Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Institut al-Maktoum institusi pengajian Islam di Scotland
Wednesday, September 20, 2006
Utusan Malaysia, 20 september 2006

PROF. Abd. Al-Fattah El-Awaisi menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Pameran Islam dan Baitulmuqaddis di Scotland pada Disember 2005.

Susunan: ZUNAIDAH ZAINON

INSTITUT Al-Maktoum yang ditubuhkan khusus untuk pengajian Islam dan bahasa Arab merupakan sebuah institusi pengajian yang unik di Scotland. Penaungnya, Shaikh Hamdan bin Rashid al-Maktoum ialah Timbalan Pemerintah Dubai dan Menteri Kewangan dan Industri Kesatuan Negara Arab itu. Beliau menyifatkan Institut al-Maktoum sebagai institusi pengajian Islam yang terbesar di United Kingdom.

Secara rasminya Institut al-Maktoum dibuka pada 6 Mei 2002 manakala sesi akademik bermula pada 4 Februari tahun yang sama. Ia memberi tumpuan kepada pengajian pelbagai disiplin dan kajian silang budaya dalam semua aspek.

Di bawah institut ini, tiga buah pusat kajian ditubuhkan iaitu Pusat Kajian Islam Baitulmuqaddis, Pusat Pengajian Islam Scotland dan Pusat Penyuntingan Teks dan Manuskrip Islam bagi mencapai matlamat Institut al-Maktoum untuk muncul sebagai institut pengajian yang mempelopori pengajian agama dan bahasa Arab. Malah, institut itu juga menjadi perintis kepada pengajian bidang baru dengan tertubuhnya Pusat Kajian Islam Baitulmuqaddis.

Institut al-Maktoum komited untuk membangunkan bidang baru mengenai kajian Islam Baitulmuqaddis apabila ia menubuhkan Pusat Kajian Islam Baitulmuqaddis pada 28 Januari 2002. Pusat ini yang diketuai oleh Prof. Abd. al-Fattah El-Awaisi sentiasa memastikan usaha untuk mengembangkan kajian dan penyelidikan dalam bidang baru ini mencapai matlamatnya. Antara aktiviti utama pusat itu adalah menganjurkan persidangan akademik tahunan peringkat antarabangsa yang berkaitan dengan kajian Islam Baitulmuqaddis.

Penubuhan institut itu bermula selepas beberapa tahun Akademi Pengajian Islam (ISRA) menjalankan kajian mereka. Pada 1999, delegasi dari ISRA telah melawat Dubai atas jemputan Shaikh Hamdan. Semasa mesyuarat dengan ISRA, beliau secara amnya menawarkan pembiayaan biasiswa untuk pelajar pasca siswazah yang mengikuti pengajian di Pusat Kajian Islam Baitulmuqaddis yang akan diuruskan oleh ISRA.

Hasil resolusi daripada mesyuarat tersebut, Jawatankuasa Pengurusan ISRA telah memulakan proses untuk menubuhkan Pusat Kajian Islam Baitulmuqaddis. Bagaimanapun, pada Ogos 2000, ISRA bercadang untuk meluaskan skop projek dengan mencadangkan penubuhan sebuah institut khusus untuk pengajian Islam dan bahasa Arab. Shaikh Hamdan sekali lagi menawarkan pembiayaan sepenuhnya untuk menubuhkan institut berkenaan di Scotland.

Perjanjian secara rasmi kemudian ditandatangani bersama antara ISRA dan Yayasan al-Maktoum semasa Persidangan Akademik Peringkat Antarabangsa ISRA buat kali keempat pada 24 Oktober 2000 di Sekolah Oriental dan Pengajian Afrika, London. Berdasarkan kepada sumbangan Shaikh Hamdan, institut tersebut dinamakan Institut al-Maktoum. Pada 30 Disember 2000, ia menjadi institusi yang berasingan daripada ISRA.

Bangunan Institut al-Maktoum terletak di tengah-tengah pusat bandar Dundee dan mempunyai kemudahan pengangkutan seperti mana yang terdapat di Universiti Dundee dan Universiti Abertay Dundee. Di bahagian bawah bangunan tersebut terdapat Dewan Persidangan Shaikh Rashid yang boleh memuatkan 120 pelajar lengkap dengan kemudahan sidang video dan peralatan multimedia.

*Penyelidikan

Perpustakaan Shaikh Hamdan juga diletakkan di bahagian bawah. Kedua-dua bilik itu memberi fokus untuk kajian dan penyelidikan serta menyediakan pelbagai bahan rujukan mengenai Islam dalam bahasa Inggeris dan Arab. Bahagian bawah itu juga menempatkan Pusat Pameran Shaikh Maktoum dan juga Pusat Kajian Islam Baitulmuqaddis.

Di bahagian bawah bangunan itu terdapat halaman yang luas yang boleh digunakan untuk aktiviti barbeku dan sebagainya. Kemudahan lain yang disediakan di tingkat bawah ialah bilik seminar, bilik kajian bagi pelajar Doktor Falsafah (Ph.D) dan pusat aktiviti pelajar. Selain itu, ada juga bilik yang disediakan khusus untuk kakitangan dan pelajar bermain snuker, ping pong dan mesin layan diri. Tidak ketinggalan dua buah bilik sembahyang disediakan untuk lelaki dan perempuan.

Tingkat satu bangunan tersebut menempatkan pejabat Pemangku Pengetua (Hal Ehwal Akademik) yang merupakan pejabat ISRA.

Tingkat kedua pula menempatkan empat bilik seminar dan setiap satunya boleh memuatkan 20 pelajar dalam satu-satu masa lengkap dengan segala peralatan mengajar. Bilik seminar Michael Adam dan Pusat Teknologi Maklumat (IT) dan Makmal Bahasa Shaikh Muhammad serta Pusat Kajian Islam dan Multiculturalism juga terletak di tingkat dua manakala bilik pengetua ditempatkan di tingkat tiga.

Sebagai sebuah institut yang menawarkan pembelajaran berkualiti tinggi, adalah menjadi keutamaan Institut al-Maktoum untuk menyediakan kemudahan IT sempurna kepada para pelajarnya. Pusat IT Shaikh Muhammad menggabungkan rangkaian komputer yang lengkap dan menawarkan kemudahan akses tanpa wayar kepada pelajar yang menggunakan komputer riba masing-masing.

Perpustakaan Shaikh Hamdan pula mengandungi buku-buku dan manuskrip pelbagai genre dalam bahasa Inggeris dan Arab. Perpustakaan itu turut menghimpunkan hampir 10,000 volum buku-buku rujukan bukan sahaja dalam bahasa Inggeris dan Arab tetapi juga dalam bahasa-bahasa lain.

Kedua-kedua kemudahan ini membuktikan usaha institut untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembelajaran.

Labels:

posted by Weblog Master @ 7:48 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com