Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Saddam dihukum gantung
Monday, November 06, 2006
Berita harian, 6 november 2006

Adik tiri, bekas ketua Mahkamah Revolusi Iraq terima hukuman sama



TERIMA HUKUMAN: Saddam bertikam lidah dengan
hakim sebelum beliau dijatuhi hukuman di Tribunal Tinggi Iraq,
di Baghdad, semalam

BAGHDAD: Bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein semalam didapati bersalah melakukan jenayah kemanusiaan dan dihukum gantung sehingga mati oleh Tribunal Tinggi Iraq.

Adik tiri Saddam, Barzan Ibrahim dan bekas ketua Mahkamah Revolusi Iraq, Awad Hamed al-Bandar, turut dihukum mati, manakala bekas Naib Presiden, Taha Yassin Ramadan dihukum penjara seumur hidup.

Bagaimanapun, bekas pegawai Parti Baath, Mohammed Azawi Ali dibebaskan kerana kekurangan bukti. Tiga lagi pegawai parti termasuk dua beranak, dihukum penjara sehingga 15 tahun kerana didakwa mendera dan terbabit dalam pembunuhan terancang.

Keputusan mahkamah itu menjadi titik tolak baru bagi Iraq ketika pihak berkuasa bimbang ia mungkin mengembalikan pertumpahan darah di kalangan rakyat yang hidup selama dua dekad di bawah pemerintahan Saddam.

Hukuman dibacakan oleh Ketua Hakim, Raouf Abdul Rahman walaupun Saddam sebelum itu enggan berdiri untuk mendengar keputusan. Saddam sempat bertakbir ketika beliau berdiri di kandang pesalah.

“Mahkamah memutuskan menjatuhkan hukuman gantung sehingga mati ke atas Saddam Hussein al-Majid kerana melakukan jenayah kemanusiaan,” kata hakim ketika menolak rayuan Saddam sebelum ini meminta beliau dihukum oleh skuad penembak.

Saddam dan tujuh pegawai kanannya itu dibicarakan oleh Tribunal Tinggi Iraq yang dibentuk tentera Amerika Syarikat atas dakwaan pembunuhan beramai-ramai di Dujail pada 1982 selepas cubaan membunuh bekas diktator itu, lapor Associated Press.

Tentera Amerika dan sekutunya, menggulingkan kerajaan Saddam pada 2003.

Saddam turut menghadapi tuduhan tambahan dalam kes berasingan berkaitan pembunuhan beramai-ramai penduduk etnik Kurdis.

Belum diketahui bila keputusan kes berkaitan etnik Kurdis itu dikeluarkan atau bila Saddam akan menjalani hukuman gantung.

Cable News Network melaporkan, mengikut peraturan tribunal terbabit, Saddam dan pesalah lain perlu mengemukakan rayuan dalam masa 10 hari dan jika mahkamah rayuan mengekalkan hukuman itu, Saddam dan dua lagi tertuduh, akan menjalani hukuman mati dalam masa 30 hari selepas itu.

Sementara itu, Baghdad dikenakan perintah berkurung penuh dengan kedai ditutup dan jalan di kota raya yang didiami enam juta penduduk itu hampir tiada kenderaan. Tentera Iraq dan Amerika meningkatkan rondaan tetapi tiada insiden besar dilaporkan sehingga petang semalam.

“Kami bekerjasama rapat dengan tentera bersekutu bagi menguatkuasakan perintah berkurung ini. Kami bersedia melaksanakan tanggungjawab kami,” kata Mejar Polis, Mahir Hamad Mousa di Baghdad.

Hukuman bersalah ke atas Saddam dijangka mencetuskan pemberontakan di kalangan penyokong bekas presiden terutama masyarakat Sunnah, yang sebelum ini menguasai kerajaan.

Penduduk Syiah yang menjadi majoriti rakyat negara itu tetapi ditindas oleh kerajaan Saddam dan kini memegang tampuk pemerintahan, mungkin menganggap keputusan ini sebagai detik menggembirakan.

Sejak awal lagi, peguam Saddam dan beberapa ahli politik Sunnah mendesak supaya prosiding perbicaraan itu dihentikan selepas beberapa kali panel peguam Saddam diusir dari mahkamah.

Malah sebelum keputusan dibacakan, bekas peguam negara Amerika, Ramsey Clark, yang menjadi pembela Saddam, diusir dari tribunal.

“Semakin jelas kepada rakyat Iraq dan seluruh masyarakat dunia bahawa tribunal ini dipolitikkan 100 peratus,” kata Ketua Blok Ahli Parlimen Sunnah, Salih al-Mutlaq kepada stesen televisyen al-Jazeera.

Al-Mutlaq yang disokong penganalisis undang-undang antarabangsa mendakwa kerajaan Amerika dan Iraq campur tangan dalam urusan tribunal itu.

Salih al-Mutlaq berkata, keputusan itu akan terus memecah-belahkan rakyat Iraq yang kini semakin menderita akibat sengketa antara pengikut mazhab Sunnah dan Syiah.

“Keputusan ini umpama paku terakhir pada keranda pelan perpaduan negara serta proses politik. Saya menyeru kepada pemimpin Arab untuk campur tangan demi perpaduan Iraq,” kata al-Mutlaq.

Seorang lagi ketua kumpulan Sunnah yang utama, Harith al-Dhari, berkata sebarang keputusan seharusnya ditangguhkan sehingga tentera Amerika keluar dari negara itu kerana tribunal dibentuk oleh tentera Amerika yang menggulingkan Saddam.

“Saya menganggap keputusan tribunal ini sebagai haram, tidak sah dan bermotifkan politik,” kata al-Dhari kepada stesen televisyen al-Arabiya.

Salah seorang peguam Saddam yang juga bekas menteri kehakiman Qatar, Najeeb al-Nuiaimi, berkata Saddam dan tertuduh yang didakwa bersama beliau, tidak diberi cukup masa untuk membentangkan pembelaan.

“Mahkamah ini tidak bebas. Ia kurang pengiktirafan,” katanya.

Kelmarin, jurucakap Presiden George W Bush menegaskan bahawa perbicaraan Saddam dijalankan oleh badan kehakiman bebas serta menyifatkan keputusan yang bakal dikeluarkan sebagai komponen penting bagi pembangunan Iraq. – Agensi

Labels:

posted by Weblog Master @ 7:49 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com