Login Weblog

Koleksi Artikel 2

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Weblog Master 28 Ogos 2006

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| le-Bookl
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Abu Darda’ tinggalkan perniagaan demi keunggulan iman
Tuesday, September 12, 2006
Berita Harian, 12 september 2006

SELAGI bala tentera Islam berperang kalah menang di beberapa penjuru bumi, sementara itu di kota Madinah muncul seorang ahli hikmat yang mengagumkan, yang daripada dirinya memancar mutiara yang cemerlang dan bernilai.

Ia sentiasa mengucapkan kata-kata kepada masyarakat sekelilinginya: “Mahukah anda sekalian, aku khabarkan amalan yang terbaik, amalan yang terbersih di sisi Allah dan paling tinggi darjat anda, lebih baik daripada memerangi musuh dengan menghentam batang leher mereka, lalu mereka pun menebas batang leher anda, malah lebih baik daripada wang emas dan perak?”

Pendengarnya sama menjulurkan kepala mereka ke muka kerana ingin tahu, lalu segera menanyakan: “Apakah itu wahai Abu Darda?” Abu Darda’ memulai bicaranya dengan wajah berseri-seri, cahaya iman dan hikmat, lalu menjawab: “Dzikrullah.” menyebut serta mengingat nama Allah “Walazikrullahi akbar” dan sesungguhnya zikir kepada Allah itu lebih utama.

Bukan maksud ahli hikmat yang mengagumkan ini menganjurkan orang menganut falsafah memencilkan diri, dan bukan pula dengan kata-katanya itu ia menyuruh orang meninggalkan dunia, dan tidak pula agar mengabaikan hasil agama yang baru ini, yakni hasil yang dicapai dengan jihad atau kerja mati-matian.

Benar, Abu Darda’ bukanlah jenis orang yang semacam itu, kerana ia ikut berjihad mempertahankan agama bersama Rasulullah SAW sampai datangnya pertolongan Allah dengan pembebasan dan kemenangan merebut Kota Makkah.

Namun, ia adalah daripada golongan orang yang sentiasa merenung dan menyendiri, atau bersemadi di relong hikmah dan berbakti hidupnya untuk mencari hakikat dan keyakinan, menemukan dirinya dalam suatu wujud yang padu, penuh dengan sari hayat dan ghairah kehidupan.

Abu Darda’ r.a. ahli hikmat yang besar pada zamannya itu, adalah seorang insan yang dikuasai oleh kerinduan yang amat sangat untuk melihat hakikat dan menemukannya.

Beliau beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dengan iman yang teguh, maka ia berasa yakin dan percaya pula bahawa iman ini dengan segala tindakannya berupa kewajipan dan pengertian, adalah jalan yang utama dan satu-satunya untuk mencapai hakikat itu.

Demikianlah ia tetap berpegang dan secara bulat menyerahkan dirinya kepada Allah, teguh hati, dengan petunjuk dan kebesaran ditempatnya kehidupannya sesuai dengan cetakan dan dasarnya. Ia terus menelusuri jejak hingga akhirnya menemukannya, dan berada di atas jalan lurus hingga mencapai tingkat yang teguh, dan menempatkan kedudukan yang tinggi berserta orang-orang yang sempurna, yakni pada saat ia menyeru Tuhannya dengan membaca ayat-Nya bermaksud: “Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidup dan matiku, hanya untuk Allah semata, Tuhan alam semesta.” (Al-An’am:182)

Abu Darda’ dalam melawan hawa nafsu dan mengekang dirinya untuk memperoleh mutiara batin dan sempurna mencapai tingkat yang tertinggi. Tingkat tafani rabbani, memusatkan fikiran, perhatian dan amaliahnya kepada pengabdian, menjadikan seluruh kehidupannya semata bagi Allah Rabbul alamin.

Sekarang mari kita mendekati ahli hikmat dan orang suci itu. Tidakkah anda perhatikan sinar yang bercahaya pada sekeliling keningnya? Dan tidakkah anda mencium bau yang semerbak yang bertiup dari arahnya? Itulah dia cahaya hikmat dan harumnya iman. Ssungguhnya iman dan hikmat bertemu pada lelaki yang rindu kepada Tuhannya ini, suatu pertemuan bahagia, kebahagiaan tiada taranya.

Pernah ibunya di tanya orang, mengenai amal yang sangat disenangi Abu Darda’, jawabnya: “Tafakkur dan mengambil iktibar atau pelajaran.”

Sesungguhnya, ia meresapi dengan sempurna firman Allah di dalam ayat-ayatnya yang tidak sedikit bermaksud: “Hendaklah kamu mengambil ibarat pelajaran, perbandingan dan sebagainya wahai orang-orang yang mempunyai fikiran!” (Al-Hasyr: 2)

Ia selalu mendorong kawannya untuk merenung dan memikirkan, katanya kepada mereka: “Berfikir, tafakur satu jam, lebih baik daripada beribadat satu malam.” Dan sesungguhnya beribadat dan bertafakkur dan mencari hakikat menguasai seluruh dirinya dan seluruh kehidupannya.

Pada saat Abu Darda’ rela mengambil Islam sebagai agamanya, dan ia bai’at kepada Rasulullah SAW akan melaksanakan agama yang mulia ini, pada waktu itu ia adalah seorang saudagar kaya yang berhasil antara saudagar Kota Madinah. Sebelum memeluk Islam, ia menghabiskan sebahagian besar umurnya dalam dunia perniagaan. Tidak lama kemudian ia masuk Islam. Marilah kita melihat sendiri cerita riwayatnya,: “Aku mengislamkan diriku kepada Nabi SAW. sewaktu aku menjadi saudagar. Keinginanku agar ibadat dan perniagaanku dapat berhimpun pada diriku jadi satu, tetapi hal itu tidak berhasil. Lalu aku kesampingkan perniagaan, dan menghadapkan diri kepada ibadat. Dan aku tidak akan berasa gembira sedikit pun jika sekarang aku berjual beli dan beruntung setiap harinya tiga ratus dinar, sekalipun tokoku itu terletak di muka pintu masjid.

Perhatikan, aku tidak menyatakan kepada kalian, bahawa Allah mengharamkan jual beli. Hanya aku secara peribadi lebih menyukai agar aku termasuk ke dalam golongan orang yang perniagaan dan jual beli itu tidak lalai daripada zikir kepada Allah!” Apakah anda perhatikan kalimat yang berisikan hikmat dan bersumberkan kejujuran? Ucapannya yang meletakkan segala sesuatu pada tempatnya. Ia menerangkan sesuatu sebelum kita sempat menanyakan kepadanya, “Apakah Allah mengharamkan niaga wahai Abu Darda’?”

Huraiannya itu melenyapkan kesangsian yang ada dalam fikiran kita. Diisyaratkannya kepada kita tujuan yang lebih tinggi yang hendak dicapainya, menyebabkannya ia meninggalkan dagang sekalipun ia berhasil dalam hal ini. Ia mencari keistimewaan rohani dan keunggulan yang menuju darjat kesempurnaan tertinggi yang dapat dicapai oleh anak manusia.



bersambung esok.


Labels:

posted by Weblog Master @ 9:58 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Weblog Master
Home: Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

website analyzer

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 2 .Template by Isnaini Dot Com