Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Awais cabut gigi kerana Rasulullah
Tuesday, September 05, 2006
Berita Harian, 5 september 2006


PADA zaman Rasulullah SAW berlaku sebuah kisah seorang hamba Allah yang hidup penuh takwa.

Dia menyara hidup dengan memelihara unta kepunyaan saudaranya di sebuah daerah di Qarni.

Sehinggalah pada suatu hari Awais al-Qarni yang duduk seorang diri menerima khabar Rasulullah SAW sedang berhadapan dengan peperangan Uhud.

Dia mendapat tahu bahawa gigi Rasulullah SAW patah dalam pertempuran itu.

Bagaimanapun, dia tidak tahu bagaimana dia boleh menerima berita itu.

Kerana pada ketika itu tiada seorang pun yang menghantarkan berita kepadanya. Dia yang hidup dalam kesucian menerima berita itu secara ghaib.

Selepas mendapat berita itu, Awais mencabut sebatang giginya untuk merasai sendiri betapa sakit yang ditanggung oleh Rasulullah SAW yang mengalami kepatahan gigi.

Begitulah besarnya rasa cinta Awais terhadap Baginda.

Berdasarkan riwayat, Awais hanya bertemu sekali dengan Rasulullah SAW iaitu ketika Baginda berangkat ke medan Perang Uhud.

Dia bukan saja menjaga unta saudaranya malah terpaksa menjaga ibunya, kerana itulah dia tidak dapat bertemu dan mengikuti Baginda sekali lagi dalam medan perang.

Bagaimanapun, dia sempat meninggalkan pesanan kepada isteri Rasulullah SAW bahawa dia akan datang untuk menemui Baginda.

Apabila Rasulullah SAW pulang dari medan peperangan Baginda pun bertanya kepada isterinya adakah sesiapa yang datang hendak menemuinya.

Isteri Rasulullah SAW pun menyampaikan pesanan Awais.

"Adakah engkau melihatnya," tanya Rasulullah SAW. Jawabnya: "Saya hanya melihat belakangnya."

"Maka Rasulullah SAW bersabda: "Engkau akan masuk syurga kerana memandangnya begitu."

Ketika Rasulullah SAW berada di katilnya ketika saat akhir hayatnya, Rasulullah SAW berpesan kepada isterinya supaya baju yang sedang dipakainya itu diberikan kepada Awais.

Saidina Umar dan Ali sentiasa bertanya kepada orang ramai sekiranya ada di antara mereka di situ yang berasal dari Qarni.

Tiba-tiba seorang lelaki tampil ke hadapan dan menyatakan kesanggupannya untuk membawa kedua-dua sahabat itu ke wilayah Qarni.

Kemudian mereka berangkat ke Qarni dan menanyakan penduduk di situ nama yang disebutkan Rasulullah SAW.

Penduduk kampung terkejut apakah sebabnya dua sahabat besar Baginda hendak menemui pengembala unta yang tidak terkenal dan dikatakan gila itu.

Apabila tiba di rumah Awais, dia sedang khusyuk sembahyang.

Selepas selesai dia ternampak dua sahabat itu sedang memerhatikannya dan berkata: “Sesungguhnya inilah kali pertama ada orang melihat aku bersembahyang."

Kedua-dua sahabat memperkenalkan diri selepas memberi salam kepadanya.

Sahabat bertanya kepada Awais: "Jika tuan sayang kepada Rasulullah SAW mengapa tuan tidak selalu menziarahinya ketika dia masih hidup".

Awais tidak menjawab pertanyaan sahabat itu sebaliknya dia bertanya pula sama ada mereka turut menyertai Baginda ke Perang Uhud.

Jika benar turut sama bertempur adakah mereka tahu gigi Rasulullah SAW yang mana satukah yang patah dalam pertempuran itu.

Saidina Umar tertarik dengan kesederhanaan pemuda itu lalu meminta Awais mendoakannya.

Awais menyatakan setiap kali selepas dia sembahyang dia tetap mendoakan keampunan dan kesejahteraan untuk semua kaum Muslimin.

"Sekiranya engkau takwa kepada Allah dan mentaati segala ajaran rasul-Nya, maka engkau akan terima berkat doaku di akhirat kelak."

Kedua-dua sahabat itu kemudian meninggalkan tempat itu dengan perasaan puas selepas berjaya menemui dengan orang yang disebutkan Rasulullah itu.

Awais adalah orang yang tidak dikenali oleh penduduk dunia tetapi besar kedudukannya di sisi penduduk langit.

Labels:

posted by Weblog Master @ 6:17 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com