Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Koperasi Muslimin menjana modal insan
Wednesday, November 15, 2006
Utusan Malaysia, 15 november 2006

Oleh ZUNAIDAH ZAINON

KAUNTER Koperasi Muslimin di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.

KEPERLUAN terhadap transaksi kewangan berlandaskan prinsip Islam mendorong penubuhan Koperasi Muslimin Malaysia Berhad pada 22 November 1980. Koperasi yang turut dikenali sebagai Koperasi Muslimin, lahir hasil konvensyen Persatuan Ulama Malaysia yang mencari alternatif kepada sistem kewangan yang ketika itu masih beroperasi berasaskan kepada sistem `riba’.

Penubuhannya juga bertepatan dengan kehendak Islam seperti mana firman Allah: ...Dan tolong menolong kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya. (al-Maidah: 2)

Sejak ia ditubuhkan, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman bertindak sebagai pengerusi yang pertama selama 18 tahun diikuti Mokhtar Mohd Zain (1998 hingga 1999) dan kini diterajui oleh Abd. Aziz Che Yaakob.

Prinsip Koperasi Muslimin berasaskan kepada muamalat Islam yang diaplikasikan melalui beberapa produk yang memenuhi kehendak syarikat iaitu Simpanan al-Wadiah, caruman saham berkonsepkan al-Mudharabah, pembiayaan berkonsepkan al-Bai-bithaman Ajil, pinjaman al-Qardhul Hassan dan bantuan al-Abrar.

“Kesemua produk tersebut tidak melibatkan riba dan tiada unsur penindasan. Prinsip tersebut adalah sistem yang praktikal, berdaya saing dan telah berjaya dilaksanakan ketika pemerintahan Islam sebelum kehadiran penjajah yang mengkucar-kacirkan dunia Islam,” kata anggota Lembaga Koperasi Muslimin Malaysia Berhad dan Pengerusi Perhubungan Negeri Johor, Prof. Madya Dr. Mohd. Zin Kandar.

Menurutnya, penubuhan Koperasi Muslimin pada peringkat awal adalah sebagai institusi penyimpan dan pelabur di kalangan umat Islam. Selepas 25 tahun, peranan Koperasi Muslimin lebih signifikan apabila keahlian koperasi bertambah kepada 37,000 anggota dan memperoleh dana serta aset modal yang besar.

Keanggotaan terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan bayaran pendaftaran RM5. Ahli-ahli membuat caruman secara bulanan dan sehingga kini telah menjana modal saham dan aset bernilai melebihi RM50 juta dengan melaksanakan pelbagai aktiviti kewangan dan ekonomi berlandaskan syariat Islam.

“Prestasi Koperasi Muslimin untuk lima tahun terakhir sangat memberangsangkan. Pembayaran dividen kepada pencarum-pencarum semakin meningkat saban tahun. Koperasi memperuntukkan sehingga RM20 juta setahun untuk manfaat ahli-ahli yang memerlukan.

“Kini, Koperasi Muslimin sudah mula meneroka bidang pelaburan yang berdaya saing untuk terus cemerlang,” jelasnya mengenai prestasi Koperasi Muslimin.

Keistimewaan yang ditawarkan kepada ahli koperasi termasuklah simpanan secara bulanan atau tunai melalui perkhidmatan simpanan al-Wadiah. Di samping itu, mereka juga berpeluang membuat caruman saham Ahli Koperasi melalui perniagaan yang dijalankan oleh koperasi. Keuntungan yang diperoleh akan diberi kepada pencarum melalui dividen tahunan.

Pembiayaan

Sebagai sebuah institusi yang ditubuhkan berlandaskan kepada prinsip Islam, Koperasi Muslimin turut menawarkan pembiayaan kepada ahli-ahli yang ingin membeli keperluan bagi tujuan persendirian atau perniagaan seperti pembiayaan kenderaan, peralatan perabot, barangan elektrik dan hartanah melalui konsep pembelian dengan bayaran tangguh secara ansuran bulanan (Al-Bai Bithaman Ajil).

Selain itu, perkhidmatan yang turut disediakan ialah pembiayaan perbelanjaan menunaikan umrah dan ziarah ke Mekah dan Madinah. Atas prinsip saling membantu sesama umat Islam, Koperasi Muslimin tidak ketinggalan menawarkan pinjaman tunai tanpa sebarang keuntungan (Al-Qardhul Hassan) dan sumbangan Al-Abrar (bantuan kebajikan) bukan sahaja kepada ahli tetapi terbuka kepada anak-anak ahli, suami, isteri dan ibu bapa mereka.

Jika diukur dari segi keperluan, koperasi sebenarnya berupaya menjana ekonomi masyarakat Islam dan menyumbang kepada kesejahteraan ummah sekiranya ia dilaksanakan dengan sistematik. Walaupun gerakan koperasi di negara ini telah lama berkembang namun tahap pengetahuan masyarakat Islam mengenai kepentingan koperasi masih belum mencapai tahap yang membanggakan.

Kata Mohd. Zin, kesedaran koperasi perlu diperluaskan bagi memastikan penglibatan murid-murid di dalam koperasi sekolah dapat diteruskan ke peringkat universiti dan seterusnya menjadikan koperasi sebagai kerjaya impian pada masa hadapan.

