Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Keperibadian Ammar dikagumi Rasulullah
Monday, December 11, 2006
Berita harian, 11 Disember 2006

AMMAR Yasir tenang menerima dugaan Allah. Jiwanya bahagia, keimanannya di pihak yang menang. Ucapan yang dikeluarkan secara terpaksa itu dijamin bebas, oleh al-Quran, maka apa lagi yang akan dirisaukannya?


Ammar menghadapi cubaan dan seksaan itu dengan ketabahan, luar biasa, hingga penderanya rasa lelah dan bertekuk lutut di hadapan tembok keimanan maha kukuh.

Selepas pindahnya Rasulullah ke Madinah, Muslimin tinggal bersama beliau di sana, secepatnya masyarakat Islam terbentuk dan menyempurnakan barisannya.

Di tengah masyarakat Islam yang beriman ini, Ammar mendapatkan kedudukan tinggi. Rasulullah sayang kepadanya, dan beliau sering membanggakan keimanan dan ketakwaan Ammar kepada sahabat.

Bersabda Rasulullah : “Diri Ammar dipenuhi keimanan sampai ke tulang punggungnya.”

Ketika selisih faham antara Khalid Walid dengan Ammar, Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang memusuhi Ammar, maka ia akan dimusuhi Allah, dan siapa yang membenci Ammar, maka ia akan dibenci Allah!”

Maka tidak ada pilihan bagi Khalid Walid pahlawan Islam itu selain segera mendatangi Ammar untuk mengakui kekhilafannya dan meminta maaf!

Suatu peristiwa terjadi pula ketika Rasulullah SAW bersama sahabat mendirikan masjid di Madinah, selepas perpindahan ke sana. Imam Ali karamallahu menggubah sebuah bait syair yang didendangkan berulang-ulang diikuti oleh Muslimin yang sedang bekerja itu, dan baitnya adalah sebagai berikut:

“Orang yang memakmurkan masjid nilainya tidak sama. Sibuk bekerja sambil duduk di sini berdiri di sana. Sedang pemalas lari menghindar tertidur di sana.“ Kebetulan waktu itu Ammar bekerja di sisi bangunan.

Ia juga turut berdendang, mengulang-ulangnya dengan nada tinggi. Salah seorang kawan menyangka bahawa Ammar bermaksud dengan nyanyian itu hendak menonjolkan dirinya, hingga di antara mereka terjadi pertengkaran dan keluar kata-kata menunjukkan kemarahan. Mendengar itu Rasulullah murka, sabdanya:

“Apa maksud mereka terhadap Ammar? Diserunya mereka ke Syurga, tapi mereka hendak mengajaknya ke neraka. Sungguh, Ammar adalah biji mataku sendiri.”

Jika Rasulullah menyatakan kesayangan terhadap seorang Muslim demikian rupa, pastilah keimanan orang itu, kecintaan dan jasanya terhadap Islam, kebesaran jiwa dan ketulusan hati serta keluhuran budinya mencapai batas dan puncak kesempurnaan.

Demikian halnya Ammar. Berkat nikmat dan petunjuk-Nya, Allah memberikan kepada Ammar ganjaran setimpal, dan menilai kebaikannya secara penuh. Hingga disebabkan tingkatan petunjuk dan keyakinan yang dicapainya, maka Rasulullah menyatakan kesucian imannya dan mengangkat dirinya sebagai contoh teladan bagi sahabat, sabdanya:

“Contoh dan ikutilah selepas kematianku nanti Abu Bakar dan Umar, dan ambillah pula hidayah yang dipakai Ammar untuk jadi bimbingan!”

Mengenai perawakannya, ahli riwayat melukiskan sebagai berikut:

Ia adalah seorang yang bertubuh tinggi dengan bahunya yang bidang dan matanya yang biru, seorang yang amat pendiam dan tidak banyak bicara.

Bagaimanakah kiranya garis kehidupan raksasa pendiam yang bermata biru dan berdada lebar, serta tubuhnya penuh dengan bekas seksaan kejam, ketika jiwanya ditempa dengan ketabahan? Bagaimanakah jalan kehidupan yang ditempuh oleh pengikut yang jujur dan berani mati ini?

Sungguh diterjun bersama Rasulullah sebagai gurunya semua perjuangan bersenjata, baik Badar, Uhud, Khandaq, Tabuk, pendeknya semua tanpa kecuali. Ketika Rasulullah mendahuluinya ke ar-Rafiqul A `la, Ammar tidak berhenti, tetapi melanjutkan perjuangan terus menerus.

Ketika berhadapan dengan kaum Parsi, Romawi dan kaum murtad, Ammar selalu berada di barisan pertama sebagai perajurit gagah.







perkasa dengan tebasan pedangnya yang tak pernah meleset, ia sebagai seorang Mukmin yang salih dan mulia tidak satu pun yang dapat menghalanginya dalam mencapai redha Allah.

Dan tatkala Amirul Mutminin Umar memilih calon-calon wali negeri secara cermat dan hati-hati bagi Kaum Muslimin, maka matanya tetap tertuju dan tak hendak beralih dari Ammar bin Yasir. Ia segera menemuinya dan mengangkatnya sebagai wali negeri Kufah dengan Ibnu Mas’ud sebagai Bendaharanya. Dan kepada penduduknya Umar menulis sepucuk surat berita gembira dengan diangkatnya wali negeri baru itu, katanya:

“Saya kirim kepada tuan-tuan Ammar bin Yasir sebagai Amir, dan Ibnu Mas’ud sebagai Bendahari dan Wazir. Kedua mereka adalah orang-orang pilihan, dari golongan sahabat Muhammad dan termasuk pahlawan Badar.!”

Dalam melaksanakan pemerintahan, Ammar melakukan suatu sistem yang rupanya tidak dapat diikuti oleh orang-orang yang rakuskan dunia, hingga mereka mengadakan atau hampir mengadakan bersekongkolan terhadap dirinya. Pangkat, dan jawatannya itu tidak menambah kecuali kesolehan, zuhud dan kerendahan hatinya.



bersambung.

Labels:

posted by Weblog Master @ 8:15 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com