Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Semakin ramai penduduk Korea Selatan peluk Islam
Sunday, September 10, 2006
Utusan Malaysia, 10 september 2006


SELEPAS tragedi 11 September, lima tahun lalu, satu perkara luar biasa berlaku di kalangan masyarakat Korea Selatan terutama generasi muda apabila mereka mula menunjukkan minat mengetahui dan mendalami Islam.

Fenomena ini boleh dilihat pada setiap minggu apabila Masjid Utama Seoul menerima kunjungan lebih 200 penduduk yang kebanyakannya pelajar universiti dan golongan muda.

Sejak kejadian itu, bilangan penduduk yang memeluk Islam terus meningkat, kira-kira 100 orang setiap tahun, kebanyakannya remaja serta penuntut universiti.

Timbalan Setiausaha Agung Persekutuan Muslim Korea (PMK) Ahmad Cho Min Haeng, berkata jumlah penduduk beragama Islam di seluruh Korea Selatan, kira-kira 150,000 orang termasuk kira-kira 10,000 rakyat Pakistan dan Indonesia yang mencari rezeki di negara itu.

Katanya, setiap minggu, Masjid Utama Seoul di bandar Itaewon yang diketuai Imam Sheikh Sulaiman Lee juga menerima kunjungan lebih 700 jemaah bagi menunaikan solat Jumaat.

Beliau yang memeluk Islam pada usia 22 tahun berkata, di seluruh Korea ada lapan masjid antaranya di Wilayah Busan dan Kwangju.

Katanya, PMK berfungsi sebagai badan yang bertanggungjawab memberikan pendidikan kepada rakyat Korea mengenai ajaran Islam melalui dakwah, seterusnya menepis tanggapan buruk dan salah faham mereka terhadap agama itu.

Sejajar usaha itu, badan itu kini dalam perancangan melaksanakan projek pembinaan sekolah agama bagi memberikan pendidikan Islam kepada golongan muda.

Setakat ini, hanya ada sebuah madrasah di Masjid Utama Seoul, iaitu Madrasah Prince Sultan yang mendapat pembiayaan melalui derma pemimpin dan golongan diraja negara Islam dari seluruh dunia terutama Arab Saudi dan Kuwait.

“Bagaimanapun, derma yang kami terima masih tidak mencukupi bagi memberikan pendidikan sempurna kepada kanak-kanak Islam di Korea dan memerlukan lebih banyak sumbangan negara Islam di seluruh dunia.

“Madrasah ini bukan sekolah rasmi bagi penduduk Muslim di Korea dan mata pelajaran yang diajar hanya terhad kepada Bahasa Arab, Pengajian al-Quran, Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris yang diajar empat guru.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wakil media dan ejen pelancongan yang mengunjungi Korea Selatan dalam program ‘Lawatan Suai Kenal Muslim’ ke negara itu anjuran bersama Organisasi Pelancongan Korea (KTO) dan Korean Air.

Objektif utama lawatan itu untuk memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia beragama Islam yang ingin mengunjungi negara itu terutama bagi mendapat bekalan makanan halal, yang selama ini banyak memberikan masalah kepada pelancong Islam.

Bilangan pelancong Malaysia yang melawat negara itu meningkat daripada 32,338 pada 2001 kepada 96,583 pada 2005. Mengikut laporan KTO, pelancong Malaysia gemar mengunjungi Korea terutama pada musim bunga, luruh dan sejuk.

Menjawab soalan kesukaran pelancong beragama Islam mendapatkan makanan halal ketika melawat Korea, Ahmad Cho berkata, PMK kini mengadakan kerjasama dengan Kerajaan untuk menyediakan restoran halal bagi keperluan pelancong Islam.

Katanya kerajaan tiada pilihan lain dan terpaksa memberikan kerjasama dan membenarkan permohonan PMK memantau penyediaan makanan di restoran berstatus halal di Korea supaya ia memenuhi spesifikasi dan mengikut hukum syarak.

Katanya perkara itu timbul selepas peningkatan mendadak pelancong terutama dari Asia Tenggara yang beragama Islam dan masalah mereka mendapatkan makanan halal.

“Setakat ini sudah ada lapan restoran di seluruh Korea termasuk di Gangwon-do yang menawarkan diri untuk menyertai program restoran halal kelolaan PMK dan jumlah itu dijangka bertambah.

“PMK berperanan membekalkan daging dan ayam halal kepada semua restoran menerusi program ini dan membuat pemantauan mengejut setiap masa bagi memastikan mereka memenuhi spesifikasi ditetapkan.

“Bagaimanapun masalah yang kami hadapi di sini adalah kesukaran mendapatkan permohonan bagi membina pusat penyembelihan di sini,” katanya.

Ahmad Cho berkata, setakat ini pihaknya mendapatkan bekalan daging kambing halal yang diimport dari Australia dan New Zealand, selain mendapatkan bekalan dari luar Seoul yang disembelih seorang imam.

Sementara itu melalui kunjungan peserta lawatan suai kenal itu ke beberapa restoran di Gangwon-do program penyediaan makanan halal mendapati mereka amat bersungguh-sungguh dalam usaha menarik lebih ramai pelancong.

Ada pemilik restoran yang berusaha keras mempelajari penyediaan makanan Islam dengan membuat rujukan kepada hidangan berasal dari negara Arab.

Selain itu, mereka turut menyediakan tempat mengambil wuduk dan ruang sembahyang yang selesa dengan mempunyai kemudahan pendingin hawa untuk keselesaan pelancong Islam.

Labels:

posted by Weblog Master @ 5:32 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com