Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Ammar tidak gentar hadapi puak munafik
Thursday, December 14, 2006
Berita harian, 14 disember 2006

AMMAR bin Yasir mendengar ramalan itu dan meyakini kebenaran pandangan tembus yang disingkap oleh Rasul utama. Tetapi beliau tidak gentar kerana sejak menganut Islam dia dicalonkan untuk menghadapi maut dan mati syahid setiap detik baik siang atau malam.


Dan hari-hari pun berlalu, tahun demi tahun silih berganti. Rasulullah kembali ke tempat tertinggi, disusuli Abu Bakar ke tempat reda Ilahi, lalu berangkat pula Umar mengiringi. Selepas itu khalifah dipegang oleh Dzun Nurain, Uthman bin Affan.

Sementara itu, musuh Islam yang bergerak secara sulit, berusaha menebus kekalahan mereka di medan tempur dengan menyebar fitnah. Terbunuhnya Umar adalah hasil pertama dicapai oleh mereka, yang menjangkiti hingga ke Madinah, tidak ubah bagai angin panas dan bergerak dari negeri yang kerajaan dan singgahsana dibebaskan oleh umat Islam.

Berhasilnya usaha mereka terhadap Umar membangkitkan minat dan semangat mereka untuk melanjutkan, mereka sebarkan fitnah di sebahagian besar negeri Islam. Dan mungkin Uthman tidak memberikan perhatian khusus terhadap masalah ini hingga terjadi peristiwa menyebabkan syahidnya Uthman dan terbuka pintu fitnah yang melanda kaum Muslimin.

Khalid Muhammad Khalid: Ar-Rijol Ilaulal Rasul, Darul Kutub al-Arabiah, Beirut, 1973 mengambil ucapan Ibnu Umar sebagai semboyan:

“Siapa yang menyeru marilah solat, saya penuhi. Dan siapa yang mengatakan marilah mencapai bahagia, saya turuti. Tetapi yang mengatakan marilah bunuh saudaramu yang Muslimin dan marilah rampas harta bendanya, maka saya jawab tidak!”

Di antara mereka ada yang berpihak kepada Mu’wiyah. Ada pula mendampingi Ali, membai’at dan berangkat sebagai khalifah kaum Muslimin.

Tahukah anda di pihak mana Ammar memihak ketika itu? Pihak siapakah berdirinya lelaki yang mengenai dirinya Rasulullah pernah bersabda:

“Ambillah olehmu petunjuk yang dipakai Ammar sebagai bimbingan.”

Bagaimanakah pendirian orang yang mengenai dirinya Rasulullah pernah pula bersabda:

“Barang siapa yang memusuhi Ammar, maka dia akan dimusuhi Allah.”

Orang yang bila suaranya kedengaran mendekat ke rumah Rasulullah, beliau segera menyambut dengan sabda: “Selamat datang bagi orang baik dan diterima baik, izinkan dia masuk!”

Beliau berdiri di samping Ali bin Abi Thalib, bukan kerana fanatik atau berpihak, tetapi kerana tunduk kepada kebenaran dan teguh memegang janji. Ali adalah khalifah kaum muslimin, dan berhak menerima bai’at sebagai pemimpin umat. Khalifah itu diterimanya, kerana dia berhak untuk itu dan layak untuk menjawat.

Ali memiliki keutamaan yang menjadikan kedudukannya di samping Rasulullah tak ubah seperti kedudukan Harun di samping Musa.

Dengan cahaya pandangan rohani dan ketulusan, Ammar yang selalu mengikuti kebenaran ke mana juga perginya, dapat mengetahui pemilik hak satu-satunya dalam perselisihan itu. Mengikut keyakinannya, tidak seorang pun berhak atas hal ini dewasa itu selain Imam Ali, oleh sebab itulah beliau berdiri di sampingnya.

Ali sendiri gembira atas sokongan yang diberikannya itu, mungkin tidak ada kegembiraan yang lebih besar daripada itu, hingga keyakinannya bahawa beliau berada di pihak benar kian bertambah, yakni selama tokoh utama pencinta kebenaran Ammar datang kepadanya dan berdiri di sisinya.

Kemudian meletus Perang Siffin. Ali menghadapinya sebagai tugas memadamkan pemberontakan, dan Ammar ikut bersamanya. Ketika itu beliau berusia 93 tahun.

Apa dalam usia 93 tahun beliau masih pergi ke medan juang? Benar, kerana uyakin peperangan itu menjadi kewajipannya! Bahkan beliau melakukannya lebih semangat dan dahsyat daripada yang dilakukan oleh orang muda berusia 30 tahun.



Tokoh yang pendiam dan jarang berbicara ini hampir tidak menggerakkan kedua bibirnya, kecuali mengucapkan kata mohon perlindungan berikut:

“Aku berlindung kepada Allah dan fitnah. Aku berlindung kepada Allah dari fitnah.”

Tidak lama selepas Rasulullah wafat, kata-kata ini adalah doa yang tidak putus lekang daripada bibirnya. Dan setiap hari berlalu setiap itu pula beliau memperbanyak doa dan mohon perlindungan, seolah-olah hatinya yang suci mengetahui ancaman bahaya makin dekat.

Dan tatkala bahaya itu tiba dan fitnah bermaharajalela. Ibnu Sumayyah mengerti di mana beliau harus berdiri. Maka ketika perang Siffin, walaupun pada usia 93 tahun, beliau bangkit menghunus pedangnya.

Beliau berkata: “Hai umat manusia! Marilah kita berangkat menuju pakatan menuntut bela Uthman.

Labels:

posted by Weblog Master @ 8:11 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com