Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Hudzaifah berterus terang, tidak berdendam
Tuesday, December 05, 2006
Berita Harian, 5 disember 2006

Sambungan semalam



HUDZAIFAH Ibnu Yaman menempuh kehidupan dengan mata terbuka dan waspada terhadap sumber fitnah demi menjaga diri dan memperingatkan manusia terhadap bahayanya.

Beliau menganalisis kehidupan dunia ini dan mengkaji peribadi orang serta meraba situasi.

Semua masalah diolah dalam akal fikirannya lalu dituangkan dalam ungkapan seorang ahli falsafah yang arif dan bijaksana.

Beliau berkata: “Sesungguhnya Allah membangkitkan Muhammad SAW. Maka diseru manusia daripada kesesatan kepada kebenaran, daripada kekafiran kepada keimanan. Lalu yang menerima mengamalkan, hingga dengan kebenaran itu yang mati menjadi hidup dan dengan kebatilan yang hidup menjadi mati. Kemudian masa kenabian berlalu, dan datang masa kekhalifahan menurut jejak beliau dan selepas itu tiba zaman kerajaan yang durjana.

Di antara manusia, ada yang menentang, sama ada dengan hati atau tangan serta lisan, maka merekalah benar-benar menerima yang hak.

Di antara mereka, ada yang menentang dengan hati dan lisan tanpa mengikut sertakan tangannya, maka golongan ini meninggalkan suatu cabang daripada yang hak.

Ada pula yang menentang dengan hati tanpa mengikut tangan dan lisan, maka golongan ini meninggalkan dua cabang daripada yang hak. Ada pula yang tidak menentang sama ada dengan hati atau tangan serta lisan, maka golongan ini adalah mayat bernyawa.”

Beliau juga berbicara mengenai hati dan kehidupannya yang beroleh petunjuk dan yang sesat, katanya:

Hati ada empat jenis:

Hati yang tertutup, itulah hati orang kafir.

Hati yang dua muka, itulah dia hati orang munafiq

Hati suci bersih orang beriman.

Hati berisi keimanan dan kemunafikan.

Tamsil keimanan itu adalah laksana sebatang kayu yang dihidupkan air yang bersih, sedangkan seperti bisul penuh darah dan nanah. Maka mana di antara keduanya yang lebih kuat, itulah yang menang.”

Pengalaman Hudzaifah yang luas mengenai kejahatan dan ketekunannya menentangnya, menyebabkan lidah dan kata-katanya menjadi tajam dan pedas. Ia diakuinya kepada kita secara satria, katanya:

“Saya datang menemani Rasulullah, kataku padanya: Wahai Rasulullah, lidahku agak tajam terhadap keluargaku, dan saya khuatir kalau hal itu akan menyebabkan saya masuk neraka. Maka Rasulullah SAW berkata: Kenapa kamu tidak beristighfar? Sungguh, saya beristighfar kepada Allah tiap hari 100 kali.”

Inilah Hudzaifah musuh kemunafikan dan sahabat keterbukaan. Dan tokoh semacam ini pastilah imannya teguh dan kecintaannya mendalam. Demikianlah pula halnya Hudzaifah, dalam keimanan dan kecintaannya.

Beliau menyaksikan bapanya yang beragama Islam tewas di medan perang Uhud di tangan srikandi Islam sendiri, yang melakukan kekhilafan kerana menyangkanya musyrik.

Hudzaifah melihat dari jauh pedang sedang dihunjamkan kepada ayahnya, ia berteriak: “Ayahku, ayahku, jangan dia ayahku”. Tetapi qada Allah sudah tiba.

Ketika kaum muslimin menyedari kesilapan itu, mereka pun diliputi suasana duka dan sama-sama membisu. Tetapi sambil memandang mereka dengan sikap kasih sayang dan penuh pengampunan, katanya.”

“Semoga Allah mengampuni tuan-tuan. Ia sebaik-baik Penyayang.”

Kemudian dengan pedang terhunus beliau maju ke daerah tempat berkecamuknya pertempuran dan membaktikan tenaga serta menunaikan tugas kewajipannya.

Akhirnya peperangan pun selesai dan berita itu sampai kepada Rasulullah. Maka disuruhnya membayar diyat atas terbunuhnya ayahanda Hudzaifah yang ternyata ditolak oleh Hudzaifah dan disuruh membahagiakannya kepada kaum Mslimin.

Peristiwa itu menambah sayang dan tingginya penilaian Rasulullah terhadap dirinya.



Keimanan dan kecintaan Hudzaifah tidak kenal dan lemah, bahkan juga tidak kenal mustahil.

Ketika perang Khandaq, selepas merayap kegelisahan dalam barisan kafie Quraisy dan sekutu mereka daripada golongan Yahudi, Rasulullah SAW mahu meninjau perkembangan di kawasan musuh.

Siapakah dipilih Rasulullah untuk menyelinap ke kawasan perkhemahan musuh untuk menyelidiki dan mengintip keadaan mereka?

Orang itu adalah Hudzaifah Ibnu Yaman.

Rasulullah yang memilih di antara sahabat, orang yang akan melaksanakan tugas amat sulit ini! Tahukah anda, siapa pahlawan yang dipilihnya itu? Tahukah anda, siapa pahlawan yang dipilihnya? Itulah Hudzaifah Ibnu Yaman.

Beliau dipanggil oleh Rasulullah untuk melakukan tugas, dan dengan patuh dipenuhi. Sebagai bukti kejujurannya, ketika beliau mengisahkan peristiwa itu dinyatakannya bahawa beliau mahu tidak mahu harus menerimanya. Ia menjadi petunjuk bahawa sebenarnya beliau takut menghadapi tugas yang dipikulkannya dan khuatirkan akibatnya, apalagi apabila diingat bahawa beliau harus melakukannya dalam keadaan lapar dan ditimpa hujan serta badan lemah, akibat pengepungan orang musyrik selama sebulan atau lebih.

Peristiwa dialami Hudzaifah malam itu amat menakjubkan sekali! Beliau menempuh jarak yang terbentang di antara kedua perkhemahan dan berhasil menembus kepungan, lalu secara diam-diam menyelinap ke perkhemahan musuh. Ketika itu angin kencang memadamkan api di pihak lawan hingga mereka berada dalam gelap gelita, sementara Hudzaifah mengambil tempat di tengah perajurit musuh itu.

Abu Sufyan, panglima besar Quraisy, takut jika kegelapan malam itu dimanfaatkan oleh mata-mata kaum Muslimin yang menyusup ke perkhemahan mereka. Maka beliau pun berdiri untuk memperingatkan anak buahnya.

Abu Sufyan mengulangi lagi seruan kepada tenteranya, katanya: “Hai orang Quraisy, kekuatan kalian sudah tidak utuh lagi. Kedua-dua kita sudah binasa, demikian juga halnya unta. Bani Quraidhah pula mengkhianati kita hingga kita mengalami akibat yang tidak kita inginkan. Dan seperti kamu saksikan sendiri, kita mengalami bencana angin badai: periuk terpelanting, api padam dan khemah khemah berantakan. Maka berangkatlah kamu dan saya pun akan berangkat!”



Bersambung esok

Labels:

posted by Weblog Master @ 8:01 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com