Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Hasrat Ammar syahid di medan perang dimakbul
Friday, December 15, 2006
Berita Harian, 15 Disember 2006

DEMI Allah! Maksud mereka bukanlah hendak menuntutkan bela, tetapi sebenarnya mereka berasakan kemanisan dunia dan ketagihan terhadapnya, dan mereka mengetahui kebenaran itu menjadi penghalang bagi memuaskan nafsu. Mereka bukan berlumba dan tidak termasuk barisan pendahulu memeluk Islam.

Alasan apa sehingga mereka berasa berhak untuk ditaati oleh kaum Muslimin dan dilantik sebagai pemimpin, dan tidak pula dijumpai dalam hati mereka perasaan takut kepada Allah, yang akan mendorong mereka untuk mengikuti kebenaran. Mereka menipu dengan mengakui hendak menuntut bela kematian Uthman, padah tujuan mereka yang sesungguhnya hendak menjadi raja dan penguasa.”

Kemudian diambilnya bendera dengan tangannya, lalu dikibarkan tinggi-tinggi di atas kepala sambil berseru:

“Demi Zat yang menguasai nyawaku. Saya bertempur dengan mengibarkan bendera ini bersama Rasulullah dan inilah aku siap berperang pula dengan mengibarkan sekarang ini.

Demi nyawa saya berada dalam tangan-Nya. Seandainya mereka menggempur dan menyerbu hingga berhasil mencapai kubu pertahanan kita, saya pasti kita berada di pihak yang hak, dan mereka di pihak batil. “Orang mengikuti Ammar, mereka percaya kebenaran ucapannya.

Berkatalah Abu Abdirrahman Sullami: “Kami ikut serta dengan Ali di pertempuran Siffin, maka saya lihat Ammar bin Yasir menyerbu ke sesuatu jurusan, atau turun ke sesuatu lembah, sahabat Rasulullah pun mengikutinya, beliau tidak ubah bagai panji bagi mereka’’

Mengenai Ammar, sementara beliau menerjang dan menyusup ke medan juang, beliau yakin akan menjadi salah seorang syuhada. Ramalan Rasulullah terang terpampang di ruang matanya dengan huruf besar:

“Ammar akan dibunuh golongan penderhaka.”

Oleh sebab itu suaranya bergema di serata arena dengan senandung ini: “Hari ini daku akan berjumpa dengan kekasih tercinta Muhammad dan sahabatnya.”

Kemudian bagai sebuah peluru dahsyat beliau menyerbu ke arah Muawiyah dan orang sekelilingnya daripada golongan Bani Umayyah, lalu melepaskan seruannya yang nyaring dan menggetarkan:

“Dulu kami hentam kalian pada saat diturunkannya. Kini kami hentam lagi kalian kerana menyelewengan. Tebusan maut menghentikan niat jahat. Dan memisahkan kawanan pengkhianat atau al-Haq berjalan kembali pada relnya.”

Maksudnya dengan sya’irnya itu, bahawa sahabat yang terdahulu dan Ammar termasuk seorang antara mereka. Dulu memerangi golongan Bani Umayyah yang diketuai Abu Sufyan, bapa Muawiyah pemegang panji syirik dan pemimpin tentera musyrikin. Mereka perangi orang itu kerana secara terus terang al-Quran menitahkannya disebabkan mereka adalah musyrik.

Dan sekarang menerusi pimpinan Muawiyah, walaupun mereka menganut Islam dan meskipun al-Quranul Karim tidak menitahkan secara tegas memerangi mereka, tetapi menurut ijtihad Ammar dalam penyelidikannya mengenai kebenaran dan (mengenainya terhadap maksud dan tujuan al-Quran, meyakinkan dirinya akan keharusan memerangi mereka, sampai barang yang dirampas itu kembali kepada pemiliknya, serta api fitnah dan pemberontakan itu dapat dipadamkan selama-lamanya...

Juga maksudnya, bahawa dulu mereka memerangi orang Bani Umayyah kerana mereka kafir kepada agama dan kafir kepada al-Quran. Sekarang mereka menggempur orang itu kerana mereka menyelewengkan agama dan menyimpang daripada ajaran al-Quranul Karim serta mengacaukan takwil dan salah menafsirkan, dan mencuba hendak menyesuaikan tujuan ayatnya dengan kemahuan dan keinginan mereka peribadi.

Maka tokoh tua yang berusia 93 tahun ini menerjuni akhir perjuangan hidupnya yang menonjol dengan gagah berani. Demi belum ia berangkat ke Rafiqul A’la, ia tinggalkan sebagai contoh teladan perjuangannya yang besar dan mulia lagi berkesan dan mendalam.

Penyokong Muawiyah mencuba sekuat daya menghindari Ammar, agar pedang mereka tidak menyebabkan kematiannya.

Tetapi keperwiraan Ammar yang berjuang seolah-olah beliau satu pasukan tentera juga, menghilangkan pertimbangan mereka.

Sebahagian anak buah Muawiyah mengintai kesempatan untuk menewaskannya, hingga selepas kesempatan itu terbuka mereka laksanakanlah dan tewas Ammar di tangan tentera Muawiyah.

Labels:

posted by Weblog Master @ 9:44 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com