Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Masjid Sultan Qaboos serlah kehebatan seni bina Islam
Thursday, December 07, 2006
Berita harian, 7 disember 2006


SETIAP negara Islam di seluruh dunia memiliki masjid agung yang menjadi kebanggaan rakyatnya. Selain menjadi lokasi tarikan pelancong, masjid ini lazimnya lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan, bilik mesyuarat dan kemudahan teknologi maklumat serta mampu menampung sejumlah besar jemaah.

Begitu juga penduduk Oman berbangga dengan Masjid Sultan Qaboos yang terletak di Muscat dikenali sebagai ‘The Sultan Qaboos Grand Mosque’. Setiap pelancong akan dibawa ke masjid itu untuk menghayati dan melihat kehebatan seni bina Islam yang tiada tolok bandingnya.

Masjid terbesar di Oman itu bukan saja menjadi pusat ibadat diraja, bahkan pusat penyebaran Islam, institusi peradaban, kesenian dan kebudayaan Islam serta tarikan pelancong ke Oman.

Pembinaan masjid itu adalah arahan pemerintah Oman, Sultan Qaboos Said pada 1992 dan bangunannya dibina awal tahun 1995, manakala bangunan yang lebih besar disiapkan pada 2001.

Berkeluasan kira-kira 416,000 meter persegi, kawasan masjid itu disusun dengan serba indah, terutama di bahagian tengahnya, dihiasi pelbagai corak dan hiasan. Bahagian luar pekarangan masjid itu yang berturap dan sentiasa dijaga kebersihannya mampu menampung kira-kira 8,000 jemaah bersolat.

Kawasan bangunan terbabit yang seluas 40,000 meter persegi, turut mempunyai pusat pengajian Islam, lengkap dengan 20,000 buku di perpustakaan dan 300 kerusi di dewan persidangan.

Dewan solat berkeluasan 74.4 x 74.4 meter pula boleh memuatkan 6,500 jemaah lelaki, manakala ruang wanita berupaya menampung 750 jemaah. Masjid itu boleh menampung tambahan jemaah sehingga 20,000 orang di halaman berpagar dan lorong laluan.



Pembinaan masjid mengambil masa enam tahun untuk disiapkan dengan keseluruhan bahan binaan dan hiasan dalaman diimport dari seluruh dunia. Binaan masjid dibuat daripada batu pasir yang diimport dari India, kayu untuk hiasan dinding, pintu dan syiling dari Burma manakala jubin dari Itali.

Pengunjung yang menjejakkan kaki ke masjid itu pasti kagum melihat kawasan masjid yang dihiasi landskap indah dan pemandangan menara kubah yang tersergam.

Bagi kemudahan pelancong memahami latar belakang masjid berkenaan, kakitangan Perhubungan Awam masjid disediakan untuk memberikan penerangan dalam pelbagai bahasa dikehendaki.

Penulis dibawa melawat sekitar masjid itu oleh pemandu pelancong, Zahrah yang fasih dalam pelbagai bahasa serta memiliki ijazah komunikasi massa dalam bidang kewartawanan.

Sebaik melangkah ke dalam, pengunjung terpesona dengan rekaannya yang moden namun mengekalkan ciri tradisional pada hiasan dalaman yang dihiasi pelbagai corak dan hiasan. Walaupun dibina pada era moden, masjid ini tetap mewarisi pelbagai unsur tradisional Islam dari Parsi, Kerajaan Mamluk, Monghol India dan Uthmaniyah.

Pengaruh empayar Islam terdahulu dilihat daripada reka bentuk dan corak hiasan dalaman masjid berkenaan.

Bangunan berkubah yang menjadi dewan solat utama memaparkan seni bina zaman Empayar Uthmaniyah dengan seramik dan coral bunga melengkung pada dinding dan marmar yang berkilat.

Zahrah memberitahu hamparan permaidani buatan tangan selebar 263 meter seberat 21 tan itu menggunakan 1,7000 juta simpulan benang dan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan. Hamparan permaidani memperlihatkan pengaruh Parsi memiliki 28 warna.

Mengindahkan lagi hiasan dalaman masjid adalah 35 lampu bergantungan indah diperbuat daripada kristal Swarovski dan logam bersadur emas. Siling dewan solat utama diperbuat daripada kayu pipih.

Lima menara yang menjadi mercu tanda masjid itu secara simboliknya adalah lima rukun Islam.

Empat daripada menara itu setinggi 45 meter manakala menara di tengah pintu masuk utama mempunyai ketinggian mencecah 91.5 meter.

Gambaran syurga sebagaimana diceritakan dalam Al-Quran menjadi idea untuk membina pancuran air yang disalurkan dari bangunan utama ke kawasan taman mengalir di celah tumbuhan. Hiasan ayat al-Quran di sekeliling mihrab sama dengan Green Mosque pada zaman Uthmaniyah. Lantai berjubin hiasan geometri mengindahkan lagi pemandangan masjid.

Masjid Sultan Qaboos dirasmikan oleh Sultan Qaboos pada 4 Mei 2001 menjadi monumen reka bina Islam yang menjadi kebanggaan umat Islam.

Satu lagi tarikan di Oman ialah kubu, kota dan istana lama terdapat yang dipulihara dengan baik bagi mengekalkan warisan sejarah tinggalan pemerintah wilayah.

Penulis berkesempatan berkunjung ke kubu iaitu Kubu Nizwa yang dibina Imam Sultan Seif Malik al-Yarubi sebaik saja beliau menggantikan tempat Imam Nazir Murshid pada 1641.

Kubu Nizwa bukan saja unik kerana ia adalah antara yang terbesar di Oman, malah di dalamnya tersimpan banyak fakta sejarah negara itu hingga layak digelar pusat kepemimpinan tradisinya.

Pembinaannya saja mengambil masa 12 tahun sementara era Imam Sultan dianggap yang paling ulung dalam dinasti Yaruba. Pembinaan kubu itu adalah sempena kemenangan Imam Sultan mengetuai satu pertempuran di Diu, sebuah pusat pelayaran ternama Portugis.

Kubu besar dilengkapi menara bulat hasil campuran lumpur dan batu-batan dengan ketinggian lebih kurang 35 meter dengan garis pusat 46 meter seolah-olah menguasai ladang kurma yang ditanam di kawasan yang sama.

Perigi yang disediakan pada pelbagai sudut kubu itu memastikan bekalan air sentiasa mencukupi untuk kegunaan penghuni di dalamnya.

Sementara itu, isteri imam juga tidak diketepikan. Sebuah bilik tidur khas yang dihias indah lengkap dengan bahan bacaan dan peralatan dapur disediakan, manakala bilik imam sendiri paling cantik hiasannya dan satu-satu bilik yang mempunyai katil untuk keselesaan imam beradu.

Labels:

posted by Weblog Master @ 8:56 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com