Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Hudzaifah tiup semangat pahlawan Perang Badar
Wednesday, December 06, 2006
Berita Harian, 6 disember 2006

LALU ia naik ke punggungnya untanya dan mulai berangkat, diikuti dari belakang oleh tenteranya. Kata Hudzaifah: “Kalau tidaklah pesan Rasulullah SAW kepada saya supaya saya tidak mengambil sesuatu tindakan sebelum menemuinya lebih dulu, tentulah saya bunuh Abu Sufyan itu dengan anak panah.”


Hudzaifah kembali kepada Rasulullah SAW dan menceritakan keadaan musuh, serta menyampaikan berita gembira itu. Barang siapa pernah bertemu muka dengan Hudzaifah, dan merenungkan buah fikiran dan hasil falsafahnya serta ketekunannya untuk mencapai makrifah, tidak mungkin mengharapkan daripadanya sesuatu kepahlawanan di medan perang atau pertempuran.

Tetapi anehnya dalam bidang ini Hudzaifah melenyapkan segala dugaan itu. Lelaki terpelajar yang teguh beribadat dan pemikir ini, akan menunjukkan kepahlawanan yang luar biasa ketika menggenggam pedang menghadapi tentera berhala dan pembela kesesatan.

Cukuplah sebagai bukti ia orang ketiga atau kelima dalam deretan tokoh terpenting pada pembebasan seluruh wilayah Iraq. Kota Hamdam, Rai dan Dainawar, selesai pembebasannya di bawah komando Hudzaifah.

Dalam pertempuran besar Nahawand, dengan orang Parsi berhasil menghimpun 150 ribu tentera..., Amirul Mukmin Umar memilih sebagai panglima Islam Nu’man bin Muqarrin, sedang kepada Hudzaifah dikirimnya surat supaya ia menuju tempat itu sebagai pegawai daripada tentera Kufah.

Kepada pejuang itu Umar mengirimkan surat, katanya: “Jika kaum Muslimin berkumpul, maka masing-masing panglima hendaklah mengepalai anak buahnya, sedang yang akan menjadi panglima besar ialah Nu’man bin Muqarrin. Dan seandainya Nu’man tewas, maka panji komando hendaklah dipegang Hudzaifah, dan kalau ia tewas pula oleh Jarir bin Abdillah...!”

Kedua pasukan pun berhadapan. Pasukan Parsi dengan 150 ribu tentera, sedang kaum Muslimin dengan 30 ribu orang pejuang, tidak lebih. Perang berkobar, suatu pertempuran yang tak ada tolok bandingnya, perang dahsyat dan paling sengit dikenal sejarah...!

Panglima besar kaum Muslimin gugur sebagai syahid. Nu’man bin Muqarrin tewas. Tetapi sebelum sempat bendera kaum Muslimin menyentuh tanah, panglima yang baru menyambutnya dengan tangan kanannya, dan angin kemenangan pun meniup dan mengiringi tentera maju ke muka dengan semangat penuh dan keberanian luar biasa. Panglima yang baru itu tiada lain daripada Hudzaifah Ibnul Yaman.

Bendera segera disambut dan dipesankan supaya kematian Nu’man tidak disiarkan, sebelum peperangan itu. Lalu dipanggil Na’im bin Muqarrin dan ditempatkan pada kedudukan saudaranya Nu’man, sebagai penghormatan kepadanya.

Semua itu dilaksanakannya dengan cekap, bertindak dalam waktu hanya beberapa saat, sedang roda peperangan berputar cepat, kemudian bagai angin puting beliung ia maju menerjang barisan Parsi sambil menyeru:

“Allah Akhbar, Ia menepati janji-Nya

“Allahu Akhbar, dibela-Nya tentera-Nya”

Lalu diputarlah kekang kudanya ke arah anak buahnya, dan berseru:

“Hai umat Muhammad SAW, pintu syurga terbuka lebar, siap sedia menyambut kedatangan tuan. Jangan biarkan ia menunggu lebih lama.! Ayuhlah wahai pahlawan Badar! Majulah pejuang Uhud, Khandaq dan Tabuk!”

