Masih”, jawab Nabi, “yakni tukang seru di pintu neraka. Barang siapa menyambut seruan mereka, akan mereka lemparkan ke dalam neraka.”

Lalu kutanyakan kepada Rasulullah: “Ya Rasulullah, apa yang harus saya buat bila saya menghadapi hal demikian?” Jawab Rasulullah: “Sentiasa mengikuti jemaah kaum muslimin dan pemimpin mereka!” “Bagaimana kalau mereka tidak punya jemaah dan tidak pula pemimpin?”. “Hendaklah kamu tinggalkan golongan itu semua, walaupun kamu tinggal di rumpun kayu sampai kamu menemui ajal dalam keadaan demikian.– (Bersambung)


Labels:

posted by Weblog Master @ 8:17 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com