Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

MTAZ lahirkan hafizah yang seimbang
Wednesday, September 06, 2006
Utusan Malaysia, 6 september 2006

Oleh ZUARIDA MOHYIN

Ahli Lembaga MTAZ dan tenaga pendidiknya sentiasa memastikan kecemerlangan maahad itu.


PELUANG membuat liputan di Maahad Tahfiz Az-Zahrah (MTAZ) di Batu 18, Hulu Langat, Selangor baru-baru ini memang dinanti-nantikan penulis. Apa tidaknya sukar untuk penulis mencari sebuah institusi tahfiz bagi pelajar perempuan.

Lantaran itu kesempatan ini umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Apatah lagi MTAZ adalah satu-satunya maahad tahfiz perempuan pertama di negeri Selangor. Ia juga bertaraf antarabangsa.

Sebagaimana yang telah dipersetujui, kami bertemu dengan Azlan, anak muda yang mengambil inisiatif menghubungi penulis untuk meminta Utusan Malaysia membuat liputan eksklusif tentang MTAZ selepas tamat cuti pertengahan penggal kedua pada Ogos lalu.

Pagi Selasa lalu, sebagaimana yang dijanjikan, kami sampai ke sebuah banglo berkonsep country home di atas tanah seluas 2.5 hektar. Banglo mewah yang mempunyai tujuh bilik ini diubahsuai menjadi bilik-bilik asrama turut dilengkapi sebuah kolam renang di bahagian tengahnya serta dikelilingi kebun buah-buahan.

Menurut pemilik banglo yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah MTAZ, Norlayani Othman, hasrat beliau membangunkan sebuah institusi tahfiz yang moden tidak bersendirian kerana ia juga adalah hasrat Allahyarham suaminya, Baniamin Jalaluddin semasa hayatnya.

Katanya, rumah itu dibina pada 1988. Ia adalah rumah persinggahan beliau sekeluarga sewaktu cuti hujung minggu, cuti sekolah dan pada musim buah-buahan.

“Pada awalnya kami merancang membangunkan maahad tahfiz di tanah milik sendiri seluas 4.5 hektar di Sungkai, Perak. Sayangnya, ia tidak kesampaian apabila suami saya meninggal dunia pada Julai 1994.

“Pada masa itu tiga daripada empat anak-anak masih menuntut di United Kingdom dan yang tinggal hanya saya dengan anak bongsu di Petaling Jaya, Selangor,” jelasnya.

Alhamdulillah, beberapa tahun selepas itu, beliau bertemu dengan pihak sealiran yang bimbang dengan senario gejala sosial yang semakin meruncing dalam kalangan pelajar perempuan. Akhirnya pada awal 2000, beliau bertemu dengan Jasmin yang memahami hajatnya selama ini.

“Biarpun kertas kerja tentang perbelanjaan telah lengkap serta pemilihan nama Az-Zahra yang bermaksud bunga-bungaan sekali lagi pembinaannya tertangguh apabila saya diserang angin ahmar.

“Berpegang teguh dengan prinsip tidak mudah mengalah, saya dan enam rakan teruskan juga cadangan itu,” katanya.

Alhamdulillah kini MTAZ yang berusia enam tahun telah melahirkan graduan hafizah yang turut cemerlang bidang akademik.

“Tuhan sahaja tahu bagaimana perasaan gembira dan bersyukurnya saya,” cerita Norlayani atau lebih mesra dengan panggilan Umi dalam kalangan para pelajar, tenaga pengajar dan teman-teman.

Dalam temu bual itu, Penasihat MTAZ, Jasmin Baba juga menjelaskan, pendidikan tahfiz semakin mendapat sambutan umat Islam.

Apatah lagi menyedari akan kepentingan kembali kepada al-Quran bagi menyelesaikan segala kepincangan dan keruntuhan akhlak masyarakat yang dapat disaksikan dalam pelbagai bentuk gejala negatif seperti bohsia, penagihan dadah, khalwat, seks rambang dan banyak lagi.

“Di tengah-tengah kegawatan inilah lahirnya MTAZ atas cetusan idea beberapa ahli profesional yang berganding bahu membangunkan konsep satu corak pendidikan untuk melahirkan muslimah masa depan seiring dengan motto MTAZ iaitu ‘Hafizah Profesional Cemerlang Berperibadi Seimbang’,” jelasnya.

Asas penubuhannya boleh dikatakan dirangsang oleh keinginan melihat puteri-puteri Islam yang berjiwa al-Quran dan sentiasa menjadikan al-Quran sebagai hujah dan rujukan dalam apa jua bidang kerjaya yang diceburi mereka.

Oleh itu, ilmu-ilmu al-Quran ditekankan dan dijadikan pengisian penting di samping tidak mengabaikan pendidikan akademik, dinniyah dan program ko-kurikulum dalam satu pendekatan holistik dan berintegrasi.

Menurut Jasmin, MTAZ bermula dengan 14 pelajar perintis pada Jun 2000. Kini ia mempunyai 44 pelajar termasuk 10 pelajar luar negara yang berusia 10 hingga 17 tahun.