Dengan ucapan itu Hudzaifah memelihara semangat tempur dan ketahanan anak buahnya, jika tidak dapat dikatakan menambah dan melipatgandakan. Kesudahannya perang berakhir dengan kekalahan pahit bagi orang Parsi, suatu kekalahan yang jarang ditemukan bandingannya..!

Dialah seorang pahlawan di bidang hikmat, ketika sedang tenggelam dalam renungan. Seorang pahlawan di medan juang, ketika berada di medan laga. Pendeknya ia seorang tokoh, dalam urusan atas kepalanya dalam setiap persoalan yang memerlukan pertimbangannya.

Maka ketika kaum Muslimin di bawah pimpinan Saad bin Abi Waqqash hendak pindah dari Madain ke Kufah dan bermukim di sana, yakni selepas keadaan iklim kota Madain membawa akibat buruk terhadap kaum Muslimin daripada golongan Arab, menyebabkan Umar menitahkan Saad segera meninggalkan kota itu selepas menyelidiki suatu daerah paling sesuai sebagai tempat bermukim kaum Muslimin, maka siapakah dia yang diserahi tugas untuk memilih tempat dan daerah tersebut? Itulah dia Hudzaifah Ibnul Yaman, yang pergi bersama Salman bin Ziad untuk menyelidiki lokasi yang tepat bagi bermukim baru itu.

Ketika mereka sampai di Kufah, yang ternyata adalah tanah kosong yang berpasir dan berbatu-batu, pernafasan Hudzaifah menghirup udara segar, maka ia berkata kepada sahabatnya: “Di sinilah tempat bermukim itu insya Allah.

Demikianlah diatur rencana pembangunan kota Kufah, yang oleh ahli bangunan diwujudkan menjadi sebuah kota yang permai. Dan baru saja kaum muslimin pindah ke sana, maka yang sakit segera sembuh, yang lemah menjadi kuat, dan urat mereka berdenyut menyebarkan arus kesihatan.

Sungguh, Hudzaifah adalah seorang yang berfikiran cerdas dan berpengalaman luas, kepada kaum muslimin selalu dipesan:

“Tidaklah termasuk yang terbaik di antara kalian yang meninggalkan dunia untuk kepentingan akhirat, dan tidak pula yang meninggalkan akhirat untuk kepentingan dunia tetapi hanyalah yang mengambil bahagian dari kedua-duanya.”

Pada suatu hari di antara hari-hari yang datang silih berganti dalam tahun 36 Hijriah. Hudzaifah mendapat panggilan menghadap Ilahi. Dan tatkala ia sedang berkemas-kemas untuk berangkat melakukan perjalanannya yang terakhir, masuklah beberapa orang sahabatnya. Maka ditanyakannya kepada mereka:

“Apakah tuan-tuan membawa kain kafan.”

“Ada”, ujar mereka

“Cuba lihat”, kata Hudzaifah pula.

Maka tatkala dilihatnya kain kafan itu baru dan agak mewah, terlukislah pada kedua bibirnya senyuman terakhir bernada ketidaksenangan, lalu katanya:

“Kain kafan ini tidak sesuai bagiku! Cukuplah bagiku dua helai kain putih tanpa baju...!

Tidak lama aku akan berada dalam kubur, menunggu diganti dengan kain yang lebih baik atau dengan yang lebih buruk!”

Kemudian ia mengumumkan beberapa kalimat dan sewaktu didengarkan oleh hadirin dengan mendekatkan telinga mereka, kedengaranlah ucapannya:

“Selamat datang, wahai maut kekasih tiba di waktu rindu. Hati bahagia tidak ada keluh atau sesalku.”

Ketika itu naiklah ke hadrat Ilahi, roh suci di antara arwah para soleh, roh yang cemerlang, takwa, tunduk dan berbakti.

Labels:

posted by Weblog Master @ 8:45 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com