Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

KISAH SAHABAT: Thalhah perisai Rasulullah dalam Perang Uhud
Friday, September 15, 2006
Berita Harian, 15 september 2006

SABDA Rasulullah SAW yang bermaksud, “Siapa yang suka melihat seorang lelaki yang masih berjalan di muka bumi, padahal dia memberikan nyawanya, maka hendaklah dia memandang Thalhah.”

Tidak ada kegembiraan paling diharapkan sahabat Rasulullah SAW, melebihi kedudukan yang disandangkan Baginda kepada Thalhah bin Ubaidillah yang tidak hairanlah hatinya tenteram mendengar kata-kata itu.

Dialah insan yang akan hidup dan mati termasuk salah seorang mereka yang menepati benar apa dijanjikan Allah, dan dia tidak terkena fitnah dan tidak mendapat kesukaran.

Ketika perjalanan berniaga ke kota Bushra, Thalhah sempat berjumpa seorang pendeta yang amat baik memberitahu padanya, bahawa Nabi akan muncul di tanah haram.

Thalhah tidak ketinggalan menyertai kafilah kerasulan itu, iaitu kafilah pembawa petunjuk, rahmat dan pembebasan.

Berbulan selepas tiba di Makkah, Thalhah menangkap bisik-bisik penduduk dan mendengar percakapan mengenai Muhammad al-Amin, wahyu yang datang kepadanya, begitu juga kerasulan dibawanya kepada seluruh umat manusia.

Orang yang mula ditanyakan Thalhal ialah Abu Bakar dan berbicara kepada dirinya sendiri, “Muhammad SAW dan Abu Bakar? Demi Allah, tak mungkin kedua orang ini akan bersekongkol dalam kesesatan bila pun.”

Ditemani Abu Bakar, beliau pergi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan keislamannya dan mengambil tempat dalam kafilah yang diberkati itu.

Sekalipun dia orang yang terpandang dalam kaumnya dan seorang hartawan besar dengan perniagaannya selalu meningkat, dia turut dianiayi orang Quraisy.

Untunglah beliau dan Abu Bakar mendapat perlindungan daripada Singa Quraisy, Naufal bin Khuwailid, yang juga bapa saudara Khadijah isteri Rasulullah menyebabkan penganiayaan itu tidak lama.

Thalhah hijrah ke Madinah ketika orang Islam diperintahkan hijrah dan sejak itu mengikuti Baginda dalam semua peperangan kecuali perang Badar, kerana waktu itu Rasulullah mengutusnya bersama Said bin Zaid untuk suatu keperluan penting keluar kota Madinah.

Masa akhirnya datang untuk Thalhah berjuang ketika perang Uhud dan bagaimana beliau dengan beraninya mempertahankan Rasulullah yang menjadi sasaran serbuan pasukan penyembah berhala dan musyrik.

Dari jauh dilihatnya Rasulullah SAW bercucuran darah di pipinya, sedang beliau menahan kesakitan yang amat sangat lalu diambilnya jalan pintas, dengan satu atau dua lompatan dahsyat dari kudanya.

Di hadapan Rasulullah sekarang menemukan apa yang ditakutinya, pedang musyrikin menyambar ke arah Rasulullah, mengepung dan hendak membinasakannya.

Bagaikan satu platun tentera jua, Thalhah berdiri kukuh, dan menghayunkan pedangnya yang ampuh ke kiri dan kanan. Dia dapat melihat darah Rasulullah yang mulia menitis dan mendengar rintihan kesakitannya.

Maka diraihnya Nabi dengan tangan kiri dari lubang tempat kakinya terperosok. Sambil memapah Rasulullah yang mulia dengan dakapan tangan kiri ke dadanya, dia mengundurkan diri ke tempat yang aman, sementara tangan kanannya Allah memberkati dengan ayunan pedang bagaikan kilat menusuk dan menyabit orang musyrik yang hendak mengerumuni Rasulullah.

Abu Bakar menggambarkan keadaan medan tempur itu: Kata Aisyah, “Apabila disebutkan perang Uhud, maka Abu Bakar selalu berkata: “Itu semua adalah hari Thalhah! Aku adalah orang yang mula-mula mendapatkan Nabi SAW, maka berkatalah Rasulullah kepadaku dan kepada Abu Ubaidah Ibnul Jarrah: “Tolonglah saudaramu itu. (Thalhah)!” Kami lalu menengoknya, dan ternyata pada sekujur tubuhnya ada lebih 70 luka berupa tusukan tombak, sobekan pedang dan tancapan panah, dan ternyata pula anak jarinya putus. Maka kami segera merawatnya dengan baik.”

Dalam semua medan tempur dan peperangan, Thalhah berada di barisan hadapan mencari keredaan Allah dan membela bendera Rasulnya.

Thalhah hidup di tengah-tengah jemaah muslimin, mengabdi kepada Allah bersama mereka yang beribadat, dan berjihad pada jalan-Nya bersama mujahidin yang lain.

Dengan tangannya dikukuhkanlah bersama kawan lain tiang agama yang baru ini, agama yang mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang benderang.

Rasulullah SAW memberinya gelaran, ‘Thalhah si Baik Hati’ atau ‘Thalhah si Pemurah’ dan ‘Thalhah si Dermawan’, sebagai pujian atas kedermawanannya yang melimpah-limpah.

Setiap kali dia mengeluarkan hartanya sebegitu banyak, maka ternyata Allah yang Maha Pemurah menggantinya berlipat ganda. (Bersambung)

Labels:

posted by Weblog Master @ 5:16 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com