Tambahnya, pendekatan MTAZ berintegrasi, fleksibel, skill-based dan berciri global bertujuan menjana kekuatan dalaman dan memupuk keyakinan diri melalui latihan kerohanian serta pendedahan kepada rencam kehidupan yang realistik.

Seterusnya ini diharapkan dapat membantu mereka survive dan mempertahankan nilai-nilai Islam ketika berhadapan dengan suasana keruntuhan akhlak yang sedang melanda masyarakat.

Beberapa tahun kebelakangan ini, MTAZ mengorak langkah ke peringkat antarabangsa dengan menerima pelajar-pelajar perempuan antaranya dari Perancis, Australia, China, Singapura, Kemboja dan Indonesia.

Mengenai kelainan konsep di MTAZ, kata Jasmin, sistem tahfiz yang berintegrasi merujuk kepada kesepaduan kurikulum tahfiz dengan kurikulum dinniyah, akademik dan program ko-kurikulum. MTAZ menyediakan asas ke arah melahirkan ciri-ciri muslimah masa depan melalui konsep pendidikan iaitu:

lMembudayakan penghayatan al-Quran dalam kehidupan seharian melalui hafazan, pemahaman, penguasaan bahasa Arab dan pengisian ilmu dinniyah serta akademik.

lMementingkan perkembangan sahsiah melalui pemupukan sikap positif dan pengisian program ko-kurikulum berasaskan aktiviti dan kemahiran hidup.

lMencernakan ciri insan berkualiti dalam aspek ilmu ukhrawi dan duniawi dengan menekankan sikap keterbukaan minda, berdikari, menanam kualiti kepimpinan, soft skills, interpersonal communication dan toleransi.

lMemberi pendedahan kepada multi budaya, multi bahasa dan ciri antarabangsa melalui pengantarabangsaan pelajar.

Sebagai institusi baru, perbezaan peringkat umur pelajar yang menyertai program MTAZ dihadapi secara fleksibel di mana pendekatan ini membolehkan kesepaduan kurikulum tahfiz itu dicapai.

“Pada awalnya pelajar dikumpulkan mengikut tahap penguasaan bacaan al-Quran di mana kelancaran bacaan diberi penekanan. Ada antara pelajar antarabangsa yang mula dengan buku Iqra’ dan mereka dididik dengan penguasaan hafazan di samping pemantapan ilmu tajwid.

“Pencapaian sasaran hafazan harian ditekankan tetapi tidak dengan kekerasan atau paksaan. Khususnya bagi pelajar puteri, mood swing akibat premenstrual stress adalah perkara penting yang perlu diambil kira kerana keadaan ini memberi kesan yang besar terhadap pencapaian mereka. Apa yang ingin diwujudkan ialah jiwa yang tenang dan mencintai al-Quran.

“Mereka turut diberi motivasi berterusan dan diingatkan tentang peranan sebagai khalifah Allah dan kepentingan al-Quran sebagai rujukan yang harus dikuasai secara berkesan, mantap dan bermakna,” kata Jasmin.

Katanya lagi, sebahagian pelajar ini sedang membuat persediaan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia aliran Agama, Sains Teras, Sastera dan juga Sains Tulen. Konsep pendidikan MTAZ turut meletakkan asas dan menyemai minat mereka untuk meneruskan pelajaran ke peringkat tertinggi supaya boleh menceburi pelbagai bidang profesional.

Melalui cara ini mereka berpeluang menjadi anggota masyarakat yang bukan sahaja menguasai hafazan al-Quran tetapi turut berperanan sebagai pendidik, doktor, ahli farmasi, komputer, akauntan, peguam, jurutera, pakar hiasan dalaman dan suri rumah.

MTAZ beraspirasi untuk menjadi pusat pendidikan remaja perempuan qudwatun hasanah (role model) bertaraf dunia sekiranya mempunyai dana dan kekuatan kewangan. Pada masa ini perancangan dibuat untuk memperkemaskan model dan konsep program pendidikan MTAZ supaya mempunyai tarikan menghantar anak-anak perempuan menguasai hafazan al-Quran di samping mendapat ilmu dinniyah dan akademik.

“Usaha sedang dibuat untuk memantapkan program ko-kurikulum supaya mengambil kira pembentukan sahsiah dan perwatakan yang menekankan keseimbangan kerohanian, emosi dan akademik.

“Kami memahami bahawa prasarana sebuah institusi tahfiz bertaraf antarabangsa harus dilengkapi pelbagai kemudahan yang lebih selesa dan sistematik,” kata Jasmin MTAZ sedang giat berusaha bagi mencari dana.

Tambahnya, ahli Lembaga MTAZ turut berterima kasih kepada semua pihak yang menyumbang dalam berbagai bentuk.

Pihaknya juga mengharapkan sumbangan idea serta maklum balas daripada semua pihak yang berminat untuk membangunkan sebuah institut tahfiz bagi pelajar perempuan yang bertaraf antarabangsa.

MTAZ boleh dihubungi di talian 03-9021 2973.

Labels:

posted by Weblog Master @ 7:22 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com