Utusan Malaysia, 24 september 2006
Orang yang sedang berpuasa dimakruhkan melakukan hal-hal yang boleh merosak puasanya, walaupun hal-hal tersebut sebenarnya tidak merosakkan puasa. Di antara hal-hal tersebut: 1) Berlebih-lebihan dalam berkumur, menghirup air dengan hidung. 2) Suami mencium isteri. 3) Suami terus-menerus melihat isteri dengan syahwat. 4) Memikirkan seks. 5) Menyentuh wanita dengan tangan. 6) Mencuba makanan. 7) Berkumur tidak untuk berwuduk. 8) Bercelak di siang hari. 9) Berbekam atau mengeluarkan darah. Hal-hal yang membatalkan puasa 1) Masuk cairan ke dalam perut melalui hidung, mata, telinga, atau kemaluan wanita. 2) Air masuk dalam perut akibat berlebihan ketika berkumur dan menghirup air dengan hidung ketika berwuduk. 3) Keluarnya air mani kerana melihat wanita atau berhubungan suami isteri. 4) Muntah dengan sengaja. 5) Dipaksa makan dan minum. 6) Murtad dari Islam. Hal-hal yang boleh dikerjakan ketika berpuasa 1) menggunakan siwak. 2) Menyejukkan badan dengan air kerana terlalu panas atau menyelam ke dalam air. 3) Makan minum dan melakukan hubungan suami isteri pada malam hari hingga terbitnya fajar. 4) Berubat dengan ubat yang halal tetapi tidak masuk ke dalam perut. 5) Mengunyah makanan untuk anak-anak kecil. 6) Penggunaan wangi-wangian. 7) Keluar jauh perjalanan untuk sesuatu urusan walaupun mengetahui bahawa perjalanannya akan membuatnya tidak berpuasa. Hal-hal yang dimaafkan bagi orang yang berpuasa 1) menelan air liur sendiri walaupun banyak 2) muntah tapi tidak masuk lagi ke perut hanya di hujung lidah. 3) Menelan lalat dengan tidak sengaja. 4) Dalam keadan berjunub hingga ke siang hari 5) Mimpi melakukan hubungan suami isteri. 6) Makan minum kerana lupa. Peristiwa penting bulan Ramadan 1. Penurunan 5 ayat daripada surah al-Quran (Iqra’) kepada baginda pada tahun ke-13 sebelum Hijrah. 2. Khadijah binti Khuwailid isteri Nabi menerima Islam. 3. Kematian Ummul Mu’mini binti Khuwailid pada tahun kesepuluh selepas Nabi dilantik menjadi Rasul. 4. Pada tahun kedua Hijrah difardukan ibadah zakat dan solat dua hari raya. 5. Peperangan badar yang berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah. 6. Pembukaan kota Mekah pada tahun kelapan Hijrah. 7. Pengislaman rombongan kaum Saqif pada tahun kesembilan Hijrah. 8. Kematian ketua wanita penghuni syurga Fatimah binti Muhammad pada tahun kesebelas Hijrah. 9. Kematian Ali bin Abi Talib pada tahun 40 hijrah. 10. Kematian Nafisah binti Al Husan binti Zaid bin Al Hasan bin ali bin Abi Talib di mesir pada tahun 208 Hijrah. 11. Peperangan Ain Jalut pada tahun 658 hijrah Labels: Umum |