Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Kemuliaan Nabi pikat Abu Sufyan peluk Islam
Monday, November 20, 2006
Berita Harian, 20 november 2006

ABU Sufyan Harits, beliau adalah kisah kebenaran mengenai kesesatan, sayang selepas benci, bahagia dan celaka. Iaitu mengenai rahmat Allah yang pintunya terbuka lebar, demi seorang hamba menjatuhkan diri, selepas penderitaan berlarutan.

Kira-kira 20 tahun yang dilalui Ibnul Harits dalam kesesatan memusuhi dan memerangi Islam...! Waktu 20 tahun , iaitu sejak dibangkitkan Nabi SAW, hampir pada hari pembebasan Makkah yang terkenal itu. Sejak itu Abu Sufyan menjadi tulang punggung Quraisy dan sekutunya, mengubah syiar untuk memburukkan serta menjatuhkan Nabi, selalu mengambil bahagian dalam peperangan yang dilancarkan terhadap Islam.

Mempunyai tiga saudara, iaitu Naufal, Rabiah dan Abdullah, semuanya terlebih dulu memeluk Islam. Abu Sufyan adalah saudara sepupu Nabi, iaitu putera dari saudaranya, Haris bin Abdul Mutalib. Di samping itu ia juga saudara sesusu Nabi kerana selama beberapa hari disusukan oleh ibu susu Nabi Halimatus Sadiyah.

Pada suatu hari nasib membawanya kepada keuntungan membahagiakannya. Dipanggil, puteranya Jaafar dan dikatakan kepada keluarganya bahawa mereka dan pergi. Waktu ditanyakan ke mana tujuannya, jawabnya, “ Kenapa Rasullulah untuk menyerahkan diri bersama beliau kepada Allah Robbul alamin.

Di Abwa’ kelihatan olehnya barisan depan dari suatu pasukan besar. Maklumlah ia bahawa itu adalah tentera Islam yang menuju Makkah dengan maksud mahu membebaskannya. Ia bingung memikirkan apa yang hendak dilakukannya, Disebabkan sekian lamanya ia menghunus pedang memerangi Islam dan menggunakan lisannya untuk menjatuhkannya, mungkin Rasullulah menghalalkan, darahnya. hingga ia tertangkap oleh salah seorang Muslimin, ia langsung akan menerima hukuman qishas. Maka ia harus mencari akal bagaimana caranya lebih dulu Nabi sebelum jatuh ke tangan orang lain.

Abu Sufyan menyamar dan menyembunyikan identiti dirinya. Dengan memegang tangan puteranya Jaafar, ia berjalan kaki beberapa jauhnya, hingga akhirnya nampak Rasulullah bersama serombongan sahabat. maka ia menyingkir sampai rombongan itu berhenti. Tiba-tiba sambil membuka tutup mukanya, Abu Sufyan menjatuhkan dirinya di hadapan Rasulullah. Beliau memalingkan muka daripadanya, maka Abu Sufyan mendatangi dari arah lain, tetapi Rasulullah masih menghindarkan diri daripadanya.

Dengan serentak Abu Sufyan bersama puteranya berseru: “Asyhadu alla ilaha illallah. Wa-asyhadu anna Muhammadar Rasulullah,” . Lalu ia menghampiri Nabi SAW, seraya katanya, “ Tiada dendam dan tiada penyesalan , wahai Rasulullah,” Rasulullah menjawab:

“Tiada dendam dan tiada penyesalan, wahai Abu Sufyan!, Kemudian Nabi menyerahkannya kepada Ali Abi Talib, katanya: “Ajarkan kepada saudara sepupumu ini cara berwudhu dan sunnah, kemudian bawa lagi ke sini”.

Ali membawanya pergi, dan kemudian kembali. Maka kata Rasulullah: “Umum kepada orang bahawa Rasulullah reda kepada Abu Sufyan dan mereka pun hendaklah reda pula”.

Demikianlah hanya sekejap saat...! Rasulullah bersabda: “Hendaklah kamu menggunakan masa yang penuh berkat,” Maka tergolong sudah masa-masa penuh kesesatan dan kesengsaraan, dan terbukalah pintu rahmat yang tiada terbatas.

Abu Sufyan sebenarnya hampir saja masuk Islam ketika melihat sesuatu yang menghairankan hatinya ketika perang Badar, iaitu semasa ia berperang di pihak Quraisy. Dalam peperangan itu, Abu Lahab tidak ikut serta dan mengirimkan Ash Hisyam sebagai gantinya.

Pada suatu hari, ketika Abu Lahab sedang duduk dekat sumur Zamzam bersama beberapa orang Quraisy, tiba-tiba kelihatan mereka seorang berkuda datang menghampiri. Selepas hampir ternyata bahawa ia adalah Abu Sufyan Harits.

Tanpa bertangguh Abu Lahab memanggilnya, katanya: “Mari ke sini hai anak saudaraku! Pasti kamu membawa berita! Nah, ceritakan kepada kami khabar di sana.

Ujar Abu Sufyan: “Demi Allah, Tiada berita, kecuali kami menemui suatu kaum yang kepada kami serahkan leher kami, hingga mereka sembelih sesuka hati mereka dan mereka tawan kami semahunya. Demi Allah, aku tidak menyalahkan orang Quraisy. Kami berdepan orang serba putih menunggang kuda hitam belang putih, menyerbu dari antara langit dan bumi, tidak sama dengan suatu pun dan tidak terhalang sesuatu pun...”.


Labels:

posted by Weblog Master @ 7:31 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com