Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Abdurrahman tolak tawaran 100,000 dirham demi agama
Tuesday, November 07, 2006
Berita harian, 7 nov 2006

Ia adalah lukisan nyata mengenai keperibadian Arab dengan segala kedalaman dan kejauhannya. Bapanya adalah orang yang pertama beriman dan ‘Siddiq’, yang memiliki corak keimanan tiada tandingnya terhadap Allah dan Rasul-Nya, serta orang kedua ketika mereka berada dalam gua.


Tetapi Abdurrahman termasuk salah seorang yang keras laksana batu karang menyatu menjadi satu, senyawa dengan agama nenek moyangnya dan berhala Quraisy. Pada perang Badar, dia tampil sebagai barisan penyerang pihak tentera musyrik.

Pada perang Uhud, dia mengepalai pasukan panah yang dipersiapkan Quraisy untuk menghadapi kaum Muslimin dan sebelum kedua pasukan itu bertempur, lebih dulu seperti biasa dimulai dengan perang tanding.

Abdurrahman maju ke depan dan meminta lawan daripada pihak Muslimin. Maka bangkitlah bapanya yakni Abu Bakar as-Siddiq maju ke muka melayani cabaran anaknya itu tetapi Rasulullah menahan sahabatnya melakukan perang tanding dengan puteranya sendiri.

Bagi seorang Arab tulen , tidak ada ciri lebih menonjol daripada kecintaannya terhadap apa yang diyakininya. Jika ia meyakini kebenaran sesuatu agama atau sebuah pendapat, maka tidak ubah ia bagai tawanan yang diperhamba oleh keyakinan itu.

Tidak dapat melepaskan diri lagi kecuali bila ada keyakinan baru yang lebih kuat, yang memenuhi rongga akal dan jiwanya tanpa syak wasangka sedikit pun, yang akan menggeser keyakinan pertama tadi.

Demikianlah, bagaimana juga hormatnya Abdurrahman kepada bapanya, serta kepercayaannya yang penuh kepada kematangan akal dan kebesaran jiwa serta budinya, namun keteguhan hatinya terhadap keyakinannya tetap berkuasa hingga tiada terpengaruh oleh keIslaman bapanya itu.

Maka ia berdiri teguh dan tidak beranjak dari tempatnya, memikul tanggungjawab aqidah dan keyakinannya itu, membela berhala Quraisy dan bertahan mati-matian melawan kaum Mukminin yang sanggup mengorbankan jiwanya.

Pada suatu hari, bermulalah saat ditetapkan takdir yakni saat menandakan kelahiran baru Abdurrahman bin Abu Bakar Siddiq.

Pelita petunjuk menyuluhi dirinya hingga mengikis habis bayang kegelapan dan kepalsuan warisan jahiliyah. Dilihatnya Allah Maha Tunggal lagi Esa di sekelilingnya dan petunjuk Allah menukar dia menjadi seorang Muslim.

Secepatnya dia bangkit melakukan perjalanan jauh menemui Rasulullah untuk kembali ke pangkuan agama yang hak. Maka bercahaya wajah Abu Bakar kerana gembira ketika melihat puteranya itu baiat kepada Rasulullah SAW.

Mulai saat itu, Abdurrahman berusaha sekuat tenaga menyusul ketinggalan selama ini, baik di jalan Allah mahupun di jalan Rasul dan orang-orang Mukmin.

Di masa Rasulullah SAW, khalifah sepeninggalannya, Abdurrahman tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam peperangan, dan tidak pernah berpangku tangan dalam jihad.

Pada peperangan Yamamah, jasanya amat besar. Keteguhan dan keberaniannya memiliki peranan besar dalam merebut kemenangan daripada tentera Musailamah dan orang murtad.

Bahkan beliau menghabiskan riwayat Mahkam bin Thufeil, yang menjadi otak perencana bagi Musailamah, dengan segala daya upaya dan kekuatannya ia berhasil mengepung benteng terpenting tentera murtad.

Di bawah naungan Islam sifat utama Abdurrahman bertambah tajam dan lebih menonjol. Kecintaan kepada keyakinannya dan kemahuan yang teguh untuk mengikuti apa yang dianggapnya hak dan benar.

Tiada sedikitpun dia terpengaruh pancingan atau menerusi tekanan, bahkan pada saat gawat, yakni ketika Muawiyah memutuskan hendak memberikan baiat sebagai khalifah bagi Yazid dengan ketajaman senjata.

Muawiyah mengirim surat baiat itu kepada Marwan gabenornya di Madinah dan menyuruh membacanya kepada kaum Muslimin di masjid. Marwan melaksanakan perintah itu, tetapi belum selesai membacanya, Abdurrahman bin Abu Bakar bangkit dengan maksud hendak protes: “Demi Allah, rupanya bukan kebebasan memilih yang anda berikan kepada umat Nabi Muhammad SAW, tetapi anda hendak menjadikannya kerajaan seperti di Romawi hingga bila seorang kaisar meninggal, tampillah kaisar lain sebagai penggantinya.”

Saat itu Abdurrahman melihat bahaya besar sedang mengancam Islam seandainya Muawiyah melanjutkan rencananya akan merubah demokrasi dalam Islam menjadi sistem monarki di mana rakyat diperintah raja atau kaisar yang mewarisi takhta secara turun temurun.

Belum selesai Abdurrahman melontarkan kecaman keras ke muka Marwan, ia disokong segolongan Muslimin yang dipimpin Husein bin Ali, Abdullah bin Zubeir dan Abdullah bin Umar.

Di belakang muncul beberapa keadaan mendesak yang memaksa Husein, Ibnu Zubeir dan Ibnu Umar berdiam diri terhadap rencana baiat yang hendak dilaksanakan Muawiyah dengan kekuatan senjata itu.

Muawiyah mengirim utusan untuk menyerahkan wang kepada Abdurrahman 100,000 dirham dengan maksud hendak memujuknya tetapi Abdurrahman melemparkan harta itu jauh-jauh.

Katanya kepada utusan Mu’awiyah: “Kembalilah kepadanya dan katakan bahawa Abdurrahman tak hendak menjual agamanya dengan dunia.....!”

Tatkala diketahuinya setelah itu bahawa Mu’awiyah sedang bersiap-siap hendak melakukan kunjungan ke Madinah, Abdurrahman segera meninggalkan kota itu menuju Makkah.

Dan rupanya iradat Allah akan menghindarkan dirinya dari bencana dan akibat pendiriannya ini kerana baru saja ia sampai di luar kota Makkah dan tinggal sebentar di sana, rohnya pun berangkat menemui Tuhannya.

Orang-orang mengusung jenazahnya di bahu mereka dan membawanya ke suatu dataran tinggi kota Makkah lalu memakamkannya di bawah tanah yang telah menyaksikan masa jahiliyahnya dan masa Islamnya seorang lelaki berjiwa bebas dan kesatria.


Labels:

posted by Weblog Master @ 7:41 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com