Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Usamah panglima pilihan Rasulullah
Thursday, November 09, 2006
Berita harian, 9 november 2006

PUTERA kesayangan Amirul Mukminin Umar bin Khatthab sedang duduk membahagikan wang perbendaharaan negara kepada kaum muslimin. Ketika datang giliran Abdullah bin Umar, khalifah pun memberikan bahagiannya.


Tatkala tiba giliran Usamah bin Zaid, Umar memberinya bahagian dua kali ganda daripada bahagian puteranya Abdullah. Kebiasaannya Umar mengeluarkan pemberian sesuai dengan kelebihan dan jasa mereka terhadap Islam.

Disebabkan itu, Abdullah khuatir jika kedudukannya dalam Islam berada pada urutan terakhir, padahal ia amat mengharapkan agar dengan ketaatan, perjuangannya, sifat zuhud dan kesalihannya tercatat di sisi Allah sebagai seorang daripada angkatan pelopor dan barisan depan.

Oleh sebab itu, ia menanyakan kepada bapanya: “Kenapa ayahanda lebih mengutamakan Usamah daripada anakanda, padahal anakanda mengikuti Rasulullah, dalam peperangan yang tidak diikutinya?” Ujar Umar: “Usamah lebih dicintai Rasulullah daripadamu, seerti ayahnya lebih disayanginya daripada ayahmu.”

Siapakah dia orang ini, yang darjat kesayangan Rasulullah kepadanya dan kepada bapanya, lebih tinggi dari kepada Abdullah bin Umar, bahkan daripada Umar sendiri?

Itulah Usamah bin Zaid yang digelar sahabat, ‘Kesayangan, putera dari kesayangan.’

Bapanya yang bernama Zaid bin Haritsah adalah pelayan Rasulullah yang lebih mengutamakan Baginda daripada ibu bapa dan kaum keluarganya.

Rasulullah di hadapan sahabatnya berkata: “Saya persaksikan kepada kamu sekalian bahawa Zaid ini adalah puteraku, yang akan menjadi ahli warisku dan aku akan menjadi ahli warisnya.”

Maka terkenallah namanya di kalangan kaum muslimin sebagai Zaid bin Muhammad SAW, sampai saat dihapusnya kebiasaan mengambil anak angkat itu oleh al-Quran.

Usamah adalah putera Zaid, ibunya iaitu Ummu Aiman, bekas sahaya Rasulullah SAW dan pengasuhnya.

Mengenai rupa dan bentuk lahirnya, tidak disiapkan untuk sesuatu keahlian, walau pekerjaan apapun seperti dilukiskan sejarawan dan ahli riwayat, kulitnya hitam dan hidungnya pesek.

Beliau mencapai batas yang memungkinkannya untuk menerima limpahan kecintaan dan penghargaan Rasulullah SAW seperti sabdanya: “Sungguh, Usamah bin Zaid adalah manusia yang paling kusayangi dan aku berharap kiranya ia akan termasuk orang salih di antara kalian dan terimalah nasihatnya yang baik.”

Usamah memiliki semua sifat utama yang menyebabkan dirinya dekat di hati Rasulullah SAW.

Walaupun usianya masih muda, Usamah menjadi seorang Mukmin yang teguh dan Muslim yang kuat, siap sedia memikul tanggungjawab keimanan dan agamanya dengan kecintaan yang mendalam dan kemahuan membaja.

Ketika Rasulullah SAW memasuki kota Makkah pada hari pembebasan yang terkenal itu, sebagai pendamping Baginda ialah Usamah bin Zaid.

Dalam usianya masih remaja, belum lagi 20 tahun, diangkat oleh Rasulullah sebagai panglima angkatan tentera di antara parajuritnya, Abu Bakar dan Umar.

Di kalangan sebahagian kaum muslimin tersebar desas-desus keberatan mereka terhadap keputusan itu kerana menganggap tidak pada tempatnya mengangkat seorang pemuda seperti Usamah memimpin pasukan tokoh Muhajirin dan Ansar.

Desas desus itu sampai ke telinga Rasulullah SAW, Baginda naik ke atas mimbar, kemudian bersabda: “Sebahagian orang mengecam pengangkatan Usamah bin Zaid sebagai panglima. Sebelum ini mereka juga mengecam pengangkatan bapanya. Walau bapanya itu layak untuk menjadi panglima. Dan Usamah pun layak untuk jawatan itu. Ia adalah paling saya kasihi selepas bapanya.

“Dan saya berharap kiranya ia termasuk seorang daripada utama di antara kalian. Maka bantulah ia dengan memberikan nasihat yang baik!” Sebelum tentera itu bergerak menuju tujuannya. Rasulullah SAW pun wafat. Tetapi ia meninggalkan pesan yang berhikmat kepada sahabatnya: “Laksanakanlah pengiriman Usamah. Teruskan pemberangkatannya.”

Wasiat itu dijunjung tinggi Khalifah Abu Bakar. Dan walaupun suasana sepeninggalan Rasulullah itu berubah, Abu Bakar berkeras hendak melaksanakan wasiat dan perintah Baginda.

Maka bergeraklah tentera Usamah ke tempat yang telah ditetapkan, yakni selepas khalifah meminta izin kepadanya agar Umar dibolehkan tinggal di Madinah untuk mendampinginya.

Maka tatkala kaisar Romawi Heraklius mendengar berita wafatnya Rasulullah, pada masa sama diterimanya pula berita kedatangan tentera Islam menyerang perbatasan Syria di bawah pimpinan Usamah bin Zaid, ia pun berasa hairan terhadap kekuatan kaum muslimin.

Demikianlah pihak Romawi merasa kecut, dan mereka tidak berani lagi mengambil langkah selanjutnya untuk menyerang tanah air Islam di Jazirah Arab.

Pasukan Usamah kembali tanpa meninggalkan korban hingga orang Islam sama berkata: “Tidak pernah kita lihat, pasukan yang lebih aman dari pasukan Usamah.”

Labels:

posted by Weblog Master @ 10:16 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com