“Cuba kita ukur antara kerjaya sebagai eksekutif bank dan eksekutif koperasi. Tidak dinafikan, generasi muda berkehendakkan kerjaya yang glamor seperti menjadi eksekutif bank tetapi bagaimana pula dengan cita-cita untuk menjadi eksekutif koperasi?

“Dalam konteks ini, kerjaya dalam bidang koperasi ternyata tidak menjadi pilihan mereka. Ini kerana sektor koperasi tidak dianggap sebagai bidang yang berprestij dan mampu menyediakan pekerjaan profesional. Penyebab utama adanya kefahaman dan persepsi yang silap mengenai gerakan koperasi,” ujarnya yang juga pensyarah di Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia.

Peranan besar

Gerakan koperasi mempunyai peranan yang cukup besar dalam pembangunan negara selain sektor kerajaan dan swasta. Bilangan koperasi kini sudah berjumlah 4,771 dengan keahlian seramai 5.68 juta dan aset serta modal saham berjumlah RM41.72 bilion. Perkembangan ini adalah signifikan dalam konteks ekonomi dan kesejahteraan negara. Bagaimanapun, amat dikesali kerana pengetahuan mengenai koperasi tidak dipupuk dengan baik dan secara meluas di kalangan generasi muda.

Bagi menjadikan gerakan koperasi sebagai salah satu indikator penting untuk menggerakkan sistem ekonomi Islam, sudah tiba masanya kursus-kursus pentadbiran dan pengurusan koperasi diperkenalkan di universiti sama ada pada peringkat ijazah atau lepasan ijazah. Untuk itu, kajian-kajian dasar dan perlaksanaan koperasi perlu diberi peruntukan agar universiti dapat menjalankan kajian dengan lebih mendalam.

Melalui kerjasama pelbagai pihak, universiti berupaya melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu berkhidmat dan menggembleng tenaga memajukan gerakan koperasi.

Perkara utama yang mendorong kepada keperkasaan gerakan koperasi turut berpunca daripada pencapaian orang Melayu dalam bidang ekonomi yang belum memuaskan. Rata-rata orang Melayu masih ketinggalan walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk membantu mereka berjaya dalam perniagaan dan keusahawanan.

Meneliti pencapaian orang Melayu dalam bidang ekonomi yang masih belum memuaskan, Mohd Zin berpendapat, pendekatan koperasi adalah salah satu alternatif yang berupaya menawarkan bantuan dari segi modal, rangkaian dan pasaran dalam perniagaan.

Konsep kerjasama dan usaha membangun bersama-sama ahli dan komuniti yang diamalkan adalah sejajar dengan ajaran Islam yang menggalakkan pembangunan ummah berbanding membina kekuatan individu semata-mata.

“Konsep perniagaan seperti pasar mini, bengkel membaiki kereta, kedai telekomunikasi, pusat tuisyen, kedai farmasi dan alat tulis adalah antara yang menjadi keperluan utama dalam sesebuah komuniti.

“Di sini saya melihat, pihak koperasi memainkan peranan secara praktikal manakala semua umat Islam dalam komuniti harus menyokong dan menjadi ahli koperasi komuniti serta ejen yang menggerakkan kejayaan ekonomi bersama.

“Pada zaman Rasulullah s.a.w., semangat kerjasama dan ukhwah sesama sahabat Baginda jelas menggambarkan bagaimana semangat bantu-membantu dalam urusan harian muamalat berjaya dilaksanakan dengan cemerlang,” ujarnya.

Beliau merujuk kepada kejayaan usahawan pada zaman Rasulullah s.a.w. seperti Abdul Rahman bin Auf dan Saidina Abu Bakar yang menjadi penyumbang kepada dakwah dan perjuangan Rasulullah s.a.w.

Menyentuh mengenai masa depan koperasi di Malaysia, beliau berkata, ia semakin menunjukkan perkembangan positif dengan adanya perancangan teliti di peringkat kementerian melalui pewujudan Dasar Koperasi Negara dan usaha penubuhan Suruhanjaya Koperasi.

Perancangan yang bakal direalisasikan itu akan membuka ruang yang lebih kondusif kepada para koperator untuk menyerlahkan keupayaan mereka agar setanding dengan badan korporat dan sektor swasta jika dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan.

“Koperasi Muslimin berazam untuk berganding bahu dengan koperasi-koperasi lain di Malaysia khususnya yang berasaskan muamalat Islam dan menggembleng tenaga ke arah memperkasakan umat Islam dalam pembangunan modal insan. Kami juga berhasrat untuk membangunkan Masyarakat Perindustrian Bumiputera,” kata beliau.

Bagi yang berminat menjadi ahli, sila dapatkan borang daripada Ketua Daerah dan Jawatankuasa Perhubungan Negeri di ibu pejabat atau layari laman web www.koperasimuslimin.com.my. Ahli-ahli digalakkan mencarum secara minimum RM28 sebulan secara berterusan bagi membolehkan mereka mendapati manfaat daripada Koperasi Muslimin.

Labels:

posted by Weblog Master @ 9:32 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com