Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Md Izuddin bangkit daripada kegagalan
Thursday, September 07, 2006
Berita Harian, 7 september 2006


NAMANYA pun pakar motivasi, jadi sesi temubual bersama Prof Madya Md Izuddin Ali ibarat mendengar ceramah motivasi, walaupun butir bicara lebih berkisar kepada kehidupan serta pengalaman yang dilaluinya.

Sepanjang sesi bual bicara mengenai kerjaya serta minat dalam bidang motivasi yang kian popular, pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu itu turut menyelit nasihat dan kata-kata semangat.

Sebenarnya, jika sebut saja nama Prof Izzi, pasti pendengar setia stesen radio HOT fm teringat suara penceramah yang ceria tatkala memberi salam dan menyampaikan tazkirah pendeknya.

Hakikatnya, begitu juga sikap beliau di luar, sentiasa ceria dan bersemangat menyebabkan sesiapa saja yang berkesempatan berbual dengannya akan turut berkongsi perasaan sama.

Penampilannya dengan gaya bersahaja juga dapat dilihat setiap kali kemunculan beliau di kaca televisyen menerusi program motivasi serta perbincangan terbitan RTM, TV3, TV9 dan Astro.

Berlatar belakang pendidikan dalam bidang matematik, bukan halangan bagi anak kelahiran Terengganu itu untuk meneroka dunia yang jauh menyimpang daripada ilmu dipelajari.

“Ayah saya seorang guru dan masa kecil saya biasa di bawa mendengar ceramah agama. Dari situ bermula pendedahan saya dalam bidang ceramah agama.

“Kebetulan, ketika melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat, saya juga aktif sebagai ketua usrah dan kadang-kadang diminta membaca khutbah,” katanya menceritakan mengenai pengalaman mula menjadi seorang penceramah motivasi.

Md Izuddin berkata, Islam sebagai agama yang lengkap adalah cara hidup tetapi untuk melalui kehidupan lebih bermakna mengikut ajaran Islam, perlu ada cara sesuai dengan keperluan masa.

Katanya, dengan ilmu serta perkembangan yang dilalui masyarakat, fakta terkini akan memperkukuh serta memperjelas ajaran yang disampaikan Islam bagi memenuhi tuntutan hidup hari ini.

Dalam erti kata lain, jika agama mengajar umatnya bersabar, ilmu motivasi memperincikan lagi bagaimana seseorang itu dapat mencapai tahap kesabaran yang sebenarnya.

“Sabar yang bagaimana? Adakah dengan berdiam diri tetapi dalam hati meletup dengan kemarahan? Tanggungjawab saya ialah panjangkan keterangan apakah teknik sabar itu.

“Seperti juga ibu bapa perlu bercakap baik dengan anak. Bagaimana bercakap baik itu? Ia merangkumi banyak fakta sama ada ibu bapa bercakap pada masa yang sesuai, formal atau tidak. Ini yang saya cuba sampaikan,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan yang sesuai bagi mendekati masyarakat hari ini ialah menggabungkan ajaran agama dan ilmu yang dikembangkan bagi menghasilkan keseimbangan dalam mencapai kejayaan di dunia serta akhirat.

Bagi menguatkan hujah, beliau akan menyelitkan hadis berkaitan sesuatu perkara di samping mengambil kata-kata hikmah tidak kira daripada tokoh Islam atau bukan Islam selagi dirasakan sesuai dengan topik perbincangan.

Minat membantu masyarakat terutama golongan muda menerusi kehidupan lebih bermakna bermula daripada pengalaman yang pernah menghampakan bapanya apabila mendapat keputusan mengecewakan dalam Peperiksaan Penilaian Darjah Lima.

Sebagai anak lelaki tunggal daripada lima adik beradik, Md Izuddin adalah harapan bapanya untuk berjaya dalam pelajaran dan seterusnya menjadi kebanggaan keluarga.

Menyedari kesilapan, akhirnya beliau menanamkan keazaman menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran sehingga berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang matematik di Humboldt State University, California, Amerika Syarikat.

Kemudian meneruskan pengajian peringkat sarjana dalam bidang matematik di California State University, Fresno di Amerika Syarikat.

“Masuk sekolah menengah saya ambil aliran sains dan atas kurniaan Allah, saya mampu menguasai ilmu matematik dengan baik. Kemudian saya melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat selama enam tahun.

“Kebetulan masa sekolah dulu, guru kurang komited, jadi semua saya usahakan sendiri. Menerusi pengalaman itu saya jadikan contoh dalam ceramah serta sesi motivasi supaya dapat mencetuskan semangat kepada pendengar,” katanya.

Sekembalinya ke Malaysia pada 1989, beliau menyambung pengajian Diploma Lanjutan Ijazah Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam untuk menjadi pensyarah dan berkhidmat di universiti berkenaan.

Kini, berkhidmat di UiTM Terengganu, Md Izuddin sering berulang alik dari negeri kelahiran ke Kuala Lumpur semata-mata memenuhi undangan ceramah dan program motivasi untuk televisyen serta radio.

Katanya, permintaan atau keperluan kepada bidang motivasi adalah berterusan kerana perubahan sikap tidak akan berlaku dalam sekelip mata sebaliknya perlu sentiasa diulang.

Justeru, beliau akan meneruskan minat serta meningkatkan kemahiran untuk membantu masyarakat mengenali serta menghargai potensi diri yang dimiliki supaya dapat menjalani kehidupan lebih baik.


Labels:

posted by Weblog Master @ 7:55 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com